KLIK SINI



Bakers1171 - Homemade & Halal


Sunday, September 23, 2012

“Wahai saudara, dirikanlah negara Al Qur’an di dalam hati sanubari saudara, niscaya Ia
akan terbina pula di tanahair saudara.”

Wednesday, June 6, 2012

FOREX:APA NAJIB BUAT??

KUALA LUMPUR, 6 Jun: Apa peranan Perdana Menteri pada masa itu ketika Tan Sri Nor Mohamed Yakcop terus menghabiskan wang negara dalam spekulasi tukaran asing (forex).
 
Itulah persoalan utama yang mesti dijawab oleh kerajaan dalam isu kerugian besar Bank Negara sebanyak RM30 bilion melalui spekulasi tukaran asing pada tahun 1992, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

"Kerajaan juga perlu menjawab secara telus dan jelas siapa dan berapa orangkah yang terus menggalakkan Nor Mohamed terus memperjudikan wang Bank Negara?

"Nor Mohamed pula perlu menjelaskan adakah beliau dan Gabenor Bank Negara ketika itu, Allahyarham Tan Sri Jaffar Hussein pernah memberi nasihat kepada orang-orang atasan mereka terutama Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamed bahawa sudah sampai masanya untuk keluar dari pasaran dan mengelakkan sebarang pertaruhan dalam spekulasi forex itu," katanya.

Salahuddin berkata, rakyat perlu tahu adakah orang-orang atasan yang menyelia tindakan Nor Mohamed dalam spekulasi tersebut mempunyai pengetahuan yang mencukupi mengenai perkara itu.

Jika mereka jahil dalam bidang itu tetapi terus juga mengarahkan Nor Mohamed terlibat dalam spekulasi tersebut, mengapa beliau yang ketika itu salah seorang pegawai terkanan Bank Negara terus menurut kehendak orang-orang jahil itu dan bertindak menganiaya negara dalam keadaan beliau tahu Bank Negara akan boleh mengalami kerugian besar jika tidak keluar dari pasaran spekulasi itu, beliau terus mempersoalkan.

"Saya difahamkan bahawa (Pengerusi Federal Reserve Amerika Syarikat) Alan Greenspan pernah mengingatkan Bank Negara agar tidak terlalu agresif membuat pertaruhan dalam pasaran spekulasi itu.

"Terbaru, saya juga menerima maklumat bahawa (Tun) Daim (Zainuddin) yang ketika itu Penasihat Ekonomi pernah mengingatkan Bank Negara dalam tahun 1994 supaya jangan melibatkan diri dengan risiko kerana kerugian yang akhirnya terpaksa ditanggung adalah terlalu besar.

"Persoaannya, menagapa spekulasi itu diteruskan sehingga melibatkan jumlah sebesar RM2 hingga RM3 bilion bagi setiap trader dan Bank Negara pula menggunakan beberapa trader dsalam satu-satu masa," Ahli Parlimen Kubang Kerian itu mempersoalkan.

Salahuddin juga mempersoalkan adakah penglibatan Bank Negara dalam spekulasi tukaran asing itu dibuat dengan begitu serakah kerana ada pihak yang mahu menutup kerugian dalam pasaran hadapan bijih timah.

Beliau menuntut agar kerajaan tidak terus membisu mengenai perkara itu dan memastikan semua yang bersalah

Jika kerajaan yang ada kini ikhlas, rakyat tidak perlu menunggu sehingga Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan untuk melihat skandal itu disiasat habis-habisan.
 
sUMBER:HARAKAH

Wednesday, April 18, 2012

ORANG MUKMIN DENGAN FASIK

Terjemahan ayat 18 - 20 Surah As-sajadah

Samakah orang mukmin dengan orang fasik ? Tidak, mereka tidak sama. (As-sajadah : 18)

Orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan beroleh Syurga tempat tinggal yang tetap sebagai balasan bagi apa yang mereka telah kerjakan. (As-sajadah : 19)

Orang yang fasik, tempat kediaman mereka ialah Neraka; tiap-tiap kali mereka hendak keluar dari Neraka itu, mereka dikembalikan kepadanya, serta dikatakan kepada mereka: Rasalah azab yang kamu sentiasa dustakannya di dunia dahulu. (As-sajadah : 20)

Dalam kitab "al-Mathla' 'ala abwabil muqni", karangan Syamsuddin Ba'ly, "fasik" MEMBAWA MAKNA : orang Islam yang banyak berbuat maksiat, meninggalkan perintah Allah, keluar dari jalan benar dan agama.

Fasik juga didefinisikan, orang ISLAM yang melakukan dosa besar atau sering melakukan dosa kecil.

Sunday, April 15, 2012

Istighfar sebelum tidur

"Sesiapa yang mengucapkan pada masa dia mahu tidur : Astaghfirullahal' azim...allazi La ila-ha illa, huwal Hayyul Qayyum, wa atu-bu ilaih (Aku pohon ampun kepada ALLAH, tiada TUHAN selain DIA, DIA Yang Maha Hidup lagi Maha Berjaga, dan aku bertaubat kepadaNYA), maka di ampun dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan, walaupun sebanyak bilangan daun di pokok, walaupun sebanyak pasir di pantai dan walau sebanyak mana bilangan hari di dunia." (HR at-Tirmizi)

Thursday, March 29, 2012

INILAH KONSEP WASATIYYAH UMNO

RASAH 28 Mac - Denda maksimum RM25. Itu hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Majistret Seremban, dekat sini hari ini ke atas tiga gadis yang terlibat dalam aksi menari tiang di sebuah pusat hiburan di Nilai pada Sabtu lalu.
Ketiga-tiga mereka masing-masing dikenakan denda tersebut setelah mengaku bersalah atas tuduhan berkelakuan kurang sopan dengan berpakaian seksi dan melakukan aksi mengghairahkan.

Faiqah Azizan, 24, Nurul Huda Abdul Rahman, 23, Nooranishah Mohamad Isa, 19, yang masing-masing memakai baju kurung dan bertudung hanya mengangguk kepala tanda mengaku selepas pertuduhan dibacakan kepada mereka di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh.
Mengikut kertas pertuduhan, mereka didakwa menari di atas pentas dengan mengenakan pakaian seksi serta melakukan aksi mengghairahkan selain berkelakuan kurang sopan di tempat hiburan awam.

Sumber-Utusan

Tuesday, March 27, 2012

RAHSIA ZIONIS ISRAEL

















1.Zionis adalah gerakan yang dipelopori oleh Moses Hess pada abad ke-19 dan diperkuatkan lagi oleh Theoder Herzl’s. Zionis merupakan gerakan politik orang Yahudi yang menyokong penubuhan semula ‘tanah yang dijanjikan’ untuk bangsa Yahudi di Palestin. Theoder Herzl’s seorang Yahudi berbangsa Hungary telah mengumpulkan orang Israel dari seluruh pelusuk dunia membawa idea penubuhan Israel raya.

2.Pada 1895,orang-orang Yahudi mengadakan kongres yang pertama di Kota Bale Switzerland,dihadiri oleh anggotanya sekitar 300 orang yang mewakili 50 organisasi Zionis yang bertebaran di seluruh dunia. Pertemuan itu terus berlangsung dari semasa ke semasa. Tujuannya adalah untuk menganalisa strategi mereka yang akan dilancarkan demi mencapai maksud. Dengan itu tertubuhnya Zionis International.

3.Zionis Israel adalah negara yang paling banyak melanggar Resolusi-resolusi Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu iaitu lebih daripada 80 Resolusi sejak penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 1945.

4.Mereka telah menerima hmpir 1/3 daripada Bajet Tahunan Bantuan Luar Amerika Syarikat yakni dari segi bantuan kewangan,senjata nuklear dan lain-lain.

5.Mereka telah menubuhkan negara haram Israel sejak pencerobohan pada tahun 1948 bermakna telah 60 tahun menjajah bumi suci para ambiya’ dengan memasukkan bangsa Yahudi melalui beberapa perjanjian yang dicapai seperti Perjanjian Oslo 1 (1992),Perjanjian Oslo 2 (1995) dan banyak lagi dengan itu setiap kali perjanjian diadakan kemasukan Yahudi turut bertambah

6.Rejim Zionis Israel mempunyai simpanan senjata NUKLEAR dan tidak membenarkan sebarang pemeriksaan antarabangsa terhadap fasiliti nuklearnya. Mereka juga tidak menandatangani Nuclear Non-Prolification Treaty,satu perjanjian di mana sebuah negar itu tidak akan membina senjata nuclear.

7.Mereka tidak membenarkan rakyat Palestin berpindah Palestin berpindah dari satu kota ke satu kota yang lain kecuali dengan selepad mendapat ‘visa’ dari rejim Zionis Israel.

8.Semasa pemerintahan Ariel Sharon telah melakukan pembunuhan beramai-ramai secara kejam ke atas lebih daripada 2,750 bangsa Palestin di khemah-khemah pelarian Sabra dan Shatila pada tahun 1982. PBB telah mengklasifikasikan sebagai GENOCIDE iatu PEMBUNUHAN SELURUH KAUM/BANGSA.

9.Antara 27 Disember 2008 hingga 18 Januari 2009 sekali lagi telah melancarkan jenayah perang ke atas Gaza justeru,selepas sahaja diumumkan genjatan senjata oleh HAMAS pada 18 Disember 2008 yang menggunakan senjata tercanggih dunia termasuk penggunaan bom fosforus yang menyebabkan lebih 1,300 nyawa terkorban dan lebih 5,000 tercedera.

PAS dedah pelaburan FGVH di luar negara rugi

KUALA LUMPUR, 26 Mac: PAS hari ini mengemukakan bukti berhubung dakwaan bahawa pelaburan Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) di luar negara mengalami kerugian.

Bukti tersebut diperoleh daripada laporan audit FGVNA sehingga 31 Disember 2010.

Pakar ekonomi PAS, Dr Rosli Yaakop berkata, syarikat pegangan pelaburan, Felda Global Ventures North America Sdn. Bhd. (FGVNA) mencatat kerugian sebanyak RM27,576,023 pada 31 Disember 2010 berbanding keuntungan sebanyak RM44,832,558 pada 31 Disember 2009.

Katanya, kerugian itu akibat anak-anak syarikat miliknya di Amerika Utara gagal membayar balik pinjaman yang diberikan sebanyak RM48,173,488.

"Felda telah melabur dana melebihi RM1,000,000,000 di dalam Twin Rivers Technologies Holdings Inc (TRTH) dan anak-anak syarikatnya di Amerika dan Kanada sejak Oktober 2007.

"Berdasarkan dua pengukur prestasi iaitu syarikat rugi dan pinjaman yang diberikan kepada anak-anak syarikat gagal dibayar balik mengikut terma yang dipersetujui dan ini membayangkan prestasi syarikat bermasalah," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Rosli juga mempersoal tujuan FGVNA membeli saham TRTH pada harga RM1,567.50 sesaham.

"Kenapa Felda memilih untuk membeli 97 peratus milikan dalam TRTH walhal ia adalah pemain baru dalam bidang oleochemicals yang ditubuhkan pada 1994 dan TRTH bukannya market leader dalam bidang ini?" soalnya yang juga ahli jawatankuasa Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak).

Selain itu katanya, pelaburan yang dibuat FGVNA di Amerika Utara iaitu Amerika syarikat dan Kanada amat besar iaitu berjumlah RM1,255,263,942.

"Apakah pulangan tahun yang diharapkan daripada pelaburan ini? Apakah manfaat kepada peneroka-peneroka Felda daripada pelaburan ini?" soalnya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub terus meminta Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan memberi penjelasan berhubung kemerosotan tunai Felda daripada 4.5 bilion pada 2001 kepada 1.2 bilion pada 2005.

"Felda telah ada ibu pejabat tapi beli lagi pejabat di KLCC berharga RM600 juta lebih.

"RM235 bilion dibayar sebelum pembinaanya. Adakah ia dirujuk kepada ahli lembaga pengarah Felda dan adakah pejabat ini yang diperlukan peneroka?

"Datuk Ahmad Maslan kata semuanya untung, tak ada rugi," katanya

Sumber-Harakah Daily

Sunday, March 18, 2012

BEZA YAHUDI,ZIONIS DAN ISRAEL











Simbol pada bendera Zionis

1. Yahudi berasal dari perkataan ‘ibri’, ‘abra’, ‘ibrani’ yang bermaksud potong jalan/berpindah. Yahudi berasal dari keturunan Sam (semitik) bin Nuh. Semitik merujuk kepada bangsa Yahudi,Arab,Chaldaen dan Assyrian.

2. Bermula dengan Nabi Ibrahim yang merupakan bapa kepada para nabi. Nabi Ibrahim berkahwin dengan Siti Hajar dan mendapat Nabi Ismail yang kemudiannya menjadi moyang bangsa Arab. Selain itu,hasil dari perkahwinan dengan Siti Sarah lahir Nabi Ishak. Dari keturunan Nabi Ishak munculnya Nabi Isa dan Nabi Yaakub.

