KLIK SINI



Bakers1171 - Homemade & Halal


Tuesday, December 28, 2010

Solat yang Ditolak













Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

"Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu petunjuk dan jalan selamat dan arang siapa yang tidak memelihara solat maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya dan juga tidak menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya".

Rasulullah saw juga telah bersabda yang bermaksud: "10 orang yang solatnya tidak diterima oleh Allah SWT ialah:

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang minum arak tanpa meninggalkannya (taubat).

4. Orang lelaki yang menjadi imam padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

5. Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa izin kedua ibu bapanya.

6. Orang perempuan yang suaminya marah/menegur kepadanya lalu si isteri memberontak.

7. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim serta menganiaya.

8. Orang perempuan yang tidak menutup aurat.

9. Orang yang suka makan riba.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.

Saturday, December 25, 2010

JENIS-JENIS SIHIR DAN TANDA-TANDANYA













1. Sihir Pemisahan Suami Isteri

وَاتَّبَعُوا مَا تَتْلُو الشَّيَاطِينُ عَلَى مُلْكِ سُلَيْمَانَ وَمَا كَفَرَ سُلَيْمَانُ وَلَكِنَّ الشَّيَاطِينَ كَفَرُوا يُعَلِّمُونَ النَّاسَ السِّحْرَ وَمَا أُنْزِلَ عَلَى الْمَلَكَيْنِ بِبَابِلَ هَارُوتَ وَمَارُوتَ وَمَا يُعَلِّمَانِ مِنْ أَحَدٍ حَتَّى يَقُولَا إِنَّمَا نَحْنُ فِتْنَةٌ فَلَا تَكْفُرْ فَيَتَعَلَّمُونَ مِنْهُمَا مَا يُفَرِّقُونَ بِهِ بَيْنَ الْمَرْءِ وَزَوْجِهِ وَمَا هُمْ بِضَارِّينَ بِهِ مِنْ أَحَدٍ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّهِ وَيَتَعَلَّمُونَ مَا يَضُرُّهُمْ وَلَا يَنْفَعُهُمْ وَلَقَدْ عَلِمُوا لَمَنِ اشْتَرَاهُ مَا لَهُ فِي الْآَخِرَةِ مِنْ خَلَاقٍ وَلَبِئْسَ مَا شَرَوْا بِهِ أَنْفُسَهُمْ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ (102)

Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya) kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya). Dalam pada itu ada juga orang-orang yang mempelajari dari mereka berdua: Ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui. al-Baqarah : 102


عَنْ جَابِرٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ إِبْلِيسَ يَضَعُ عَرْشَهُ عَلَى الْمَاءِ ثُمَّ يَبْعَثُ سَرَايَاهُ فَأَدْنَاهُمْ مِنْهُ مَنْزِلَةً أَعْظَمُهُمْ فِتْنَةً يَجِيءُ أَحَدُهُمْ فَيَقُولُ فَعَلْتُ كَذَا وَكَذَا فَيَقُولُ مَا صَنَعْتَ شَيْئًا قَالَ ثُمَّ يَجِيءُ أَحَدُهُمْ فَيَقُولُ مَا تَرَكْتُهُ حَتَّى فَرَّقْتُ بَيْنَهُ وَبَيْنَ امْرَأَتِهِ قَالَ فَيُدْنِيهِ مِنْهُ وَيَقُولُ نِعْمَ أَنْتَ

قَالَ الْأَعْمَشُ أُرَاهُ قَالَ فَيَلْتَزِمُهُ

Dari Jabir RA, Rasulullah SAW telah bersabda, Sesungguhnya Iblis meletakkan singgahsananya di atas air, kemudian dia mengutuskan tenteranya, maka yang paling dekat kedudukannya di antara mereka kepadanya ialah yang paling besar fitnahnya. Salah seoarng daripada mereka datang seraya berkata ; Aku telah berbuat begini dan begini. Lalu Iblis berkata : Kamu belum berbuat apa-apa. Rasulullah SAW bersabda : Kemudian salah seorang daripada mereka datang seraya berkata : Aku tidak meninggalkannya hingga aku telah menceraikannya drp isterinya. Rasulullah SAW bersabda : Kemudian Iblis mendekatkannya kepadanya seraya berkata : Ya Kamu (Baik). al-A'masy (perawi) berkata; Aku melihat Rasulullah SAW bersabda ; Kemudian dia menjadi pembantu setianya". Hadith riwayat Muslim (5032).

Antara tanda-tandanya ialah ;

1) Perubahan tiba-tiba dari cinta menjadi benci.

2) Berlaku keraguan antara suami-isteri.

3) Enggan meminta maaf.

4) Membesar-besarkan perselisihan walaupun penyebabnya amat kecil.

5) Pandangan yang buruk seorang suami terhadap isterinya dan sebaliknya. sehingga

seseorang suami melihat isterinya sangat hodoh, walalupun di mata orang lain isterinya itu

sangat cantik. Berlaku juga isteri melihat suaminya dalam keadaan wajah yang menakutkan.

Orang yang kena sihir pemisah akan merasa benci setiap perbuatan yang dilakukan oleh isterinya atau suaminya. Orang kena sihir pemisah ini benci kepada suaminya ada di rumah, misalnya isteri melihat suami di luar rumah seperti biasa, tetapi ketika masuk rumah, dia merasa amat benci.

2. Guna-guna (Sihir Percintaan)

Tanda-tanda sihir percintaan (guna-guna):

Gelora cinta yang membuak-buak/keterlaluan.

Sukar mengawal cintanya.

Rindu bayang yang berlebihan.

Patuh secara membuta-tuli.

3. Memperdaya Pandangan (Hipnotis)

Tanda-tanda hipnotis:

Orang melihat benda yang diam seolah-olah bergerak dan sebaliknya.

Melihat yang kecil menjadi besar dan sebaliknya.

Melihat sesuatu tidak sebagaimana yang sebenarnya, seperti melihat tali dan tongkat menjadi ular yang bergerak dan merayap ke arah Nabi Musa a.s.

Melawan sihir hipnotis:

Azan

Membaca ayat al-Kursi

Zikir-zikir yang disyariatkan tentang mengusir syaitan.

Membaca isti'azah dan basmalah.


4.Sihir Membuat Orang Jadi Gila

Tanda-tanda sihir gila:

Jadi bingung/bodoh dan pelupa.

Cakap merapu

Mata layu

Tidak tenang pada satu-satu tempat. Sentiasa resah dan bergerak ke sana-sini.Tidak boleh diam setempat.

Tidak mampu meneruskan pekerjaan tertentu.

Pakaian selekeh. Tidak pedulikan penampilan diri.

Berjalan tidak tentu arah. tiada tujuan matlamat. Kadang-kadang suka tidur di tempat sunyi.

5. Sihir Membuat Orang Tidak Bermaya

Tanda-tandanya:

Suka berseorangan.

Mentup diri sepenuhnya.

Diam berterusan.

Tidak suka bertemu orang.

Fikiran melayang.

Selalu pening.

Lesu dan tidak bermaya

6. Sihir Mendengar Panggilan

Tanda-tandanya:

Selalu mengalami mimpi ngeri.

Bermimpi mendengar suara-suara yang bercakap kepadanya dalam keadaan jaga tetapi tidak melihat orannya.

Selalu was-was.

Selalu meragukan teman dan orang-orang yang dicintainya.

Mimpi seolah-olah akan jatuh dari tempat tinggi.

Mimpi melihat haiwan mengejarnya.

7. Sihir Membuat Penyakit

Orang yang disihir akan terkena penyakit yg tertentu.. Contohnya jika dishir menjadi lumpuh, maka org yg terkena sihir benar-benar lumpuh. Sehinggakan doktor binggung kerana mengikut ilmu perubatan moden, tidak ada sebarang simpton yang menyebabkannya lumpuh.

Tanda-tandanya:

Selalu sakit pada salah satu anggota badan.

Saraf tersumbat.

Lumpuh salah satu anggota tubuh

Lumpuh menyeluruh.

Tidak berfungsi salah satu pancaindera.

8. Sihir Pendarahan

Sihir ini berlaku kepada wanita. Seorang tukang sihir menghantar jin kepada wanita yang hendak disihirnya. Jin itu diberi tugas untuk mengeluarkan darah dengan cara masuk ke dalam tubuh wanita tersebut dan berjalan di urat-uratnya bersama darah.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:"Syaitan berjalan di dalam tubuh manusia pada peredaran darah.

Sekiranya jin ini telah sampai ke otot yang ada di rahim wanita maka dia mengoyaknya sehingga otot tersebut mengalirkan darah.

9. Sihir Menahan Pernikahan

Tukang sihir mengerjakan sihir dengan menugaskan satu atau beberapa jin supaya mendekati gadis yang menjadi sasarannya hingga dapat masuk kepadanya. Jin ini berhasil memasuki tubuh gadis tersebut dalam salah satu keadaan berikut:

Takut yang bersangatan

Marah yang tidak terkawal

Lalai berlebihan

Di puncak gelora nafsu syahwat

Jin tersebut akan melakukan satu antara dua:

Masuk ke dalam wanita tersebut lalu menyebabkan dia merasa benci kepada setiap calon suami yang mengemukakan lamaran kepadanya.

Atau jin tersebut tidak boleh masuk lalu menyihir 'menipu penglihatan' dari luar lalu dibayangkan oleh kaum lelaki bahawa wania tersebut berwajah buruk kemudian membisikkan perkara ini kepadanya, dan hal yang sama juga dilakukannya kepada wanita tersebut.

Kemudian setiap lelaki yang telah mengemukakan lamarannya kepada wanita tersebut tidak mahu menerimanya sekalipun pada awalnya telah bersetuju, setelah beberap hari lelaki tersebut mengembalikan lamaran, akibat bisikan syaitan kepadanya.

Tanda-tanda sihir menahan pernikahan:

Pening kepala yang berterusan, tidak berhenti sekalipun diberi ubat doktor.

Sesak di dada terutama setelah asar hingga tengah malam.

Melihat pelamar bermuka hodoh.

Banyak berfikir (fikiran melayang).

Selalu gelisah waktu tidur.

Selalu rasa sakit di perut.

Rasa sakit di tulang punggung bahagian bawah.

Thursday, December 23, 2010

Kenali Tukang Sihir Guna Khidmat Jin


Tukang Sihir akan menggunakan khidmat Jin melalui

1. Bersumpah atas nama Jin atau Syaitan

2. Sembelihan yang tidak disebutkan nama Allah SWT, tetapi diniatkan kepada jin tertentu

3. Melalui perkara-perkara yang rendah (menghina) seperti memijak al-Quran

4. Menulis ayat-ayat al-Quran dengan najis

5. Menulis ayat-ayat al-Quran secara terbalik

6. Mengagungkan bintang

7. Melalui telapak tangan

8. Melalui apa yang pernah dipakai oleh orang yang akan disihir

Kenali Tukang Sihir

1. Biasanya tukang sihir akan membaca ayat al-Quran atau selawat atau Bismillah dengan suara lantang supaya didengar oleh pesakit. Lalu pesakit yakin bahawa dia mengubati dengan ayat al-Quran. Tetapi sebenarnya, dia menggunakan jampi yang memuja syaitan/jin dengan suara yang perlahan atau tidak kedengaran langsung.

2. Meminta bantuan drp syaitan/jin dengan memanggil atau berdoa kepada mereka. Cara yang paling biasa digunakan ialah dengan membakar kemenyan dan menyeru syaitan/jin supaya datang.

3. Meminta sesuatu yang pernah dipakai oleh pesakit sama ada bekas, baju dsb.

4. Memberi/menulis azimat-azimat tertentu.

5. Membaca jampi serapah yang tidak difahami.

6. Menyuruh pesakit untuk menanam sesuatu benda di dalam tanah.

7. Memberi pesakit sesuatu untuk dibakar dan disuruh berasap dengannya.

8. Menyuruh peaskit membawa binatang terentu untuk disembelih tanpa menyebut nama Allah SWT

Wednesday, December 22, 2010

HAMKA














Riwayat hidup


Nama : Doktar Haji Abd. Malik bin Sheikh Abd. Karim bin Sheikh Muhammad Amrullah.

Tarikh lahir ; desa Tanah Sirah, Sungai Batang, Maninjau, Minangkabau, Sumatera Barat, Indonesia

Tempat lahir :16 Februari 1908 @ 13 Muharam 1362 Hijrah.

Ayah : seorang ulama Islam yang terkenal telah membawa pembaharuan Islam di Minangkabau

Jawatan : anggota tetap majlis konsul Muhammadiah, Sumatera Tengah (1934) dan mengetuai gerakan Muhammadiah (1946)

Tarikh meninggal : 24 Julai 1981

Umur : 73 tahun.

Sifat-sifat perlbadi

1. Hamka seorang yang pintar dan bijak.

2. Beliau juga terkenal sebagai ahli kesusasteraan Melayu klasik serta pengarang yang masyhur dan novelis terkemuka dan mahir dalam bahasa Arab.

3. Hamka terkenal sebagai ahli falsafah dan pujangga Islam.


Pendidikan

1. Hamka mendapat pendidikan awal daripada bapanya. Beliau mempelajari ilmu-ilmu asas agama serta mempelajari al-Quran sehingga khatam.

2. Pada tahun 1915 ketika beliau berusia tujuh tahun, beliau memasuki sekolah desa di Padang Panjang. Pada tahun 1918 pula beliau menuntut di sekolah datuknya, Muhammad Amrullah.

3. Hamka berpeluang mendalami pelajaran tafsir daripada Kiai Bagus Harikusomo di Tanah Jawa pada tahun 1924 serta berpeluang daripada tokoh terkenal seperti Shamsurrijal dan Haji Fakhruddin. Kegiatan ilmiah yang dianjur oleh tokohtokoh tersebut adalah dalam seminar, ceramah, kuliah, perbincangan, serta persidangan.


Sumbangan dalam bldang ilmu dan pemlklran Islam

1. Hamka merupakan seorang tokoh reformasi Islam yang terkenal dalam bidang falsafah dan tasawuf.

2. Beliau juga merupakan tokoh agama dan pendakwah yang banyak memberi sumbangan kepada agama, bangsa, dan negara melalui organisasi, ceramah, serta hasilhasil karya yang ditulisnya.

3. Pada tahun 1935, Hamka telah mendirikan kolej Kuliah Al-Muballighin di Padang Panjang yang telah melahirkan ramai tokoh-tokoh terkenal.

4. Beliau juga banyak berjasa dalam penyebaran Islam dalam bahasa Indonesia kerana keahliannya dalam kesusasteraan sehingga beliau mendapat gelaran "Hamzah Fansuri zaman baharu.

5. Pada tahun 1925, Hamka memulakan kerjayanya sebagai pengarang di Padang Panjang. Beliau menulis majalah "Seruan Islam di Tanjung Para Langkat, menerbitkan majalah "Pedoman masyarakat, dan "Panji Masyarakat. Hamka mula mengarang dalam akhbar "Pembela Islam, Bandung pada tahun 1930.

Hasil-hasil karya

1. Hamka telah menulis enam puluh buah buku selama dua puluh lima tahun.

2. Contoh karangan beliau dalam novel adalah seperti novel "Tenggelamnya Kapal Van der Vijk, "Di Bawah Lindungan Kaabah, "Merantau Ke Deli, "Terusir, "Keadilan Ilahi dan lain-lain.

3. Dalam bidang agama dan falsafah pula, karangan beliau terdiri daripada "Tasawuf Moden, Falsafah Hidup, "Lembaga Hidup, "Lembaga Budi, "Pedoman Mubaligh Islam, dan lain-lain.

4. Antara hasil-hasil karya Hamka yang menggoncangkan semangat revolusi ialah "Revolusi Fikiran, "Revolusi Agama, "Adat Minangkabau, "Menghadapi Revolusi, "Negara Islam, "Sesudah Naskah Renville, "Muhammadiah Melalui Tiga Zaman, "Dari Lembah Cita-Cita Merdeka, serta "Islam dan Demokrasi .

5. Pada tahun 1929, Hamka menghasilkan buku-buku, "Agama dan Perempuan, "Pembela Islam, dan lain-lain lagi.

Monday, December 13, 2010

BIODATA IBLIS















Nama : IBLIS LAKNATULLAH


T.Kelahiran : Bermula dari keengganannya sujud kepada Nabi Adam a.s


Status diri : Fasik kelas pertama


Agama : Kufur


Tempat Tinggal : Hati-hati mereka yang lalai


Alamat Tetap : Neraka jahanam


Kawasan : Setiap tempat yang di dalamnya tiada usaha untuk mengingati Allah


Arah perjalanan : Tiada haluan dan bengkang bengkok


Isteri : Setiap wanita yang tidak menutup aurat, tidak mentaati Allah,Rasul dan suaminya


Kaum kerabat : Semua golongan yang menentang dan memusuhi Allah


Modal pusingan : Angan angan kosong


Tempat pertemuan : Pasar pasar


Musuh ketat : Setiap orang Islam yang beriman dan bertakwa


Motto kerja : 'Hipokrasi asas akhlak'


Hobi : Melalaikan orang dari mengingati Allah, menggoda dan menyesatkannya


Cita cita : Supaya semua makhluk di muka bumi ini menjadi kafir


Kelemahannya : Bila orang membaca istighfar


Logo : Sebarang tatu


Pejabat operasi : Tandas.bilik air, tempat yang bernajis dan kotor serta tempat tempat maksiat


Rakan kongsi : Golongan munafik serta syaitan-syaitan dari kalangan jin dan manusia


Sumber pendapatan : Segala harta yang diperoleh dengan jalan haram dan riba


Jenis perkhidmatan : Menggalakkan manusia mengerjakan kemungkaran dan derhaka terhadap Allah


Tempoh perkhidmatan : Sehingga hari khiamat


Matlamat : Membawa setiap makhluk ke neraka jahanam


Teman sejawat : Orang yang suka mendiamkan dirinya dari menyatakan kebenaran


Ganjaran : Dosa dan kemurkaan Allah


Pembantu setia : Orang yang suka mengumpat, mencaci, memaki hamun, menghasut, pendengki dan pendendam


Makanan kegemaran : Daging orang mati dan segala najis dan kotoran


Yang ditakuti : Orang mukmin yang bertakwa


Yang dibenci : Orang yang sentiasa berzikir dan mengingati Allah


Alat perangkap : Wanita cantik,model,pelacur.pragawati,dan sebagainya


Saat ajal : Bila tiba waktu yang ditentukan Allah di hari kiamat kelak


Tugas yang paling disukai : Homoseks dan lesbian


Janji janji : Janji kosong,angan angan dan tipu daya


Yang membuatnya menangis : Bila orang sujud kepada Allah

Thursday, December 9, 2010

Monday, December 6, 2010

SIAPA IMAM AL-MAHDI ???

