KLIK SINI



Bakers1171 - Homemade & Halal


Tuesday, December 28, 2010

Solat yang Ditolak













Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

"Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu petunjuk dan jalan selamat dan arang siapa yang tidak memelihara solat maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya dan juga tidak menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya".

Rasulullah saw juga telah bersabda yang bermaksud: "10 orang yang solatnya tidak diterima oleh Allah SWT ialah:

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang minum arak tanpa meninggalkannya (taubat).

4. Orang lelaki yang menjadi imam padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

5. Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa izin kedua ibu bapanya.

6. Orang perempuan yang suaminya marah/menegur kepadanya lalu si isteri memberontak.

7. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim serta menganiaya.

8. Orang perempuan yang tidak menutup aurat.

9. Orang yang suka makan riba.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.

Saturday, December 25, 2010

JENIS-JENIS SIHIR DAN TANDA-TANDANYA













1. Sihir Pemisahan Suami Isteri

وَاتَّبَعُوا مَا تَتْلُو الشَّيَاطِينُ عَلَى مُلْكِ سُلَيْمَانَ وَمَا كَفَرَ سُلَيْمَانُ وَلَكِنَّ الشَّيَاطِينَ كَفَرُوا يُعَلِّمُونَ النَّاسَ السِّحْرَ وَمَا أُنْزِلَ عَلَى الْمَلَكَيْنِ بِبَابِلَ هَارُوتَ وَمَارُوتَ وَمَا يُعَلِّمَانِ مِنْ أَحَدٍ حَتَّى يَقُولَا إِنَّمَا نَحْنُ فِتْنَةٌ فَلَا تَكْفُرْ فَيَتَعَلَّمُونَ مِنْهُمَا مَا يُفَرِّقُونَ بِهِ بَيْنَ الْمَرْءِ وَزَوْجِهِ وَمَا هُمْ بِضَارِّينَ بِهِ مِنْ أَحَدٍ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّهِ وَيَتَعَلَّمُونَ مَا يَضُرُّهُمْ وَلَا يَنْفَعُهُمْ وَلَقَدْ عَلِمُوا لَمَنِ اشْتَرَاهُ مَا لَهُ فِي الْآَخِرَةِ مِنْ خَلَاقٍ وَلَبِئْسَ مَا شَرَوْا بِهِ أَنْفُسَهُمْ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ (102)

Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya) kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya). Dalam pada itu ada juga orang-orang yang mempelajari dari mereka berdua: Ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui. al-Baqarah : 102


عَنْ جَابِرٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ إِبْلِيسَ يَضَعُ عَرْشَهُ عَلَى الْمَاءِ ثُمَّ يَبْعَثُ سَرَايَاهُ فَأَدْنَاهُمْ مِنْهُ مَنْزِلَةً أَعْظَمُهُمْ فِتْنَةً يَجِيءُ أَحَدُهُمْ فَيَقُولُ فَعَلْتُ كَذَا وَكَذَا فَيَقُولُ مَا صَنَعْتَ شَيْئًا قَالَ ثُمَّ يَجِيءُ أَحَدُهُمْ فَيَقُولُ مَا تَرَكْتُهُ حَتَّى فَرَّقْتُ بَيْنَهُ وَبَيْنَ امْرَأَتِهِ قَالَ فَيُدْنِيهِ مِنْهُ وَيَقُولُ نِعْمَ أَنْتَ

قَالَ الْأَعْمَشُ أُرَاهُ قَالَ فَيَلْتَزِمُهُ

Dari Jabir RA, Rasulullah SAW telah bersabda, Sesungguhnya Iblis meletakkan singgahsananya di atas air, kemudian dia mengutuskan tenteranya, maka yang paling dekat kedudukannya di antara mereka kepadanya ialah yang paling besar fitnahnya. Salah seoarng daripada mereka datang seraya berkata ; Aku telah berbuat begini dan begini. Lalu Iblis berkata : Kamu belum berbuat apa-apa. Rasulullah SAW bersabda : Kemudian salah seorang daripada mereka datang seraya berkata : Aku tidak meninggalkannya hingga aku telah menceraikannya drp isterinya. Rasulullah SAW bersabda : Kemudian Iblis mendekatkannya kepadanya seraya berkata : Ya Kamu (Baik). al-A'masy (perawi) berkata; Aku melihat Rasulullah SAW bersabda ; Kemudian dia menjadi pembantu setianya". Hadith riwayat Muslim (5032).

Antara tanda-tandanya ialah ;

1) Perubahan tiba-tiba dari cinta menjadi benci.