3. Nabi Yaakub inilah yang disebut sebagai Israel, Yaakub mempunyai 12 anak dan munculnya 12 keturunan Bani Israel pada zaman Nabi Musa. Dan bermula pada zaman Nabi Musa ini sebahagian dari mereka mengambil ajaran baginda dan menggunakan nama Yahudi bermakna semua Yahudi adalah Bani Israel dan bukan semua Bani Israel adalah Yahudi. KeturunanYahudi ini diturunkan melalui darah bermakna tiada orang yang boleh menganuti agama Yahudi melainkan turun melalui darah.

4. Tidak semua Bani Israel berfahaman Yahudi ada Bani Israel beragama Islam dan Kristian. Munculnya Theoder Herzl’s seorang Yahudi berbangsa Hungary telah mengumpulkan orang Israel dari seluruh pelusuk dunia membawa idea penubuhan Israel raya. Oleh itu,ada sekelompok Bani Israel ini ingin menubuhkan suatu negara besar Israel raya.

5. Keturunan Yahudi sekarang terbahagi kepada 3 kelompok iaitu bangsa Sephardim di Sepanyol,Oriental Jews di Arab dan Ethiopia,dan Ashkenazim di Eropah. Kemunculan 3 kelompok ini hasil dari perpindahan pada abad 17SM. Karl Marx, Hitler dan Albert Pike adalah keturunan Ashkenazim. Karl Max terkenal dengan fahaman Komunis yang berpendapat agama adalah candu kepada masyarakat dan perlu disebarkan kepada Goyyim(manusia selain Yahudi).

6. Keturunan Yahudi yang tulen adalah dari jurai keturunan ibu. Ashkenazim dikatakan bukan keturunan sebelah ibu atau keturunan 12 Bani Israel tetapi digelar keturunan ke-13 ataupun anak haram kerana bukan datangnya dari keturunan jurai ibu. Manakala di Eropah juga bukan dari keturunan jurai ibu tapi bapa.

7. Tetapi bukan semua Yahudi itu adalah Zionis di mana ada juga penganut Yahudi yang menbangkang kekejaman Rejim Zionis. Ini kerana,Rejim Zionis bersifat sekular,tidak berpegang pada asal dan bertentangan dengan melakukan kezaliman.

8. Di Amerika,telah wujud gerakan baru iaitu New Conservative. Bekas Presiden Amerika Syarikat George Bush Jr. merupakan pengikut untuk gerakan ini dan sangat agresif terhadap Palestin.

9. Berikut merupakan nama Yahudi di seluruh dunia:
• Berg” ( Goldberg)
• Man” (Goldman,Ligthman)
• Stein” (Einstein)
• Ler” (Adler)
• Ner” (Asner)
• Ilin” (Gitlin)
• Witz” (Horowitz)
• Baum” (Teitelbaum)
• Off” (Chartoff)
• Nik” (Resnik)
• Thal” (Rosenthal)
• Ling” (Spelling)
• Sky” (Linsky)
• Farb”(Himmelfarb)
• Feld”(Seinfeld)

Sebagai contoh Arnold Swarzenegger,seorang pelakon Hollywood terkenal merangkap Gabenor California sebenarnya adalah Yahudi kelahiran Austria. Bapanya pula ialah Parti Nazi Austria yang pernah menjawat jawatan penting dalam pasukan keselamtan Austria.

10. Dalam Kitab Injil Bahagian 01 telah dinyatakan ’tanah yang dijanjikan’ antara Sungai Nil,Mesir hingga ke Sungai Eupharates, Mesopotamia di Iraq untuk keturunan Ibrahim atau Abraham.

11. Manakala Zionis merupakan gerakan yang dipelopori Moses Hess yang menubuhkan sebuah negara haram,Israel. Yahudi mula berpindah pada tahun 1897. Zionis merupakan gerakan politik orang Yahudi yang menyokong penubuhan semula ‘tanah yang dijanjikan’ untuk bangsa Yahudi di Palestin pada abad ke-19 di mana ketika itu dikuasai oleh Kerajaan Turki Uthmaniyah.

12. Pada 1903 – 25,000 Yahudi tiba dari Eropah Timur.Antara 1904-1914 sudah ada 40,000 orang Yahudi.

13. Israel diisytiharkan pd 14 Mei 1948. Negara Arab serang Israel. Gerila lebih berperanan dari pemimpin Arab. Mesir dapat Semenanjung Gaza manakala Jordan dapat Timur Jerusalem (Tebing Barat). Sejak itu,perang terus berlaku dan sehingga kini telah mencecah 60 tahun.

14. Sejak itu rakyat Palestin tersepit dalam siri peperangan :
• Perang 1948- ½ juta dihalau dari Palestin.
• Perang 1967- ½ juta keluar.
• Perang 1973- Arab kalah
• 1.5 juta hidup di 8 khemah pelarian -60 tahun

15. Yahudi yang bermazhab ekstrem Haredim inilah yang telah menyerang Palestin terkini iaitu antara 27hb Dis 2008 – 20hb Jan 2009. Antara hukum-hakam penganut Yahudi ini ialah suara wanita adalah aurat,wanita tidak boleh memandu seorang diri,wanita tidak boleh menjadi pemimpin dan melakukan majlis perpisahan antara lelaki dan perempuan. Manakala dari segi pemakaian Zionis adalah berserbakan hitam contohnya kopiah kecil hitam ataupun yang besar dan golongan perempuan pula menutup aurat melepasi paras lutut.

16. Zionis menjadi sekutu kepada Amerika Syarikat. Terdapatnya Zionis Lobi yang tidak terlibat secara langsung dalam politik yang merupakan golongan kaya muncul pada awal abad ke-20.

17. Zionis juga telah menguasai bank. Jenama kereta Ford-ford Found telah memberi bantuan kewangan kepada media elektronik seperti CNN,ABC (Australian),Sky Tv., Hollywood. Malahan media surat khabar juga merupakan salah satu medium Zionis untuk menyebarkan pengaruhnya.

18. Zionis juga yang menyebarkan idea Islam Liberal iaitu idea kuzman, moderat,
fundamental,konservatif dan liberal. Agenda Islam Liberal sangat berjaya di Indonesia. Agenda Islam Liberal telah menguasai pendidikan Islam di Indonesia atas nama kebebasan pluralisme.

Saturday, March 17, 2012

SIAPA IMAM NAWAWI?












Maqqam Imam Nawawi di Syria

Beliau adalah Yahya bin Syaraf bin Hasan bin Husain An-Nawawi Ad-Dimasyqiy, Abu Zakaria. Beliau dilahirkan pada bulan Muharram tahun 631 H di Nawa, sebuah kampung di daerah Dimasyq (Damascus) yang sekarang merupakan ibu kota Syria. Beliau dididik oleh ayah beliau yang terkenal dengan kesalehan dan ketakwaan. Beliau mulai belajar di katatib (tempat belajar baca tulis untuk anak-anak) dan hafal Al-Quran sebelum menginjak usia baligh.

Ketika berumur sepuluh tahun, Syaikh Yasin bin Yusuf Az-Zarkasyi melihatnya dipaksa bermain oleh teman-teman sebayanya, namun ia menghindar, menolak dan menangis kerana paksaan tersebut. Syaikh ini berkata bahwa anak ini diharapkan akan menjadi orang paling pintar dan paling zuhud pada masanya dan bisa memberikan manfaat yang besar kepada umat Islam. Lalu beliau menjadi perhatian bapa dan gurunya dari masa ke semasa.

An-Nawawi tinggal di Nawa hingga berusia 18 tahun. Kemudian pada tahun 649 H beliau memulakan rehlah thalabul ilmi-nya (perjalanan mencari ilmu) ke Dimasyq dengan menghadiri halaqah-halaqah ilmiah yang diadakan oleh para ulama kota tersebut. Di sana, beiau tinggal di Madrasah Ar-Rawahiyyah berhampiran dengan Al-Jami’ Al-Umawiy. Hal tersebut menjadikan beliau lebih sibuk dalam menuntut ilmu.

Disebutkan bahwa ia menghadiri dua belas halaqah dalam sehari. Ia rajin sekali dan menghafal banyak perkara sekaligus berjaya mengatasi rakan-rakannya yang lain. Katanya: “Dan aku menulis segala yang berhubungan dengannya, baik penjelasan perkataan yang sukar mahupun pemberian baris pada kata-kata. Dan Allah telah memberikan barakah dalam waktuku.” [Syadzaratudz Dzahab 5/355].

Di antara Syaikh (guru) beliau: Abul Baqa’ An-Nablusiy, Abdul Aziz bin Muhammad Al-Ausiy, Abu Ishaq Al-Muradiy, Abul Faraj Ibnu Qudamah Al-Maqdisiy, Ishaq bin Ahmad Al-Maghribiy dan Ibnul Firkah.

Manakala di antara murid beliau: Ibnul ‘Aththar Asy-Syafi’iy, Abul Hajjaj Al-Mizziy, Ibnun Naqib Asy-Syafi’iy, Abul ‘Abbas Al-Isybiliy dan Ibnu ‘Abdil Hadi.
Pada tahun 651 H ia menunaikan ibadah haji bersama ayahnya, kemudian beliau pergi ke Madinah dan menetap di sana selama satu setengah bulan lalu kembali ke Dimasyq. Pada tahun 665 H beliau mengajar di Darul Hadis Al-Asyrafiyyah (Dimasyq) dan menolak untuk menerima gaji.

Beliau digelari Muhyiddin (yang menghidupkan agama) namun membenci akan gelaran ini disebabkan ketawadhukan beliau. Di samping itu, agama Islam adalah agama yang hidup dan kukuh, tidak memerlukan orang yang menghidupkannya sehingga menjadi hujjah atas orang-orang yang meremehkannya atau meninggalkannya. Diriwayatkan bahwa beliau berkata: “Aku tidak akan memaafkan orang yang memanggilku Muhyiddin.”

Imam An-Nawawi adalah seorang yang zuhud, wara’ dan bertaqwa. Beliau sederhana, qana’ah dan berwibawa. Beliau menggunakan banyak waktu beliau dalam ketaatan. Sering tidak tidur malam untuk ibadah atau menulis. Beliau juga menegakkan amar ma’ruf nahi munkar, termasuk kepada para penguasa, dengan cara yang telah digariskan Islam.

Beliau menulis surat berisi nasihat untuk pemerintah dengan bahasa yang halus sekali. Suatu ketika beliau dipanggil oleh raja Azh-Zhahir Bebris untuk menandatangani sebuah fatwa. Datanglah beliau yang bertubuh kurus dan berpakaian sangat sederhana. Raja pun memandang rendah kepadanya dan berkata: “Tandatanganilah fatwa ini!!” Beliau membacanya dan menolak untuk meletakkan tanda tangan. Raja marah dan berkata: “Kenapa?” Beliau menjawab: “Kerana ia jelas mengandungi kezaliman.” Raja semakin marah dan berkata: “Pecat ia dari semua jawatannya!” Para pembantu raja berkata: “Ia tidak punya jawatan sama sekali.” Raja ingin membunuhnya tapi Allah menghalanginya. Raja ditanya: “Kenapa tidak engkau bunuh dia padahal sudah bersikap demikian kepada Tuan?” Raja pun menjawab: “Demi Allah, aku sangat segan padanya.”

Imam Nawawi meninggalkan banyak sekali karya ilmiah yang terkenal. Jumlahnya sekitar empat puluh kitab, di antaranya:

1. Dalam bidang hadits: Arba’in, Riyadhush Shalihin, Al-Minhaj (Syarah Shahih Muslim), At-Taqrib wat Taysir fi Ma’rifat Sunan Al-Basyirin Nadzir.
2. Dalam bidang fiqih: Minhajuth Thalibin, Raudhatuth Thalibin, Al-Majmu’.
3. Dalam bidang bahasa: Tahdzibul Asma’ wal Lughat.
4. Dalam bidang akhlak: At-Tibyan fi Adab Hamalatil Qur’an, Bustanul Arifin, Al-Adzkar.

Thursday, March 15, 2012

Wasatiyyah Najib tak sama dengan cara Rasulullah












KUALA LUMPUR, 15 Mac: Konsep wasatiyyah yang diuar-uarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kononnya menjadi gagasan kerajaan disifatkan sebagai kosmetik semata-mata.

Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh (gambar) berkata, kaedah wasatiyyah yang diperkenalkan oleh Najib adalah wasatiyyah ciptaannya sendiri.


Katanya, Perdana Menteri tidak boleh menggunakan perkataan wasatiyyah ketika mengemukakan dasar-dasar dalam negara kerana ia terikat dengan dasar Islam.

"Kaedah wasatiyyah yang sebenar adalah daripada agama Islam itu sendiri, jadi semua prinsip atau pendekatan yang diguna pakai bercanggah dengan Islam tidak dikira sebagai wasatiyyah.

"Jadi PM kena faham bila sebut wasatiyyah mesti rujuk apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW," katanya kepada Harakahdaily.

Jelasnya, wasatiyyah adalah kaedah yang digunakan Rasulullah yang diterjemahkan oleh baginda di Mekah dan Madinah.

