KLIK SINI



Bakers1171 - Homemade & Halal


Tuesday, February 28, 2012

Move Forward: Oh.. okey.. Kelantan Negeri Termiskin













Negeri miskin seperti Kelantan cuma ada 4 cawangan Mydin. Satu gedung wholesale Hypermarket di Kubang Kerian, Kemudian dua buah di dalam bandar kota Bharu iaitu Wholesale Emporium dan satu lagi wholesale textile. Cawangan seterusnya di kawasan bebas cukai Rantau Panjang. Tak dapatlah nak bandingkan jumlah yang lebih banyak di negeri-negeri lain. Pengunjung-pengunjungnya dari pukul 8 pagi sampai 10 malam tak pernah putus. Mereka bukan window shopping. Mereka beli barang. Kebanyakannya penuh satu atau dua troli dan selalunya bayar secara cash.

Negeri Kelantan yang dikatakan miskin ini cuma ada 13 cawangan KFC (Kentucky Fried Chicken). Ya hanya tiga belas cawangan sahaja termasuk di Gua Musang. Jika nak dibandingkan dengan negeri-negeri lain memanglah kalah jumlah ini. Tetapi pelik jugak kan, dari kawasan hilir sehingga ke hulu Kelantan ada KFC. Ish..ish..ish … Orang kampung ataupun orang bandar pun makan KFC ya. Tetapi hakikatnya berapa jumlah KFC di Kelantan atau di tempat lain bukan pengukur kekayaan ataupun kemiskinan. Setuju atau tidak?

Sebab termiskin jugalah hanya ada satu sahaja outlet Tutti Frutti di Kota Bharu iaitu corner lot di deretan kedai berhampiran dengan Taman Tg Anis. Agak-agaknya lepas-lepas beriadah, main ayun dengan anak-anak, orang Kelantan yang miskin ni bawa anak mereka pergi rasa semangkuk dua tutti frutti. Macam dulu-dulu lah, lepas main ‘de-cok’ ataupun letih ‘berambat’ kita pergi pekena ABC semangkuk. Mungkin boleh rujuk keuntungan dan bandingkan keuntungan dan service tutti frutti di Kelantan dan lain-lain negeri. Mungkin kita boleh dapat sesuatu yang mengejutkan? Al-maklumlah negeri termiskin manalah mampu rakyatnya nak makan semangkuk tutti frutti ini. Kan lebih baik beli nasik atau kuih? Selidik dulu baru kita akan sama-sama tahu nanti.

Begitulah juga memang sedikit sahaja jumlah restoren makanan segera McDonald di negeri ini. Ya, hanya ada tiga sahaja McDonald di Kelantan dan ke semuanya terletak dalam bandar Kota Bharu. Cumanya yang menghairankan bagaimana dan mengapakah salah satunya terletak di Wakaf Che Yeh. Wakaf Che Yeh bukan bandar. Wakaf Che Yeh juga bukan ibu kota. Ia cuma terletak di kawasan ‘wakaf’ sahaja yang asalnya tempat pasar tani dan pasar borong. Bagi orang-orang Kelantan mereka tahu apa ertinya Wakaf ini.

Agaknya mengapakah sebuah francais restoren fast food terkemuka dunia ambilkira sebelum membuka restoren ini di Wakaf Che Yeh dan lain-lain tempat di negeri yang miskin ini.

Negeri Kelantan ini hanya ada beribu-ribu kedai makan dan kopi sahaja di setiap jajahan negeri. Nasib baik hidup kedai-kedai ini sebab ada pelanggan setia dan pelancong yang sudi singgah sekali-sekala. Tetapi kita tidak nafi ada yang gulung tikar. Pelik bukan? Walaupun tengah-tengah gawat dan barang naik, asyik ada pertambahan restoren saja di negeri ini. Kopitiam tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Kedai merpati pula tetap utuh macam biasa. (kedai merpati – istilah merujuk kepada kedai kopi/nasik etc. – bukan jual burung merpati. Panjang kalau nak dijelaskan di sini)