2) Berlaku keraguan antara suami-isteri.

3) Enggan meminta maaf.

4) Membesar-besarkan perselisihan walaupun penyebabnya amat kecil.

5) Pandangan yang buruk seorang suami terhadap isterinya dan sebaliknya. sehingga

seseorang suami melihat isterinya sangat hodoh, walalupun di mata orang lain isterinya itu

sangat cantik. Berlaku juga isteri melihat suaminya dalam keadaan wajah yang menakutkan.

Orang yang kena sihir pemisah akan merasa benci setiap perbuatan yang dilakukan oleh isterinya atau suaminya. Orang kena sihir pemisah ini benci kepada suaminya ada di rumah, misalnya isteri melihat suami di luar rumah seperti biasa, tetapi ketika masuk rumah, dia merasa amat benci.

2. Guna-guna (Sihir Percintaan)

Tanda-tanda sihir percintaan (guna-guna):

Gelora cinta yang membuak-buak/keterlaluan.

Sukar mengawal cintanya.

Rindu bayang yang berlebihan.

Patuh secara membuta-tuli.

3. Memperdaya Pandangan (Hipnotis)

Tanda-tanda hipnotis:

Orang melihat benda yang diam seolah-olah bergerak dan sebaliknya.

Melihat yang kecil menjadi besar dan sebaliknya.

Melihat sesuatu tidak sebagaimana yang sebenarnya, seperti melihat tali dan tongkat menjadi ular yang bergerak dan merayap ke arah Nabi Musa a.s.

Melawan sihir hipnotis:

Azan

Membaca ayat al-Kursi

Zikir-zikir yang disyariatkan tentang mengusir syaitan.

Membaca isti'azah dan basmalah.


4.Sihir Membuat Orang Jadi Gila

Tanda-tanda sihir gila:

Jadi bingung/bodoh dan pelupa.

Cakap merapu

Mata layu

Tidak tenang pada satu-satu tempat. Sentiasa resah dan bergerak ke sana-sini.Tidak boleh diam setempat.

Tidak mampu meneruskan pekerjaan tertentu.

Pakaian selekeh. Tidak pedulikan penampilan diri.

Berjalan tidak tentu arah. tiada tujuan matlamat. Kadang-kadang suka tidur di tempat sunyi.

5. Sihir Membuat Orang Tidak Bermaya

Tanda-tandanya:

Suka berseorangan.

Mentup diri sepenuhnya.

Diam berterusan.

Tidak suka bertemu orang.

Fikiran melayang.

Selalu pening.

Lesu dan tidak bermaya

6. Sihir Mendengar Panggilan

Tanda-tandanya:

Selalu mengalami mimpi ngeri.

Bermimpi mendengar suara-suara yang bercakap kepadanya dalam keadaan jaga tetapi tidak melihat orannya.

Selalu was-was.

Selalu meragukan teman dan orang-orang yang dicintainya.

Mimpi seolah-olah akan jatuh dari tempat tinggi.

Mimpi melihat haiwan mengejarnya.

7. Sihir Membuat Penyakit

Orang yang disihir akan terkena penyakit yg tertentu.. Contohnya jika dishir menjadi lumpuh, maka org yg terkena sihir benar-benar lumpuh. Sehinggakan doktor binggung kerana mengikut ilmu perubatan moden, tidak ada sebarang simpton yang menyebabkannya lumpuh.

Tanda-tandanya:

Selalu sakit pada salah satu anggota badan.

Saraf tersumbat.

Lumpuh salah satu anggota tubuh

Lumpuh menyeluruh.

Tidak berfungsi salah satu pancaindera.

8. Sihir Pendarahan

Sihir ini berlaku kepada wanita. Seorang tukang sihir menghantar jin kepada wanita yang hendak disihirnya. Jin itu diberi tugas untuk mengeluarkan darah dengan cara masuk ke dalam tubuh wanita tersebut dan berjalan di urat-uratnya bersama darah.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:"Syaitan berjalan di dalam tubuh manusia pada peredaran darah.

Sekiranya jin ini telah sampai ke otot yang ada di rahim wanita maka dia mengoyaknya sehingga otot tersebut mengalirkan darah.

9. Sihir Menahan Pernikahan

Tukang sihir mengerjakan sihir dengan menugaskan satu atau beberapa jin supaya mendekati gadis yang menjadi sasarannya hingga dapat masuk kepadanya. Jin ini berhasil memasuki tubuh gadis tersebut dalam salah satu keadaan berikut:

Takut yang bersangatan

Marah yang tidak terkawal

Lalai berlebihan

Di puncak gelora nafsu syahwat

Jin tersebut akan melakukan satu antara dua:

Masuk ke dalam wanita tersebut lalu menyebabkan dia merasa benci kepada setiap calon suami yang mengemukakan lamaran kepadanya.