Tegasnya, wasatiyyah yang pernah dilaksanakan oleh masyarakat sehingga kiamat mesti berpaksi pada kaedah yang ditetapkan dalam Islam.

Wasatiyyah yang ditetapkan dalam Islam, katanya terdapat perkara yang boleh dibincangkan dan ada perkara tidak boleh dirunding iaitu yang membabitkan dasar-dasar Islam.

"Jadi kalau kita lihat dua kaedah ini yang dibawa oleh Rasulullah, perkara ini tidak wujud langsung dalam pentadbiran Umno BN hari ini, barangkali ada hanya segelintir sahaja," katanya.

Misalnya, kata beliau, wasatiyyah yang diamalkan oleh Rasulullah membabitkan peraturan, perundangan negara atau dasar yang diamalkan dalam negara.

Justeru katanya, dasar Islam adalah dasar wasatiyyah yang memberi keadilan kepada semua kaum dan agama, jadi apa yang berlaku dalam negara pada hari ini memperlihatkan dasar ini ditolak oleh Umno dengan mengambil dasar lain.

Terdahulu, Najib dalam jawapan kepada Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat pada 12 Mac, menegaskan kerajaan memperkenalkan konsep wasatiyyah sebagai pemangkin kepada Gagasan 1Malaysia.

Ekoran itu, kerajaan telah mengumumkan penubuhan Institut Wasatiyyah yang akan diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri manakala kerusi wasatiyyah diwujudkan di Universiti Malaya yang akan menjadi pemangkin kepada gerakan kesederhanaan di Malaysia.


Sumber:Harakah Daily

Tuesday, March 6, 2012

AL MAUT

AL-MAUT atau difahami juga dengan istilah “Kematian”.
Apa yang dikatakan mati itu, bagaimanakah hal keadaannya seseorang hamba itu tatkala datangnya kematian.

Pengarang kitab “Alam barzakh” telah menukilkan beberapa ayat-ayat AL-QURAN dan Hadiths Nabi S.A.W yang menerangkan tentang perihal kematian.

Untuk memulakan keterangan bab “AL-MAUT” ini, terlebih dahulu eloklah kita ketahui
Apakah sebenarnya mati itu ?

Secara ringkasnya bahawa mati itu berpisahnya nyawa ( Roh ) dengan badan ( Jasad ).
Yakni Roh keluar dari Jasad apabila dicabut oleh Malaikat Maut ( Izrail as ) tatkala tibanya ajal seseorang hamba sepertimana yang telah ditetapkan oleh Penciptanya iaitu ALLAH S.W.T

Firman ALLAH S.W.T yang bermaksud :
“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati”
( Ali Imran : 185 )

Juga Firman ALLAH S.W.T yang bermaksud :
“Maka apabila telah tiba waktu ( yang ditentukan) bagi mereka, tidaklah mereka dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak ( pula ) mendahulukannya”
( An-Nahl : 61 )

Adapun, peringkat kematian makhluk-makhluk itu tidak lah sama, ada yang matinya sebelum datangnya kiamat, sepertimana golongan manusia, jin dan haiwan.
Ada pula yang matinya setelah datangnya hari kiamat sepertimana golongan para malaikat dan begitu juga iblis itu yang telah dipanjangkan oleh ALLAH usianya sehingga tibanya hari kiamat.
Yang pastinya bahawa seluruh makhluk itu akan merasai kematian walau dimana pun ia berada.
Firman ALLAH S.W.T yang bermaksud :
“Dimana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu,walaupun kamu di dalam benteng yang tinggi lagi kukuh”
( An-Nisaa’ : 78 )

Juga Firman ALLAH S.W.T yang bermaksud :
Katakanlah “Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu”
( Al-Jumu’ah : 8 )

Apabila ajal telah tiba, maka berpisahlah antara roh dan jasad. Hadits Nabi S.A.W ada menyingkap tentang berat dan ngeri serta sakitnya apabila roh dicabut dari jasad disaat sakaratul maut.

Rasulullah SAW . bersabda :
Artinya : “( Sakitnya sakaratil maut itu ) kira-kira tiga ratus sakitnya pukulan dengan pedang”
( Diriwayatkan Imam Ibnu Abi Dunya )

Adapun bagi para mukminin, keluarnya roh dari jasad adalah lebih ringan dibandingkan dengan orang-orang kafir, munafik dan musyrik yang keluarnya ditarik dengan cara yang amat keras sekali oleh malaikat Izrail as.

Namun walaupun dicabut dengan perlahan sekali, kesakitan dan keperitan sakaratil maut itu tetap akan dirasakan. Disebutkan dalam satu riwayat, apabila sampai naza’ seseorang hamba itu, maka mulutnya terkunci dan datanglah 4 malaikat kepadanya.
Malaikat yang pertama mengucap salam seraya berkata “aku adalah yang diserahi rezekimu yang telah aku usahakan dari bumi timur dan barat. Maka aku tidak mendapatkan sesuap dari rezekimu jika kamu sudah masuk saatnya kematian”.

Malaikat yang kedua masuk dengan mengucapkan salam dan berkata : “Aku yang diserahi minumanmu, dari air atau lainnya. Aku mencari dalam bumi yang di timur dan di barat. Maka tidaklah aku dapatkan bagimu seteguk air ketika dekatnya saat kematian”.
Malaikat yang ketiga masuk mengucap salam seraya berkata : “Aku yang diserahi nafas-nafasmu. Aku mencari dari bumi timur dan barat. Maka tidaklah aku dapatkan satu nafas dari nafas-nafasmu”.

Kemudian malaikat yang keempat masuk mengucap salam seraya berkata : “Aku yang diserahi dengan ajalmu, aku mencari di bumi timur dan barat. Maka tidak aku temui bagimu walau satu jam”.
Selanjutnya Malaikat Kiramul Katibin masuk kepadanya dari arah kanan dan kiri.
Malaikat sebelah kanan berkata : “Keselamatan bagimu, aku adalah yang diserahi amal kebajikanmu”. Maka keluarlah lembaran yang putih dan diberikan kepadanya seraya berkata : “Lihatlah kepada amalmu”. Maka dikala itu ia merasa gembira dan riang.
Malaikat sebelah kiri berkata : “Keselamatan bagimu. Akulah yang diserahi amal kejahatanmu”. Maka keluarlah lembaran yang hitam dan diberikan kepadanya sambil mengatakan : “ Lihatlah kepadanya !”. Maka dikala itu keringatnya mengalir.
Kemudian hamba itu melihat kekanan dan kekiri kerana takut untuk membaca lembarannya. Maka malaikat memegang lembaran dan melemparkannya ke bantal, lalu ia kembali.
Setelah itu datanglah Malaikat maut, dan disebelah kanan hamba itu adalah malaikat Rahmat, disebelah kirinya pula malaikat azab. Apabila roh itu telah sampai di kerongkong, maka malaikat maut pun mencabutnya. Jika ia termasuk orang yang bahagia, maka malaikat Rahmat memanggilnya dan jika ia termasuk golongan orang yang celaka, maka malaikat azab akan memanggilnya.

Orang Mu’min tatkala sakaratil maut, maka turunlah malaikat yang putih berseri wajahnya, mereka membawa kafan dari kafan-kafan surga dan cendana dari cendana-cendara surga. Malaikat maut lalu duduk di sekitar kepalanya seraya berkata : “Keluarlah wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada ampunan ALLAH dan keredaannya”.
Lalu malaikat membawa roh itu ke hadirat Tuhan seru sekalian alam. Jika ia orang yang bahagia, maka ALLAH berkata kepadanya : “Kembalilah kamu kepada badannya sehingga ia melihat apa yang berada dari tubuhnya. Kemudian para malaikat itu membawa roh itu kembali kerumahnya. Maka roh itu melihat akan sekalian ahli di rumahnya ada yang bersedih dan ada yang tidak. Namun roh itu tidak berkuasa untuk berbicara. Apabila jenazah diiringi ke kuburan, maka ALLAH S.W.T memerintahkan agar roh kembali ke tubuhnya.
Para ulama’ berkhilaf dalam periwayatan, sebahagiannya mengatakan bahawa roh itu dijadikan sebagaimana keadaan semula. Sebahagiannya mengatakan bahawa yang ditanyakan Munkar dan Nakir adalah kepada roh yakni bukan jasadnya.
Dari Atsar yang shahih menurut ahlul ilmi mengenai ditetapkannya bagi seorang hamba itu denga siksaan kubur, dan ia tidak akan lepas dengan ehwal kubur.
Al-Faqih mengatakan : “Barang siapa ingin selamat dari siksa kubur, peliharalah ia dari empat perkara dan jauhilah empat perkara pula.

Empat perkara yang perlu dipelihara itu ialah :
1. Memelihara Solat
2. Bersedekah
3. Membaca AL-QURAN
4. Banyakan membaca tasbih

Manakala empat perkara yang perlu dijauhi pula ialah :
1. Berdusta
2. Khianat
3. Mengadu domba
4. Kencing pada badan ( Tidak beristinjak )

Kemudian, datanglah malaikat Munkar dan Nakir lalu bertanya kepada mayat : “Siapa Tuhanmu…..sampai akhir…..Maka jika ia seorang yang berbahagia sudah pasti ia menjawab Tuhan ku ALLAH S.W.T, Nabi ku Muhammad SAW, Agama ku Islam…..”

Maka para malaikat berkata kepadanya : “Tidurlah kamu sebagaimana tidurnya mempelai”. Keduanya terus membukakan lubang di sisi kepalanya. Dari lubang itu mayat dapat melihat tempat dan kedudukannya di surga. Lalu keduanya kembali beserta roh menuju langit dan menyimpannya di dalam qandil yang digantungkan pada Arasy.”.

Jika mayat seorang yang celaka, lalu malaikat maut datang dan duduk dekat kepalanya seraya berkata : “Wahai nafsu yang jahat, keluarlah kepada kemurkaan ALLAH”. Kemudian roh itu dibawa ke langit dunia, maka oleh kerana roh tersebut ditutuplah segala pintu-pintu langit. Lalu memanggil manggillah pemanggil dari sisi ALLAH : “Kembalikanlah roh itu ke tempat tidurnya. Lantas mereka mengembalikannya ke kuburnya. Kemudian datanglah Munkar dan Nakir yang suara keduanya amat menggerunkan dan mata keduanya seperti petir yang menyambar.Lalu bertanya keduanya : “Siapakah Tuhan mu”. Sahut mayat tersebut : “Entah tidak tahu”.
Maka kedengaran suara disamping kubur : “Wahai Munkar dan Nakir pukul saja orang itu”. Maka Munkar dan Nakir memukulnya dengan palu dari besi”. Andaikata para makhluk sama berkumpul seluruhnya nescaya tidak akan dapat mengelak dari pukulan itu. Maka menyalalah kuburnya menjadi api, dan kubur menyempit antara dada dan punggungnya. Kemudian datanglah seorang lelaki kepadanya dengan rupa yang buruk dan hina. Lelaki itu berkata : “ALLAH telah membalas kejahatan mu, demi ALLAH tidaklah kamu melakukan suatu kebajikan. Kamu sentiasa lalai untuk taat tapi bersegera untuk melakukan kema’siatan kepada ALLAH”.

Mayat berkata : “Siapa kamu ? aku tidak pernah melihat sejijik kamu di dunia”. Lelaki itu menjawab : “Akulah amal perbuatan mu yang jahat”. Lalu dibukakan pintu ke neraka bagi si mayat. Ia melihat tempat duduknya di neraka terus menerus sehingga datangnya hari kiamat.

Monday, March 5, 2012

WARKAH BUAT TUN DR.MAHATHIR













Kembalilah kepangkal Jalan.

Terlebih dahulu saya memohon berbanyak maaf atas kehadhiran warkah terbuka ini jika ia menganggu keselesaan Ybhg Tun Dr Mahathir. Saya utuskan warkah ini, bukan sahaja bermaksud untuk tatapan Ybhg Tun tetapi juga untuk pengetahuan umum bagi menjernih kekeliruan dan kecelaruan fikir masyarakat awam mengenai hukum hudud.

1. Kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad di Konvensyen Kebangsaan Politik dan Patriotisme di Universiti Malaysia Sarawak [UNIMAS] pada 26 Feb 2012 baru - baru ini adalah suatu kenyataan yang cukup mengelirukan dan berpotensi memesong pemikiran orang ramai khasnya ummat Islam terhadap kesucian dan ketulenan agama Islam.

2. Cara Tun Dr. Mahathir memahami Hukum hudud khasnya dan Islam amnya adalah suatu yang sangat asing [gharib] dari disiplin ilmu Islam malah apa yang diutarakan oleh Tun Dr. Mahathir dalam konvensyen tersebut bahawa Hukum Hudud adalah ciptaan ahli Feqah dan ianya tidak terdapat di dalam Al Quran adalah merupakan fitnah yang sangat dahsyat terhadap Kalaamullah Al Quranul Karim.