SEJAK dahulu hinggalah ke hari ini masalah siapakah sebenarnya AI-Mahdi tidak henti-henti menjadi perkara yang diperbahaskan. Akibat daripada itu, terdapat setengah golongan umat Islam yang cuba mengandaikan seseorang sebagai Al-Mahdi. Sementara setengah pihak pula (Ahlu Sunnah WaI Jamaah) tidak menetapkan seseorang sebagai Al-Mahdi, sebaliknya men­yerahkan perkara tersebut kepada urusan Allah SWT. Apa yang penting bagi kita ialah yakin akan kemunculannya sebagaimana yang dikhabarkan oleh Rasulullah SAW.

Bagi menjelaskan siapakah sebenarnya Al-Mahdi, marilah kita merujuk kepada kitab-kitab para ulama Islam yang mu’tabar dan diakui kesahihannya. Di antara kitab-kitab tersebut ialah Al-Hawi Lii Fatawa karangan Imam As-Suyuti, Mukhtasar Fil Mahdi Al-Muntadzar dan As-Sawaiqul Mukhriqat karangan Ibnu Hajjar Al-Haitami, At-Tawadhihu Fl Tawaturi Ma Jaa Fil Muntadziri Waddajal Wal Masihi karangan Al-Allamah As­Syaukani, Ibrazul Wahmil Maknun Min Kalam Ibni Khaldun karangan Al-Muhaddits Sayid Ahmad Siddiq Al-Ghumari dan banyak lagi kitab-kitab lainnya yang menerangkan secara jelas tanda-tanda dan sifat-sifat Al-Mahdi sebagaimana yang disebutkan oleh hadits-hadits Rasulullah SAW.

Kitab-kitab tersebut menerangkan bahawa nama Al-Mahdi ialah Muhammad bin Abdullah sementara gelarannya pula ialah Abu Abdullah. Menurut riwayat yang sah Al-Mahdi adalah dari keturunan Sayidina Hassan bin Ali. Sesungguhnya telah tsabit bahawa Al-Mahdi adalah keturunan Hassan bin Ali sebagaimana yang tersebut di dalam hadits sahih yang diriwayatkan oleh Al-Imam Abu Daud dalam Sunannya,

“Telah berkata Ali sambil memandang puteranya ­Hassan,” Sesungguhnya Puteraku ini ialah sayid sebagaimana yang telah dinamakan oleh Nabi SA W. Dari keturunannya akan lahir seorang lelaki yang namanya seperti nama Nabi kamu, menyerupai baginda dalam perangai dan tidak menyerupai baginda dalam rupa dan bentuk.”

Hadits ini telah disahkan oleh para ulama di antaranya Al-Manawi di dalam kitabnya Al-Kabir, Ibnu Atsir dalam kitabnya An-Nihayah, Ibnu Qayyim Al Jauziyah dalan kitabnya Gharibul Hadits dan Al-Manarul Munif Fi Sahihi Wad Dha’if, Al-Muhaddits Sayid Ahmad Siddiq Al-Ghumari di dalam kitabnya Aqidah Ahlil Islam Fi Nuzuli Isa AS dan lain-lain lagi.

Di dalam kitab Naqdul Manqul m.s 8O pengarang kitab tersebut memetik kenyataan lbnu Qayyim Al-Jauziyah, “kebanyakan hadits-hadits menunjukkan bahawa Al-Mahdi adalah anak dari Sayidina Hassan bin Ali.”

Abu Thahir Muhd Syamsul Haq dalam kitabnya ‘Aunal Ma’bud (syarah Sunan Abu Daud), memetik kenyataan Al-­Hafiz Imanuddin yang menyebut bahawa hadits-hadits mengenai Al-Mahdi menunjukkan bahawa Ia dari ahli bait Rasulullah SAW, zuriat Fatimah dan anaknya Hassan bin Ali. (sila rujuk kitab ‘Aunal Ma’bud juzu’ II m.s 374 dan 382)

Tersebut di dalam kitab Hasyiah As-Sabban ms 137, bahawa riwayat yang mengatakan Al-Mahdi dari keturunan Al-Hussin adalah terlalu lemah. Sementara di dalam kitab Al-Iza’ah m.s 147 riwayat yang mengatakan Al-Mahdi dari keturunan AI-Hussin bin Ali adalah dha’if.

Terdapat juga hadits-hadits yang menyatakan bahawa Al-Mahdi dari keturunan Al-Abbas bin Abdul Muttalib. Maka para ulama hadits menghimpunkan hadits yang berlawanan. Iaitu hadits-hadits yang mengatakan Al-Mahdi dari keturunan Sayidina Hassan bin Ali adalah sah dan hadits yang mengatakan AI-Mahdi dari keturunan Al-Abbas dan Al.Hussin adalah dha’if. Ini adalah sebagaimana kenyataan yang dibuat oleh Al-Hafiz Abut Hassan Ad-Darqatni.

Hadith Tentang Al-Mahdi

1. Dari Jabir bin Abdullah ra katanya ; "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, : "Sentiasa ada di kalangan umatku golongan yang berperang di atas kebenaran, mereka sentiasa zahir hingga hari Qiamat. Sabdanya lagi: "Kemudian turun Isya bin Maryam AS dari langit, dan berkata pemimpin mereka (Imam Mahdi), silalah menjadi imam solat kami dan Nabi Isya menjawab, tidak, bahawa sebahagian Kamu sebagai kemuliaan Allah SWT ke atas umat ini (umat Islam) . Hadtih riwayat Muslim.

2. Dari Ali bin Abu Talib bahawa Rasulullah SAW bersabda : "Al-Mahdi itu dari ahlul bait, Allah membawa kebaikan dengannya dalam satu malam. Hadith riwayat Imam Ahmad.

3. Dari Dzar dari Abdullah dari Nabi SAW yang bersabda : "Sekiranya dunia hanya tinggal sehari sahaja (sebelum qiamat) nescaya Allah memanjangkan hari itu sehingga bangkit padanya seorang lelaki dari keturunanku atau dari kaum keluargaku, yang namanya spt namaku, nama bapanya spt nama bapaku, ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan saksama sebagaimana bumi dipenuhi kezaliman dan kekejaman. Hadith riwayat Abu Daud dan Turmizi.

4. Dari Abu Said Al-Khudri ra berkata : "Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda ; "Akan lahir dari umatku seorang lelaki yang menyeru dengan sunahku, Allah menurunkan hujan dari langit untuknya, bumi mengeluarkan kasil dan darinya buni dipenuhi dengan kedurjaan dan kekejaman. Ia memerintah umat ini selama tujuh tahun dan akan berada di baitul Maqdis. Hadith riwayat At-Tabarani.

5. Dari Aishah ra katanya, Rasulullah SAW telah bersabda : "Al-Mahdi itu seorang lelaki dari cucuku, ia akan berperang atas Sunnahku spt aku berperang atas wahyu". Hadith riwayat Na'im bin Hammad

6. Dari Said bin Al-Musaiyab dari Ummu Salmah yang berkata, "Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Al-Mahdi itu dari keturunanku dari anak cucu Fatimah". Hadith riwayat Muslim, Abu Daud, Ibnu Majah, An-Nasa'i, At-Tabarani dan Al-Hakim

Namun, tidak terdapat hadits yang menyebut mengapa AI-Mahdi dinamakan Al-Mahdi, tetapi terdapat dua atsar sahabat dalam hal ini. Abdullah bin Syuzab berkata,

“Sebab ia dinamakan Al-Mahdi ialah kerana ia menunjukkan satu gunung di gunung negeri Syam. Ia mengeluarkan dari gua gunung tersebut lembaran-lembaran kitab Taurat. Al-Mahdi berhujah melawan orang-orang Yahudi menggunakan kitab tersebut dan mereka akhirnya kalah. Maka salah satu kumpulan orang-orang Yahudi memeluk Islam.” Atsar ini diriwayatkan oleh Al-Hafiz Ad-Dani dalam Sunannya.

Daripada Ka’ab bin Alaqamah berkata,

“Sebab dinamakannya Al-Mahdi ialah kerana ia menunjukkan pada suatu perkara yang telah hilang, dia mengeluarkan peti dari negeri Antakiah (peti berisi lembaran kitab Taurat dan lain-lain). Diriwayatkan oleh Na’im bin Hammad dalam kitabnya Al-Fitan.

Al-Muhaddits Sayid Ahmad Siddiq Al-Ghumari menerang­kan di dalam kitabnya Aqidah Ahlil Islam Fi Nuzuli Isa AS bahawa Al-Mahdi dilahirkan di Madinah Al-Munawwarah serta dibesarkan di sana. Sebelum umat Islam berbai’at dengannya, berlakulah satu peperangan yang besar di antara penduduk Madinah dengan tentera-tentera As-Syufiani. Dalam peperangan tersebut, penduduk Madinah mengalami kekalahan dan mereka lari bersama-sama Al-Mahdi ke Makkah. Di Makkah datanglah orang dari berbagai-bagal negeri kerana berbai’at dengannya di suatu tempat iaitu di antara Hajar Aswad dan Maqam Ibrahim.

Tanda-tanda keluarnya Al-Mahdi dinyatakan di dalam hadits yang diriwayatkan oleh Abu Said, Ummu Salamah, Aisyah bin Malik dan Huzaifah Al-Yamani.

Di antara tanda-tanda menunjukkan kemunculan Al-Mahdi itu ada beberapa perkara:

1. Pecah Sungai Furat yang terbesar dalam negeri Iraq masuk ke Laut Parsi.

2. Gerhana bulan pada awal malan daripada bulan Ramadhan dan gerhana matahari dari awal bulan Ramadhan.

3. Gerhana bulan dua kali dalam bulan Ramadhan

4. Naik tanduk di langit umpama beberapa gigi.

5. Naik bintang yang berekor yang cerah di sebelah timur

6. Zahir api yang besar dari timur selama tiga malam atau tujuh malam

7. Zahir kelam pada langit.

8. Zahir merah pada langit yang berhamburan ia pada segala tepi langit yang lain daripada merah di tepi langit yang biasa.

9. Seruan yang umum dari langit kepada sekelian ahli bumi dengan loghat masing-masing bahawa Al-Mahdi telah zahir.

10. Tenggelam kampung Khrastan di dalam negeri Syam (Syria).

11. Diserukan daripada Iangit akan nama Imam Mahdi dengan seruan yang tersangat kuat hingga didengar oleh alhi bumi danipada Timur ke Barat. Maka orang yang tidur menjadi jaga, orang yang berdiri menjadi duduk dan orang yang terduduk menjadi terdiri di atas kedua kakinya kerana terlalu terkejut.

12. Zahir jemaah dari lelaki atau kuda di dalam bulan Syawal. Kemudian maka kedengaran suara yang menunjuk atas yang bathil. Peperangan dalam bulan Zulhijjah serta ramai sehingga mengalir darah di atas Jamratul Aqabah di Mina (tempat melontar).

13. Zahir banyak gempa bumi.

14. Datang dua seruan dari langit. Seruan yang pertama iaitulah seruan daripada langit dengan katanya, “Ketahuilah olehmu akan bahawa seorang yang keluar pada bumi yang bernama Mahdi itu sebenarnya keluarga Muhammad.” (Dan seruan kedua) iaitulah seruan syaitan dengan katanya, “Ke­tahuilah olehmu bahawa seorang yang keluar pada bumi yang bernama Mahdi itu sebenarnya dari keluarga Isa.” (Lihat Ad­Duratun Nafi’ah Fi Isyratis Sa’ah)

Setengah-tengah ulama’ telah menamakan tokoh-tokoh tertentu sebagai Al-Mahdi. Al-Mahdi yang mereka maksudkan ialah pemimpin-pem­inipin Islam yang adil selepas Rasulullah SAW. berpandukan hadits Rasulullah SAW,

“Tetaplah kamu dengan sunnahku dan sunnah khulafa Ar-Rasydin Al-Mahdi (yang mendapat petunjuk).” — Riwayat Abu Daud dan At-Tarmizi

Berpandukan hadits ini maka para ulama Ahli Sunnah Wal Jammah ada yang menentukan seseorang sebagai Al-Mahdi, tetapi bukanlah sebagai Al-Mahdi Muntadzar sebagaimana yang disebut oleh Rasulullah SAW yang muncul di akhir zaman.

Hassan Ibrahini Hassan dalam kitabnya, Tarikhul Islam jüzu’ I m.s 407 menyebut dengan panjang lebar akan masalah ini dan menjelaskan, “Bahawa Al-Mahdi yang dikatakan oleh beberapa ulama’ di dalam kitab-kitab mereka ada beberapa orang itu bukanlah Al-Mahdi yang akan muncul di akhir zaman.”

Al-Imam Ahmad Hanbal sendiri pernah menyebut, “Bahawasanya Umar bin Abdul Aziz tidak syak lagi adalah ia Al-Mahdi, tetapi bukanlah Al-Mahdi yang akan keluar di akhir zaman. Tetapi adalah Al-Mahdi yang mendirikan kebenaran dan kebajikan” (sila lihat kitab Naqdul Manqul ms 78-79)

Golongan Syiah yang berpendapat bahawa Muhammad bin Al-Hassan Al-Askari sebagai Al-Mahdi juga tidak menyebutnya sebagai Al-Mahdi Muntadzar yang muncul di akhir zaman. Sebaliknya mereka menyebutnya sebagai Al-Mahdi yang akan memimpin mereka atas kebenaran dan kebajikan. (sila lihat kitab ‘Aunal Ma’bud juzu’ II ms 382).

Saturday, December 4, 2010

Rasionalisasi Subsidi??Apa benda ni??(Minyak,gula,Gas naik harga lah..)

KUALA LUMPUR 3 Dis. - Kerajaan hari ini mengumumkan pengurangan subsidi sebanyak lima sen bagi setiap liter petrol RON 95 dan diesel, lima sen setiap kilogram (kg) bagi Gas Asli Cecair (LPG) dan 20 sen sekilogram bagi gula berkuat kuasa esok.

Berikutan pengurangan subsidi itu, harga petrol RON95 adalah RM1.90 seliter, diesel RM1.80 seliter, LPG RM1.90 satu kg dan gula RM2.10 satu kg.

Pengumuman tentang rasionalisasi subsidi itu dibuat melalui kenyataan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), Jabatan Perdana Menteri.

Menurut kenyataan itu, penyelarasan harga runcit bagi semua barangan berkenaan di Malaysia masih rendah berbanding negara jiran Indonesia, Singapura dan Thailand.

Sebagai contoh, petrol RON95 berharga RM2.46 seliter di Indonesia, RM4.36 di Singapura dan RM4.25 di Thailand, manakala harga diesel pula RM2.50 seliter di Indonesia, RM3.18 di Singapura dan RM2.96 di Thailand.

Harga LPG pula RM2 bagi satu kg di Indonesia, RM6.42 di Singapura dan RM1.93 di Thailand, manakala harga gula RM3.50 bagi satu kg di Indonesia, RM3.80 di Singapura dan RM2.80 di Thailand.

Langkah pertama program rasionalisasi subsidi dilaksanakan pada 16 Julai apabila subsidi bagi petrol RON95 petrol dan diesel dikurangkan sebanyak lima sen seliter, 10 sen bagi satu kg untuk LPG dan 25 sen bagi satu kg gula.

Menurut kenyataan itu lagi, rasionalisasi subsidi perlu dilakukan kerana kerajaan mendapati ia perlu terus mengurus kedudukan fiskalnya dengan cara meningkatkan jumlah kutipan hasil dan pada masa sama, mengurangkan perbelanjaan.

Program Transformasi Ekonomi (ETP) bertujuan meningkatkan per kapita Pendapatan Dalam Negara Kasar (PDNK) kepada AS$15,000 menjelang 2020, tambah kenyataan itu.

Untuk mencapai sasaran tersebut, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) perlu berkembang sekurang-kurangnya enam peratus setahun bagi membolehkan hasil yang diperoleh kerajaan meningkat melalui kutipan cukai.

Program Transformasi Kerajaan (GTP) dilaksanakan untuk menangani isu dalam enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan daripada enam bidang itu, NKRA mengenai kemiskinan, infrastruktur asas luar bandar dan pendidikan awal dengan jelas memberi kesan terhadap 40 peratus penduduk peringkat bawah di negara ini, tambah kenyataan itu.

Sebagai contoh, sejak Januari tahun ini, kerajaan telah membina 538 km jalan luar bandar, 260 peratus lebih banyak berbanding tahun lepas, membuka 1,358 kelas prasekolah yang memberi manfaat kepada 54,569 kanak-kanak dan mengurangkan jumlah isi rumah miskin tegar sebanyak 55 peratus.

Kenyataan itu turut menegaskan bahawa di bawah GTP, kerajaan memberi keutamaan terhadap kebajikan golongan miskin. - Bernama

Monday, November 29, 2010

AQIQAH

Aqiqah ialah menyembelih binatang ternakan (al-An’am) yang dilakukan sebagai tanda kesyukuran

kepada Allah di atas bayi yang baru dilahirkan.


Aqiqah hukumnya sunat muakkad.

Sabda Rasulullah SAW :

"Setiap anak menjadi gadaian sehingga disembelih aqiqahnya pada hari ketujuh kelahiran,

dicukur rambut dan diberi nama"

Sebaik-baik aqiqah ialah disembelih dua ekor kambing @ dua bahagian drp lembu/kerbau/unta bagi bayi lelaki dan seekor kambing @ satu bahagian drp lembu/kerbau/unta bagi bayi perempuan.