Atau jin tersebut tidak boleh masuk lalu menyihir 'menipu penglihatan' dari luar lalu dibayangkan oleh kaum lelaki bahawa wania tersebut berwajah buruk kemudian membisikkan perkara ini kepadanya, dan hal yang sama juga dilakukannya kepada wanita tersebut.

Kemudian setiap lelaki yang telah mengemukakan lamarannya kepada wanita tersebut tidak mahu menerimanya sekalipun pada awalnya telah bersetuju, setelah beberap hari lelaki tersebut mengembalikan lamaran, akibat bisikan syaitan kepadanya.

Tanda-tanda sihir menahan pernikahan:

Pening kepala yang berterusan, tidak berhenti sekalipun diberi ubat doktor.

Sesak di dada terutama setelah asar hingga tengah malam.

Melihat pelamar bermuka hodoh.

Banyak berfikir (fikiran melayang).

Selalu gelisah waktu tidur.

Selalu rasa sakit di perut.

Rasa sakit di tulang punggung bahagian bawah.

Thursday, December 23, 2010

Kenali Tukang Sihir Guna Khidmat Jin


Tukang Sihir akan menggunakan khidmat Jin melalui

1. Bersumpah atas nama Jin atau Syaitan

2. Sembelihan yang tidak disebutkan nama Allah SWT, tetapi diniatkan kepada jin tertentu

3. Melalui perkara-perkara yang rendah (menghina) seperti memijak al-Quran

4. Menulis ayat-ayat al-Quran dengan najis

5. Menulis ayat-ayat al-Quran secara terbalik

6. Mengagungkan bintang

7. Melalui telapak tangan

8. Melalui apa yang pernah dipakai oleh orang yang akan disihir

Kenali Tukang Sihir

1. Biasanya tukang sihir akan membaca ayat al-Quran atau selawat atau Bismillah dengan suara lantang supaya didengar oleh pesakit. Lalu pesakit yakin bahawa dia mengubati dengan ayat al-Quran. Tetapi sebenarnya, dia menggunakan jampi yang memuja syaitan/jin dengan suara yang perlahan atau tidak kedengaran langsung.

2. Meminta bantuan drp syaitan/jin dengan memanggil atau berdoa kepada mereka. Cara yang paling biasa digunakan ialah dengan membakar kemenyan dan menyeru syaitan/jin supaya datang.

3. Meminta sesuatu yang pernah dipakai oleh pesakit sama ada bekas, baju dsb.

4. Memberi/menulis azimat-azimat tertentu.

5. Membaca jampi serapah yang tidak difahami.

6. Menyuruh pesakit untuk menanam sesuatu benda di dalam tanah.

7. Memberi pesakit sesuatu untuk dibakar dan disuruh berasap dengannya.

8. Menyuruh peaskit membawa binatang terentu untuk disembelih tanpa menyebut nama Allah SWT

Wednesday, December 22, 2010

HAMKA














Riwayat hidup


Nama : Doktar Haji Abd. Malik bin Sheikh Abd. Karim bin Sheikh Muhammad Amrullah.

Tarikh lahir ; desa Tanah Sirah, Sungai Batang, Maninjau, Minangkabau, Sumatera Barat, Indonesia

Tempat lahir :16 Februari 1908 @ 13 Muharam 1362 Hijrah.

Ayah : seorang ulama Islam yang terkenal telah membawa pembaharuan Islam di Minangkabau

Jawatan : anggota tetap majlis konsul Muhammadiah, Sumatera Tengah (1934) dan mengetuai gerakan Muhammadiah (1946)

Tarikh meninggal : 24 Julai 1981

Umur : 73 tahun.

Sifat-sifat perlbadi

1. Hamka seorang yang pintar dan bijak.

2. Beliau juga terkenal sebagai ahli kesusasteraan Melayu klasik serta pengarang yang masyhur dan novelis terkemuka dan mahir dalam bahasa Arab.

3. Hamka terkenal sebagai ahli falsafah dan pujangga Islam.


Pendidikan

1. Hamka mendapat pendidikan awal daripada bapanya. Beliau mempelajari ilmu-ilmu asas agama serta mempelajari al-Quran sehingga khatam.

2. Pada tahun 1915 ketika beliau berusia tujuh tahun, beliau memasuki sekolah desa di Padang Panjang. Pada tahun 1918 pula beliau menuntut di sekolah datuknya, Muhammad Amrullah.