3. Hudud ialah kategori kesalahan dan hukumannya telah ditentukan oleh Allah swt dalam Al Quran dan RasulNya saw di dalam hadis baginda. Ianya merupakan hak Allah yang tidak boleh ditukar ganti, diubah suai ataupun dipinda. Malah hukumannya tidak boleh dimaafkan oleh sesiapa pun bagi pihak Allah swt. Sebagaimana hukum ini telah ditetapkan oleh Allah swt, demikian juga kita telah diperintah oleh Allah swt untuk melaksanakannya. Firman Allah swt :

وَأَنِ احْكُم بَيْنَهُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَن يَفْتِنُوكَ عَن بَعْضِ مَا أَنزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ فَإِن تَوَلَّوْا فَاعْلَمْ أَنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ أَن يُصِيبَهُم بِبَعْضِ ذُنُوبِهِمْ وَإِنَّ كَثِيرًا مِّنَ النَّاسِ لَفَاسِقُونَ

Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik.

Surah Al Maaidah : 49

4. Kesalahan hudud yang wajib dijatuhkan hukuman khusus telah jelas disebut oleh Allah swt dengan lafaz yang sorih [nyata] di dalam Al Quran dan juga Hadis Nabi saw. Bagaimana Tun Dr. Mahathir begitu yakin dan konfiden mengatakan ia adalah ciptaan ahli feqah dan tidak terdapat di dalam Al Quran.

a] Kesalahan Zina iaitu persetubuhan suka sama suka tanpa nikah yang sah. Hukumannya disebut dalam surah an Nuur ayat 2.

b] Kesalahan Qazaf iaitu menuduh orang berzina. Hukumannya disebut dalam surah An Nuur ayat 4.

c] Kesalahan Minum arak atau minuman yang memabukkan. Hukumannya disebut dalam hadis nabi saw yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari riwayat Saidina Ali bin Abi Talib Karramallahuwajhah.

جلد رسول الله صلى الله عليه وسلم أربعين و أبو بكر أربعين و عمر ثمانين و كل سنة و هذا أحب إليَّ

d] Kesalahan Mencuri. Hukumannya disebut dalam surah al Maaidah ayat 38.

e] Kesalahan Murtad. Hukumannya disebut dalam hadis Nabi saw yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dari riwayat Ibnu Abbas rha.

من بدَّل دينه فاقتلوه

f] Kesalahan Merompak. Hukumannya disebutkan dalam surah al Maaidah ayat 33 dan 34

g] Kesalahan Bughah atau memberontak kepada Ulil Amri yang adil dan serta menjalankan hukum Allah swt yang berdalilkan Al Quran dan Sunnah. Hukumannya disebut di dalam surah al Hujurat ayat 9.
[ kategori ini ~ bughah ~ menjadi khilaf dikalangan ulama' , samaada ia termasuk dalam kesalahan hudud atau tidak ]

5. Jika kita melafazkannya dengan sedar dan bertujuan menafikan bahawa hukuman hudud ini bukan dari al Quran sedang nyata ianya termaktub di dalam al Quranul Kareem, maka ucapan itu boleh membatalkan aqidah. و العياذ بالله نعوذ عياذا بالله

6. Mendustakan ayat - ayat Allah swt pula berlagak angkuh kononnya hukum yang Allah cipta tidak adil sangat besar risikonya sehingga kelak mereka yang mendustakannya dinafikan hak dan peluang menduduki syurga Allah swt. Firman Allah swt :

إِنَّ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا وَاسْتَكْبَرُوا عَنْهَا لَا تُفَتَّحُ لَهُمْ أَبْوَابُ السَّمَاءِ وَلَا يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ حَتَّىٰ يَلِجَ الْجَمَلُ فِي سَمِّ الْخِيَاطِ وَكَذَٰلِكَ نَجْزِي الْمُجْرِمِينَ

Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat (perintah) Kami dan yang angkuh (merasa dirinya lebih) daripada mematuhinya, tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan mereka tidak akan masuk Syurga sehingga unta masuk di lubang jarum dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang melakukan kesalahan.

Surah al A'araf : Ayat 41

7. Saya melihat Ybhg Tun Dr. Mahathir juga sangat keliru bagaimana mahu memahami kedudukan hukuman hudud di dalam Islam. Apabila Ybhg Tun menegas bahawa untuk melakukan sesuatu mesti rujuk kepada Al Quran, tetapi dalam masa yang sama, Ybhg Tun menganggap hukum hudud tidak ada di dalam al Quran. Jika benar tindakan dan ucapan dirujuk kepada al Quran, Ybhg Tun pasti menemui hukum hudud termaktub di dalam al Quranul Karim.

8. Secara rendah diri saya merasakan bahawa Tun Dr. Mahathir perlu mendalami pengajian ilmu Islam melalui bimbingan alim ulama' yang mendalam ilmu mereka dalam perkara ini. Saya dapat lihat dengan jelas bahawa Tun benar - benar keliru terhadap hukum Allah swt ini lalu Tun mempunyai pra sangka yang buruk terhadapnya.

9. Sebagai contoh menganggap hukum hudud tidak adil hanya kerana hukum hudud tidak dikenakan ke atas non muslim lalu Ybhg Tun membuat perbandingan yang dangkal bahawa muslim mencuri dipotong tangan lalu kudung sedang non muslim mencuri hanya dipenjara dan tangannya tidak kudung. Jika saya menjawab dengan perbandingan serupa bahawa muslim wajib solat, puasa, zakat dan haji sedang non muslim tidak diwajibkan ke atas mereka untuk melakukan semua itu, apakah Tun akan berkata bahawa Islam juga tidak adil ? Allah juga tidak adil ? Cara Tun berfikir kini sangat jauh tersasar.

10. Pengecualian non muslim dari perlaksanaan hukuman hudud adalah suatu pengecualian yang bersumberkan wahyu sebagaimana Firman Allah swt :

سَمَّاعُونَ لِلْكَذِبِ أَكَّالُونَ لِلسُّحْتِ فَإِن جَاءُوكَ فَاحْكُم بَيْنَهُمْ أَوْ أَعْرِضْ عَنْهُمْ وَإِن تُعْرِضْ عَنْهُمْ فَلَن يَضُرُّوكَ شَيْئًا وَإِنْ حَكَمْتَ فَاحْكُم بَيْنَهُم بِالْقِسْطِ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ

Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan segala yang haram (rasuah dan sebagainya). Oleh itu kalau mereka datang kepadamu, maka hukumlah di antara mereka (dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah), atau berpalinglah dari mereka; dan kalau engkau berpaling dari mereka maka mereka tidak akan dapat membahayakanmu sedikitpun; dan jika engkau menghukum maka hukumlah di antara mereka dengan adil; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.

Surah al Maaidah : ayat 42

11. Menilai hukum hudud dan kesannya ke atas ummah tidak boleh dinilai hanya melalui aqal semata - mata, tetapi selaku seorang yang mengaku muslim, Ybhg Tun mesti melihatnya dengan kaca mata Islam dan Iman. Ertinya Tun mesti menilai sehingga tembus ke ruang akhirat. Jangan hanya menilai hukum hudud dalam dinding sempadan dunia semata - mata.

12. Akhirnya saya sekali lagi menasihati diri saya sendiri pula dengan rasa rendah hati menasihati Ybhg Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa hukuman hudud adalah ketetapan Allah swt. Kalaupun kita tidak mampu melaksanakannya, janganlah kita menafikannya apatah lagi mempersendakannya dengan fitnah kononnya hukum hudud adalah cipta ahli feqah.

13. Ybhg Tun, marilah kita baca beberapa penegasan Allah swt di dalam Al Quran agar kita insaf dan patuh pada perintah Allah swt. Pertama, bacalah dengan bahasa Arab kerana al Quran tidak boleh dibaca dalam bahasa lain kecuali dengan bahasa ia diturunkan iaitu bahasa Arab. Faham atau tidak, al Quran mesti baca dalam bahasa arab. Adapun terjemahannya bolehlah dibaca dengan apa jua bahasa yang kita faham dan selesa.

a] Firman Allah swt dari Surah an Nisaa' ayat 13.

تِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ وَمَن يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ يُدْخِلْهُ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا وَذَٰلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ

Segala hukum yang tersebut adalah batas-batas (Syariat) Allah. Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan itulah kejayaan yang amat besar.

b] Firman Allah swt dari surah an Nisaa' ayat 56.

إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا بِآيَاتِنَا سَوْفَ نُصْلِيهِمْ نَارًا كُلَّمَا نَضِجَتْ جُلُودُهُم بَدَّلْنَاهُمْ جُلُودًا غَيْرَهَا لِيَذُوقُوا الْعَذَابَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَزِيزًا حَكِيمًا

Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

14. Semoga Ybhg Tun diberikan keafiatan dan punya masa terluang untuk membaca warkah ini dengan tenang. Beri masa pada diri untuk berfikir tanpa sebarang prejudis terhadap hukum Allah swt. Jua tidak didorong rasa dendam kepada PAS lalu menolak syariat yang diperjuangkan oleh PAS. Menganggap hudud itu adalah hudud PAS.

15. Saya harap Ybhg Tun dapat mengkajinya sendiri, dengan membuka helaian al Quran lalu membaca dan mentadabburnya dengan cermat. Jika Ybhg Tun tidak jelas memahaminya, boleh dirujuk kepada alim ulama' yang mukhlisin. Bukan merujuk kepada penasihat 25 % yang hanya merosakkan masa depan Ybhg Tun.

16. Salam hormat dari saya. Insyaallah, kiranya diizinkan oleh Allah swt. saya bersama rakan - rakan exco Dewan Pemuda PAS Malaysia ingin benar bertemu dengan Ybhg Tun untuk bermuzakarah mengenai hukum Allah swt yang suci lagi adil ini. Harap Ybhg Tun juga berlapang dada dan sedia bertemu dengan pihak kami. Insyaallah, kami akan memilih masa yang sesuai dan munasabah untuk menghantar surat rasmi kepada pihak Ybhg Tun untuk tujuan tersebut.

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Thursday, March 1, 2012

Bai’ah menjadikan Umno gelisah?

















1. Dewan Pemuda PAS Malaysia merasakan isu bai’ah di dalam PAS benar-benar menjadi beban yang membuatkan UMNO resah dan gelisah. Lihat bagaimana kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada 25 Febuari yang lalu di Sinar Harian dan Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia pada 24 Febuari di Utusan Malaysia.

2. Ustaz Fathul Bari melarang guna istilah syarak untuk tujuan politik. Ini satu perkara yang tidak masuk akal. Sekiranya istilah syarak yang membawa kepada pemahaman yang betul terhadap sesuatu syariat tidak boleh digunakan, bagaimana untuk kita mahu memahami dan membawa syariat yang sebenar dalam kehidupan kita termasuk berpolitik dan mentadbir negara?

3. Contohnya politik, ia adalah proses dan cara membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan. Walaupun ia biasanya digunakan bagi merujuk kepada kerajaan, tingkah laku politik juga boleh didapati dalam sektor korporat, akademik, agama, dan institusi lain.

4. Kefahaman awam mengenai politik berbeza dengan makna yang difahami dari sudut pandangan Islam, politik ialah menjaga urusan umat di dalam dan di luar negara dengan cara yang tidak menyalahi syariat Islam. Siasah syar’iyyah [politik berasaskan syara'] tidak hanya terhad kepada apa yang disebut oleh syara’, tetapi disyaratkan agar tidak menyalahi teks al-Quran, sunah, ijmak dan kaedah-kaedah syara’ serta dasar-dasar amnya.

5. Melihat kepada dua contoh ini, memahami politik dari sudut pandang Islam itu adalah sangat penting. Dewan Pemuda PAS Malaysia merasakan inilah politik yang sepatutnya diamalkan dan diperjuangkan oleh mereka yang mengaku muslim. Sekiranya kita tidak boleh menggunakan istilah politik yang menepati syara' atau istilah syara' dalam berpolitik, bagaimana kita mahu mentadbir bumi Allah ini sesuai dengan apa yang telah Allah sampaikan melalui rasulNya?

6. Bagi kami selaku ahli PAS, istilah syara’ itu perlu digunakan untuk tujuan politik agar masyarakat dapat memahami konsep sebenar berpolitik di dalam Islam. Sekiranya Ustaz Fathul Bari menafi atau melarang ahli politik menggunakan istilah syara’ untuk berpolitik maka Dewan Pemuda PAS merasakan tidak perlunya wujud “Islam Wasthiyyah” yang dilaung-laungkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib.