Waktu yang paling afdhal bagi aqiqah ialah hari ketujuh kelahiran bayi. Namun, ia boleh dilakukan sehingga bayi tersebut mencapai umur baligh.

Daging aqiqah tidak wajib disedeqahkan kepada orang fakir miskin, memadai dengan mengadakan

jamuan/kenduri dengan menjemput orang ramai.


Syarat Sah Aqiqah

syarat sah aqiqah ialah:

(a) Berniat aqiqah ketika menyembelih.

(b) Binatang ternakan berkaki empat iaitu kambing, biri-biri, kibas, lembu, kerbau dan unta.

(c) Memenuhi syarat-syarat sembelihan.

(d) Tidak terdapat kecacatan pada binatang tersebut

(e) Disembelih pada waktunya iaitu hari ketujuh selepas kelahiran @ bila-bila masa

sebelum anak tersebut baligh

(f) Binatang yang hendak disembelih sudah cukup umur.


Binatang yang sudah cukup umur untuk dijadikan Qurban adalah seperti berikut:

Binatang/Umur
 Biri-biri/

1 tahun atau lebih

Kambing

2 tahun atau lebih

Lembu/kenbau

2 tahun atau lebih

Unta

5 tahun atau lebih

Sunat-sunat Aqiqah ialah:

(a) Dilakukan pada hari ke tujuh kelahiran.

(b) Menyembelih ketika matahani sedang naik (pagi).

(c) Mencukur rambut bayi selepas penyembelihan.

(d) Memberi nama yang baik kepada bayi

(e) Berdoa ketika hendak menyembelih.

(f) Daging dimasak manis.

(g) Tidak mematahkan sendi tulang binatang tersebut ketika dimasak.

(h) Daging aqiqah disunatkan buat jamuan atau kenduri dengan menjemput
seluruh penduuduk kampung


Hikmah Aqiqah

1 Tanda kesyukuran kepada Allah di atas kurniaan zuriat.

2 Menggalakkan amalan sedekah.

3 Sebagai mengikuti sunnah Rasulullah.

4 Mengukuhkan semangat persaudaraan dalam masyarakat.

5 Membuang sifat kedekut, bakhil dan tamak dalam diri.

6 Memulakan kehidupan seorang bayi dengan amalan kebaikan

Sunday, November 28, 2010

WANITA DAN BENCANA

Amaran !!!

SAYA merasakan perlu memberi ingat kepada saudara-saudara sekalian kepada satu bencana yang akan berlaku sebagaimana yang telah diberi amaran oleh Rasulullah saw di dalam beberapa hadisnya dengan sabdanya yang bermaksud:

" Takutlah kamu kepada Allah SWT dalam perkara-perkara yang berhubung dengan kaum perempuan."

Kita melihat di akhir-akhir ini kaum wanita menjadi fitnah dan bencana yang digunakan oleh mereka yang bertujuan untuk meruntuhkan akhlak umat Islam. Mereka menjadi sasaran apabila batang tubuh mereka dijadikan alat untuk mengiklankan barang-barang jualan walaupun barang-barang tersebut tidak ada kena mengena dengan kaum wanita. Batang tubuh wanita dijadikan punca kepada maksiat apabila berlaku kelakuan mendedahkan aurat di kalangan mereka.

Allah SWT menentukan bahawa Rasulullah saw mendidik keluarga dan isteri-isteri baginda terlebih dahulu sebelum memberi pendidikan kepada orang lain sebagaimana firman Allah di dalam al-Quranul Karim yang bermaksud:

"Wahai nabi, katakan kepada isteri-isterimu,jika kamu sekalian inginkan kehidupan dunia dan perhiasannya, maka marilah supaya Aku berikan kepada kamu, kemudian Aku ceriakan kamu dengan cara yang baik. Dan jika kamu sekalian menghendaki (keredhaan) Allah dan rasul-Nya (kebahagiaan) hari akhirat, maka sesungguhnya Allah menyediakan kepada sesiapa yang berbuat baik di antara kamu pahala yang besar."

Begitulah Allah SWT memerintahkan Rasulullah saw supaya mendidik isteri-isteri baginda supaya berpegang dengan agama dan mendidik keluarganya supaya mematuhi perintah Allah SWT.

Kita melihat kedua ibu bapa pada hari ini kurang memberi perhatian kepada pantang larang agama terutamanya di dalam perkara menutup aurat di kalangan anak-anak perempuan mereka. Beranggapan bahawa menutup aurat hanyalah satu adat dan budaya semata-mata dan bukannya ada kaitan dengan agama, tidak ada kaitan dengan dosa pahala dan hari akhirat.

Rasulullah saw memberi tahu di dalam hadisnya Israk dan Mikraj bahawa baginda melihat ada perempuan yang digantung kepalanya di dalam neraka jahanam kerana mendedahkan aurat. Ini menunjukkan bahawa perkara aurat bukannya perkara yang boleh dipandang ringan. Ada ibu bapa yang tidak mengambil kisah apabila anak-anak mereka mendedahkan aurat di khalayak ramai lalu berlakulah perkara-perkara yang tidak diingini seperti zina, rogol dan sebagainya, maka pada masa itu barulah kedua ibu bapa merasa susah dan malu. Puncanya ialah kerana mereka tidak mendidik anak-anak dengan didikan yang betul.

Rasulullah saw pernah memberi tahu dalam hadisnya bahawa Allah SWT akan memasukkan kedua ibu bapa yang mempunyai tiga orang anak perempuan kemudian mendidik mereka secara didikan agama.

Sahabat bertanya: "Kalau ada dua orang anak perempuan?

" Baginda menjawab: "Ya, walaupun dua orang."

Dapat difahami daripada hadis ini, iaitu kalau orang dapat menjaga anak-anak mereka dengan baik dan mengikut adab-adab Islam, akan dimasukkan ke dalam syurga, maka sebaliknya sesiapa yang tidak peduli terhadap pendidikan anak-anak akan menjadi sebab untuk dimasukkan ke dalam neraka.


Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Wahai orang-orang beriman, selamatkan diri kamu dan keluarga kamu daripada azab neraka." (Surah Al-Taharim: ayat 6).

Rasulullah saw mengajar kita cara mendidik anak sebagaimana sabdanya yang bermaksud:

"Suruhlah anak-anak kamu sembahyang apabila berumur tujuh tahun. Pukul mereka apabila berumur sepuluh tahun jika tidak juga sembahyang serta pisahkan tempat tidur mereka."

Bukan sahaja kita wajib memerintah dan memukul anak-anak apabila berumur sepuluh tahun kerana tidak sembahyang tetapi juga hendaklah dibuat perkara yang sama ke atas mereka apabila tidak melakukan suruhan-suruhan agama yang lain seperti menutup aurat, puasa dan lain-lain. Ramai ibu bapa pada akhir-akhir ini menjaga anak-anak mereka seolah-olah hanya memberi tempat tinggal, makan dan minum semata-mata seperti memelihara ayam, itik, lembu, kerbau dan kambing yang hanya bertujuan menggemukkan badan sahaja.

Percayalah apabila anak-anak itu diajar dengan akhlak yang baik, anak-anak itu akan memberi faedah kepada orang tuanya semasa hidup dan selepas mati, semasa sihat dan semasa sakit, di dunia dan di dalam kubur. Kita tidak mahu anak-anak yang menjadi beban dan celaka kalau tidak pandai mendidik mereka.

Walaupun sekadar tidak menutup aurat, anak-anak kita akan membawa celaka semasa hidup dan selepas mati.
Marilah kita kembali kepada Allah dengan memberi perhatian kepada diri kita dan kepada anak isteri kita dengan jangan membiarkan mereka membuka aurat di khalayak ramai dan bergaul secara bebas yang kemudiannya akan membawa mala petaka kepada diri mereka, keluarga, masyarakat dan negara, seterusnya membawa bala di akhirat kelak kepada kita.

Wednesday, November 17, 2010

SALAM AIDILADHA


Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas r.a, yang bermaksud: "Rasulullah SAW datang ke Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah SAW bertanya: Hari apakah yang dua hari ini? Mereka menjawab: Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah: Kemudian Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha." (Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas)


Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) “Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)

Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) yang telah diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Al-Hakim yang bermaksud: "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai Allah daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih."

Wednesday, November 10, 2010

Tipu Daya

Hadith :
Dari Huzaifah r.a, dari nabi s.a.w sabdanya:”Dajal selalu membawa air dan api. Api itu sebenarnya adalah air sejuk, sedangkan air sebenarnya adalah api. Kerana itu waspadalah kamu agar tidak celaka.

(Riwayat Imam muslim)

Tuesday, November 2, 2010

Keistimewaan Tanah Haram Madinah













Nama-nama Madinah

1. Thabah

2. Thaibah

Sempadan Tanah Haram Madinah

1. Dari arah utara dan selatan ialah sejauh 12 batu iaitu di antara 'Ayr dan Thur.

الْمَدِينَةُ حَرَمٌ مَا بَيْنَ عَيْرٍ إِلَى ثَوْرٍ

Tanah Haram Madinah adalah di antara 'Ayr dan Thur. Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Turmizi, Ahmad dan al-Baihaqi.

'Ayr adalah nama sebuah bukit yang masyhur di Madinah. Sementara Thur ialah sebauh anak bukit yang teletak di sebelah Bukit Uhud di utara Madinah. Bukit Uhud adalah termasuk dalam Tanah Haram Madinah.

2. Dari arah timur dan barat pula juga sejauh 12 batu iaitu di antara 2 kws berbatu hitam di kedua-dua belah pihak berdasarkan hadis Rasulullah SAW ;

حَرَّمَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا بَيْنَ لَابَتَيِ الْمَدِينَةِ

Rasulullah SAW telah menjadikan kawasan yang terletak di antara dua kawasan yang berbatu hitam di Madinah sebagai Tanah Haram. Hadis riwayat Muslim dan al-Baihaqi. Lihat juga hadis riwayat Bukhari dan Ahmad dalam lafaz yang berbeza.

Ringkasnya, sempadan Tanah Haram Madinah adalah 12 batu dari segenap penjuru, timur-barat dan utara-selatan.

Keistimewaan Tanah Haram Madinah

1. Madinah adalah tempat yang berkat, tempat yang penuh dengan kebaikan.

عَنْ زَيْدِ بْنِ ثَابِتٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّهَا طَيْبَةُ يَعْنِي الْمَدِينَةَ وَإِنَّهَا تَنْفِي الْخَبَثَ كَمَا تَنْفِي النَّارُ خَبَثَ الْفِضَّةِ

Dari Zaid bin Tsabit dari Nabi SAW, beliau bersabda : Ia Thaibah iaitu Madinah. Ia mengenepikan segala keburukan sama spt api yang menghilangkan kekotoran pada emas. Hadis riwayat Muslim.

2. Sesiapa yang sabar hidup di Madianh atau mati di Madinah, akan mendapat syafaat Rasulullah SAW.

لَا يَصْبِرُ أَحَدٌ عَلَى لَأْوَائِهَا فَيَمُوتَ إِلَّا كُنْتُ لَهُ شَفِيعًا أَوْ شَهِيدًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِذَا كَانَ مُسْلِمًا

Sesiapa yang sanggup dan sabar menanggung kesukaran tinggal di Madinah, lalu dia mati (di Madinah), maka aku akan memberi syafaat dan menjadi saksi di hari kiamat, jika dia seorang Muslim. Hadis riwayat Muslim.

عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ صَبَرَ عَلَى لَأْوَائِهَا كُنْتُ لَهُ شَفِيعًا أَوْ شَهِيدًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Daripada Ibnu Umar, beliau mendengar Rasulullah SAW berkata : Sesiapa yang bersabar dengan kesukaran tinggal di Madinah, maka aku akan memberi syafaat dan menjadi saksi kepadanya pada hari Kiamat. Hadis riwayat Muslim.

عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ اسْتَطَاعَ مِنْكُمْ أَنْ يَمُوتَ بِالْمَدِينَةِ فَلْيَفْعَلْ فَإِنِّي أَشْهَدُ لِمَنْ مَاتَ بِهَا

Dari Ibnu Umar, Rasulullah SAW telah bersabda Sesiapa yang mampu/dapat mati di Madinah, hendaklah dia berusaha ke arah itu, sesungguhnya Aku menjadi saksi sesiapa yang mati di sana (Madinah). Hadis riwayat Muslim.

عَنْ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ اللَّهُمَّ ارْزُقْنِي شَهَادَةً فِي سَبِيلِكَ وَاجْعَلْ مَوْتِي فِي بَلَدِ رَسُولِكَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Dari Umar RA bahawa beliau berdoa : Ya Allah, kurniakanlah aku syahid di jalanmu, matikan aku di negeri Rasulmu SAW (Madinah). Hadis riwayat Bukhari.

عَنْ عَامِرِ بْنِ سَعْدِ بْنِ أَبِي وَقَّاصٍ عَنْ أَبِيهِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ أَكَلَ سَبْعَ تَمَرَاتٍ مِمَّا بَيْنَ لَابَتَيْهَا حِينَ يُصْبِحُ لَمْ يَضُرَّهُ سُمٌّ حَتَّى يُمْسِيَ

3. Makan kurma atau kurma ajwah di Madinah akan terhindar drp racun dan sihir.

Dari 'Amir bin Saad bin Abi Waqas dari bapanya bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : Sesiapa yang makan 7 kurma pada waktu pagi di Madinah tidak akan mendapat kemudharatan drp racun sehingga waktu petang. Hadis riwayat Muslim.

مَنْ تَصَبَّحَ كُلَّ يَوْمٍ سَبْعَ تَمَرَاتٍ عَجْوَةً لَمْ يَضُرَّهُ فِي ذَلِكَ الْيَوْمِ سُمٌّ وَلَا سِحْرٌ

Sesiapa makan 7 kurma ajwah setiap pagi, dia tidak akan mendapat kemudharatan drp racun dan sihir pada hari tersebut. Hadis riwayat Bukhari.

4. Tempat berkumpulnya iman (Islam)

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ الْإِيمَانَ لَيَأْرِزُ إِلَى الْمَدِينَةِ كَمَا تَأْرِزُ الْحَيَّةُ إِلَى جُحْرِهَا


Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda Sesungguhnya iman akan berkumpul di Madinah sebagaimana berkumpulnya ular ke sarangnya. Hadis riwayat Bukhari.


5. Bebas daripada Dajjal dan penyakit taun.

عَنْ أَبِي بَكْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يَدْخُلُ الْمَدِينَةَ رُعْبُ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ لَهَا يَوْمَئِذٍ سَبْعَةُ أَبْوَابٍ عَلَى كُلِّ بَابٍ مَلَكَانِ

Dari Abu Bakrah RA dari Nabi SAW, beliau telah bersabda : Tidak akan masuk ke Madinah Dajjal, di situ (Madinah) ada 7 pintu, setiap pintu dijaga oleh 2 malaikat. Hadis riwayat Bukhari.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَدْخُلُ الْمَدِينَةَ المَسِيحُ وَلَا الطَّاعُونُ

Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW, beliau telah bersabda : Dajjal dan penyakit taun tidak akan masuk ke Madinah. Hadis riwayat Bukhari.


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى أَنْقَابِ الْمَدِينَةِ مَلَائِكَةٌ لَا يَدْخُلُهَا الطَّاعُونُ وَلَا الدَّجَّالُ

Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW, beliau telah bersabda : Di sempadan Madinah terdapatnya Malaikat, Dajjal dan penyakit taun tidak akan masuk ke Madinah. Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
عَنْ أَنَسُ بْنُ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَيْسَ مِنْ بَلَدٍ إِلَّا سَيَطَؤُهُ الدَّجَّالُ إِلَّا مَكَّةَ وَالْمَدِينَةَ لَيْسَ لَهُ مِنْ نِقَابِهَا نَقْبٌ إِلَّا عَلَيْهِ الْمَلَائِكَةُ صَافِّينَ يَحْرُسُونَهَا ثُمَّ تَرْجُفُ الْمَدِينَةُ بِأَهْلِهَا ثَلَاثَ رَجَفَاتٍ فَيُخْرِجُ اللَّهُ كُلَّ كَافِرٍ وَمُنَافِقٍ


Dari Anas bin Malik RA dari Nabi SAW, beliau telah bersabda : Tidak ada satu negeripun, kecuali akan dimasuki Dajjal kecuali Makkah dan Madinah yang setiap pintu gerbangnya ada malaikat-malaikat yang berbaris menjaganya. Kemudian Madinah menggoncang penghuninya tiga kali, sehingga, Allah mengeluarkan seluruh orang kafir dan munafik."Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.


6. Allah SWT telah menjaga penduduk Madinah drp perancangan jahat musuh dan memeliharanya drp amalan bidaah.

مَنْ أَرَادَ أَهْلَ هَذِهِ الْبَلْدَةِ بِسُوءٍ يَعْنِي الْمَدِينَةَ أَذَابَهُ اللَّهُ كَمَا يَذُوبُ الْمِلْحُ فِي الْمَاءِ

Sesiapa yang hendak berbuat jahat (tipudaya) kepada penduduk Madinah, nescaya Allah akan mengazabnya (menghancurkannya) sebagaimana larutnya garam dalam air. Hadis riwayat Muslim dan Ahmad.


