KLIK SINI



Bakers1171 - Homemade & Halal


Sunday, February 13, 2011

KENAPA TIMUR TENGAH MENJADI REBUTAN?













Sejak zaman pra sejarah lagi, kawasan Timur Tengah telah menjadi rebutan oleh kuasa-kuasa dunia sama ada kerana kepentingan agama, politik mahupun ras bangsa. Mengapakah ini terjadi ?

Timur Tengah menjadi rebutan kerana ;

1. Kawasan yang banyak minyak - hampir semua negara arab (termasuk Iran) menjadi kaya raya kerana adanya minyak. Jadi negara-negara lain berebut-rebut untuk menguasai minyak tersebut. Arab Saudi, Iraq, Kuwait dan Iran adalah negara-negara yang mempunyai simpanan mimyak terbanyak dan pengeluar minyak utama dunia.

2. Kawasan yang banyak disebut dalam al-Quran dan al-Hadith - spt Makkah, Madinah (Yathrib), Mesir, Yaman, HadralMaut, Hurrah, Syam (Syria), Semananjung Arab, Badar, Uhud, Hunaian dsb.

3. Kawasan para anbiya', auliya' dan salihin - semua nabi diturunkan di Timur Tengah.

4. Kawasan tamadun tertua - spt Mesopotamia, tamadun Firaun dsb.

5. Kawasan turun wahyu - Semua agama Samawi iaitu Islam, Yahudi dan Nasrani diturunkan di Timur Tengah termasuklah syariat semua nabi-nabi yang lain spt Nabi Daud, Ibrahim dsb.

6. Kawasan asal miskin menjadi kaya - semua negara Arab merupakan negara yang miskin atau sederhana sahaja. Tidak ada petroluem atau apa-apa bahan galian. Tetapi minyak yang melimpah ruah telah berjaya ditemui setelah berkembangnya Islam. Jadi negara tersebut menjadi kaya-raya kerana hasil minyak sehingga tidak dapat ditandangi oleh mana-mana negara lain di dunia. Semuanya telah berubah dari miskin menjadi kaya. Arab Saudi, Irak, Kuwait, Bahrain, UEA dsb.

7. Kawasan 3 tanah suci - iaitu Tanah Suci Makkah, Tanah Suci Madinah dan Tanah Suci Baitul Muqaddis.

8. Kawasan banyak kejadian pelik - Banyak terjadinya peristiwa yang pelik spt ;

kisah Firaun yang masih dapat dilihat buktinya sampai sekarang.

Kisah Nabi Ibrahim dengan burung yang boleh hidup semula

kisah Nabi Isya yang boleh menghidupkan semula manusia

kisah banjir dan bahtera Nabi Nuh

kisah Juraij

kisah kelahiran Nabi Isya tanpa ayah

kisah nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail

kisah Isra' Mikraj

kisah Nabi Yunus dengan ikan Nun

kisah Nabi Musa dengan tongkatnya menghadapi Firaun

kisah Ashabul Kahfi

kisah Nabi Khaidir

kisah Nabi Sulaiman dengan Puteri Balkis

kisah nabi Ibrahim dengan Namrud

kisah kebinasaan kaum Ad, Thamut, kaum nabi Salleh dsb

4 comments:

  1. Nasiblah umat Islam di kawasan Timor Tengah...semua Nabi dan Rasul, ulama terkenal dibangkit di kawasan tersebut, tapi kenapa ia jadi begitu hingga ke hari ini. Kalaulah Allah swt tidak bangkitkan Nabi, rasul dan Ulama di persekitaran tersebut........apa jadi dengan komonitinya...masyaAllah...komoniti arab sememang bijak, bertamaddun tapi bodoh kerana mudah terperangkap, mudah diperangkap...perkembangan terbari di mesir nampak macam rakyatnya berjaya mengusir Hosni Mubarak....tapi siapakah penggantinya..Muhamad El Baradi...siapa dia....seperti kata orang lama...keadaan rakyat mesir seperti lari dari mulut harimau..masuk ke mulut buaya...pelampau semestinay berpuas hati tapi terus di jajah oleh Amerika dan yahudi....Siapa El Baradi ??????

    ReplyDelete
  2. Salam sahabat..terima kasih atas komen sahabat,sbgai umat islam,kita mengimpikan sistem pemerintahan khalifah yg pernah menjadi kegemilangan.Alhamdulillah,rakyat mesir bangkit menentang kezaliman.Pada masa ini,kita harapkan jika diadakan pilihanraya di Mesir,rakyat akan memilih pemimpin yg tidak pro amerika dan israel,kita juga berharap ikhwanul muslimin akn mendapat mandat dari rakyat sbgai pemerintah.Doa kita semoga Allah akn mengembalikan kemenangan kepada ummat islam yg ikhlas dalam menegakkan agama Allah dan menjadikn Al-Quran dan assunah sbg perlembagaan dan cara hidup.

    ReplyDelete
  3. Salam,
    Timur Tengah sememang bumi lahirnya para anbiya,bumi yang penuh berkat dan juga pergolakan yang tidak pernah ada tenangnya.
    Disana juga terdiri tamaddun unggul didunia, yang mencorakan kehidupan manusia sejagat hari ini.
    Mungkin sahaja pelbagai andaian yang kita boleh berikan.
    Yang pastinya, dunia sebelah sana menjadi lebih bergolak sejak dijajah oleh pelbagai bangsa Eropah. Baik dari Sepanyol,Perancis, Belanda, British dan German. Bila berlaku pembebasan awal penjajahan mula bermacam bentuk ikutan dan tipu daya, sikap dan pentadbiran tingalan penjajah mereka terus ikuti. Disinilah mulanya, pimpinan diktator,Otokratik,fahaman Sosialis Republik dan ikutan lain. Sebenarnya Islam dan segala undang2nya tersisih,sekularlah yang banyak mendapat tempat disana.
    Walaupun hampir semua negara ditimur tengah, kaya dengan sumber minyak, menafaat buat raayat hampir tidak dapat dikecap bersama.
    Cuma kita doakan, pada yang bakal memimpim nanti dapat meletakan Islam ditempat yang sebenarnya. Insya'Allah.
    wassallam.

    http://www.mubasharah.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. MENGAPA TIMUR TENGAH MENJADI LANDANG PEMBANTAIAN SESAMA MUSLIM APAKAH INI KUTUKAN ALLAH BAGI BANGSA ARAN..? MARI KITA BERTAYA PADA ALLAH SWT YANG SEDANG TIDUR NGOROK DI KAABAH MEKKAH ?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...