3. Hamka berpeluang mendalami pelajaran tafsir daripada Kiai Bagus Harikusomo di Tanah Jawa pada tahun 1924 serta berpeluang daripada tokoh terkenal seperti Shamsurrijal dan Haji Fakhruddin. Kegiatan ilmiah yang dianjur oleh tokohtokoh tersebut adalah dalam seminar, ceramah, kuliah, perbincangan, serta persidangan.


Sumbangan dalam bldang ilmu dan pemlklran Islam

1. Hamka merupakan seorang tokoh reformasi Islam yang terkenal dalam bidang falsafah dan tasawuf.

2. Beliau juga merupakan tokoh agama dan pendakwah yang banyak memberi sumbangan kepada agama, bangsa, dan negara melalui organisasi, ceramah, serta hasilhasil karya yang ditulisnya.

3. Pada tahun 1935, Hamka telah mendirikan kolej Kuliah Al-Muballighin di Padang Panjang yang telah melahirkan ramai tokoh-tokoh terkenal.

4. Beliau juga banyak berjasa dalam penyebaran Islam dalam bahasa Indonesia kerana keahliannya dalam kesusasteraan sehingga beliau mendapat gelaran "Hamzah Fansuri zaman baharu.

5. Pada tahun 1925, Hamka memulakan kerjayanya sebagai pengarang di Padang Panjang. Beliau menulis majalah "Seruan Islam di Tanjung Para Langkat, menerbitkan majalah "Pedoman masyarakat, dan "Panji Masyarakat. Hamka mula mengarang dalam akhbar "Pembela Islam, Bandung pada tahun 1930.

Hasil-hasil karya

1. Hamka telah menulis enam puluh buah buku selama dua puluh lima tahun.

2. Contoh karangan beliau dalam novel adalah seperti novel "Tenggelamnya Kapal Van der Vijk, "Di Bawah Lindungan Kaabah, "Merantau Ke Deli, "Terusir, "Keadilan Ilahi dan lain-lain.

3. Dalam bidang agama dan falsafah pula, karangan beliau terdiri daripada "Tasawuf Moden, Falsafah Hidup, "Lembaga Hidup, "Lembaga Budi, "Pedoman Mubaligh Islam, dan lain-lain.

4. Antara hasil-hasil karya Hamka yang menggoncangkan semangat revolusi ialah "Revolusi Fikiran, "Revolusi Agama, "Adat Minangkabau, "Menghadapi Revolusi, "Negara Islam, "Sesudah Naskah Renville, "Muhammadiah Melalui Tiga Zaman, "Dari Lembah Cita-Cita Merdeka, serta "Islam dan Demokrasi .

5. Pada tahun 1929, Hamka menghasilkan buku-buku, "Agama dan Perempuan, "Pembela Islam, dan lain-lain lagi.

Monday, December 13, 2010

BIODATA IBLIS















Nama : IBLIS LAKNATULLAH


T.Kelahiran : Bermula dari keengganannya sujud kepada Nabi Adam a.s


Status diri : Fasik kelas pertama


Agama : Kufur


Tempat Tinggal : Hati-hati mereka yang lalai


Alamat Tetap : Neraka jahanam


Kawasan : Setiap tempat yang di dalamnya tiada usaha untuk mengingati Allah


Arah perjalanan : Tiada haluan dan bengkang bengkok


Isteri : Setiap wanita yang tidak menutup aurat, tidak mentaati Allah,Rasul dan suaminya


Kaum kerabat : Semua golongan yang menentang dan memusuhi Allah


Modal pusingan : Angan angan kosong


Tempat pertemuan : Pasar pasar


Musuh ketat : Setiap orang Islam yang beriman dan bertakwa


Motto kerja : 'Hipokrasi asas akhlak'


Hobi : Melalaikan orang dari mengingati Allah, menggoda dan menyesatkannya


Cita cita : Supaya semua makhluk di muka bumi ini menjadi kafir


Kelemahannya : Bila orang membaca istighfar


Logo : Sebarang tatu


Pejabat operasi : Tandas.bilik air, tempat yang bernajis dan kotor serta tempat tempat maksiat


Rakan kongsi : Golongan munafik serta syaitan-syaitan dari kalangan jin dan manusia


Sumber pendapatan : Segala harta yang diperoleh dengan jalan haram dan riba


Jenis perkhidmatan : Menggalakkan manusia mengerjakan kemungkaran dan derhaka terhadap Allah