حَدَّثَنَا عَاصِمٌ قَالَ قُلْتُ لِأَنَسِ بْنِ مَالِكٍ أَحَرَّمَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِينَةَ قَالَ نَعَمْ مَا بَيْنَ كَذَا إِلَى كَذَا فَمَنْ أَحْدَثَ فِيهَا حَدَثًا قَالَ ثُمَّ قَالَ لِي هَذِهِ شَدِيدَةٌ مَنْ أَحْدَثَ فِيهَا حَدَثًا فَعَلَيْهِ لَعْنَةُ اللَّهِ وَالْمَلَائِكَةِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ لَا يَقْبَلُ اللَّهُ مِنْهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ صَرْفًا وَلَا عَدْلًا

Dari `Ashim ia berkata: Aku bertanya kepada Anas bin Malik: Apakah Rasulullah saw. telah mengharamkan Madinah? Anas menjawab: Ya, iaitu antara gunung ini sampai gunung ini, maka barang siapa yang berbuat bidaah di Madinah. Ia melanjutkan: Kemudian ia berkata lagi kepadaku: Ini adalah ancaman, barang siapa yang berbuat bidaah, maka ia akan terkutuk oleh laknat Allah, para malaikat serta seluruh manusia dan Allah tidak akan menerima taubat dan tebusan darinya pada hari kiamat. Hadis riwayat Muslim.


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْمَدِينَةُ حَرَمٌ فَمَنْ أَحْدَثَ فِيهَا حَدَثًا أَوْ آوَى مُحْدِثًا فَعَلَيْهِ لَعْنَةُ اللَّهِ وَالْمَلَائِكَةِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ لَا يُقْبَلُ مِنْهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ عَدْلٌ وَلَا صَرْفٌ

Dari Abu Hurairah RA dari Nabi saw. beliau bersabda: Madinah itu adalah tanah haram. Barang siapa yang berbuat bidaah di dalamnya atau melindungi seorang pembidaah, maka ia akan terkutuk dengan laknat Allah, para malaikat dan seluruh manusia dan Allah tidak akan menerima taubat serta tebusannya pada hari kiamat. Hadis riwayat Muslim.

7. Segala barang dagangan diberkati (sukatan).

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَدِمْنَا الْمَدِينَةَ وَهِيَ وَبِيئَةٌ فَاشْتَكَى أَبُو بَكْرٍ وَاشْتَكَى بِلَالٌ فَلَمَّا رَأَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ شَكْوَى أَصْحَابِهِ قَالَ اللَّهُمَّ حَبِّبْ إِلَيْنَا الْمَدِينَةَ كَمَا حَبَّبْتَ مَكَّةَ أَوْ أَشَدَّ وَصَحِّحْهَا وَبَارِكْ لَنَا فِي صَاعِهَا وَمُدِّهَا وَحَوِّلْ حُمَّاهَا إِلَى الْجُحْفَةِ

Dari Aisyah RA., ia berkata: Kami tiba di Madinah, ketika kota tersebut dilanda wabah penyakit sehingga Abu Bakar dan Bilal mengeluhkan keadaan itu. Ketika Rasulullah saw. menyaksikan keluhan para sahabatnya, beliau berdoa: Ya Allah, jadikanlah kami sebagai pecinta Madinah sebagaimana Engkau membuat kami mencintai Mekah bahkan lebih besar lagi, bersihkanlah lingkungannya, berkatilah untuk kami dalam setiap sha` serta mudnya (sukatan) dan alihkanlah wabah penyakit (Madinah) ke daerah Juhfah. Hadis riwayat Muslim.

إِنَّ إِبْرَاهِيمَ حَرَّمَ مَكَّةَ وَدَعَا لِأَهْلِهَا وَإِنِّي حَرَّمْتُ الْمَدِينَةَ كَمَا حَرَّمَ إِبْرَاهِيمُ مَكَّةَ وَإِنِّي دَعَوْتُ فِي صَاعِهَا وَمُدِّهَا بِمِثْلَيْ مَا دَعَا بِهِ إِبْرَاهِيمُ لِأَهْلِ مَكَّةَ

Sesungguhnya Ibrahim telah mengharamkan Mekah dan mendoakan penduduknya dan sesungguhnya aku pun mengharamkan Madinah sebagaimana Ibrahim telah mengharamkan Mekah. Dan sesungguhnya aku juga berdoa agar setiap sha` dan mudnya (sukatan/timbangan) diberkati dua kali ganda dari yang didoakan Ibrahim untuk penduduk Mekah. Hadis riwayat Muslim.



Perbezaan Tanah Haram Madinah dgn kawasan lain (Tanah Halal)

1. Binatang buruan di kwsn ini adalah HARAM diburu, dan pokoknya yang masih hidup dan tumbuh sendiri dan bukan ditanam oleh manusia haram ditebang/potong sama ada oleh mereka yg berihram atau tidak, kecuali binatang berkenaan amt merbahaya dan biasanya akan menyerang manusia.

عَنْ جَابِرٍ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ إِبْرَاهِيمَ حَرَّمَ مَكَّةَ وَإِنِّي حَرَّمْتُ الْمَدِينَةَ مَا بَيْنَ لَابَتَيْهَا لَا يُقْطَعُ عِضَاهُهَا وَلَا يُصَادُ صَيْدُهَا

Ibrahim telah menjadikan Makkah sebagai Tanah Haram, sementara Aku pula menjadikan Madinah sebagai Tanah Haram meliputi kawasan di antara dua kawasan berbatu hitam. Pokoknya tidak boleh dipotong dan binatang buruannya tidak boleh diburu. Hadis riwayat Muslim.

Oleh kerana Madinah mempunyai banyak pokok dan tumbuhan berbanding dgn Tanah Haram Makkah, terdapat beberapa pengecualiaan berbanding dengan Makkah. Di antaranya ialah ;

Hadis yang diriwayatkan oleh Ali bin Abu Talib RA di mana Rasulullah SAW telah menjelaskan dengan panjang lebar tentang kisah pengharaman tanah Madinah.

لَا يُخْتَلَى خَلَاهَا وَلَا يُنَفَّرُ صَيْدُهَا وَلَا تُلْتَقَطُ لُقَطَتُهَا إِلَّا لِمَنْ أَشَادَ بِهَا وَلَا يَصْلُحُ لِرَجُلٍ أَنْ يَحْمِلَ فِيهَا السِّلَاحَ لِقِتَالٍ وَلَا يَصْلُحُ أَنْ يُقْطَعَ مِنْهَا شَجَرَةٌ إِلَّا أَنْ يَعْلِفَ رَجُلٌ بَعِيرَهُ

Tidak HARUS dicabut rumputnya, tidak HARUS diganggu binatang buruannya. Tidak boleh diambil sesuatu yang tertinggal/tercicir tanpa tuan di dalam kawasannya (Luqathah) kecuali bagi mereka yang mahu mengiklankannya. Tidak boleh membawa senjata utk membunuh. Sebarang pokoknya tidak patut dipotong kecuali seseorang itu mahu memberi makanan kepada untanya. Hadis riwayat Abu Daud.

عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ أَنْ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يُخْبَطُ وَلَا يُعْضَدُ حِمَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَلَكِنْ يُهَشُّ هَشًّا رَفِيقًا

Dari Jabir bin Abdullah bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : Tidak boleh dipatah atau dipotong pokok di kws larangan Rasulullah SAW, tapi boleh kalau dikaitkan daunnya dgn cermat. Hadis riwayat Abu Daud.


Keistimewaan Masjid Nabawi dan Maqam Rasulullah
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ صَلَاةٌ فِي مَسْجِدِي هَذَا خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ صَلَاةٍ فِيمَا سِوَاهُ إِلَّا الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ

Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : Solat di masjidku ini (Masjid Nabawi) lebih baik drp 1000 solat di tempat lain selain drp Masjidil Haram. Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Turmizi, Ibnu Majah, Ahmad dan Malik.


عَنْ ابْنِ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ عَنْ أَبِيهِ قَالَ تَمَارَى رَجُلَانِ فِي الْمَسْجِدِ الَّذِي أُسِّسَ عَلَى التَّقْوَى مِنْ أَوَّلِ يَوْمٍ فَقَالَ رَجُلٌ هُوَ مَسْجِدُ قُبَاءَ وَقَالَ الْآخَرُ هُوَ مَسْجِدُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ هُوَ مَسْجِدِي هَذَا

Dari anak Abu Said al-Khudri, dari ayahnya, beliau berkata, 2 lelaki telah berselisih pendapat tentang manakah masjid yang diasaskan atas dasar taqwa (spt yg dijelaskan dlm al-Quran). Salah seorng berkata, ia adalah masjid Quba' dan seorang lagi berkata, ia adalah masjid nabawi. Lalu Rasulullah SAW bersabda ; ia adalah masjidku ini (Masjid Nabawi). Hadis riwayat Muslim, Nasaie, Turmizi, dan Ahmad dlm lafaz yang berbeza-beza.


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا تُشَدُّ الرِّحَالُ إِلَّا إِلَى ثَلَاثَةِ مَسَاجِدَ مَسْجِدِ الْحَرَامِ وَمَسْجِدِي هَذَا وَالْمَسْجِدِ الْأَقْصَى

Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW, beliau bersabda : Tidak perlu seseorang itu bersusah payah bermusafir kecuali untuk menuju 3 masjid iaitu Masjidil Haram, Masjidku (Masjid Nabawi) dan Masjid al-Aqsa. Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Turmizi, Ibnu Majah dan Ahmad dlm lafaz yang berbeza-beza.


عَنِ ابْنِ عُمَرَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم مَنْ زَارَ قَبْرِى وَجَبَتْ لَهُ شَفَاعَتِى

Dari Ibnu Umar bahwa Rasulullah SAW telah bersabda : Sesiapa yang menziarah kuburku, Wajib ke atasnya Syafaatkku. Hadis riwayat ad-Daruqutni.

من زارني بعد موتي فكأنما زارني في حياتي

Sesiapa yang menziarahiku sesudahku mati (kuburku), maka seolah-olah dia menziarahiku semasa aku masih hidup. Hadis riwayat ad-Daruqutni dan al-Baihaqi.


مَا بَيْنَ قَبْرِي وَمِنْبَرِي رَوْضَةٌ مِنْ رِيَاضِ الْجَنَّةِ

Tempat di antara Kuburku dan Mimbarku (Raudah) adalah salah satu taman daripada taman syurga. Hadis riwayat Ahmad, Nasaie, Baihaqi dan Tabarani.

Tuesday, October 26, 2010

Keistimewaan Tanah Haram Makkah

Nama Makkah


Makkah mempunyai byk nama, ada yang menyatakan ia mempunyai lebih drp 30 nama.

Di antara namanya yang paling masyhur ialah ;


1. Makkah

2. Bakkah

3. Ummul Qura

4. Al-Balad al-Amin


وَهُوَ الَّذِي كَفَّ أَيْدِيَهُمْ عَنْكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ عَنْهُمْ بِبَطْنِ مَكَّةَ مِنْ بَعْدِ أَنْ أَظْفَرَكُمْ عَلَيْهِمْ وَكَانَ اللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيراً (الفتح:24)



إِنَّ أَوَّلَ بَيْتٍ وُضِعَ لِلنَّاسِ لَلَّذِي بِبَكَّةَ مُبَارَكاً وَهُدىً لِلْعَالَمِينَ) (آل عمران:96)



وَالتِّينِ وَالزَّيْتُونِ، وَطُورِ سِينِينَ، وَهَذَا الْبَلَدِ الْأَمِينِ (التين:1-3)



وَهَذَا كِتَابٌ أَنْزَلْنَاهُ مُبَارَكٌ مُصَدِّقُ الَّذِي بَيْنَ يَدَيْهِ وَلِتُنْذِرَ أُمَّ الْقُرَى وَمَنْ حَوْلَهَا وَالَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْآخِرَةِ يُؤْمِنُونَ بِهِ وَهُمْ عَلَى صَلاتِهِمْ يُحَافِظُونَ (الأنعام:92)



وَكَذَلِكَ أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ قُرْآناً عَرَبِيّاً لِتُنْذِرَ أُمَّ الْقُرَى وَمَنْ حَوْلَهَا وَتُنْذِرَ يَوْمَ الْجَمْعِ لا رَيْبَ فِيهِ فَرِيقٌ فِي الْجَنَّةِ وَفَرِيقٌ فِي السَّعِيرِ (الشورى:7)



Nama-nama lain yang disebut dalam al-Quran

1. al-Balad

2. al-Baldah

3. al-Qaryah

4. al-Baitul 'Atiq


وَإِذْ قَالَ إِبْرَاهِيمُ رَبِّ اجْعَلْ هَذَا الْبَلَدَ آَمِنًا وَاجْنُبْنِي وَبَنِيَّ أَنْ نَعْبُدَ الْأَصْنَامَ (ابراهيم : 35)


إِنَّمَا أُمِرْتُ أَنْ أَعْبُدَ رَبَّ هَذِهِ الْبَلْدَةِ الَّذِي حَرَّمَهَا وَلَهُ كُلُّ شَيْءٍ وَأُمِرْتُ أَنْ أَكُونَ مِنَ الْمُسْلِمِينَ (النمل :91 )


وَلَمَّا جَاءَتْ رُسُلُنَا إِبْرَاهِيمَ بِالْبُشْرَى قَالُوا إِنَّا مُهْلِكُو أَهْلِ هَذِهِ الْقَرْيَةِ إِنَّ أَهْلَهَا كَانُوا ظَالِمِينَ (الأنكبوت : 31)


إِلَكُمْ فِيهَا مَنَافِعُ إِلَى أَجَلٍ مُسَمًّى ثُمَّ مَحِلُّهَا إِلَى الْبَيْتِ الْعَتِيقِ (الحج : 33)



Sempadan Tanah Haram Makkah


1. Dari arah Madinah : lebih kurang 3 batu. Berada dlm kws Bani Nifar atau Masjid Aisyah.

2. Dari arah Yaman : lebih kurang 7 batu. 3. Dari arah Iraq : lebih kurang 7 batu. Berdekatan dgn Bukit al-Munqata' atau Bukit al-Muqta'.

4. Dari arah Taif : lebih kurang 7 batu.

5. Dari arah Ji'ranah : lebih kurang 9 batu.

6. Dari arah Jeddah : lebih kurang 10 batu.

7. Dari arah Batni 'Uranah : lebih kurang 11 batu.



Perbezaan Tanah Haram Makkah (THM) dgn kawasan lain (Tanah Halal)

1. Seseorang tidak patut memasuki Tanah Haram Makkah melainkan dengan niat ihram (Wajib). Sementara ulama mazhab Syafie berpendapat, niat ihram ketika memasuki THM adalah sunat.

2. Binatang buruan di kwsn ini adalah HARAM diburu, sama ada oleh mereka yg berihram atau tidak, kecuali binatang berkenaan amt merbahaya dan biasanya akan menyerang manusia.

3. Setiap tumbuhan yang masih hidup dan tumbuh sendiri dan bukan ditanam oleh manusia dlm THM ini adalah HARAM dipotong/ditebang kecuali pokok al-Izkhir.


عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ فَتْحِ مَكَّةَ إِنَّ هَذَا الْبَلَدَ حَرَامٌ حَرَّمَهُ اللَّهُ لَمْ يَحِلَّ فِيهِ الْقَتْلُ لِأَحَدٍ قَبْلِي وَأُحِلَّ لِي سَاعَةً فَهُوَ حَرَامٌ بِحُرْمَةِ اللَّهِ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ لَا يُنَفَّرُ صَيْدُهُ وَلَا يُعْضَدُ شَوْكُهُ وَلَا يَلْتَقِطُ لُقَطَتَهُ إِلَّا مَنْ عَرَّفَهَا وَلَا يُخْتَلَى خَلَاهُ فَقَالَ الْعَبَّاسُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِلَّا الْإِذْخِرَ فَإِنَّهُ لِبُيُوتِهِمْ وَلِقَيْنِهِمْ فَقَالَ إِلَّا الْإِذْخِرَ


Dari Ibnu Abbas, Rasulullah SAW telah bersabda, Ini adalah negeri yang Allah haramkan sejak dijadikan langit dan bumi. Ia telah menjadi haran dengan hukuman Allah SWT sehingga hari qiamat. Ia tidak boleh dipotong durinya, tidak boleh diganggu buruannya, tidak boleh diambil sesuatu yang tertinggal tanpa tuan di dalam kawasannya kecuali bagi mereka yang mahu mengiklankannya dan tidak boleh dicabut rumpunya yang hijau. Maka kata al-Abbas, Ya Rasulullah SAW, adakah dikecualikan al-Izkhir. Isa digunakan dalam pekerjaan dan juga untuk rumah mereka, maka jawab Rasulullah SAW, dikecualikan al-Izkhir. Hadis Riwayat Ahmad, lihat juga hadis riwayat Bukhari dgn lafaz yang berbeza.

Walau bagaimanapun, memotong sebarang pokok yang ditanam oleh manusia spt pokok kurma, delima, gandum dsb atau memotong rumput yang telah mati, tidak menjadi satu kesalahan. Begitu juga perbuatan membunuh gagak, ular, tikus, anjing garang atau mana-mana binatang yang tidak termasuk dalam jenis binatang buruan, tidak menjadi kesalahan.


4. Tanah serta anak batu dari THM adalah tidak dibenarkan dibawa keluar. Sementara ulama Hanafi berkata ia adalah harus dan tidak mengapa...

5. Jamhur ulama' menetapkan bahawa orang kafir tidak dibenarkan memasuki THM, sama ada utk menetap atau utk lalu shj. Abu Hanifah pula mengharuskannya selagi mereka tidak bermastautin.

6. Sesuatu benda yang tercicir dan tidak diketahui siapa tuannya di THM, adalah haram diambil utk dimiliki. Ia hanya halal utk diambil oleh org yang mahu mengiklankannya sahaja.


وَلَا تُلْتَقَطُ لُقَطَتُهَا إِلَّا لِمُعَرِّفٍ

Barang tercicir (Luqathah) di sana (THM) tidak boleh diambil kecuali oleh orang yang mahu mengiklankannya. Hadis riwayat Bukhari. Lihat juga hadis riwayat Abu Daud dan Ahmad dgn lafaz yang berbeza.


7. Mereka yang melakukan pembunuhan di THM dikenakan diyat yang lebih berat.

Menurut Imam Ahmad ialah tambahan drp bilangan diyat dgn kadar 1/3 drp diyat yang asal.