Oh ya, miskinnya rakyat Kelantan boleh dilihat dari kedai-kedai nasik berlauk di pagi hari. Ambil satu saja contoh kedai di Paloh Pintu Geng ataupun di Batu 2 jalan Kuala Krai. Tak kurang 500 -800 sahaja nasik yang terjual oleh kedai yang buruk dan nasiknya tak boleh jual mahal-mahal sekitar 2.00-2.50 sahaja sebungkus sebab orang Kelantan kan miskin. Ini cuma pendapatan sehari penjual nasik atau kedai kopi. Kesiankan pendapatan sehari penjual nasik belauk ni cuma dalam 1000-2000 sahaja sehari. Apabila jam 10 atau 11 pagi mereka sudah terpaksa tutup kedai. Kesian sungguh.

Kalau peniaga-peniaga wanita Kelantan pula, mereka tak reti nok ‘nyepe’ duit bila dapat hasil niaga. Mereka selalu sahaja pergi kedai emas dan beli barang mas. Tak percaya tengok gelang-gelang yang mereka pakai. Mula-mula seurat sahaja tali tangan emas yang mereka pakai. Lepas-lepas itu nampak bertambah 5-6 urat cukup setahun. Memanglah mereka ini, asyik perhabiskan duit beli emas sahaja. Beli yang mahal dan juga yang murah-murah. Tapi Chemek tidak pasti harga cincin, gelang, tali rantai yang mereka pakai itu ada atau tidak yang mencecah puluhan juta harganya.

Penyakit beli emas ini bukan hanya di kalangan peniaga wanita malah di kalangan pekerja-pekerja pejabat, kakitangan kerajaan atau bukan kerajaan malah suri-suri rumah. Sudahlah harga emas tak pernah turun. Makin hari makin naik. Makin hari makin naik. Kenapalah mereka ini asyik beli emas-emas itu? Bukankah rakyat Kelantan ini miskin.

Bulan puasa pun biasa sahaja di Kelantan. Orang berniaga cuma lebihlah dari bulan-bulan yang sekala. Kedai ayam percik mungkin dapat jual 200-400 ekor ayam percik sahaja sehari. Kalau lebih dari itu adalah 4-5 tempat ayam percik yang exceptional dapat jual lebih banyak ratus lagi dari yang lain. Satu perangan (perange) hanya terjual RM10-12 sahaja. Jadi income sehari tak byk mana. Kira-kira pendapatan sebulan penjual ayam percik ini biasa-biasa sahaja untuk banding dengan pemilik restoren atau kedai-kedai yang hebat di luar Kelantan.

Pelik juga jika kita perhati betul-betul. Masuk sahaja Bulan Ramadan, tiba-tiba sahaja ramai orang miskin di Kelantan ini. Ada yang bukan asal dari negeri Kelantan pun. Tapi bulan Ramadan memang menjadi lokasi ‘percutian’ mereka. Memginap di rumah tumpangan ataupun masjid, mereka muncul di negeri ini setahun sekali. Kalau pihak media nak fokus berita, pergi sahaja Masjid Muhammadi dan buat khemah di situ dari awal Ramadan sehingga akhir bulan. Tapi janganlah ambil gambar atau video separuh-separuh. Ataupun buat liputan separuh jalan. Tak aci lah kalau begitu.

Ikut orang-orang miskin ini menagih simpati ke satu rumah sehingga rumah yang lain. Tanya mereka berapa puluh rumah mereka pergi sehari. Tanya berapa mereka dapat setiap hari di bulan Ramadan. Tanya mereka berapa kilo gula dan berapa gantang beras mereka dapat setiap hari di bulan Ramadan. Tanya jugak berapa banyak rumah yang mereka ulang pergi sampai 2-3 sepanjang bulan yang mulia itu dan berapa ramai orang Kelantan yang tidak membiarkan mereka pulang dengan tangan kosong pada hari itu. Tunggu dan lihat di akhir-akhir Ramadan, apabila orang-orang ‘miskin’ yang cari mereka yang ‘lebih miskin ini’ di hadapan masjid-masjid di Kelantan dan kampung-kampung terutamanya sehari dua menjelang hari raya. Tentu anda akan terpegun dengan kuasa memberi di kalangan ‘orang-orang miskin’ ini.