Tempoh perkhidmatan : Sehingga hari khiamat


Matlamat : Membawa setiap makhluk ke neraka jahanam


Teman sejawat : Orang yang suka mendiamkan dirinya dari menyatakan kebenaran


Ganjaran : Dosa dan kemurkaan Allah


Pembantu setia : Orang yang suka mengumpat, mencaci, memaki hamun, menghasut, pendengki dan pendendam


Makanan kegemaran : Daging orang mati dan segala najis dan kotoran


Yang ditakuti : Orang mukmin yang bertakwa


Yang dibenci : Orang yang sentiasa berzikir dan mengingati Allah


Alat perangkap : Wanita cantik,model,pelacur.pragawati,dan sebagainya


Saat ajal : Bila tiba waktu yang ditentukan Allah di hari kiamat kelak


Tugas yang paling disukai : Homoseks dan lesbian


Janji janji : Janji kosong,angan angan dan tipu daya


Yang membuatnya menangis : Bila orang sujud kepada Allah

Thursday, December 9, 2010

Monday, December 6, 2010

SIAPA IMAM AL-MAHDI ???

SEJAK dahulu hinggalah ke hari ini masalah siapakah sebenarnya AI-Mahdi tidak henti-henti menjadi perkara yang diperbahaskan. Akibat daripada itu, terdapat setengah golongan umat Islam yang cuba mengandaikan seseorang sebagai Al-Mahdi. Sementara setengah pihak pula (Ahlu Sunnah WaI Jamaah) tidak menetapkan seseorang sebagai Al-Mahdi, sebaliknya men­yerahkan perkara tersebut kepada urusan Allah SWT. Apa yang penting bagi kita ialah yakin akan kemunculannya sebagaimana yang dikhabarkan oleh Rasulullah SAW.

Bagi menjelaskan siapakah sebenarnya Al-Mahdi, marilah kita merujuk kepada kitab-kitab para ulama Islam yang mu’tabar dan diakui kesahihannya. Di antara kitab-kitab tersebut ialah Al-Hawi Lii Fatawa karangan Imam As-Suyuti, Mukhtasar Fil Mahdi Al-Muntadzar dan As-Sawaiqul Mukhriqat karangan Ibnu Hajjar Al-Haitami, At-Tawadhihu Fl Tawaturi Ma Jaa Fil Muntadziri Waddajal Wal Masihi karangan Al-Allamah As­Syaukani, Ibrazul Wahmil Maknun Min Kalam Ibni Khaldun karangan Al-Muhaddits Sayid Ahmad Siddiq Al-Ghumari dan banyak lagi kitab-kitab lainnya yang menerangkan secara jelas tanda-tanda dan sifat-sifat Al-Mahdi sebagaimana yang disebutkan oleh hadits-hadits Rasulullah SAW.

Kitab-kitab tersebut menerangkan bahawa nama Al-Mahdi ialah Muhammad bin Abdullah sementara gelarannya pula ialah Abu Abdullah. Menurut riwayat yang sah Al-Mahdi adalah dari keturunan Sayidina Hassan bin Ali. Sesungguhnya telah tsabit bahawa Al-Mahdi adalah keturunan Hassan bin Ali sebagaimana yang tersebut di dalam hadits sahih yang diriwayatkan oleh Al-Imam Abu Daud dalam Sunannya,

“Telah berkata Ali sambil memandang puteranya ­Hassan,” Sesungguhnya Puteraku ini ialah sayid sebagaimana yang telah dinamakan oleh Nabi SA W. Dari keturunannya akan lahir seorang lelaki yang namanya seperti nama Nabi kamu, menyerupai baginda dalam perangai dan tidak menyerupai baginda dalam rupa dan bentuk.”

Hadits ini telah disahkan oleh para ulama di antaranya Al-Manawi di dalam kitabnya Al-Kabir, Ibnu Atsir dalam kitabnya An-Nihayah, Ibnu Qayyim Al Jauziyah dalan kitabnya Gharibul Hadits dan Al-Manarul Munif Fi Sahihi Wad Dha’if, Al-Muhaddits Sayid Ahmad Siddiq Al-Ghumari di dalam kitabnya Aqidah Ahlil Islam Fi Nuzuli Isa AS dan lain-lain lagi.

Di dalam kitab Naqdul Manqul m.s 8O pengarang kitab tersebut memetik kenyataan lbnu Qayyim Al-Jauziyah, “kebanyakan hadits-hadits menunjukkan bahawa Al-Mahdi adalah anak dari Sayidina Hassan bin Ali.”