8. Haram mengembumikan org Kafir di THM atau mengali kuburnya.


Keistimewaan bumi Makkah

وَاللَّهِ إِنَّكِ لَخَيْرُ أَرْضِ اللَّهِ وَأَحَبُّ أَرْضِ اللَّهِ إِلَى اللَّهِ وَلَوْلَا أَنِّي أُخْرِجْتُ مِنْكِ مَا خَرَجْتُ

Demi Allah, sesungguhnya engkau adalah sebaik-baik bumi Allah SWT, dan kws bumiNya yang paling Allah sayangi. Kalaulah bukan kerana dipaksa keluar, maka aku tidak akan meninggalkan engkau. Hadis riwayat Turmizi. Lihat juga hadis riwayat Ibnu Majah dan Ahmad dgn lafaz yang berbeza.


عَنْ أَنَسُ بْنُ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَيْسَ مِنْ بَلَدٍ إِلَّا سَيَطَؤُهُ الدَّجَّالُ إِلَّا مَكَّةَ وَالْمَدِينَةَ لَيْسَ لَهُ مِنْ نِقَابِهَا نَقْبٌ إِلَّا عَلَيْهِ الْمَلَائِكَةُ صَافِّينَ يَحْرُسُونَهَا ثُمَّ تَرْجُفُ الْمَدِينَةُ بِأَهْلِهَا ثَلَاثَ رَجَفَاتٍ فَيُخْرِجُ اللَّهُ كُلَّ كَافِرٍ وَمُنَافِقٍ

Dari Anas bin Malik RA dari Nabi SAW, beliau telah bersabda : Tidak ada satu negeripun, kecuali akan dimasuki Dajjal kecuali Makkah dan Madinah yang setiap pintu gerbangnya ada malaikat-malaikat yang berbaris menjaganya. Kemudian Madinah menggoncang penghuninya tiga kali, sehingga, Allah mengeluarkan seluruh orang kafir dan munafik."Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.


إِنَّ إِبْرَاهِيمَ حَرَّمَ مَكَّةَ وَدَعَا لِأَهْلِهَا وَإِنِّي حَرَّمْتُ الْمَدِينَةَ كَمَا حَرَّمَ إِبْرَاهِيمُ مَكَّةَ وَإِنِّي دَعَوْتُ فِي صَاعِهَا وَمُدِّهَا بِمِثْلَيْ مَا دَعَا بِهِ إِبْرَاهِيمُ لِأَهْلِ مَكَّةَ

Sesungguhnya Ibrahim telah mengharamkan Mekah dan mendoakan penduduknya dan sesungguhnya aku pun mengharamkan Madinah sebagaimana Ibrahim telah mengharamkan Mekah. Dan sesungguhnya aku juga berdoa agar setiap sha` dan mudnya (sukatan/timbangan) diberkati dua kali ganda dari yang didoakan Ibrahim untuk penduduk Mekah. Hadis riwayat Muslim.


Masjidil Haram dan sekitarnya

1. Kelebihan solat di Masjidil Haram lebih baik drp 1,000 solat di Masjid Nabawi atau lebih baik drp 100, 000 solat di tempat lain
عَنْ جَابِرٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَاةٌ فِي مَسْجِدِي هَذَا أَفْضَلُ مِنْ أَلْفِ صَلَاةٍ فِيمَا سِوَاهُ إِلَّا الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ وَصَلَاةٌ فِي الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ أَفْضَلُ مِنْ مِائَةِ أَلْفِ صَلَاةٍ

Dari Jabir , Rasulullah SAW telah bersabda ; Solat di masjidku ini (Masjid Nabawi) lebih baik drp 1000 solat di tempat lain kecuali di Masjidil Haram, dan solat di Masjidil Haram lebih baik drp 100,000 solat drp tempat lain. Hadis riwayat Ahmad
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ الزُّبَيْرِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَاةٌ فِي مَسْجِدِي هَذَا أَفْضَلُ مِنْ أَلْفِ صَلَاةٍ فِيمَا سِوَاهُ مِنْ الْمَسَاجِدِ إِلَّا الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ وَصَلَاةٌ فِي الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ أَفْضَلُ مِنْ مِائَةِ صَلَاةٍ فِي هَذَا

.Dari Abdullah bin Az-Zubair, Rasulullah SAW telah bersabda ; Solat di Masjidku ini (Masjid Nabawi) lebih baik drp 1,000 solat di masjid lain kecuali Masjidil Haram, dan solat di Masjidil Haram lebih baik drp 100 solat di masjid ini (Masjid Nabawi).Hadis riwayat Ahmad

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْحَجَرُ الْأَسْوَدُ مِنْ الْجَنَّةِ

Dari Ibnu Abbas RA bahawa Nabi SAW telah bersabda : Hajarul Aswad dari Syurga. Hadis riwayat an-Nasaie


عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْحَجَرُ الْأَسْوَدُ مِنْ الْجَنَّةِ وَكَانَ أَشَدَّ بَيَاضًا مِنْ الثَّلْجِ حَتَّى سَوَّدَتْهُ خَطَايَا أَهْلِ الشِّرْكِ


Dari Ibnu Abbas RA bahawa Nabi SAW telah bersabda : Hajarul Aswad dari Syurga. Warnanya putih, lebih putih drp salji, sehinggalah bertukar menjadi hitam kerana dosa-dosa org yang syirik. Hadis riwayat Ahmad


مَاءُ زَمْزَمَ لِمَا شُرِبَ لَه

Air zamzam mengikut niat org yang meminumnya. Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah.

Wednesday, October 20, 2010

Islamic Fashion Festival (IFF)??MEMANG CELAKA SI PENGANJUR























KL, 20 Okt 10: "Muhammad" dalam tulisan Arab diterbalikkan, diguna dan dipakai di dada salah seorang peraga fesyen yang tidak menutup aurat. Ini menunjukkan bahawa penganjur jelas menghina Islam apabila menggunakan nama agama untuk mengesahkan tindakan penganjuran pertunjukan dedah aurat yang tidak wajar itu. Penganjurnya adalah Islamic Fashion Festival (IFF) di bawah Datin Seri Rosmah Mansor isteri PM Malaysia.


Demikian didedahkan oleh ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali. "Kita berarak bantah kartun Nabi yang dibuat di Denmark, di sini di Malaysia, seluruh maruah Islam ditelanjangkan oleh IFF tersebut," kata Lo' Lo' kepada Harakahdaily.

Beliau mengulas IFF yang dianjurkan oleh Rosmah baru-baru ini. Walaupun dinamakan 'Islamik' tetapi fesyen yang diperagakan tidak sesuai dengan Islam bahkan Rosmah sendiri tidak memakai pakaian yang sesuai dengan Islam ketika merasminya.

Oleh itu para pemimpin NGO Islam disarankan agar mengkaji tindakan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang disifatkan sebagai menghina Islam ketika menganjurnya. Lo' Lo' juga kesal dengan sesetengah NGO Islam yang dipergunakan untuk menyokong bajet yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib.

"Saya dapat maklumat ada beberapa NGO Islam diminta membuat memo menyokong bajet PM.

"Saya nak tanya NGO-NGO Islam ni, tak terasa langsung ke nak bantah penghinaan terhadap Islam oleh Rosmah atas penganjuran Islamic Fashion Festival yang penuh dengan kemungkaran dan kemaksiatan terhadap Allah serta pengkhianatan atas muslimah seluruhnya?" tanya Lo' Lo'.

PERBAHASAN BUDGET 2011-FIKIR-FIKIRKAN

Tuesday, October 19, 2010

SEJARAH DAN KONSEP AHLI'S-SUNNAH WA'L-JAMA'AH









Oleh: Dr Muhammad 'Uthman El-Muhammady

PENDAHULUAN

TAKDIRNYA mazhab Ahli's-Sunnah Wal-Jama'ah merupakan mazhab yang paling dominan dalam sejarah ummat ini dan ianya merupakan mazhab yang orthodoks dalam pengertian yang asalnya iaitu mazhab yang benar, asal, tepat mengikut apa yang dikehendaki oleh ajaran dan amalan Islam itu sendiri. Walaupun di dalamnya terdapat beberapa pendirian yang mengambil kira peristiwa sejarah awal Islam - yang memang tidak boleh dielakkan - hakikat ajaran dan pendiriannya adalah hakikat yang telah ada dalam Islam semenjak awal; penzahirannya dalam sejarah kemudian dengan istilah-istilah itu adalah merupakan 'deployment' proses perkembangan kemudian yang semestinya berlaku sebagaimana berkembangnya pokok daripada biji benihnya dengan segala sifat-sifat yang telah ada padanya sejak awal lagi. Dalam nota ringkas ini in sha'Allah akan ditelitikan sedikit sebanyak perkembangannya dalam sejarah dan juga konsep-konsep asas yang terlibat dalam perkembangan ini untuk memperingatkan kembali segi-segi demikian ini berhubungan dengan identiti umat ini. Moga-moga ini mendatangkan faedah bersama dan bukan merupakan sesuatu untuk kepentingan ilmiah semata, walau bagaimana relevannya kepentingan ilmiah itu pada parasnya sendiri.

Bab I

SEBELUM dilihatkan kembali segi-segi sejarahnya, eloklah dimulakan perbincangan ini dengan meneliti istilah Ahli's-Sunnah wa'I-Jama'ah itu sendiri dan punca-puncanya. Penggunaan istilah jama'ah Muslimin memang terdapat dalam hadith-hadith, terutamanya dua istilah iaitu "jamaah" dan "firqah" dengan pluralnya "firaq". Dalam Sunan Ibn Majah 1 riwayat dari Abu Hurairah radiya'Llahu 'anhu:

Maksudnya: "Orang-orang Yahudi telah berpecah menjadi tujuh puluh satu golongan atau puak(firqah) dan umatku akan berpecah menjadi tujuh puluh tiga golongan".

Dalam catitan nota kakinya oleh Muhammad Fu'ad 'Abdul Baqi dinyatakan bahawa mereka yang dikatakan "umatku" itu adalah umat ijabah, ahli Qiblat, dan perpecahan yang dimaksudkan itu adalah dalam bidang usul dan 'aqidah, bukan dimaksudkan dalam bidang furu' dan 'amaliyat.

Sebuah hadis lagi ialah diriwayatkan daripada 'Auf bin Malik bahawa baginda salla'Llabu 'alaihi wa sallam bersabda

Maksudnya: "Orang-orang Yahudi telah berpecah kepada tujuh puluh satu golongan (ihda wa sab'ina firqatan). Satu golongan daripada mereka itu dalam syurga dan yang tujuh puluhnya dalam neraka. Orang-orang Nasara pulaberpecah menj'adi tujuh puluh dua golongan, tujuh puluh satu golongan mereka dalam neraka, dan satu golongan dalam syurga. Demi Tuhan yang dirl Muhammad berada dalam tangan kekuasaannya, benar-benar umatku akan berpecah kepada tujuh puluh tiga golongan, satu golongan berada dalam syurga dan tujuh puluh dua dari mereka dalam neraka' Baginda ditanya:
Siapakah mereka (yang masuk syurga) itu?". Jawab Baginda "Jama'ah".


Boleh dilihatkan bagaimana disebutkan golongan yang selamat itu adalah "jama'ah".
Dalam catatan pentahkiknya dengan berdasarkan kepada az-Zawa'id 3 bahawa isnadnya terdiri daripada mereka yang dipercayai.

Dalam sebuah hadith lagi diriwayatkan daripada Anas bin Malik radiya'Llahu'anhu bahawa baginda salla'Llahu 'alaihi wa sallam bersabda:

Maksudnya: "Sesungguhnya Bani Isra'il berpecah menjadi tujuh puluh satu golongan. Dan sesungguhnya umatku akan berpecah menjadi tujuh puluh dua golongan (firqah), semuanya masuk neraka, melainkan satu golongan, iaitu al-Jama'ah".

Boleh diperhatikan bahawa yang disebutkan sebagai golongan selamat di sini ialah "al-Jama'ah". Dan dari segi isnadnya, sebagaimana yang dicatitkan 5 isnadnya adalah sahih dan periwayat-periwayat di dalamnya oleh pentahkik
adalah mereka yang kepercayaan (rijaluhu thiqat).

Kepentingan berpegang kepada jama'ah Muslimin yang berada atas jalan yang hak itu disebutkan dalam sebuah hadith dari Hudbaifah bin al-Yaman radiya'Llahu 'anhu, katanya bahawa Nabi S.A.W. bersabda bila diminta baginda menyifatkan penyeru-penyeru kepada neraka jahannam pada akhir zaman, katanya, "Mereka itu kaum dari bangsa kita (jildatina) dan bercakap dengan bahasa kita". Lalu Hudhaifah bertanya, "Apakah yang tuan hamba suruh bila hamba bertemu dengan keadaan itu?". Jawab Baginda: "Hendaklah tuan hamba berpegang kepada jamaah Muslimin dan imam mereka. Maka kalau tidak ada jamaah dan tidak ada imam mereka, hendaklah engkau tinggalkan golongan-golongan itu semua sekali, walaupun engkau terpaksa berpegang kepada pangkal pokok kayu dan engkau mati dalam keadaan demikian itu".

Hadith di atas jelas menunjukkan kepentingan berpegang kepada jamaah Muslimin dan imam mereka.

Hadith berkenaan dengan kepentingan berpegang kepada jamaah Muslimin dan imam mereka terdapat juga dalam Sahih al-Bukhari 7 riwayat daripada Hudhaifah bin al-Yaman; di dalamnya disebutkan oleh baginda S.A.W. penyeru-penyeru yang menyeru manusia kepada neraka jahannam, dan Hudhaifah meminta arahan daripada baginda apa yang patut dilakukan dalam keadaan itu. Sabda Baginda:

Maksudnya: "Hendaklah engkau berpegang kepada jamaah Muslimin dan imam mereka....... (dan bila tidak ada mereka itu) hendaklah engkau meninggalkan semua golongan-golongan itu walaupun engkau terpaksa berpegang kepada pangkal pokok kayu dan engkau mati dalam keadaan demikian itu".

Dalam kitab al-Farq baina'l-Firaq, al-Khatib al-Baghdadi rahimahu'Llahu Ta'ala ada menyebutkan beberapa hadith berkenaan dengan perpecahan ummat dalam bab awal kitabnya itu.

Antara hadith-hadith itu ialah yang diriwayatkan daripada 'Abdullah bin 'Amru radiya'Llahu 'anhu Baginda diriwayatkan bersabda:
Maksudnya: "Benar-Benar akan berlaku atas umatku apa yang telah berlaku ke atas Bani Isra'il. Bani Isra'il telah berpecah menj'adi tujuh puluh dua golongan (ithnatain wa sab'ina millatan) dan umatku akan berpecah menjadi tujuh puluh tiga golongan (thalathin wa sab'in millatan) meleblhi mereka itu satu golongan (millah). Semua mereka itu dalam neraka melainkan satu golongan (illa millatan wahidatan).

Mereka bertanya Baginda, "Siapakah satu millah yang tidak masuk neraka itu?". Jawab Baginda, "(Mereka itu adalah golongan yang mengikut) perjalanan hidupku dan para sahabatku (ma ana 'alaihi wa ashabi)".

Sebuah hadith lagi yang disebutkan dalam kitab al-Farq baina'l-Firaq ialah yang diriwayatkan daripada Anas melalui Qatadah, bahawa Baginda S.A.W. bersabda:

Maksudnya: "Sesungguhnya Bani Isra'il berpecah kepada tujuh puluh satu golongan (firqah) dan sesungguhnya umatku akan berpecah menjadi tujuh puluh dua golongan ('ala thinatain wa sab'infirqatan), semuanya dalam neraka melainkan satu iaitu al-jama'ah".

"Abdul Qahir al-Baghdadi menyatakan bahawa hadith yang datang riwayatnya daripada Nabi S.A.W berkenaan dengan perpecahan umat (iftiraq al-ummah) itu banyak isnad-isnadnya.9 Satujamaah daripada para sahabat meriwayatkan hadith itu daripada Nabi S.A.W. seperti Anas bin Malik, Abu Hurairah, Abu Darda', Jabir, Abu Sa'id al-Khudri, Ubay bin'Ka'ab, 'Abdullah bin 'Amr bin al-'As, Abu Umamah dan Wathilah bin al-Asqa'dan yang lain daripada mereka itu.

Beliau menyatakan lagi bahawa ada diriwayatkan daripada Khulafa' alRashidin radiya'Llahu 'anhum bahawa mereka itu ada menyebut perpecahan umat yang akan berlaku selepas mereka dan mereka menyebutkan ada satu golongan yang selamat, yang lain itu dalam kesesatan di dunia dan di akhirat mereka mengalami kebinasaan.

Beliau menyatakan lagi bahawa Baginda S.A.W. menunjukkan kecelaan kaum Qadariyah dan menyatakan bahawa mereka itu adalah golongan Majusi bagi umat ini
Selain dari itu ada riwayat daripada Baginda S.A.W. yang menunjukkan kecelaan kaum Murji'ah beserta dengan kaum Qadariyah itu; ada riwayat yang menunjukkan kecelaan kaum Khawarij. Selain daripada riwayat daripada Baginda S.A.W. sendiri, ada riwayat daripada pemuka para Sahabat (a'lam as-sahabah) berkenaan dengan kecelaan kaum Qadariyah,Murji'ah dan Khawarij.

Pada fahaman 'Abdul Qahir al-Baghdadi 12 yang disebutkan sebagai golongan-golongan yang keji itu yang dikatakan ahli neraka itu merujuk kepada golongan-golongan dari kalangan para fuqaha' (firaq al-fuqaha') yang mempunyai pendirian yang berlainan dalam masalah-masalah cawangan fiqh beserta mereka itu bersetuju dalam bidang usul agama. Beliau menyatakan pendirian atau kefahaman yang demikian itu adalah berdasarkan kepada kaedah bahawa dalam perkara-perkara furu' tentang halal dan haram yang berlaku di dalamnya khilaf di kalangan 'ulama' Muslim ada dua pendapat; satunya mereka yang menganggap benar semua pandangan mujtahidin yang dikeluarkan dalam masalah-masalah furu'fiqh. Pada pendapat mereka yang berpegang kepada kaedah ini golongan fiqh adalah benar. Keduanya mereka yang menganggap di dalam tiap-tiap masalah furu' ada satu golongan yang benar, dan yang baki lagi itu tersilap, dan peri tersilapnya golongan yang baki lagi itu tidak membawa kepada kesesatan.