7. Selain daripada itu, beliau juga turut melemparkan tuduhan dengan mengatakan bai’ah di dalam PAS bersifat radikal sehingga dikatakan boleh mendatangkan kecelakaan dunia dan akhirat kepada sesiapa yang melanggarnya. Firman Allah di dalam surah al-Fath ayat 10 berbunyi:


إِنَّ الَّذِينَ يُبَايِعُونَكَ إِنَّمَا يُبَايِعُونَ اللَّهَ يَدُ اللَّهِ فَوْقَ أَيْدِيهِمْ فَمَنْ نَكَثَ فَإِنَّمَا يَنْكُثُ عَلَى نَفْسِهِ وَمَنْ أَوْفَى بِمَا عَاهَدَ عَلَيْهُ اللَّهَ فَسَيُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا

“Sesungguhnya orang-orang yang memberi pengakuan taat setia kepadamu (wahai Muhammad - untuk berjuang menentang musuh), mereka hanyasanya memberikan pengakuan taat setia kepada Allah Allah mengawasi keadaan mereka memberikan taat setia itu (untuk membalasnya). Oleh itu, sesiapa yang tidak menyempurnakan janji setianya maka bahaya tidak menyempurnakan itu hanya menimpa dirinya sendiri dan sesiapa yang menyempurnakan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah, maka Allah akan memberi kepadanya pahala yang besar”.


8. Sebagai calon yang bertanding di atas tiket PAS, mereka perlulah menjalankan kewajipan dan amanah mereka setelah dipilih oleh rakyat. Sebagaimana rakyat telah memilih mereka yang mewakili parti, maka mereka perlu melaksanakan tanggungjawab setelah mereka dipilih. Justeru bai’ah ini adalah untuk memastikan bahawasanya setiap daripada calon PAS menjalankan semua amanah dan tidak mengkhianati kepercayaan rakyat yang telah memilihnya sebagai wakil mereka.

9. Tidak salah sekiranya PAS memperingatkan malah mengikat komitmen setiap calonnya untuk melaksanakan amanah Allah ini agar mereka tidak dicelakakan oleh Allah sama ada ketika di dunia mahupun di akhirat kelak. Bai’ah di dalam PAS adalah tertakluk dengan syarat sebagaimana firman Allah dalam surah al-Nisa' ayat 59 berbunyi :


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ

“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu…”

10. Memetik daripada kenyataan Datuk Seri Jamil Khir yang mengatakan bai'ah memang ada dalam Islam, yang merupakan pertautan janji daripada kepimpinan untuk mematuhi amanah dan memikul tanggungjawab yang diberikan. Justeru, inilah yang dilakukan oleh PAS sebagaimana yang diungkapkan oleh Presidennya bahawasanya bai’ah di dalam PAS adalah untuk memastikan bahawasanya setiap daripada calonnya tidak menyeleweng daripada dasar, cara dan matlamat Islam itu sendiri.

Akhirnya, tidak perlulah UMNO bersusah payah mengenai isu bai’ah yang dilakukan oleh PAS, kerana PAS mempunyai sokongan dasar dan asas yang kukuh daripada nas dan pendirian alim ulama' haraki dalam perkara ini.

Nasrudin bin Hassan

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Wednesday, February 29, 2012

Star: Umno bagi lesen MCA hentam Islam













KUALA LUMPUR, 29 Feb: Akhbar milik MCA, The Star yang sudah berkali-kali terang-terang mengguris hati orang Islam tanpa dikenakan sebarang drastik menandakan Umno memberikan lesen kepada rakan seperjuangannya MCA untuk terus menghentam Islam, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Dua hari lepas, The Star menyiarkan gambar besar penyanyi Amerika Eryka Badu yang mempunyai tatoo nama Allah pada dadanya yang terdedah.
Ia disifatkan satu penghinaan kepada umat Islam di negara ini kerana nama Allah seolah-olah dipermain-mainkan. Ekoran pendedahan Harakahdaily mengenainya, The Star telah memohon maaf atas “terlepas pandang”.

Ekoran itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Lee Chee Leong dalam kenyataannya sebagaimana yang disiarkan Bernama berkata, Managing Editor, Ketua Editor Berita dan Editor Kanan The Star telah dipanggil kementeriannya untuk memberikan penjelasan ekoran laporan itu.

Ini adalah kali ketiga akhbar MCA melakukan kesalahan yang disifatkan melampau dalam tidak menjaga kesensitifan umat Islam.

Bulan Februari lepas, editor The Star, P Gunasegaram mempersoalkan hukum Islam apabila 3 wanita dijatuhkan hukuman sebat kerana berzina.

Kemudian, pada bulan Ramadhan yang lalu, The Star menyiarkan resipi masakan daging babi kononnya sebagai juadah berbuka puasa. Apabila dibuat bantahan, The Star memohon maaf.

Ini tidak ditambah lagi dengan kenyataan-kenyataan presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek, yang umat Islam sudah muak dengan sifat ‘Islamphobia’nya yang tidak habis-habis menghina Islam khasnya hukum syariah.
Ia dapat dilihat dengan jelas dalam debat beliau dengan Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP baru-baru ini.

“MCA dah menjadi lebih ganas di bawah perdana menteri Datuk Seri Najib Razak. Nampaknya Umno ini memang memberikan lesen kepada MCA untuk menghentam Islam dalam dasar pecah dan perintahnya. Hukum minum arak, berjudi, hudud semua boleh dipertikai,” kata Mohamad.

Beliau juga berkata Kementerian Dalam Negeri perlu telus dan adil dalam memberikan hukuman terhadap akhbar The Star.

“Diharap bukan timbalan menteri MCA yang menyoalsiat editor The Star. Manalah mereka faham apa itu kesensitifan orang Islam dan rakyat akan nampak tidak telus. Sekiranya kali ini juga tidak hukuman yang setimpal, maka betullah apa yang saya katakan, menteri-menteri Umno sebenarnya inginkan MCA terus menghentam Islam,” katanya memberitahu Harakahdaily ketika dihubungi malam semalam.

Semalam, Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hasan Tantawi turut mempertikaikan penglibatkan penglibatan timbalan menteri KDN dari MCA dalam isu ini, kerana ramai yang akan ragu kalau-kalau tindakan yang berpatutan diambil ke atas akhbar milik MCA, The Star ini.

"Bagaimana AJK Pusat MCA yang jadi timbalan menteri KDN ni nak siasat dan hukum akhbar MCA? Kelakarlah pentadbiran Umno ini," kata Nasrudin Hassan, Ketua Pemuda PAS ketika mengulas isu ini.

Sehubungan itu, beliau meminta KDN lebih serius dalam hal ini dan menjaga kepentingan umat Islam dan tidak takut kepada MCA yang sudah semakin galak menghina Islam.

Seperti Mat Sabu, Nasrudin juga berpendapat keadaan kini adalah lebih parah dan mengelirukan apabila kerajaan Umno dan BN memejam sebelah mata terhadap apa yang dilakukan oleh akhbar MCA itu.

“Apakah kerana mereka tidak berani berhadapan dengan MCA?” soalnya.

Menurutnya, harapan ada tindakan tegas justeru ia berkait dengan maruah ummat Islam.

“Kita tidak mahu lagi akhbar Star hina Islam kemudian mohon maaf, buat lagi dan mohon maaf lagi dan buat lagi lalu mohon maaf lagi.

“Soalnya sampai bila?” katanya lagi.

SumBer-HarAkah Daily.

Tuesday, February 28, 2012

Move Forward: Oh.. okey.. Kelantan Negeri Termiskin













Negeri miskin seperti Kelantan cuma ada 4 cawangan Mydin. Satu gedung wholesale Hypermarket di Kubang Kerian, Kemudian dua buah di dalam bandar kota Bharu iaitu Wholesale Emporium dan satu lagi wholesale textile. Cawangan seterusnya di kawasan bebas cukai Rantau Panjang. Tak dapatlah nak bandingkan jumlah yang lebih banyak di negeri-negeri lain. Pengunjung-pengunjungnya dari pukul 8 pagi sampai 10 malam tak pernah putus. Mereka bukan window shopping. Mereka beli barang. Kebanyakannya penuh satu atau dua troli dan selalunya bayar secara cash.

Negeri Kelantan yang dikatakan miskin ini cuma ada 13 cawangan KFC (Kentucky Fried Chicken). Ya hanya tiga belas cawangan sahaja termasuk di Gua Musang. Jika nak dibandingkan dengan negeri-negeri lain memanglah kalah jumlah ini. Tetapi pelik jugak kan, dari kawasan hilir sehingga ke hulu Kelantan ada KFC. Ish..ish..ish … Orang kampung ataupun orang bandar pun makan KFC ya. Tetapi hakikatnya berapa jumlah KFC di Kelantan atau di tempat lain bukan pengukur kekayaan ataupun kemiskinan. Setuju atau tidak?

Sebab termiskin jugalah hanya ada satu sahaja outlet Tutti Frutti di Kota Bharu iaitu corner lot di deretan kedai berhampiran dengan Taman Tg Anis. Agak-agaknya lepas-lepas beriadah, main ayun dengan anak-anak, orang Kelantan yang miskin ni bawa anak mereka pergi rasa semangkuk dua tutti frutti. Macam dulu-dulu lah, lepas main ‘de-cok’ ataupun letih ‘berambat’ kita pergi pekena ABC semangkuk. Mungkin boleh rujuk keuntungan dan bandingkan keuntungan dan service tutti frutti di Kelantan dan lain-lain negeri. Mungkin kita boleh dapat sesuatu yang mengejutkan? Al-maklumlah negeri termiskin manalah mampu rakyatnya nak makan semangkuk tutti frutti ini. Kan lebih baik beli nasik atau kuih? Selidik dulu baru kita akan sama-sama tahu nanti.

Begitulah juga memang sedikit sahaja jumlah restoren makanan segera McDonald di negeri ini. Ya, hanya ada tiga sahaja McDonald di Kelantan dan ke semuanya terletak dalam bandar Kota Bharu. Cumanya yang menghairankan bagaimana dan mengapakah salah satunya terletak di Wakaf Che Yeh. Wakaf Che Yeh bukan bandar. Wakaf Che Yeh juga bukan ibu kota. Ia cuma terletak di kawasan ‘wakaf’ sahaja yang asalnya tempat pasar tani dan pasar borong. Bagi orang-orang Kelantan mereka tahu apa ertinya Wakaf ini.

Agaknya mengapakah sebuah francais restoren fast food terkemuka dunia ambilkira sebelum membuka restoren ini di Wakaf Che Yeh dan lain-lain tempat di negeri yang miskin ini.

Negeri Kelantan ini hanya ada beribu-ribu kedai makan dan kopi sahaja di setiap jajahan negeri. Nasib baik hidup kedai-kedai ini sebab ada pelanggan setia dan pelancong yang sudi singgah sekali-sekala. Tetapi kita tidak nafi ada yang gulung tikar. Pelik bukan? Walaupun tengah-tengah gawat dan barang naik, asyik ada pertambahan restoren saja di negeri ini. Kopitiam tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Kedai merpati pula tetap utuh macam biasa. (kedai merpati – istilah merujuk kepada kedai kopi/nasik etc. – bukan jual burung merpati. Panjang kalau nak dijelaskan di sini)

Oh ya, miskinnya rakyat Kelantan boleh dilihat dari kedai-kedai nasik berlauk di pagi hari. Ambil satu saja contoh kedai di Paloh Pintu Geng ataupun di Batu 2 jalan Kuala Krai. Tak kurang 500 -800 sahaja nasik yang terjual oleh kedai yang buruk dan nasiknya tak boleh jual mahal-mahal sekitar 2.00-2.50 sahaja sebungkus sebab orang Kelantan kan miskin. Ini cuma pendapatan sehari penjual nasik atau kedai kopi. Kesiankan pendapatan sehari penjual nasik belauk ni cuma dalam 1000-2000 sahaja sehari. Apabila jam 10 atau 11 pagi mereka sudah terpaksa tutup kedai. Kesian sungguh.

Kalau peniaga-peniaga wanita Kelantan pula, mereka tak reti nok ‘nyepe’ duit bila dapat hasil niaga. Mereka selalu sahaja pergi kedai emas dan beli barang mas. Tak percaya tengok gelang-gelang yang mereka pakai. Mula-mula seurat sahaja tali tangan emas yang mereka pakai. Lepas-lepas itu nampak bertambah 5-6 urat cukup setahun. Memanglah mereka ini, asyik perhabiskan duit beli emas sahaja. Beli yang mahal dan juga yang murah-murah. Tapi Chemek tidak pasti harga cincin, gelang, tali rantai yang mereka pakai itu ada atau tidak yang mencecah puluhan juta harganya.

Penyakit beli emas ini bukan hanya di kalangan peniaga wanita malah di kalangan pekerja-pekerja pejabat, kakitangan kerajaan atau bukan kerajaan malah suri-suri rumah. Sudahlah harga emas tak pernah turun. Makin hari makin naik. Makin hari makin naik. Kenapalah mereka ini asyik beli emas-emas itu? Bukankah rakyat Kelantan ini miskin.

Bulan puasa pun biasa sahaja di Kelantan. Orang berniaga cuma lebihlah dari bulan-bulan yang sekala. Kedai ayam percik mungkin dapat jual 200-400 ekor ayam percik sahaja sehari. Kalau lebih dari itu adalah 4-5 tempat ayam percik yang exceptional dapat jual lebih banyak ratus lagi dari yang lain. Satu perangan (perange) hanya terjual RM10-12 sahaja. Jadi income sehari tak byk mana. Kira-kira pendapatan sebulan penjual ayam percik ini biasa-biasa sahaja untuk banding dengan pemilik restoren atau kedai-kedai yang hebat di luar Kelantan.