Tak payah tambah-tambah cerita jugak apabila anok-anok Kelate di perantauan balik untuk berhari raya. ‘Jam’ penuh jalan sebelum masuk negeri Kelantan. Tak cukup satu line jalan jadi dua tiga line. Semua nak balik. Samada ikut jalan biasa ataupun jalan lama. Yang ikut jalan lama kuatkan iman dan pasang lampu tinggi-tinggi. Nak buang air pun tahan sebab jalan gelap dan sunyi. Berbonggol-bonggol. Nasib baik ada kumpulan-kumpulan lembu yang menunggu sepanjang jalan. Adalah juga makhluk Allah buat peneman di tepi-tepi jalan.

Tak masuk tiket bas dan keretapi mula dan habis dijual sebelum bulan puasa lagi. Tak usah kira jumlah gerabak tambahan dan jumlah bas tambahan yang masuk dan keluar kosong. Agak-agak kalau ada bot, kapal layar untuk balik ke negeri termiskin ini, mesti penuh dengan rakyat Kelantan.

Apakah ini petanda Kelantan tiada peluang pekerjaan apabila anak Kelantan bekerja di luar negeri Kelahiran mereka? Sebab memang sungguh pun ramai anak Kelantan bekerja di luar Kelantan. Apa agaknya jawapan orang negeri lain contohnya kita tanya orang Selangor, Sabah, Johor, Perak, Negeri sembilan ataupun Kuala Lumpur yang bekerja di Kelantan, ‘dekat negeri awak tak ada peluang kerja kah sampai kena datang berkhidmat di Kelantan? Atau kita tanya orang Johor yang kerja di KL dan perak. Orang Perlis yang kerja di Penang. Orang Pekan yang pergi kerja di Putrajaya. Mesti mereka akan kata, sudah tertulis rezekinya berada di negeri-negeri itu.

Apabila sembahyang dua hari raya, nampak sangat makin miskin negeri Kelantan ini. Masjid-masjid sempit dan ruang tak cukup nak menampung ahli qaryah yang ramai. Air-cond dan kipas yang sedia ada sudah tidak memadai untuk memberi kenyamanan kepada jemaah yang solat. Walaupun sudah beberapa kali masjid ataupun surau yang sedia ada dibesarkan dan di-renovate. Masih juga tidak cukup ruang. Dengan hanya bertikar, berbumbungkan langit dan berkipaskan kertas, mereka terpaksa solat walaupun matahari sedang memancar ataupun hujan turun renyai-renyai. Sayup-sayup sahaja kedengaran suara imam ataupun pemimpin negeri membaca doa dan pujian-pujian kepada Hanya Allah Yang Maha Kaya.

Ya Allah, jadikanlah Negeri Kami Negeri Beragama

Tempat Istirehat Orang-Orang Miskin Dan Memerlukan


Beberapa tambahan

1) Pengasas Mydin merupakan orang Kelantan. Dengan perkembangan yang amat bagus, pasaraya dan emporium Mydin telah dibuka di banyak tempat di Kelantan dan negeri lain di mana ia membuka peluang pekerjaan dan keuntungan kepada banyak pihak – termasuklah mereka yang berada di luar Kelantan.

2) Tutti Frutti Kota Bharu – sewaktu mula-mula dibuka tahun lepas hanya mendapat keuntungan RM3,000 SEHARI pada hari Jumaat dan Sabtu. (laporan Bernama)

3) Satu ekor ayam boleh buat dua ‘perange’ aye percik. Mari kita hitung pendapatan sebulan ‘Bulan Ramadan’ penjual aye percik.

4) Mari kita ‘congok’ jugok pendapatan jual nasik belauk sehari dan sebulan, pastu total pendapatan setahun.

p.s: Sebab ‘miskin’ lah rakyat Kelantan tahu betapa bernilainya satu pangkah dan sehingga kini mereka masih mempertahankannya.

kRedit:http://chemekmolek.wordpress.com/

P/s dari dilemaduniaislam-orang UMNO suka p rombongan..mana lagi..Kelantan laaa juga.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...