Seterusnya beliau menyatakan bahawa Baginda S.A.W. mendetailkan sebutan tentang golongan-golongan tercela (firaq al-mudhmumah)sebagai golongan-golongan mengikut hawa nafsu yang sesat yang menyalahi golongan yang selamat itu dalam perkara-perkara: keadilan Tuhan dan tauhid, dalam al-Wa'd dan al-Wa'id, bab al-Qadr dan al-Istita'ah, atau dalam bab Taqdir baik dan buruknya, bab hidayah dan kesesatan, atau bab Iradah dan Mashi'ah (Kehendak dan Iradat Allah) atau bab Ru'yah atau Idrak (Melihat Tuhan dan mencapainya), atau bab-bab sifat-sifat Allah dan nama-namanya, atau dalam satu bab daripada bab-bab ta'dil dan taj'wiz, atau satu bab daripada bab-bab nubuwwah dan syarat-syaratnya dan sebagainya, daripada bab-bab yang di dalamnya Ahli's-Sunnah Wa ' I-Jama'ah bersepakat. Yang tidak bersepakat dengan Ahli's-Sunnah wal-Jama'ah ialah golongan Ahlu'I-Ahwa'ad-Dallah, golongan pengikut hawa nafsu yang sesat, yang terdiri daripada Qadariyah,Khawarij, Rawafid, Najjariyah, Jahmiyah, Mujassimah dan Mushabbihah, dan mereka yang mengikuti pegangan yang sesat. Ringkasnya, mengikut beliau bahawa sahlah pentakwilan maksud hadith berkenaan dengan golongan-golongan yang sesat itu adalah golongan yang bukan termasuk di dalamnya mereka yang berikhtilaf dalam bidang furu' fiqhiyyah bahkan dalam bidang usulu'd-din.

Hadith-hadith sebagaimana yang disebutkan di atas didapati dalam Sahih Tirmidhi, 14 riwayat dari Abu Hurairah; diriwayatkan bahawa Baginda S.A.W. bersabda:

Maksudnya: "Sesungguhnya orang-orangyahudi telah berpecah menjadi tujuh puluh, satu golongan atau tujuh puluh dua golongan, dan orang-orang Kristian seperti itu juga, dan umatku akan berpecah menj adi tujuh puluh tiga golongan (firqah) ". Dinyatakan oleh Tirmidhi bahawa ini hadith hasan sahih.

Sebuah lagi hadith diriwayatkan dalam Sahih Tirmidhi 15 dari riwayat 'Abdullah bin 'Amr radiya'Llahu 'anhu bahawa Baginda S.A.W. bersabda:

Maksudnya: "Benar-benar akan berlaku ke atas umatku apa yang telah berlaku atas Bani Isra'il seperti selipar dengan selipar, sehinggajikalau ada di kalangan mereka seseorang yang mendatangi emaknya sendiri (bersetubuh dengannya) dengan terang-terangan, akan ada di kalangan ummatku seseorang yang melakukan demikian itu; dan sesungguhnya Bani Isra'il berpecah kepada tujuh puluh dua golongan (millah) dan umatku akan berpecah menjadi tujuh puluh tiga golongan (millah) semua mereka itu dalam neraka melainkan satu golongan (yang tidak masuk neraka). Para sahabat bertanya: (Siapakah mereka dalam) millah yang satu itu wahai Rasulullah? Kata Baginda "(Mereka itu adalah golongan yang mengikuti) perjalanan hidupku dan para sahabatku". Hadith gharib.

Tentang hadith yang menganjurkan supaya sentiasa diikuti sunnah Baginda S.A.W., maka kita teringat kepada hadith riwayat Tirmidhi, 16 riwayat daripada 'Irbad bin Sariyah katanya, bahawa pada suatu hari selepas sembahyang pagi (iaitu lepas subuh) Nabi S.A.W. menyampaikan pengajaran yang cukup maksudnya, maka dari itu keluarlah air mata orang ramai, dan hati mereka pun menjadi takut, maka (dalam hal itu) berkatalah seorang lelaki "Sesungguhnya nasihat adalah nasihat seperti nasihat mengucap selam ' at tinggal, apakah yang tuan hamba ingin mewasiatkan kepada kami wahai Rasulullah?" Lalu Baginda S.A.W. bersabda:

Maksudnya: "Aku berwasiat kepada kamu sekelian supaya bertaqwa kepada Allah, supaya mendengar dan taat, walaupun ia seorang hamba abdi bangsa Habsyi (yang diangkat menjadi ketua kamu sekelian); maka sesungguhnya sesiapa dari kalangan kamu yang hidup (bila sampai masanya) ia akan melihat berlaku perselisihan yang banyak, dan bendaklah kamu berjaga-jaga daripada (mengadakan) perkara-perkara baru (dalam urusan agama), maka sesungguhnya itu adalah kesesatan; maka sesiapa di kalangan kamu yang mendapat perkara demikian itu hendaklah ia mengikuti Sunnahku dan Sunnah para Khulafa' a]-Rasyidin yang mendapat hidayat daripada Allah, dan hendaklah kamu berpegang kepada Sunnah itu dengan gigi geraham kamu". Hadith hasan sahih.

Dengan jelas sekali hadith ini menyuruh berpegang kepada Sunnah Nabi S.A.W. dan perjalanan para Khulafa' a]-Rasyidin yang terpimpin ke jalan yang benar.

Hadith yang demikian itu juga didapati dalam Sunan Ibn Majah 17,juga nwayat dari 'Irbad bin Sariyah radiya'Llahu 'anhu, bahawa Nabi S.A.W. bersabda selepas daripada Baginda memberi nasibat yang cukup berkesan pada hati, katanya:

Maksudnya: "Hendaklah kamu semua bertaqwa kepada Allah; hendaklah kamu dengar dan taat (kepada pemimpin kamu) walaupun ianya seorang hamba Habsyi. Dan kamu akan melihat selepasku perselisihan yang teruk dan berat (ikhtilafan shadidan). Maka hendaklah kamu berpegang kepada perjalanan sunnahku dan sunnah atau perjalanan hidup para Khulafa' al-Rashidin yang mendapat hidayat dari Tuhan. Hendaklah kamu berpegang kepada perjalanan itu dengan gigi geraham kamu. Jaga-jagalah diri kamu daripada (mengadaadakan atau mengikut) perkara-perkara baru (dalam urusan agama); maka sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah kesesatan".

Boleh diperhatikan dalam hadith ini kelainan kalimat dadpada hadith terdahulu, laitu ikhtilafah shadidan mengganti ikhtilafan kathiran. Yang ditekankan dalam hadith ini ialah keperluan berpegang kepada Sunnah Baginda S.A.W. dan para Khulafa' al-Rashidin. Berkenaan dengan konsep Khulafa' alRashidin, dikatakan oleh pentahkiknya bahawasanya ada kaul yang menyatakan bahawa yang dimaksudkan Khulafa'al-Rashidin itu bukan sahaja terbatas kepada mereka itu, tetapi termasuk mereka yang menjalani perjalanan sebagaimana mereka itu yang terdiri daripada para pemimpin Muslimin (min a'immat'ul-Islam). Kata beliau lagi: Mereka itu adalah para khalifah bagi Rasulullah S.A.W. yang menegakkan al-haqq dan menghidupkan agama dan memimpin manusia kepada perjalanan yang benar. Penafsiran demikian ini nampaknya dibenarkan oleb sebuah hadith yang menyebutkan para khulafa' sebagai mereka yang menghidupkan Sunnah Nabi S.A.W.

Maksudnya: "Moga-moga rahmat Allah dicucurkan ke atas para khalifahku. Baginda ditanya: Siapakah para khalifah tuan hamba ya Rasulullah?. Mereka yang menghidupkan Sunnahku............... (Hadith riwayat dari al-Hassan) 18

Selain dari itu juga kita boleh sebutkan sebuah lagi hadith riwayat Ibn Majah 19 juga riwayat daripada al-'lrbad bin Sariyah radiya'Llabu 'anhu bahawa Baginda bersabda bila diminta tambahkan wasiatnya:

Maksudnya: "Aku telah meninggalkan kamu dalam perjalanan yang terang benderang ('yang putih' (al-baida') yang bennaksud millah dan hujjah yang nyata yang tidak ada kekeliruan lagi di dalamnya); Malaninya adalah seperti siangnya. Tidak menjadi terseleweng selepasku melainkan orang yang sengaja membinasakan dirinya. Sesiapa daripada kamu semua yang hidup (sampai masa itu) maka ia akan melihat perselisihan yang banyak (ikhtilafan kathiran); maka hendaklah kamu berpegang kepada apa yang kamu ketahui daripada Sunnahku dan Sunnah Khulafa'al-Rashidin yang dikurniakan hidayat (oleh Allah). Hendaklah kamu berpegang kepadanya dengan gigi geraham kamu. Dan hendaklah kamu taat (kepada para pemimpin kamu) walaupun (yang diangkat menjadi pemimpin itu) seorang hamba bangsa Habshi. Sesungguhnya seseorang Mu'min itu adalah seperti unta yang dicucuk hidungnya (iaitu ada tali penuntunnya pada hidungnya), ke mana ia dibawa, ia mengikut (iaitu orang Mu'min yang tidak takabbur dan merendah diri itu mengikut peraturan Syara'di mana ia dibawa".

Jelas dalam hadith ini tuntutan di atas umat supaya mengikuti Sunnah Nabi S.A.W. dan perjalanan Khulafa'al-Rashidin dan mereka yang sedemikian itu pedalanannya. Demikian juga ditekankan kepada mereka dasar ketaatan yang sewajamya yang dituntut oleh Syara'.

Selepas meneliti beberapa hadith berkenaan dengan masalah perpecahan ummat dan golongan yang selamat serta tuntutan supaya orang mu'min itu mengikuti Sunnah Nabi S.A.W., Sunnah Khulafa'al-Rashidin, dan pedalanan para Sahabat, Allah meredhai mereka itu, ada beberapa pengamatan yang boleh dibuat berkenaan dengan nas-nas ini.

Antaranya bahawa hadith-hadith itu adalah kuat sandarannya, maka oleh itu jelas mengapa itu semuanya dijadikan sandaran bagi memahami perihal ini di kalangan para ulama' kita yang mu'tabar. Tentang perpecahan-perpecahan yang berlaku dalam sejarah tiga agama besar itu, itu nampaknya biasa, sebagaimana yang didapati dalam al-Quran yang kerap menyebut tentang AhlilKitab yang terdiri dari al-Yahud wan-Nasara. Maka dalam hadith-hadith berkenaan dengan perpecahan ini tersebutjuga al-Yahud wan-Nasara. Kalimat-kalimat yang digunakan bagi menyebut "golongan" itu ialah antaranya "firqah" jamak "firaq", "millah", tapi tidak disebut jamaknya;

yang tidak ada kekeliruan kemungkinan lagi di dalamnya. Orang yang terseleweng daripadanya adalah Orang Yang mempunyai kecenderungan yang tidak baik Yang dengan sengaja mernbinasakan dirinya. Istilah ini menarik hati kita oleh kerana ianya memberikan konsep tentang kewujudan umat yang berdiri di atas aiaran dan Pegangan yang nonnative, yang menjadi penentu,

atau neraca bagi memutuskan sesuatu itu benar atau wajar atau sebaliknya' 20 Itulah ummah ahlul-haqq yang orthodoks dalam pengertian yang sebenar-benamya. Neraca inilah yang menentukan konsep Ahli's-Sunnah wal-Jama'ah yang sistem keilmuannya dihuraikan kemudiannya
Bab II

Untuk meneliti beberapa tahap perkembangan sejarah Islam yang kemudiannya membawa kepada berbagai perselisihan dan khllaf itu, menasabah kita mengingati kembali beberapa persoalan yang berhubungan dengan hal itu. Antaranya ialah sebagaimana yang disebutkan oleh al-Baghdadi rahimahu'Llahu Ta'ala dalam al-Farq baina'l-Firaqnya. 21 Dinyatakan oleh bellau bahawa pada masa wafat Baginda S.A.W. (iaitu pada tahun 10 hijrah) berada dalam perjalanan agama yang satu dalam dasar-dasar agama (usulu'ddin) dan cawangan-cawangannya, selain daripada mereka yang menzahirkan persetujuan dan yang menyembunyikan kemunafikan. Perkara khilaf yang pertama berlaku ialah berkenaan dengan kewafatan Baginda S.A.W. Akhimya mereka yang menyangka Baginda tidak mati tetapi diangkat oleh Allah sebagaimana Sayyiduna 'Isa A.S. bersetuju Baginda memang wafat bila Abu Bakar radiya'Llahu 'anhu membaca ayat yang bermaksud:

"Sesungguhnya engkau mati dan mereka pun mati',.22 Beliau juga berkata kepada mereka, "Sesiapa yang menyembah Muhammad, maka sesungguhnya Baginda telah wafat, dan sesiapa yang menyembah Tuhan Muhammad, maka la Maha Hidup dan tidak mati". Kemudian timbul khilaf tentang tempat hendak dikebumikan Baginda S.A.W. Akhimya ia selesai dengan Abu Bakar radiya'Llahu 'anhu meriwayatkan kepada mereka hadith daripada Nabi S.A.W. yang bermabsud: "Sesungguhnya para anbiya' dikebumikan di mana mereka wafat".,,3 Maka Baginda dikebumikan dalam biliknya di Madinah. Kemudian timbul ikhtilaf berkenaan dengan khilafah, pihak al-Ansar ingin memberi bai'ah kepada Sa'd bin 'Ubadah; kemudian pibak Quraish menyatakan bahawa imamah mestilah di tangan orang-orang Quraish berdasarkan kepada hadith yang bermaksud, "Imam-imam hendaklahdari kalangan orang-orang Quraish". Ikhtilaf berkenaan dengan Imamah ini berterusan sampailah ke zaman 'Abdul Qahir al-Baghdadi rahimahu'Llahu Ta'ala dan boleh dikatakan kesan-kesannya sampai sekarang masih ada di kalangan Muslimin.

Kemudian timbul ikhtilaf berkenaan dengan harta Fadk, akhimya diselesaikan dengan Abu Bakar radiya'Llahu 'anhu meriwayatkan hadith yang berinaksud: "Sesungguhnya para anbiya' tidak dipusakai,,.25 Lepas itu timbul masalah tentang mereka yang tidak mahu menunaikan zakat, lepas itu mereka bersetuju dengan keputusan Abu Bakar bahawa golongan yang enggan itu hendaklah diperangi. Lepas itu mereka sibuk dengan peperangan melawan Tulaihah bila ia mengaku menjadi nabi dan murtad daripada agama Islam. Selepas ia lari ke Syam, kemudian kembali dalam zaman Umar kepada agama Islam, ia keluar jihad bersama Sa'ad bin Abi Waqqas dalam peperangan Qadissiyyah dan ia syahid dalam peperangan Nehawand. Kemudian Musliniin sibuk dengan peperangan melawan Musailamah al-Kadhdhab yang mengaku nabi, serta alAswad bin Zaid'ansi. Lepas itu mereka sibuk dengan membunuh mereka yang lain yang murtad keluar daripada agama Islam. Kemudian mereka sibuk dengan peperangan melawan kerajaan Rom Timur dan juga kerajaan Farsi, dan Allah membuka negeri-negeri untuk mereka. Pada masa itu mereka berperang berdasarkan pegangan yang satu tentang bab-bab keadilan Tuhan, Tauhid, al-Wa'd, al-Wa'id, dan lain-lain hal dalam usulu'd-din.

Adapun dalam masalah-masalah fiqh ada berlaku perselisihan pendapat di kalangan mereka misalnya keadaan datuk menerima pesaka berserta saudara lelaki dan saudara-saudara perempuan serta dengan bapa dan emak atau serta dengan bapa, demikian seterusnya, tetapi perselisihan atau kelainan pendapat itu tidak membawa kepada timbulnya kekafiran atau kesesatan di kalangan mereka. Demikianlah keadaannya di zaman pemerintahan Abu Bakar, 'Umar dan 'Uthman radiya'Llahu 'anhum ajma'in.

Kemudian berlaku khilaf di kalangan mereka berkenaan dengan 'Uthman bin 'Affan dan perkara-perkara yang dituduh ke atasnya sehingga para penzalim membunuhnya; kemudian mereka berikhtilaf lagi tentang para pembunuhnya dan mereka yang menghasut manusia supaya menentangnya itu; demikianlah khilaf itu masih ada sampai zaman kemudian, sampailah pada zaman alBaghdadi, dan boleh kita katakan sampai abad kita ini.

Selepas itu berlaku ikhtilaf pula dalam hubungan dengan keadaan 'Ali bin Abi Talib radiya'Llahu 'anhu dan mereka yang terlibat dalam peperangan alJamal, juga tentang kedudukan Mu'awiyah dan mereka yang terlibat dalam peperangan Siffin, serta dua orang hakam iaitu Abu Musa al-Ash'ari dan 'Amru bin al-'As; ikhtilaf yang melibatkan mereka ini kekal sampailah ke zaman kemudian, dan kita sekarang boleh mengatakan ianya kekal sampai hari ini.

Kemudian dalam zaman muta'akhkhirin dari kalangan para Sahabat berlakulah khilaf golongan Qadariyah berkenaan dengan Qadar dan istita'ah atau ikhtiar makhluk, yang datang dari Ma'bad al-Juhani dan Ghailan al-Dimashqi, serta Ja'd bin Darham. Mereka yang muta'akhkhirin di kalangan para Sahabat bebas daripada perkara itu semua, seperti 'Abdullah bin 'Amr, Jabir bin 'Abdullah, Abu Hurairah, Ibn 'Abbas, Anas bin Malik, 'Abdullah bin Abi Aufa, 'Uqbah bin 'Amir al-Juhani dan yang semasa dengan mereka itu.26 Mereka ini mewasiatkan orang ramai supayajangan memberi salam kepada golongan Qadariyah dan jangan pergi sembahyang jenazah mereka itu.