Pelik juga jika kita perhati betul-betul. Masuk sahaja Bulan Ramadan, tiba-tiba sahaja ramai orang miskin di Kelantan ini. Ada yang bukan asal dari negeri Kelantan pun. Tapi bulan Ramadan memang menjadi lokasi ‘percutian’ mereka. Memginap di rumah tumpangan ataupun masjid, mereka muncul di negeri ini setahun sekali. Kalau pihak media nak fokus berita, pergi sahaja Masjid Muhammadi dan buat khemah di situ dari awal Ramadan sehingga akhir bulan. Tapi janganlah ambil gambar atau video separuh-separuh. Ataupun buat liputan separuh jalan. Tak aci lah kalau begitu.

Ikut orang-orang miskin ini menagih simpati ke satu rumah sehingga rumah yang lain. Tanya mereka berapa puluh rumah mereka pergi sehari. Tanya berapa mereka dapat setiap hari di bulan Ramadan. Tanya mereka berapa kilo gula dan berapa gantang beras mereka dapat setiap hari di bulan Ramadan. Tanya jugak berapa banyak rumah yang mereka ulang pergi sampai 2-3 sepanjang bulan yang mulia itu dan berapa ramai orang Kelantan yang tidak membiarkan mereka pulang dengan tangan kosong pada hari itu. Tunggu dan lihat di akhir-akhir Ramadan, apabila orang-orang ‘miskin’ yang cari mereka yang ‘lebih miskin ini’ di hadapan masjid-masjid di Kelantan dan kampung-kampung terutamanya sehari dua menjelang hari raya. Tentu anda akan terpegun dengan kuasa memberi di kalangan ‘orang-orang miskin’ ini.

Tak payah tambah-tambah cerita jugak apabila anok-anok Kelate di perantauan balik untuk berhari raya. ‘Jam’ penuh jalan sebelum masuk negeri Kelantan. Tak cukup satu line jalan jadi dua tiga line. Semua nak balik. Samada ikut jalan biasa ataupun jalan lama. Yang ikut jalan lama kuatkan iman dan pasang lampu tinggi-tinggi. Nak buang air pun tahan sebab jalan gelap dan sunyi. Berbonggol-bonggol. Nasib baik ada kumpulan-kumpulan lembu yang menunggu sepanjang jalan. Adalah juga makhluk Allah buat peneman di tepi-tepi jalan.

Tak masuk tiket bas dan keretapi mula dan habis dijual sebelum bulan puasa lagi. Tak usah kira jumlah gerabak tambahan dan jumlah bas tambahan yang masuk dan keluar kosong. Agak-agak kalau ada bot, kapal layar untuk balik ke negeri termiskin ini, mesti penuh dengan rakyat Kelantan.

Apakah ini petanda Kelantan tiada peluang pekerjaan apabila anak Kelantan bekerja di luar negeri Kelahiran mereka? Sebab memang sungguh pun ramai anak Kelantan bekerja di luar Kelantan. Apa agaknya jawapan orang negeri lain contohnya kita tanya orang Selangor, Sabah, Johor, Perak, Negeri sembilan ataupun Kuala Lumpur yang bekerja di Kelantan, ‘dekat negeri awak tak ada peluang kerja kah sampai kena datang berkhidmat di Kelantan? Atau kita tanya orang Johor yang kerja di KL dan perak. Orang Perlis yang kerja di Penang. Orang Pekan yang pergi kerja di Putrajaya. Mesti mereka akan kata, sudah tertulis rezekinya berada di negeri-negeri itu.

Apabila sembahyang dua hari raya, nampak sangat makin miskin negeri Kelantan ini. Masjid-masjid sempit dan ruang tak cukup nak menampung ahli qaryah yang ramai. Air-cond dan kipas yang sedia ada sudah tidak memadai untuk memberi kenyamanan kepada jemaah yang solat. Walaupun sudah beberapa kali masjid ataupun surau yang sedia ada dibesarkan dan di-renovate. Masih juga tidak cukup ruang. Dengan hanya bertikar, berbumbungkan langit dan berkipaskan kertas, mereka terpaksa solat walaupun matahari sedang memancar ataupun hujan turun renyai-renyai. Sayup-sayup sahaja kedengaran suara imam ataupun pemimpin negeri membaca doa dan pujian-pujian kepada Hanya Allah Yang Maha Kaya.

Ya Allah, jadikanlah Negeri Kami Negeri Beragama

Tempat Istirehat Orang-Orang Miskin Dan Memerlukan


Beberapa tambahan

1) Pengasas Mydin merupakan orang Kelantan. Dengan perkembangan yang amat bagus, pasaraya dan emporium Mydin telah dibuka di banyak tempat di Kelantan dan negeri lain di mana ia membuka peluang pekerjaan dan keuntungan kepada banyak pihak – termasuklah mereka yang berada di luar Kelantan.

2) Tutti Frutti Kota Bharu – sewaktu mula-mula dibuka tahun lepas hanya mendapat keuntungan RM3,000 SEHARI pada hari Jumaat dan Sabtu. (laporan Bernama)

3) Satu ekor ayam boleh buat dua ‘perange’ aye percik. Mari kita hitung pendapatan sebulan ‘Bulan Ramadan’ penjual aye percik.

4) Mari kita ‘congok’ jugok pendapatan jual nasik belauk sehari dan sebulan, pastu total pendapatan setahun.

p.s: Sebab ‘miskin’ lah rakyat Kelantan tahu betapa bernilainya satu pangkah dan sehingga kini mereka masih mempertahankannya.

kRedit:http://chemekmolek.wordpress.com/

P/s dari dilemaduniaislam-orang UMNO suka p rombongan..mana lagi..Kelantan laaa juga.

PEMIMPIN INGKAR ALLAH PERLU DITUKAR

AMPANG, 27 Feb: Pemimpin yang ingkar kepada Allah dengan tidak melaksanakan perintah Allah ke atasnya dan terhadap sistem pemerintahannya, tidak perlu diberikan pertimbangan lebih jauh lagi, melainkan perlu ditukar dengan pemimpin lain yang lebih baik daripadanya.

Sekiranya pertukaran itu tidak dilakukan, ia pasti akan merosakkan sesebuah negara dan rakyatnya sehingga akan menyebabkan berlakunya pelbagai kepincangan dalam pelbagai aspek dalam negara terbabit.

Pendakwah selebriti terkenal yang juga ikon anak muda, Ustaz Azhar Idrus berkata, pemimpin yang ingkar kepada Allah berbeza kedudukannya dengan pemimpin yang lembap atau 'slow'.

Menurutnya, pemimpin yang lembap, kurang bijak, kurang kecekapan, bertindak perlahan untuk kemajuan dan kebaikan negara atau negeri, tidak perlu ditukar.

Katanya, sebaliknya bagi pemimpin lembap, mereka hanya perlu dibaiki agar berubah ke arah kebaikan bagi kepentingan agama, tanah air dan seluruh rakyatnya.

"Keadaan itu samalah juga dengan kedudukan seseorang imam. Makmum memang kena ikut imam. Kalau imam itu baca perlahan, baca surah panjang-panjang, sabar sajalah. Tak perlulah tukar imam itu.

"Kalau tak setuju dengan imam itu, pergi sajalah ke masjid atau surau lain," katanya ketika menjawab soalan peserta sama ada dalam konteks kepimpinan, perlu tukar pemimpin atau ubah pemimpin, pada program Bersama Ustaz Azhar Idrus anjuran Dewan Pemuda PAS Terengganu di De Palma Hotel Ampang, dekat sini, semalam.

Bagaimanapun, menurutnya, sekiranya seseorang imam itu merosakkan rukun sembahyang, imam tersebut perlu ditukarkan dengan imam lain yang lebih baik daripadanya.

Katanya, begitu juga kedudukannya dengan imam yang sering melakukan maksiat, tidak melaksanakan tanggungjawab amar makruf nahi mungkar, imam itu juga bukan lagi perlu diubah tetapi perlu ditukarkan dengan imam lain dengan segera.

"Perkara itu samalah juga dengan seseorang pemimpin yang sering melakukan maksiat, tidak melaksanakan perintah Allah dalam sistem pemerintahannya.

"Pemimpin seperti itu jika tidak ditukar dengan pemimpin lain yang lebih baik daripadanya pasti akan lebih merosakkan lagi negara dan rakyatnya sehingga akhirnya akan menyebabkan negara itu musnah," tegasnya.

Tugas menukar pemimpin yang tidak baik kepada yang lebih baik, tambahnya, tidak boleh dipandang ringan oleh setiap umat Islam kerana ia mempunyai kaitan secara langsung dengan tuntutan Allah ke atas setiap umat Islam agar sentiasa mentaati segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya.

Selain dari itu, pemimpin seperti itu juga perlu dibantu oleh sesama umat Islam lain demi kepentingan pemimpin itu sendiri dengan diberikan nasihat dan teguran kepadanya agar insaf dan bertaubat kepada Allah.

"Cara untuk memberikan nasihat dan teguran kepada pemimpin yang seperti itu adalah dengan menukarkannya dengan pemimpin lain yang lebih baik daripadanya.

"Setelah kuasa tiada lagi di tangannya, barulah dia akan sedar dengan kesilapan dan kejahatannya sendiri selama ini. Dengan itu, barulah dia akan insaf dan bertaubat kepada Allah," tegasnya.

Begitu juga halnya dengan pemandu yang mabuk, tambahnya lagi, yang bukan sahaja perlu ditukar segera dengan pemandu lain yang lebih baik daripadanya bagi kepentingan nyawa orang lain, tetapi juga untuk menegurnya supaya sedar dengan kesilapannya sendiri.

sUMBER:hArakah Daily

Saturday, February 18, 2012

Kelantan miskin bukti Najib dan PM terdahulu gagal

Harakahdaily, 18 Feb 2012

KUALA LUMPUR, 18 Feb: Dakwaan Datuk Seri Najib Razak bahawa Kelantan negeri paling miskin di negara ini, hanya membuka pekung dirinya sendiri sebagai pemimpin nombor satu negara.

Pensyarah Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Abu Hassan Hasbullah (gambar) berkata, jika benar dakwaan itu, ia bermakna kegagalan kesemua enam perdana menteri termasuk Najib untuk memajukan kesemua negeri dalam Malaysia ini sejak BN memerintah lebih 50 tahun lalu.

"Sekira benar Kelantan ini negeri miskin mengikut kata PM DS Najib, maka ini bermaksud benar-benar gagalnya enam orang Perdana Menteri dalam memajukan setiap pelusuk tanah air, setiap orang dari rakyatnya.

"(Ini) kerana negeri Kelantan ini adalah salah satu negeri dalam gabungan 14 negeri di dalam Persekutuan Tanah Melayu atau Malaysia, dan sama sekali bukan sebuah negeri yang berada di Thailand, atau Indonesia, atau Brunei, atau Kemboja, dan tidak mungkin sebuah negeri di Benua Afrika," coretnya melalui Facebooknya Hassan Hayastani..

Beliau dipercayai mengulas kenyataan Najib ketika berucap di Lahad Datu semalam kononnya Kelantan adalah negeri miskin tercorot dan bukan lagi Sabah.

Najib berkata kedudukan tercorot itu bermula sejak negeri tersebut berada di bawah pemerintahan kerajaan PAS Kelantan.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Mini Estet Sejahtera (Mesej) Akuakultur Kampung Nala, Tungku, Lahad Datu di sini semalam.

Mengulas lanjut, Abu Hassan berkata, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan memerintah untuk memajukan mana-mana negeri dan tugas itu berada di atas batu jemala seorang perdana menteri.

"Negeri mana pun yang dikatakan miskin selagi dia adalah negeri di dalam Malaysia maka tanggungjawab memberi kekayaan, kemajuan, kesejahteraan dan kebajikan masadepan itu berada di atas kepimpinan seorang Perdana Menteri.

"Ini bukan zaman penjajah British dengan polisi kejadah pecah dan perintah!," tulis beliau.

sumber Harakahdaily

Thursday, February 16, 2012

WANITA SOLEHAH

Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita untuk menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima habuan syurga yang penuh keni'matan dari Allah s.w.t. . Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat sahaja, iaitu:

1. Taat kepada Allah dan RasulNya
2. Taat kepada suami

Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut:

1- Taat kepada Allah dan RasulNya

- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki ajnabi kecuali ada bersamanya mahramnya.
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan takwa
- Berbuat baik kepada dua ibubapa
- Sentiasa bersedekah samada dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki ajnabi
- Bersikap baik terhadap jiran tetangga

2. Taat kepada suami

- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya semasa suami tiada di rumah.
- Tidak cemberut di hadapan suami.
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami.
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya.
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan fizikal dan kecantikannya serta kebersihan rumahtangga.

FAKTOR YANG MERENDAHKAN MARTABAT WANITA

Apabila kita melihat bahawa punca rendahnya martabat wanita adalah datangnya dari faktor dalaman. Bukanlah faktor luaran atau yang berbentuk material sebagaiamana yang digembar-gemburkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita.