Abu Thahir Muhd Syamsul Haq dalam kitabnya ‘Aunal Ma’bud (syarah Sunan Abu Daud), memetik kenyataan Al-­Hafiz Imanuddin yang menyebut bahawa hadits-hadits mengenai Al-Mahdi menunjukkan bahawa Ia dari ahli bait Rasulullah SAW, zuriat Fatimah dan anaknya Hassan bin Ali. (sila rujuk kitab ‘Aunal Ma’bud juzu’ II m.s 374 dan 382)

Tersebut di dalam kitab Hasyiah As-Sabban ms 137, bahawa riwayat yang mengatakan Al-Mahdi dari keturunan Al-Hussin adalah terlalu lemah. Sementara di dalam kitab Al-Iza’ah m.s 147 riwayat yang mengatakan Al-Mahdi dari keturunan AI-Hussin bin Ali adalah dha’if.

Terdapat juga hadits-hadits yang menyatakan bahawa Al-Mahdi dari keturunan Al-Abbas bin Abdul Muttalib. Maka para ulama hadits menghimpunkan hadits yang berlawanan. Iaitu hadits-hadits yang mengatakan Al-Mahdi dari keturunan Sayidina Hassan bin Ali adalah sah dan hadits yang mengatakan AI-Mahdi dari keturunan Al-Abbas dan Al.Hussin adalah dha’if. Ini adalah sebagaimana kenyataan yang dibuat oleh Al-Hafiz Abut Hassan Ad-Darqatni.

Hadith Tentang Al-Mahdi

1. Dari Jabir bin Abdullah ra katanya ; "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, : "Sentiasa ada di kalangan umatku golongan yang berperang di atas kebenaran, mereka sentiasa zahir hingga hari Qiamat. Sabdanya lagi: "Kemudian turun Isya bin Maryam AS dari langit, dan berkata pemimpin mereka (Imam Mahdi), silalah menjadi imam solat kami dan Nabi Isya menjawab, tidak, bahawa sebahagian Kamu sebagai kemuliaan Allah SWT ke atas umat ini (umat Islam) . Hadtih riwayat Muslim.

2. Dari Ali bin Abu Talib bahawa Rasulullah SAW bersabda : "Al-Mahdi itu dari ahlul bait, Allah membawa kebaikan dengannya dalam satu malam. Hadith riwayat Imam Ahmad.

3. Dari Dzar dari Abdullah dari Nabi SAW yang bersabda : "Sekiranya dunia hanya tinggal sehari sahaja (sebelum qiamat) nescaya Allah memanjangkan hari itu sehingga bangkit padanya seorang lelaki dari keturunanku atau dari kaum keluargaku, yang namanya spt namaku, nama bapanya spt nama bapaku, ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan saksama sebagaimana bumi dipenuhi kezaliman dan kekejaman. Hadith riwayat Abu Daud dan Turmizi.

4. Dari Abu Said Al-Khudri ra berkata : "Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda ; "Akan lahir dari umatku seorang lelaki yang menyeru dengan sunahku, Allah menurunkan hujan dari langit untuknya, bumi mengeluarkan kasil dan darinya buni dipenuhi dengan kedurjaan dan kekejaman. Ia memerintah umat ini selama tujuh tahun dan akan berada di baitul Maqdis. Hadith riwayat At-Tabarani.

5. Dari Aishah ra katanya, Rasulullah SAW telah bersabda : "Al-Mahdi itu seorang lelaki dari cucuku, ia akan berperang atas Sunnahku spt aku berperang atas wahyu". Hadith riwayat Na'im bin Hammad

6. Dari Said bin Al-Musaiyab dari Ummu Salmah yang berkata, "Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Al-Mahdi itu dari keturunanku dari anak cucu Fatimah". Hadith riwayat Muslim, Abu Daud, Ibnu Majah, An-Nasa'i, At-Tabarani dan Al-Hakim

Namun, tidak terdapat hadits yang menyebut mengapa AI-Mahdi dinamakan Al-Mahdi, tetapi terdapat dua atsar sahabat dalam hal ini. Abdullah bin Syuzab berkata,

“Sebab ia dinamakan Al-Mahdi ialah kerana ia menunjukkan satu gunung di gunung negeri Syam. Ia mengeluarkan dari gua gunung tersebut lembaran-lembaran kitab Taurat. Al-Mahdi berhujah melawan orang-orang Yahudi menggunakan kitab tersebut dan mereka akhirnya kalah. Maka salah satu kumpulan orang-orang Yahudi memeluk Islam.” Atsar ini diriwayatkan oleh Al-Hafiz Ad-Dani dalam Sunannya.