Kemudian berlaku ikhtilaf di kalangan golongan Khawarij sehingga mereka berpecah menjadi dua puluh golongan, tiap-tiap satu daripadanya mengkafirkan yang lain lagi. Kemudian berlakulah pada zaman al-Hassan al-Basri radiya'Llahu 'anhu khilaf dengan Wasil bin 'Ata' dalam masalah Qadar dan masalah manzilah bainal-manzilatain (iaitu kedudukan antara dua kedudukan: antara iman dan kufr); masalah itu menjadi bertambah pula dengan timbulnya bid'ah daripada 'Amru bin 'Ubald bin Bab yang keduanya disingkir oleh alHasan daripada majlisnya, Ialu mereka berdua meninggalkanjamaah di Masjid Basrah. Keduanya itu dan para pengikutnya dipanggil Mu'tazilah kerana mereka itu memisahkan diri daripada pegangan ummat di mana mereka mendakwakan bahawa orang fasiq dari kalangan Muslimin tidak Mu'min dan juga tidak kafir.27

Adapun golongan Rawafid maka cawangan yang dipanggil al-Sababiyah di kalangan mereka menzahirkan bid'ah mereka itu pada zaman 'Ali bin Abi Talib lagi. Mereka itu dihukum oleh 'Ali dan Ibn Saba dikenakan hukuman pembuangan kerana bid'ahnya. Golongan ini tidak termasuk umat Islam kerana mereka berpendapat 'Ali radiya'Llahu 'anhu sebagai Tuhan. Selepas zaman 'Ali, golongan Rafidah itu berpecah menjadi empat golongan laitu Zaidiyah, Imamiyah, Kaisaniyah dan golongan Ghulat(pelampau). Golongan Zaidiyah pula menjadi berpuaK-puaK,, satu golongan mengkafirkan yang lainnya. Seluruh golongan Ghulat keluar daripada umat Islam. Adapun golongan Zaidiyah dan Imamiyah, mereka terbilang daripada golongan Islam (firaq al-Islam) ; 28 Golongan Bakhkhariyah berpecah dan mereka saling kafir mengkafirkan; timbul khilaf dari golongan Bakriyah, iaitu dari seorang yang bernama Bakr, dari saudara perempuan 'Abdul Wahid bin Ziyah, juga timbul khilaf golongan Dirariyah dari Dirar bin 'Amr, dan khilaf al-Jahmiyah dari Jahm bin Safwan. Kemunculan Jahm, Bakr dan Dirar adalah pada zaman zahir Wasil bin 'Ata' dengan kesesatannya.

Dalam zaman al-Ma'mun al-'Abbasi timbullah seruan Batiniyah dan mereka ini bukanlah dari golongan Islam, bahkan mereka ini adalah daripada golongan Majusi. Dan muncul dalam zaman Muhammad bin Tahir bin 'Abdullah bin Tahir di Khurasan khilaf al-Karramiyah al-Mujassimah.

Mengenai golongan Zaidiyah dari kalangan Rawafid, yang kuat di kalangan mereka ialah tiga iaitu Janidiyah, Sulaimaniyah juga dipanggil Haririyah dan al-Batriyah. Tiga golongan ini bersepakat tentang imamah Zaid bin 'Ali bin al-Husain bin 'Ali bin Abi Talib pada hari keluarnya iaitu pada zaman Hisham bin 'Abdul Malik.

Dari golongan Kaisaniyah pula timbul banyak golongan, bagaimanapun akhimya kembali kepada dua golongan sahaja. Satunya yang mendakwa bahawa Muhammad bin al-Hanaflyah hidup tidak mati dan mereka menantinya timbul sebagai al-Mahdi yang dinanti-nantikan itu. Satu golongan lagi yang mempercayai imamahnya pada masa hidupnya sahaja dan bila ia meninggal imamahnya itu berpindah kepada orang lain.

Golongan Imamiyah yang mufarawah bagi Zaidiyah, Kisa'iyah dan Ghulat, mereka ini menjadi lima belas firqah iaitu Muhammadiyah, al-Baqiriyah, alNawisiyah, Shumaitiyah,'Ammariyah, Isma'iliyah, Mubarakiyah, Musawiyah, Qat'iyah dan Ithna 'Ashariyah, Hishamiyah daripada pengikut Hisharn bin al-Hakam, atau dari pengikut Hisham bin Salim al-Jawaliqi,Zharariyah, dari pengikut Zurarah bin U'yun dan Yunusiyah dari pengikut Yunus al-Qummi dan Shaitaniyah dari pengikut Shaitan al-Taq dan Kamiliyah dari pengikut Abu Kamil; beliau inilah yang mengeluarkan kata-kata yang paling keji tentang

'Ali dan para sahabat yang lain, radiya'Llahu 'anhum. Inilah dua puluh golongan yang merupakan golongan Rawafid; tiga daripada Zaidiyah, dua dari Kaisaniyah dan lima belas dari Imamiyah.

Adapun golongan Ghulat mereka itu yang berpegang kepada ketuhanan Imam-imam mereka dan mengharuskan perkara-perkara yang diharamkan oleh. syara', dan yang menggugurkan kewajipan perkara-perkara yang wajib daripada shariat seperti Bayyaniyah, Mughiriyah, Janahiyah, Mansuriyah, Khattabiyah dan Hululiyah dan yang mengikuti perjalanan mereka itu. Maka mereka itu bukan daripada golongan Islam walaupun mereka itu dikaitkan dengannya.

Adapun golongan Khawarij, bila berlaku perpecahan dalam kalangan mereka, maka mereka menjadi dua puluh golongan iaitu Muhakkimah Ula, Azraqiyah, Najdlyah, Sifriyah, 'Ajradiyah dan daripada 'Ajradiyah itu berpecah menjadi Khazimiyah, Shu'aibiyah, Ma'lumiyah, Majhuliyah, Ma'badiyah, Rashidiyah, Mukarramiyah, Hamziyah, Ibrahimiyah dan Wafiqiyah. Dari golongan lbadiyah timbul perpecahan menjadi Hafsiyah, Harithiyah,Yazidiyah dan para ahli taat yang bukan terhadap Allah. Yazidiyah itu ialah dari kalangan mereka yang mengikuti Ibn Yazid bin Unais dan mereka itu bukan daripada golongan Islam oleh kerana mereka berpegang kepada pendapat bahawa shari'at Islam menjadi mansukh di akhir zaman dengan adanya nabi yang dibangkitkan dari kalangan orang-orang bukan Arab (al-'Ajam). Demikian juga daripada 'Ajradiyah itu timbul golongan Maimuniyah yang bukan daripada golongan Islam kerana mereka mengharuskan perkahwinan anak perempuan dari anak perempuan dan anak perempuan dari anak lelaki sebagaimana yang diharuskan oleh orang-orang Majusi, walaupun disebutkan bahawa Yazidiyah dan Maimuniyah itu dinisbahkan kepada golongan Islam.

Golongan Qadariyah Mu'tazilah yang memisahkan diri mereka dari yang baik berpecah kepada dua puluh golongan, tiap satunya mengkafirkan yang lainnya. Mereka itu ialah golongan lsliyah, 'Umariyah,Hudhailiyah, Nazzamiyah, Amwariyah, 'Umariyah, Thumamiyah, Jahiziyah, Hayitiyah,Himariyah, Khayyatiyah, Sahhamiyah dan para pengikut Salih Qabah, Muwaisiyah,Kalblyah, Jubba'iyah, Hashimiyah, dinisbahkan kepada Abu Hashim ibn alJubba'i. Mereka itu terdiri daripada dua puluh golongan, dua daripadanya bukan daripada golongan Islam iaitu golongan Hayitiyah dan Himariyah.29

Zaidiyah pula menjadi berpuak-puak, demikian juga Imamiyah dan Ghulat, satu golongan mengkafirkan yang lainnya. Seluruh golongan Ghulat keluar daripada umat Islam. Adapun golongan Zaidiyah dan Imamiyah, mereka terbilang daripada golongan Islam (firaq al-Islam) ; 28- Golongan Bakhkhariyah berpecah dan mereka saling kafir mengkafirkan; timbul khilaf dari golongan Bakriyah, iaitu dari seorang yang bemama Bakr, dari saudara perempuan 'Abdul Wahid bin Zlyah, 'uga timbul khilaf golongan Dirariyah dari Dirar bin 'Amr, dan khilaf al-Jahmiyah dari Jahm bin Safwan. Kemunculan Jahm, Bakr dan Dirar adalah pada zaman zahir Wasil bin 'Ata' dengan kesesatannya.

Dalam zaman al-Ma'mun al-'Abbasi timbullah seruan Batiniyah dan mereka ini bukanlah dari golongan Islam, bahkan mereka ini adalah daripada golongan Majusi. Dan muncul dalam zaman Muhammad bin Tahir bin 'Abdullah bin Tahir di Khurasan khilaf al-Karramiyah al-Mujassimah.

Mengenai golongan Zaidiyah dari kalangan Rawafid,yang kuat di kalangan mereka ialah tiga iaitu Jarudiyah, Sulaimaniyah juga dipanggil Haririyah dan al-Batriyah. Tiga golongan ini bersepakat tentang imamah Zaid bin 'Ali bin al-Husain bin 'Ali bin Abi Talib pada hari keluamya iaitu pada zaman Hisham bin 'Abdul Malik.

Dari golongan Kaisaniyah pula timbul banyak golongan, bagaimanapun akhimya kembali kepada dua golongan sahaja. Satunya yang mendakwa bahawa Muhammad bin al-Hanaflyah hidup tidak mati dan mereka menantinya timbul sebagai al-Mahdi yang dinanti-nantikan itu. Satu golongan lagi yang mempercayai imamahnya pada masa hidupnya sahaja dan bila ia meninggal imamahnya itu berpindah kepada orang lain.

Golongan Imamiyah yang mufarawah bagi Zaidiyah, Kisa'iyah dan Ghulat, mereka ini menjadi lima belas firqah iaitu Muhammadiyah, al-Baqiriyah, alNawisiyah, Shumaitiyah, 'Animariyah, Isma'iliyah, Mubarakiyah, Musawiyah, Qat'iyah dan Ithna 'Ashariyah, Hishamiyah daripada pengikut Hisham bin al-Hakam, atau dari pengikut Hisham bin Salim al-Jawaliqi, Zharariyah, dari pengikut Zurarah bin U'yun dan Yunusiyah dari pengikut Yunus al-Qummi dan Shaitaniyah dari pengikut Shaitan al-Taq dan Kamiliyah dari pengikut Abu Kamil; beliau inilah yang mengeluarkan kata-kata yang paling keji tentang

'Ali dan para sahabat yang lain, radiya'Llahu 'anhum. Inilah dua puluh golongan yang merupakan golongan Rawafid; tiga daripada Zaidiyah, dua dari Kaisaniyah dan lima belas dari Imamiyah.

Adapun golongan Ghulat mereka itu yang berpegang kepada ketuhanan Imamimam mereka dan mengharuskan perkara-perkara yang diharamkan oleh. syara', dan yang menggugurkan kewajipan perkara-perkara yang wajib daripada shariat seperti Bayyaniyah, Mughiriyah, Janahiyah, Mansuriyah, Khattabiyah dan Hululiyah dan yang mengikuti perjalanan mereka itu. Maka mereka itu bukan daripada golongan Islam walaupun mereka itu dikaitkan dengannya.

Adapun golongan Khawarij, bila berlaku perpecahan dalam kalangan mereka, maka mereka menjadi dua puluh golongan iaitu Muhakkimah Ula, Azraqiyah, Najdiyah, Sifriyah, 'Ajradiyah dan daripada 'Ajradiyah itu berpecah menjadi Khazimlyah, Shu'aibiyah, Ma'lun-iiyah, Majhuliyah,Ma'badiyah, Rashidiyah, Mukarramiyah, Hamziyah, Ibrahimiyah dan Wafiqiyah. Dari golongan lbadiyah timbul perpecahan menjadi Hafsiyah, Harithiyah, Yazidiyah dan para ahli taat yang bukan terhadap Allah. Yazidiyah itu ialah dari kalangan mereka yang mengikuti Ibn Yazid bin Unais dan mereka itu bukan daripada golongan Islam oleh kerana mereka berpegang kepada pendapat bahawa shari'at Islam menjadi mansukh di akhir zaman dengan adanya nabi yang dibangkitkan dari kalangan orang-orang bukan Arab (al-'Ajam). Demikian juga daripada 'Ajradiyah itu timbul golongan Maimuniyah yang bukan daripada golongan Islam kerana mereka mengharuskan perkahwinan anak perempuan dari anak perempuan dan anak perempuan dari anak lelaki sebagaimana yang diharuskan oleh orang-orang Majusi, walaupun disebutkan bahawa Yazidiyah dan Maimuniyah itu dinisbahkan kepada golongan Islam.

Golongan Qadariyah Mu'tazilah yang men-iisahkan diri mereka dari yang baik berpecah kepada dua puluh golongan, tiap satunya mengkafirkan yang lainnya. Mereka itu ialah golongan lsliyah, 'Umariyah,Hudhailiyah, Nazzamiyah, Amwariyah, 'Umariyah, Thumamiyah, Jahiziyah, Hayitiyah, Himariyah, Khayyatiyah, Sahhamiyah dan para pengikut Salih Qabah, Muwaisiyah, Kalbiyah, Jubba'iyah, Hashimiyah, dinisbahkan kepada Abu Hashim ibn alJubba'i. Mereka itu terdiri daripada dua puluh golongan, dua daripadanya bukan daripada golongan Islam iaitu golongan Hayitiyah dan Himarlyah.29

Golongan Murji'ah ada tiga cawangan; satunya mereka yang murji'ah beriman dan berpegang kepada Qadar mengikut Mazhab Qadar'yah, maka dengan itu mereka terbilang di kalangad golongan Qadariyab; keduanya Murji'ah seperti Abu Shimr al-Murji'i dan Muhammad Shabib al-Basri al~Khalidi. Satu golongan lagi ialah mereka yang beraliran Murj "ah, beriman dan cenderung kepada ajaran Jahm dalam bab amalan-amalan, maka mereka itu daripada golongan Jahmiyah dan Murji'ah. Satu golongan lagi ialah golongan Murjl'ah 'dak cenderung kepada aliran yang lain. Mereka 'alah golongan-
golongan Yunsiyah, Ghassaniyah, Thaubianiyah, Tuminiyah dan Muralsiyah. Adapun golongan Najjariyah pada zaman Baghdadi mereka berada di Rayy, mereka terdiri daripada sepuluh golongan leblh;mereka ini kembali kepada asal tiga golongan iaitu Burghuniyah, Za'faraniyah dan Mustadrikah. Adapun golongan Bakriyah dan Dirariyah, tiap-tiap satunya adalah satu golongan tersendiri yang tidak mempunyai pengikut yang ramai, demikianjuga golongan Jahmiyah satu golongan tersendiri, dan golongan Karramiyah berada di Khurasan, terdiri daripada tiga golongan iaitu Haqqaqiyah, Tarayiqiyah dan Ishaqiyah, tetapi tiga golongan ini tiap satunya tidak mengkafirkan yang lainnya.

Selepas menyenaraikan firqah-firqah itu, al-Baghdadi rahirnahu'Llahu Ta'ala menyatakan30 bahawa itulah firqah-firqah yang disenaraikannya yang terdiri daripada tujuh puluh dua firqah, dua puluh daripadanya dari kalangan Rawafid, dua puluh dari kalangan Khawarij, dua puluh lagi dari kalangan Qadariyah, sepuluh dari kalangan Murji'ah dan tiga dari kalangan Najjariyah, Bakriyah, Dirariyah, Jahmiyah dan Karramiyah. Inilah yang dikatakan tujuh puluh dua firqah itu.

Lepas itu beliau menyebutkan golongan yang ketujuh puluh tiga katanya itulah golongan Ahli's-Sunnah wal-Jama'ah yang terdiri daiipada dua golongan besar di kalangan mereka iaitu golongan yang banyak berpegang kepada pendapat (al-ra'y) (selain daripada mereka berpegang kepada Quran dan Sunnah), dan mereka yang berpegang kepada Hadith (iaitu mereka lebih banyak bersandar kepada hadith daripada menggunakan fikiran di dalam memutuskan sesuatu).

Beliau menyatakan bahawa golongan fuqaha' mereka itu, juga golongan qurra'nya, ahli-ahli hadithnya, golongan ilmu kalamnya, di kalangan ahliabli hadith dari kalangan mereka berinuafakat di atas pegangan yang satu
tentang mentauhidkan Tuhan yang menjadikan alam ini, serta sifat-sifatnya, keadilannya, hikmatnya, nama-namanya, dan sifat-sifatnya, juga mereka bermuafakat di dalam bab-bab nubuwwah, juga bab Imamah, mereka juga bermuafakat tentang hukum-hukum di alam akhirat, dan lain-lain lagi yang terdiri daripada masalah-masalah usulu'd-din atau pun perkara-perkara asas dalam agama. Mereka ini hanya berikhtilaf dalam masalah halal haram daripada perkara-perkara furu' atau cawangan dalam hukum, dan tidak ada dalam perkara-perkara yang mereka ikhtilafkan itu yang membawa kepada kesesatan atau kefasikan. Mereka itulah yang merupakan firqah yang selamat (al-firqah al-najiyah) yang bersepakat dalam berikrar tentang keesaan Tuhan yang menjadikan QidamNya dan Qidam sifat-sifatnya yang Azaliyah dan harus memandangnya dengan tidak ada tashbih dan ta'til;juga mereka bersepakat tentang berikrar beriman terhadap kitab-kitab Allah,para RasuINya dan percaya mereka itu diperkuatkan dan ditolongkan dengan Shari'at Islamiyah, dan mereka itu mengharuskan apa yang diharuskan oleh Quran dan mengharamkan apa yang diharamkan oleh Qur'an serta pula dengan kawalan-kawalan daripada apa yang sah datangnya daripada Sunnah Nabi Muhammad S.A.W., mereka juga bersepakat dalam beriman kepada kebangkitan dan perhimpunan hari akhirat, soalan Munkar dan Nakir, tentang Kolam Nabi S.A.W., tentang Neraca Timbangan Amal. Maka sesiapa yang beriman dengan ini semua dan tidak mencampurkannya dengan sesuatu daripada bid'ah-bid'ah Khawarij, Rawafid dan Qadariyah serta lain-lain dari kalangan mereka yang mengikuti hawa nafsu mereka sendiri maka tergolonglah ia ke dalam golongan yang selamat, kalaulah takdimya habis umumya dalam keadaan demikian itu.