Faktor-faktor tersebut ialah:

1- Lupa mengingati Allah

Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan aktiviti luar atau memelihara anak-anak, maka tidak hairan jika ramai wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingati Allah. Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: Ertinya: " Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya."

Sabda Rasulullah s.a.w.: Ertinya: "Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang aku sampaikan." (Riwayat Tarmizi)

Mengingati Allah s.w.t. bukan sahaja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu, muzakrah atau sebagainya.

2- Mudah tertipu dengan keindahan dunia

Keindahan dunia dan keseronokkannya memang banyak menjebak wanita ke perangkapnya. Bukan setakat itu sahaja, malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda. Bukan sedikit yang sanggup menderhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana keni'matan dunia yang terlalu sedikit.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An'am: Ertinya:" Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir."

BANYAK WANITA JADI PENGHUNI NERAKA

Dari Imran bin Husain dia berkata, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Sesungguhnya penduduk Syurga yang paling sedikit adalah wanita.” (Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara’ (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita.” (Hadis Riwayat Al- Bukhari dan Muslim)

Sabda Rasulullah s.a.w : “Allah tidak akan melihat kepada wanita yang tidak mensyukuri apa yang ada pada suaminya dan tidak merasa cukup dengannya.” (HR Nasa’i)

Sabda Rasulullah s.a.w : “Wanita yang meminta cerai pada suaminya tanpa sebab (yang syar’ie) maka haram baginya mencium wangi Syurga.” (Hadis Riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi )

Dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w menjelaskan tentang wanita penghuni Neraka, baginda bersabda :
“ … dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka telanjang, melenggak-lenggokkan kepala mereka kerana sombong dan berpaling dari ketaatan kepada Allah dan suaminya, kepala mereka seakan-akan seperti bunggul unta. Mereka tidak masuk Syurga dan tidak mendapatkan wanginya Syurga padahal wanginya boleh didapati dari jarak perjalanan sekian dan sekian.” (Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)

Di dalam kisah solat gerhana matahari, Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya melakukan solat gerhana padanya dengan solat yang panjang , Rasulullah s.a.w melihat Syurga dan Neraka. Ketika beginda melihat Neraka beginda bersabda kepada para sahabatnya: “ … dan aku melihat Neraka maka tidak pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali, aku melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita. Para sahabat pun bertanya : “Mengapa (demikian) wahai Rasulullah?” Baginda s.a.w menjawab : “Kerana kekufuran mereka.” Kemudian ditanya lagi : “Apakah mereka kufur kepada Allah?” Baginda menjawab : “Mereka kufur terhadap suami-suami mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikannya. Kalaulah engkau berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai) nescaya dia akan berkata : ‘Aku tidak pernah melihat sedikitpun kebaikan pada dirimu.’ ” (Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari)

Ketika beginda selesai berkhutbah hari raya yang berisikan perintah untuk bertakwa kepada Allah s.w.t. dan anjuran untuk mentaatiNya. Baginda pun bangkit mendatangi kaum wanita, baginda menasihati mereka dan mengingatkan mereka tentang akhirat kemudian baginda bersabda : “Bersedekahlah kamu semua. Kerana kebanyakan kamu adalah kayu api Neraka Jahanam!” Maka berdirilah seorang wanita yang duduk di antara wanita-wanita lainnya yang berubah kehitaman kedua pipinya, dia pun bertanya : “Mengapa demikian, wahai Rasulullah?” Baginda menjawab : “Kerana kamu banyak mengeluh dan kamu tidak taat terhadap suami.” (Hadis Riwayat Al- Bukhari)

Monday, February 13, 2012

Badan kehakiman takut disebabkan Dr M, kata bekas Ketua Hakim

Oleh Melissa Chi

KUALA LUMPUR, 11 Feb — Bekas Ketua Hakim, Tun Mohd Dzaidin Abdulah berkata, mahkamah-mahkamah Malaysia hari ini telah akur kepada kehendak ahli-ahli politik dalam cabang eksekutif kerajaan dan ia berpunca daripada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Hakim yang bersara itu menegaskan, pindaan terhadap Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan semasa pentadbiran Dr Mahathir pada tahun 1980-an telah melemahkan sayap badan kehakiman.

“Akibat pindaan, kuasa kehakiman mahkamah-mahkamah telah dikurangkan dan mereka hanya mempunyai kuasa apabila diberikan Parlimen,” kata Mohd Dzaidin, dan menambah bahawa “Parlimen lebih hebat daripada badan kehakiman.”

Beliau menjelaskan situasi itu amat buruk kerana “Parlimen cuba mengarahkan badan kehakiman kerana ia adalah satu-satunya badan yang mempunyai kuasa kehakiman.”

Tegasnya, “pindaan itu pada pandangan saya dalam cara yang landasan sebenar struktur asas perlembagaan persekutuan dari konsep kebebasan badan kehakiman kepada pergantungan badan kehakiman eksekutif untuk kuasa kehakimannya.”

Badan kehakiman Malaysia bukan satu alat untuk digunapakai kerajaan untuk apa-apa jenis kepentingan politik, jelas Mohd Dzaiddin.

“Badan kehakiman sepatutnya bebas sepenuhnya kerana kedua-dua badan eksekutif dan badan perundangan,” hakim yang bersara ini berkata semasa ucapan dasarnya meraikan ulang tahun Tunku Abdul Rahman dan Institute of Democracy and Economic Affairs (IDEAS) di Tunku Abdul Rahman Memorial hari ini.

Pada tahun 1988, President Tun Mohamed Salleh Abas telah disingkirkan oleh Dr Mahathir perdana menteri ketika itu.

Mohd Dzaiddin berkata kejadian itu adalah disebabkan perbezaan dalam pendapat antara Dr Mahathir dan Salleh atas peranan-peranan dua cabang kerajaan berkenaan.

Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee juga berkata insiden tahun 1988 itu tidak seharusnya diulang.

“Saya rasakan kita tidak harus kembali ke hari-hari ‘88, kami tidak akan membenarkan seorang perdana menteri memecat hakim-hakim hanya kerana beliau membuat satu pengumuman kehakiman yang mana tidak menguntungkan bagi kerajaan hari ini, bahawa mesti tidak harus berulang lagi,” katanya.

Lim turut berada sebagai panel dalam perbincangan berjudul “Empowering Liberal Democratic Insitutions” bersama dengan Ahli Parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan, Ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar , dan Principle Research Fellow di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Anis Yusal Yusoff.

Beliau menambah bahawa untuk kes-kes komersial, sistem kehakiman Malaysia cukup dipercayai bagi menangani kes-kes dari rantau itu.

“Tetapi ujian terakhir sudah pasti apabila ia datang kepada kes-kes sensitif dari segi politik atau kes-kes keagamaan dan bagaimana perjanjian Mahkamah Rayuan kita dengannya.

“Tentang hal itu, saya tetap memberi pandangan negatif kerana setakat ini kes-kes keagamaan, kes-kes penukaran agama terdapat satu ketakutan oleh Mahkamah Rayuan kita dalam membuat satu keputusan. Mereka kerap menangguhkan kes-kes kontroversi seperti krisis di Perak,” katanya.

Pada hari Rabu, seorang panel hakim tiga lelaki dalam Mahkamah Rayuan memerintah yang hak-hak dan kebebasan bercakap memuliakan dalam Perlembagaan Persekutuan tidak mutlak.

Hasilnya, kenyataan veteran DAP Karpal Singh pada satu sidang akhbar pada 2009, bahawa Sultan Perak boleh disaman, telah melintasi baris-baris sah dan bersifat hasutan, kata hakim.

“Untuk menjadi adil, kami mempunyai hakim-hakim sangat berani yang telah menhalang kerajaan untuk melakukan tindakan salah. Jadi untuk adil terdapat yang dalam perkataan Tun Dzaiddin ‘ada hikmah di luar sana’,” kata Lim.

Sumber : http://my.news.yahoo.com/badan-kehakiman-takut-disebabkan-dr-m-kata-bekas-143956392.html

Friday, February 10, 2012

Najib ‘gadai akidah’ hadir upacara Thaipusam di Batu Caves, tegas Harussani

Oleh Syed Mu’az Syed Putra

KUALA LUMPUR, 10 Feb — Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria melahirkan rasa terkilan dengan sikap Datuk Seri Najib Razak yang “menggadai akidah” apabila hadir dalam upacara keagamaan sempena sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini.

Tegas Harussani, walaupun sudah ditegur setiap tahun namun perdana menteri itu seolah-olah tidak memandang berat akan kepentingan agama Islam dan akidah.

“Ini perbuatan syirik, saya tidak tahu mengapa jadi macam ini... sedangkan perayaan kaum lain kita tidak boleh sambut ini pula hadir di rumah ibadat mereka.

“Bagaimana boleh terlajak macam ini, sepatutnya perdana menteri wakilkan menteri beragama Hindu untuk menggantikan dirinya... sebab umat Islam tidak boleh terlibat dalam sambutan perayaan agama lain,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau menambah menteri hal ehwal agama Islam atau penasihat agama sepatutnya menasihatkan Najib agar tidak hadir dalam perayaan itu.

“Kita tidak boleh sambut (perayaan agama lain), mereka lakukan upacara keagamaan dan kita sebagai umat Islam tidak boleh hadir... itu upacara ibadat mereka.

“Sebagai perdana menteri, Najib sepatutnya sedar dan menghantar wakil. Saya sudah tegur perkara ini setiap tahun namun tidak dipedulikan,” katanya menambah Najib wajar mencontohi sikap perdana menteri terdahulu yang menghantar wakil masing-masing.

Pada 7 Februari lalu, Najib menghadiri sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves selain turut mengumumkan peruntukan awal berjumlah RM2 juta untuk membina pusat kebudayaan di kawasan itu.

Najib yang lengkap berpakaian Kurta berwarna kuning muda ditemani isteri Datin Seri Rosmah Mansor, mengakui gembira untuk turut sama memeriahkan Hari Thaipusam dan ini merupakan kali ketiga beliau mengunjungi Batu Caves sempena perayaan itu sejak 2010.

“Jangan gadai akidah kita, hukumnya syirik apabila kita hadir dalam perayaan mereka seperti kita merestui agama kaum lain... kita sepatutnya menjauhi perbuatan khufur yang boleh merosakkan akidah.

“Perkara ini serius kerana ia masalah akidah, saya wajib tegur... kalau tidak mahu dengar terpulang,” kata Harussani menambah tiada halangan sekiranya menghadiri majlis rumah terbuka tetapi bukan upacara keagamaan.

sUMBER http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/najib-gadai-akidah-hadir-upacara-thaipusam-di-batu-caves-tegas-harussani/

Friday, January 13, 2012

Surat Terbuka Kepada Melayu : Islam Didahului, Melayu Bersamanya

Islam didahulukan, Melayu bersamanya. Bukan Melayu didahulukan, Islam mengikutnya, kerana Islam ditegakkan Melayu selamat. Kalau Melayu ditegakkan diatas aqidah kebangsaannya, Melayu sesat, Islam terpinggir. Inilah kecuaian Umno sejak ditubuhkan sehingga kini.



Kecintaan kepada keluarga, kaum dan bangsa adalah fitrah yang digalakkan oleh Islam, tetapi


menjadikannya aqidah perjuangan adalah satu kesesatan.


Rasulullah S.A.W. memulakan perjuangan dengan keluarga dan kaumnya, tetapi dengan aqidah dan berpandukan Islam. Rasulullah S.A.W. adalah ikutan yang dilantik oleh Allah, bukan dilantik melalui pilhanraya atau perhimpunan agung mana-mana parti. Apabila Rasulullah S.A.W. dilantik menjadi Rasul akhir zaman kepada seluruh alam, dipilih daripada kalangan bangsa arab qabilah Quraisy, paling jahil, miskin dan berada ditangah padang pasir paling gersang, tetapi menjadi paling sabar, berani dan paling lasak menghadapi cabaran kalau ditarbiyah. Bangsa arab seluruhnya berpecah dan berperang sesama sendiri. Semenanjung arab, tanah air mereka dijajah oleh kuasa besar dunia Parsi dan Rom. Pesoalannya apakah yang didahulukan oleh Rasulullah S.A.W? Sama ada memulakan perjuangan diatas semangat kebangsaan arab, satukan mereka terlebih dahulu diatas semangat kebangsaan itu, tegakkan perjuangan kemerdekaan menentang penjajah Parsi dan Rom, selepas itu Islam boleh tegak dengan sendiri besamanya. Atau mulakan dengan Islam, perkasakan bangsa arab dengan Islam yang sempurna, aqidah, syariat dan akhlak?