Daripada Ka’ab bin Alaqamah berkata,

“Sebab dinamakannya Al-Mahdi ialah kerana ia menunjukkan pada suatu perkara yang telah hilang, dia mengeluarkan peti dari negeri Antakiah (peti berisi lembaran kitab Taurat dan lain-lain). Diriwayatkan oleh Na’im bin Hammad dalam kitabnya Al-Fitan.

Al-Muhaddits Sayid Ahmad Siddiq Al-Ghumari menerang­kan di dalam kitabnya Aqidah Ahlil Islam Fi Nuzuli Isa AS bahawa Al-Mahdi dilahirkan di Madinah Al-Munawwarah serta dibesarkan di sana. Sebelum umat Islam berbai’at dengannya, berlakulah satu peperangan yang besar di antara penduduk Madinah dengan tentera-tentera As-Syufiani. Dalam peperangan tersebut, penduduk Madinah mengalami kekalahan dan mereka lari bersama-sama Al-Mahdi ke Makkah. Di Makkah datanglah orang dari berbagai-bagal negeri kerana berbai’at dengannya di suatu tempat iaitu di antara Hajar Aswad dan Maqam Ibrahim.

Tanda-tanda keluarnya Al-Mahdi dinyatakan di dalam hadits yang diriwayatkan oleh Abu Said, Ummu Salamah, Aisyah bin Malik dan Huzaifah Al-Yamani.

Di antara tanda-tanda menunjukkan kemunculan Al-Mahdi itu ada beberapa perkara:

1. Pecah Sungai Furat yang terbesar dalam negeri Iraq masuk ke Laut Parsi.

2. Gerhana bulan pada awal malan daripada bulan Ramadhan dan gerhana matahari dari awal bulan Ramadhan.

3. Gerhana bulan dua kali dalam bulan Ramadhan

4. Naik tanduk di langit umpama beberapa gigi.

5. Naik bintang yang berekor yang cerah di sebelah timur

6. Zahir api yang besar dari timur selama tiga malam atau tujuh malam

7. Zahir kelam pada langit.

8. Zahir merah pada langit yang berhamburan ia pada segala tepi langit yang lain daripada merah di tepi langit yang biasa.

9. Seruan yang umum dari langit kepada sekelian ahli bumi dengan loghat masing-masing bahawa Al-Mahdi telah zahir.

10. Tenggelam kampung Khrastan di dalam negeri Syam (Syria).

11. Diserukan daripada Iangit akan nama Imam Mahdi dengan seruan yang tersangat kuat hingga didengar oleh alhi bumi danipada Timur ke Barat. Maka orang yang tidur menjadi jaga, orang yang berdiri menjadi duduk dan orang yang terduduk menjadi terdiri di atas kedua kakinya kerana terlalu terkejut.

12. Zahir jemaah dari lelaki atau kuda di dalam bulan Syawal. Kemudian maka kedengaran suara yang menunjuk atas yang bathil. Peperangan dalam bulan Zulhijjah serta ramai sehingga mengalir darah di atas Jamratul Aqabah di Mina (tempat melontar).

13. Zahir banyak gempa bumi.

14. Datang dua seruan dari langit. Seruan yang pertama iaitulah seruan daripada langit dengan katanya, “Ketahuilah olehmu akan bahawa seorang yang keluar pada bumi yang bernama Mahdi itu sebenarnya keluarga Muhammad.” (Dan seruan kedua) iaitulah seruan syaitan dengan katanya, “Ke­tahuilah olehmu bahawa seorang yang keluar pada bumi yang bernama Mahdi itu sebenarnya dari keluarga Isa.” (Lihat Ad­Duratun Nafi’ah Fi Isyratis Sa’ah)

Setengah-tengah ulama’ telah menamakan tokoh-tokoh tertentu sebagai Al-Mahdi. Al-Mahdi yang mereka maksudkan ialah pemimpin-pem­inipin Islam yang adil selepas Rasulullah SAW. berpandukan hadits Rasulullah SAW,

“Tetaplah kamu dengan sunnahku dan sunnah khulafa Ar-Rasydin Al-Mahdi (yang mendapat petunjuk).” — Riwayat Abu Daud dan At-Tarmizi

Berpandukan hadits ini maka para ulama Ahli Sunnah Wal Jammah ada yang menentukan seseorang sebagai Al-Mahdi, tetapi bukanlah sebagai Al-Mahdi Muntadzar sebagaimana yang disebut oleh Rasulullah SAW yang muncul di akhir zaman.