Ucapan pertama disampaikan kepada penduduk Makkah dengan arahan wahyu daripada Allah ialah, firman Allah



Katakanlah: "Hai manusia Sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepada kamu semua, iaitu Allah yang mempunyai kerajaan langit dan bumi; tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, yang menghidupkan dan mematikan. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, Nabi yang ummi yang beriman kepada Allah dan kepada kalimat-kalimat-Nya (kitab-kitab-Nya) dan ikutilah Dia, supaya kamu mendapat petunjuk."Surah Al-Aqraf:158



Bukan dengan seruan hidup arab Islam selamat !, hanya bangsa arab yang boleh menegakkan Islam , macam selogan Umno :”hidup Melayu!”.



Tegasnya bahawa Rasulullah S.A.W. memulakan perjuangan mengajak bangsa mengikut Islam, bagi memerdekakan diri daripada jahiliyah dalam diri sendiri terlebih dahulu dengan bangsanya mengikut Islam. Walaupun mendapat tentangan hebat daripada pemimpin kaum bangsa dan keluarganya sendiri, sehingga dihalau daripada tanah air tempat dilahirkannya (Makkah). Kemudian menggunakan kuasa pemerintahan Islam yang ditegakkan oleh kaumnya yang menerima Islam dengan beriman mengikutnya dengan sempurna dan mengumpul serta menyatukan mereka dengan Islam. Kemudian kembali semula ke Makkah untuk memerdekakannya daripada kuasa pemeritahan jahiliyah arab yang dipimpin oleh ayah mertuanya sendiri Abu Sufian bin Harb. Allah mewafatkan Rasulullah S.A.W. setelah Ajaran Islam disempurnakan secara wahyu serta cara beramalnya dinyatakan oleh Sunnah Rasulullah S.A.W. dan setelah menyampaikan mesej Islam secara bersurat yang dihantar kepada negara dan bangsa yang bukan arab.


Ada yang menerima Islam, ada yang tidak menerima tetapi berdamai dan ada yang mengambil sikap permusuhan. Sebelum wafat Rasulullah S.A.W. Allah menegaskan kepadanya secara wahyu kepada bangsa arab yang menganut Islam supaya berpandukan Islam,


diantaranya Allah memberi amaran :وَإِنْ تَتَوَلَّوْا يَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ ثُمَّ لَا يَكُونُوا أَمْثَالَكُمْ (38 ) مخمد38.


Jika kamu berpaling (daripada menegakkan Islam) niscaya dia akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain; dan mereka tidak akan seperti kamu ini. (Surah Muhammad)


Khalifah Abu Bakar mengambil alih memimpin negara menentang bangsa arab yang murtad (berpaling tadah menentang Islam). Penyelewengan berlaku dengan bantuan penjajah Parsi dan Rom. Setelah Khalifah Abu Bakar berjaya mengalahkan bangsa arab yang murtad maka dimulakan dakwah mengajak kaum lain kepada Islam tanpa paksaan. Dua kuasa besar dunia menentang secara ketenteraan kerana menganggap bangsa arab yang menganut Islam itu masih lemah saperti sebelum Islam.


Tiba-tiba dua kuasa besar dunia ikut tumbang kerana jahiliyyahnya, walau pun mereka maju daripada segi kebendaannya, tetapi dibejati kezaliman dan maksiat. Khalifah Umar R.A. yang berjaya menjatuhkan dua kuasa besar dunia itu manyampaikan ucapannya ketika berada di Kota Suci Bait Al Maqdis:.(Kita adalah bangsa yang diberi kemuliaan oleh Allah dengan Islam, sekiranya kita mencari kemuliaan yang lain daripada apa yang telah dikurnia Allah, nescaya kita akan ditimpa hukuman Allah menjadi bangsa yang hina). Ketika bangsa arab yang menganut Islam masih berpegang dengan ajaran Islam, mereka terus memimpin negara yang paling besar dalam sejarah, bersama masyarakat majmuk berbagai bangsa dan agama. Mereka mengislamkn bangsa lain tanpa paksaan dan mengislam ilmu serta kebijaksanaan daripada berbagai bangsa, sehingga melahirkan tamadun Islam yang paling hebat dalam sejarah manusia. Apabila bangsa Arab menjadi leka terhadap Islam, maka Allah menukarkan bangsa bukan arab yang menganut Islam dan berpadukan Islam serta menegakkannya.


Bangsa lain mengambil alih pemerintahan telah melahirkan ilmuan Islam dan pemimpin negara. Manakala bangsa arab menjadi rakyat dibawah pemerintahan Islam, oleh para ulama dan pemimpin bukan berbangsa arab, saperti Kurdis, Turki, Bukhara dan lain-lain. Bangsa Melayu di Asia Tenggara turut sama menjadi bangsa yang perkasa apabila mereka menganut Islam dan raja-rajanya memerintah dengan Islam. Bahasa Melayu berhuruf Al Quran bertamadun menjadi bahasa ilmu dirantau ini. Kedatangan penjajah yang mampu menguasai dunia Islam, termasuk dunia Melayu di rantau ini apabila mereka lemah berpegang dengan ajaran Islam. Cahaya Islam yang sedikit tidak boleh dipadamkan masih bersuluh membangkitkan perjuangan menentang penjajah. Walaupun penjajah asing sudah meninggalkan tanahair kita, tetapi kesan daripadanya masih wujud dengan tebal.


Kita tidak dapat mengambalikan jati diri malainkan dengan kembali menjadikan Islam tertegak dihadapan kita yang menjadi panduan seluruh cara hidup beragama dan bermasyarakat. Ini saperti yang pernah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W dengan petunjuk Allah dan diperingatkan oleh Khalifah Umar bin Al Khattab R.A. Mari kita menjadi bangsa yang insaf dengan muhasabah diri, bagaimana bangsa arab yang berjumlah ratusan juta, di tengah kekayaan hasil minyak yang tidak terkira, dipermainkan oleh kuasa barat yang pernah menjajah mereka. Mereka tidak mampu berdepan dengan segelintir bangsa yahudi zionis yang diletakkan oleh penjajah bagi menjaga kepentingannya di Asia barat. Ini kerana mereka berpaksikan kebangsaan arab dan meminggirkan Islam di belakang mereka. Satu agenda penjajahan pemikiran yang sengaja dirancang begitu rupa.


Hari ini bangsa arab mula sedar dan bangkit bersama Islam dengan memulakan kemenangan Islam secara aman memalalui pilihanraya yang adil setelah ditekan oleh pemimipin bangsa sendiri secara kuku besi. Umno adalah pelakon yang sama memimpin negara yang dikatakan merdeka, dengan semangat hidup Melayu, Islam selamat. Nyata bahawa Melayu tidak selamat dengan cara Umno. Islam cara Umno tidak mampu memperkasakan Melayu, kerana Melayu didahulukan, Islam tidak memandunya kerana tidak djadikan panduan. Maka bangsa Melayu tidak mampu bersaing dengan kaum lain dalam masyarakat majmuk.


Kita wajib menerima hakikat masyarakat majmuk yang diatur oleh penjajah ditanah air kita. Setelah mereka menjajah bangsa Melayu yang lebih dahulu yang bercampur dengan kaum pribumi berada ditanahair ini. Penjajah membawa kaum lain yang dijajah juga, untuk sama-sama diperhambakan untuk kepentingan penjajah barat. Bangsa Melayu dan penduduk asal yang lain terus dipinggir dikawasan luar bandar dengan keadaan terbiar dalam kemiskinan. Kaum Cina pula menjadi buruh di lombong-lombong dan sebahagiannya di bandar dan kaum India menjadi buruh di ladang-ladang. Semua kaum diperkudakan untuk kepentingan penjajah dan seterusnya diatur untuk dilagakan diantara satu sama lain, untuk terus diperintah atau menjaga kepentingan penjajah selepas merdeka.

Mengikut Islam bahawa masyarakat majmuk adalah satu adunan yang baik sekiranya dimanfaatkan

dengan bijak, sekiranya wujud kedudukan yang seimbang dan saksama diantara satu sama lain. Kaum lain telah menerima hakikat bangsa Melayu yang beragama Islam adalah teras kepada negara dengan hak yang adil secara sama dengan kaum yang lain, kerana jumlah mereka lebih besar. Tiba-tiba kedudukan orang Melayu yang beragama Islam ketinggalan jauh dibelakang dari segi pendidikan, ekonomi, politik dan lain-lain. Ini menyebabkan rasa tidak puas hati terhadap kaum lain, dengan terpinggir secara nyata di Singapura, Pulau Pinang dan negeri-negeri lain di pantai barat dan Malaysia Timur. Semua negeri-negeri ini pada awalnya dipimpin oleh Umno yang bertemakan hidup Melayu mafhumnya tegaklah Islam.



Malangnya Umno menyalahkan pihak lain, khususnya PAS yang tidak bersama Umno sejak menentang penjajah dan cara mencapai kemerdekaan dan mengurus negara. Umno meletakkan Islam disamping atau dibelakang tanpa kuasa secara warisan penjajah yang merancang untuk melemahkan umat Islam mengikut kajian para orentalis. Akhirnya orang Melayu bukan sahaja terus dalam keadaan lemah, tidak mampu bersaing dengan kaum lain. Bukan sahaja ketinggalan dalam ekonomi dibumi sendiri, walaupun diberi tongkat hak istimewa Melayu dan bumiputera, bahkan ketinggalan dalam pendidikan dan kesadaran berpolitik.


Pemimpin yang tidak boleh menjadi model Islam kepada bukan Islam dan tidak mampu memimpin kumpulannya dan bangsanya sendiri, apatah lagi negara, tetapi lebih berlagak mampu dengan mempertahan kuasa dengan apa sahaja, kerana dibejati penyakit zalim dan fasad. Zalim mengikut takrif Islam ialah meletakkan sesuatu tidak kena pada tempatnya dalam segala bidang, seperti kehakiman, pentadbiran, ekonomi dan lain-lain aspek. Fasad pula ialah kemungkaran dalam segala aspek saperti rasuah dan segala maksiat terhadap Allah, diri sendiri dan masyarakat.


Pemimpin utama Umno sendiri sudah mengaku adanya penyakit yang kronik dalam diri parti Umno. Politik rasuah (wang) membarah dalam diri sendiri dan menyebarkannya kepada orang Melayu untuk mendapat sokongan, mengampu dan menipu sesama sendiri. Maka orang Melayu dalam bahaya bersama Umno . Ketinggalan orang melayu dalam politik Singapura ditahun lima puluhan dan enam puluhan adalah dibawah pimpinan Umno. Tertinggalnya orang Melayu di Pulau Pinang adalah dibawah Umno juga. Umno menyelamatkan kedudukan dengan mengasak orang Melayu dengan kawasan pilihanraya campuran bagi memenangkan rakan kongsinya daripada kaum lain setelah parti itu kalah dikawasan mereka.


Mereka menekan bangsa sendiri yang menegurnya dan tidak bersamanya, dengan menindas negeri Melayu yang tidak berpihak kepada Umno. Tindakan menafikan hak royalti minyak terhadap Kelantan dan Terengganu suatu ketika dahulu serta melambatkan bayaran perkapita. Begitu juga dengan Kedah. Ini adalah contoh nyata Umno menindas negeri Melayu. Umno juga mengapi-apikan semangat perkauman Melayu sehingga tegang hubungan dengan kaum lain, seterusnya orang Melayu dilekakan dengan wang, media yang menipu dan melalaikan mereka. Ketika bangsa lain berpolitik secara matang dengan kefahaman merancang masa depan yang jauh. Namun orang Melayu berpolitik diajar oleh Umno untuk mencari peluang beberapa hari dimusim pilihanraya sehingga lupa menjadi mangsa setiap lima tahun sehingga lebih lima puluh tahun terus ketinggalan. Sudah tiba masanya orang Melayu memberi peluang kepada Umno berehat atau bersara atau berhenti terus. Ucapan berapi dalam perhimpunan Agung Umno baru-baru ini lebih banyak membedil diri sendiri, bukan sahaja ada yang menikam dari belakang bahkan ada yang berani menikam secara berhadapan.


Walaupun pada zahirnya menyerang lawan dan kawan. Yang tidak faham bertepuk tangan syok sendiri sehingga membengkak tangan. Adapun yang faham pula berubah wajah kerana kebimbangan bahteranya menunggu karam ditebuk kelasi sendiri.


PAS berulangkali mengajak Umno bermuzakarah secara ilmu Islam dan adabnya bagi selamatkan umat dan negara dengan Islam, bukan berbincang untuk bersama memikul biawak hidup yang diternak oleh Umno. Mengajak kepada Islah sekadar kemampuan, kerana bukan cara menyelamatkan negara dengan mengapi-apikan semangat perkauman yang menegangkan hubungan diantara kaum dan agama. Caranya ialah dengan konsep adil untuk semua dan menjaga hak masing-masing secara adil, serta ruang demokrasi dengan batas-batas dan sempadannya yang sebenar secara ikhlas bukan secara menipu. PAS percaya Islam adalah hujah yang terkuat daripada Allah S.W.T kerana Islam adalah Rahmat Allah kepada seluruh alam.


Tulisan ini bukan menjaga tepi kain orang lain, tetapi hanya peringatan kepada mereka yang kainnya sudah parah terkoyak, sehingga menampakkan kecacatan yang memalukan.


PRESIDEN PAS

Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...