Hassan Ibrahini Hassan dalam kitabnya, Tarikhul Islam jüzu’ I m.s 407 menyebut dengan panjang lebar akan masalah ini dan menjelaskan, “Bahawa Al-Mahdi yang dikatakan oleh beberapa ulama’ di dalam kitab-kitab mereka ada beberapa orang itu bukanlah Al-Mahdi yang akan muncul di akhir zaman.”

Al-Imam Ahmad Hanbal sendiri pernah menyebut, “Bahawasanya Umar bin Abdul Aziz tidak syak lagi adalah ia Al-Mahdi, tetapi bukanlah Al-Mahdi yang akan keluar di akhir zaman. Tetapi adalah Al-Mahdi yang mendirikan kebenaran dan kebajikan” (sila lihat kitab Naqdul Manqul ms 78-79)

Golongan Syiah yang berpendapat bahawa Muhammad bin Al-Hassan Al-Askari sebagai Al-Mahdi juga tidak menyebutnya sebagai Al-Mahdi Muntadzar yang muncul di akhir zaman. Sebaliknya mereka menyebutnya sebagai Al-Mahdi yang akan memimpin mereka atas kebenaran dan kebajikan. (sila lihat kitab ‘Aunal Ma’bud juzu’ II ms 382).

Saturday, December 4, 2010

Rasionalisasi Subsidi??Apa benda ni??(Minyak,gula,Gas naik harga lah..)

KUALA LUMPUR 3 Dis. - Kerajaan hari ini mengumumkan pengurangan subsidi sebanyak lima sen bagi setiap liter petrol RON 95 dan diesel, lima sen setiap kilogram (kg) bagi Gas Asli Cecair (LPG) dan 20 sen sekilogram bagi gula berkuat kuasa esok.

Berikutan pengurangan subsidi itu, harga petrol RON95 adalah RM1.90 seliter, diesel RM1.80 seliter, LPG RM1.90 satu kg dan gula RM2.10 satu kg.

Pengumuman tentang rasionalisasi subsidi itu dibuat melalui kenyataan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), Jabatan Perdana Menteri.

Menurut kenyataan itu, penyelarasan harga runcit bagi semua barangan berkenaan di Malaysia masih rendah berbanding negara jiran Indonesia, Singapura dan Thailand.

Sebagai contoh, petrol RON95 berharga RM2.46 seliter di Indonesia, RM4.36 di Singapura dan RM4.25 di Thailand, manakala harga diesel pula RM2.50 seliter di Indonesia, RM3.18 di Singapura dan RM2.96 di Thailand.

Harga LPG pula RM2 bagi satu kg di Indonesia, RM6.42 di Singapura dan RM1.93 di Thailand, manakala harga gula RM3.50 bagi satu kg di Indonesia, RM3.80 di Singapura dan RM2.80 di Thailand.

Langkah pertama program rasionalisasi subsidi dilaksanakan pada 16 Julai apabila subsidi bagi petrol RON95 petrol dan diesel dikurangkan sebanyak lima sen seliter, 10 sen bagi satu kg untuk LPG dan 25 sen bagi satu kg gula.

Menurut kenyataan itu lagi, rasionalisasi subsidi perlu dilakukan kerana kerajaan mendapati ia perlu terus mengurus kedudukan fiskalnya dengan cara meningkatkan jumlah kutipan hasil dan pada masa sama, mengurangkan perbelanjaan.

Program Transformasi Ekonomi (ETP) bertujuan meningkatkan per kapita Pendapatan Dalam Negara Kasar (PDNK) kepada AS$15,000 menjelang 2020, tambah kenyataan itu.

Untuk mencapai sasaran tersebut, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) perlu berkembang sekurang-kurangnya enam peratus setahun bagi membolehkan hasil yang diperoleh kerajaan meningkat melalui kutipan cukai.

Program Transformasi Kerajaan (GTP) dilaksanakan untuk menangani isu dalam enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan daripada enam bidang itu, NKRA mengenai kemiskinan, infrastruktur asas luar bandar dan pendidikan awal dengan jelas memberi kesan terhadap 40 peratus penduduk peringkat bawah di negara ini, tambah kenyataan itu.

Sebagai contoh, sejak Januari tahun ini, kerajaan telah membina 538 km jalan luar bandar, 260 peratus lebih banyak berbanding tahun lepas, membuka 1,358 kelas prasekolah yang memberi manfaat kepada 54,569 kanak-kanak dan mengurangkan jumlah isi rumah miskin tegar sebanyak 55 peratus.

Kenyataan itu turut menegaskan bahawa di bawah GTP, kerajaan memberi keutamaan terhadap kebajikan golongan miskin. - Bernama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...