Termasuk ke dalam golongan yang selamat ini ialah jumhur ummat Islam dan golongan terbanyaknya (al-sawad al-a'zam) yang terdiri daripada para pengikut Imam-imam Malik, Shafie, Abu Hanifah Auza'i, Thauridan Daud Zahiri.

Dalam Bughyatu'I-Mustarshidin 32 disebutkan bahawa yang dikatakan tujuh puluh dua golongan yang sesat itu ialah mereka yang terdiri daripada tujuh golongan.

Pertama, kaum Syiah yang terlalu melebihi dan memuja'Ali dan keluarganya; mereka sampai tidak mengakui khalifah-khalifah Abu Bakar, 'Umar dan 'Uthman. Mereka ini berpecah menjadi dua puluh dua golongan.

Kedua, golongan Khawarij yang terlalu berlebihan dalam membenci Sayyidina 'Ali radiya'Llahu 'anhu. Antara mereka ada yang mengkafirkan beliau. Pada pandangan mereka, orang-orang yang melakukan dosa besar menjadi kafin Mereka ini kemudiannya berpecah menjadi dua puluh golongan.

Ketiga, kaum Mu'tazilah yang mempunyai fahaman bahawa Allah tidak mempunyai sifat-sifatnya, dan bahawa manusia melakukan amalnya sendiri dengan bebas merdeka, dan bahawa Tuhan tidak boleh dilihat dalam syurga, dan bahawa orang-orang yang melakukan dosa besar diletakkan antara syurga dan neraka; mereka juga beranggapan bahawa Mi'raj Nabi S.A.W. adalah dengan roh sahaja. Kemudiannya mereka ini berpecah menjadi dua puluh golongan.

Keempatnya ialah kaum Murji'ah yang mempunyai pegangan bahawa sesiapa yang melakukan dosa, maka itu tidak mendatangkan mudharat bila ia sudah beriman, sebagaimana katanya bila seseorang itu kafir maka kebajikan yang bagaimanapun dilakukan tidak memberi manfaat juga. Mereka ini kemudiannya berpecah kepada lima golongan.

Kelimanya ialah golongan Najjariyah yang mempunyai pegangan bahawa perbuatan manusia dijadikan oleh Tuhan dan Tuhan tidak mempunyai sifatsifat. Mereka berpecah kepada tiga aliran.

Keenamnya ialah kaum Jabbariyah yang mempunyai keyakinan bahawa manusia tidak terdaya apa-apa; usaha atau ikhtiar manusia tidak ada sama sekali. Mereka terdiri daripada satu golongan sahaja.

Ketujuhnya ialah kaum Musyabbihah, iaitu kaum yang mempunyai pegangan bahawa Tuhan mempunyai sifat-sifat sebagaimana yang ada pada manusia, umpamanya Tuhan ada tangan, ada kaki, duduk atas 'Arsy, naik tangga dan turun tangga dan sebagainya. Mereka terdiri dari satu golongan sahaja. Dengan itu maka jumlah mereka semua adalah tujuh puluh dua golongan.

Golongan yang selamat ialah golongan yang satu sahaja iaitu golongan Ahli'sSunnah wal-Jama'ah.
Sebagai reaksi daripada apa yang timbul itu yang membawa kepada timbulnya berbagai firqah itu, maka timbullah golongan Ahli's-Sunnah wal-Jama'ah yang diketuai oleh dua orang ulama' besar dalam Usulu'd-din iaitu Syaikh Abu'l Hasan al-Ash'ari radiya'Llahu 'anhu dan Syaikh Abu Mansur al-Maturidi radiya'Llahu 'anhu. Dari segi 'aqidah seseorang itu boleh dipanggil Sunni sahaja, yang menunjukkan bahawa ianya adalah tergolong ke dalam golongan Ahli's-Sunnah; ataupun ia boleh dipanggilkan Asy'ari atau Asya'irah.

Abu-Hasan al-Asy'ari lahir di Basrah tahun 260 Hijrah dan meninggal dunia di Basrah tahun 324 Hijrah. Mula-mulanya beliau berpegang kepada fahaman Mu'tazilah sebagaimana diajarkan oleh gurunya al-Jubba'i. Kemudian beliau meninggalkan aliran itu setelah mendapat hidayat daripada Allah. Antara kitab-kitab yang dihasilkannya ialah al-Ibanah fi Usuli'd-Diyanah, Maqalat al-Islamiyyin dan al-Mujaz.

Antara para ulama besar yang menyebarkan aliran al-Asy'ari ini ialah Imam Abu Bakar al-Qaffal (men. 365 Hijrah), Abu Ishaq al-Isfara'ylni (men. 411 Hijrah), Imam Hafiz al-Baihaqi (wafat 458 Hijrah), Imam al-Haramain, al-Juwaini, guru pada Imam al-Ghazali (wafat 460 Hijrah), Imam al-Qusyairi (wafat 465 Hijrah), Imam a]-Baqillani, dengan kitab at-Tamhidnya yang terkenal (wafat 403 Hijrah), Imam al-Ghazali (wafat 505 Hijrah), Imam Fakhruz-Razi (meninggal 606 Hijrah), Imam 'Izzud-Din ibn 'Abdiss-Salam (men. 606 Hijrah) yang semuanya pendokong aliran Ahli's-Sunnah sebagaimana yang dihuraikan oleh Imam Abdul Hasan al-Asy'ari.

Dalam masa-masa kemudian para ulama'yang mendokong faham al-Asy'ari ini ialah antaranya seperti Syaikhul-Islam Syaikh Abdullah asy-Syarqawi (men. 1227 Hijrah), Syaikh Ibrahim al-Bajuri (men. 1272 Hijrah), Syaikh Nawawi a]-Bantani (men. 1315 Hijrah) dengan kitab tauhidnya Tljanu'd-Darari, FathulMajid, antara lainnya Syaikh Zainul 'Abidin bin Muhammad al-Fatani dengan 'Aqidatun-Najin, Syaikh Husain al-Tarabalasi dengan al-Husun alHamidiyahnya yang terkenal itu.33

Imam Abu Mansur al-Maturidi radiya'Llahu 'anhu juga dianggap sebagal pengasas usulu'd-din di kalangan Ahli's-Sunnah wal-Jama'ah, dan namanya biasa disebut-sebut bersekali dengan nama Imam Abu al-Hasan al-Asy'ari. Beliau dilahirkan di kampung Maturid di Samarqand, Asia Tengah dan meninggal di sana juga pada tahun 333 Hijrah, sepuluh tahun setelah meninggalnya Imam Abu Hasan al-Asy'ari. Beliau mempertahankan pegangan Ahli's-Sunnah dalam menghadapi pelbagai fahaman yang batil pada zamannya sebagaimana juga keadaannya dengan Imam Abul Hasan al-Asy'ari. Oleh kerana jasanya dalam mengemukakan pandangan Ahli's-Sunnah wal-Jama'ah sebagaimana yang disebutkan dalam Syarah Ihya' oleh Murtada az-Zabidi, bila dikatakan Ahli's-Sunnah wal-Jama'ah, maka yang dimaksudkan ialah aliran yan diajarkan oleh Imam Abul Hasan al-Asy'ari dan Abu Mansur al Maturidi.34

Bab III

Siapakah yang digolongkan ke dalam firqah Ahli's-Sunnah wal-Jama'ah itu? Antara mereka yang dinyatakan tennasuk ke dalam firqah Ahli's-Sunnah itu ialah sebagaimana yang dicatitkan oleh al-Baghdadi dalam al-Farq baina'lFiraq nya.'-3 Dinyatakan bahawa mereka itu terdiri daripada lapan golongan.

Pertamanya mereka yang mempunyai dan berkeyakinan tentang bab-bab mengesakan Allah, nubuwwah, hukum-hukum wa'd Oanjl memberi balasan baik kepada mereka yang melakukan kebaikan) dan wa'id (iaitu janji memberi balasan jahat kepada mereka yang melakukan kejahatan jika tidak diampunkan), pahala, balasan azab, syarat-syarat ijtihad dan imamah, serta mereka menjalani jalan agama yang demikian ini. Mereka ini termasuk daripada golongan mutakallimin yang bebas daripada tashbih dan ta'til daripada perkara-perkara bid'ah Rawafid, Khawarij, Jahmiyah, Najjariyah dan lain-lain golongan sesat yang mengikuti hawa nafsu.

Keduanya mereka yang terdiri daripada imam-imam dalam ilmu fiqh yang terdiri daripada dua golongan pula, laitu mereka yang berpegang kepada hadith (dan tidak begitu berpegang kepada fikiran, ra'y) dan yang berpegang kepada hadith (selepas daripada berpegang kepada Qur'an); mereka ini terdiri daripada golongan yang beri'tikad tentang dasar-dasar agama (usulu'd-din) mazhab yang percaya kepada sifat-sifat Allah, ZatNya dan mereka yang bersih daripada pegangan Qadariyah dan Mu'tazilah. Mereka percaya kepada harusnya memandang Wajah Allah di akhirat dengan pandangan mata tanpa tashbih dan ta'til, serta mereka mempercayai bangkit dari kubur serta soalan Munkar dan Nakir di dalamnya, juga percaya kepada Kolam Nabi, Sirat, Shafa'at dan keampunan dosa dan mereka tidak mensyirikkan Allah. Mereka percaya kepada kekalnya ni'mat syurga kepada ahlinya dan kekalnya azab neraka kkepada ahlinya. Na,udhi billahi min dhalik. Mereka percaya kepada Imamah Abu Bakar, 'Umar, 'Uthinan dan 'Ali serta mereka memuji golongan salaf as-Salih dengan pujian yang baik dan mereka berpegang kepada wajibnya sembahyang juma'at di belakang para imam Jumu'at bersih diri mereka daripada bid'ah ahli hawa nafsu yang mengikut keinginan mereka dalam Pegangan itu. Mereka ini juga berpegang kepa da wajibnya istinbat hukum hukum Syari'at daripada Qur'an dan Sunnah dan ijma' para Sahabat, serta mereka memegang kepada ajaran harus menyapu kasut panjang (dalam wudhu') dan berlakunya tiga talak, dan juga mereka mengharamkan mut'ah serta berpegang kepada wajibnya taatnya kepada Sultan di dalam perkara yan bukan ma'siat terhadap Allah.

Termasuk ke dalam golongan ini ialah para pengikut imam-imam Malik, Syafi'i, Auza'i, al-Thauri Abu Hanifah, Ibn Abi Laila juga para pengikut Abi Thaur, Ahmad b. Hanbal dan ahli zahir dan lain-lain ulama fiqh yang berpegang kepada Perkara-perkara yang boleh dicapai dengan akal dan berpegang kepada asal usul sifat Allah serta tidak mencampurkan fiqhnya dengan suatu daripada bid'ah-bid'ah sesat daripada mereka yang mengikut hawa nafsu yang sesat.

Golongan Ahlis-Sunah Yang ketiga ialah mereka yang mempunyai ilmu yang cukup tentang jalan-jalan riwayat hadith-hadith Nabi S.A.W. serta sunnah-sunnah yang datang daripada Baginda S.A.W. serta mereka boleh membezakan antara riwayat-riwayat yang sahih, yang 'sakit', dan mereka tahu tentang sebab-sebab 'cedera'nya para periwayat, dan 'adil'nya mereka (dan oleh itu riwayat mereka boleh diterima) dan mereka tidak mencampuradukkan ilmu mereka itu dengan sesuatu daripada ahli hawa nafsu yang sesat.

Golongan yang keempat ialah mereka yang mempunyai ilmu mencukupi tentang sastera dan nahu serta tasrif serta mereka Yang mengikuti perjalanan imam-imam dalam ilmu bahasa seperti al-Khali'l, Abu 'Amru bin al-'Ala, Sibawaih, al-Farra', al-Akhfash, al-Asma'i, al-Mazini dan Abi 'Ubaid, dan lain-lain imam dalam nahu yang terdiri daripada golongan orang-orang Kufah dan Basrah Yang tidak mencampuradukkan ilmu mereka dengan bid'ah-bid'ah sesat daripada kaum-kaum sesat itu, seperti kaum Qadariyah, Rafidah atau Khawarij. Sesiapa daripada mereka yang cenderung kepada sesuatu daripada aliran bid'ah sesat kaum sesat itu, maka mereka tidak termasuk ke dalam golongan Ahli's-Sunnah wal-Jama'ah dan pendapatnya dalam lughat dan nahu tidak menjadi hujjah lagi.

Golongan yang kelima ialah mereka yang mempunyai ilmu yang mencukupi berkenaan dengan segi-segi pembacaan Qur'an (qira'at) serta segi-segi tafsir ayat-ayat Qur'an dan ta'wil-ta'wilnya yang sesuai dengan mazhab Ahli's Sunnah wal-Jama'ah, dan bukan ta'wil-ta'wil mengikut ahli-ahli aliran-aliran yang sesat itu.

Golongan yang keenam ialah golongan ahli-ahli zuhud dan sufiyah (al-zuhhad al-sufiyah) yang mempunyai pandangan yang tajam, serta mereka mengawal diri daripada apa yang tidak sepatutnya, dan mereka menguji diri dan mendapat pengalaman dalam bidang rohaniah (absaru fa aqsaru wa'khtabaru) serta mereka mengambil i'tibar sebaiknya dan mereka redha dengan apa yang ditakdirkan oleh Allah. Mereka rasa memadai dengan rezeki yang sedikit (yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka), dan mereka ini tahu bahawasanya pendengaran, pemandangan dan fu'ad atau hati, itu semuanya akan ditanya tentang kebaikan dan kejahatan yang dilakukan. Mereka itu menghisab diri mereka di atas amalan yang dilakukan walau sebesar zarrah, dan mereka mempersiapkan bagi diri mereka persiapan yang sebaiknya bagi hari yang penghabisan itu iaitu Akhirat. Mereka menghuraikan ilmu mereka dengan menggunakan jalan 'ibarat dan isyarat mengikut perjalanan ahli-ahli ilmu hadith, bukan mengikut mereka yang mengeluarkan kata-kata kosong dan tidak melakukan apa yang baik kerana ria' dan mereka tidak meninggalkan apa yang baik itu kerana malu kepada sesiapa. Agama golongan sufiyah ini adalah agama tauhid yang menolak tashbih dan mazhab mereka ialah menyerah diri tunduk (tafivid) kepada Allah, bertawakkal kepadanya serta tunduk taslim bagi perintahnya serta merasai memadai dengan apa yang direzekikan olehnya serta berpaling daripada menentang apa yang ditentukan Allah. Mereka itu adalah sebagaimana yang digambarkan dalam Qur'an.

Maksudnya: "Itulah pemberian daripada Allah yang dikurniakan kepada sesiapa vang dikehendakinya dan Allah mempunyai pemberian yang amat besar'.
Golongan yang ketujuh ialah mereka yang bersiap sedia menjaga kubu-kubu Muslimin (di sempadan Negeri Islam) dalam menghadapi orang-orang kafir, berjuang melawan seteru Muslimin dan mereka menjaga kawasan Muslimin dan juga memberi perlindungan kepada para wanita maeremkuasiltiumminaz dan rumah tangga mereka serta menzahirkan pada kubu-kubu mereka itu mazhab Ahli's-Sunnah wal-Jama'ah. Dalam hubungan dengan mereka inilah Allah turunkan firmannya:

Maksudnya: "Dan mereka yang berjihad untuk (mencari keredaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami".
Mudah-mudahan Allah kurniakan kepada mereka itu taufik dengan pemberian dan kemurahannya.

Golongan kelapan ialah negeri-negeri yang mendokong mazhab Ahli's-Sunnah wal-Jama'ah, bukannya mendokong tempat-tempat yang merupakan syi'ar-syi'ar bagi golongan-golongan yang sesat dan mengikut hawa nafsu. Yang dimaksudkan dengan golongan ini ialah golongan orang ramai di mana-mana yang beri'tikad tentang benarnya ulama' Ahli's-Sunnah wal-Jama'ah yang berpegang kepada bab-bab keadilan Tuhan dan TauhidNya, wa'd, wa'id, dan mereka merujuk kepada ulama' Ahli's-Sunnah dalam bimbingan ajaran-ajaran agama mereka serta mereka mengikuti Para ulama' dalam perkara-perkara furu' berkenaan dengan halal dan haram. Mereka tidak beri'tikad suatupun daripada perkara yang ada dalam pegangan golongan-golongan ahli kesesatan itu. Inilah golongan-golongan yang berada dalam kalangan Ahli's-Sunnah wal-Jama ah. Merekalah pemegang agama yang benar dan mereka berada di atas Sirat al-Mustaqim. Moga-moga Allah tetapkan mereka di atas kalimah yang hak dan tetap di atas dunia ini dan akhirat. Allahumma amin.

Inilah yang dikatakan golongan Ahli's-Sunnah yang dicatitkan daripada huraian 'Abdul-Qahir al-Baghdadi yang merupakan sesuatu yang sudah jelas selepas perjalanan sejarah Islam selama empat abad lebih lamanya (Al-Baghdadi meninggal pada tahun 429 Hijrah/1037 Masehi). Gambarannya adalah sesuatu yang merupakan 'crystallization' daripada pegangan insan dan sejarahnya yang boleh rnenjadi sebagai indeks bagi kita memahami persoalan ini. Dengan berdasarkan kepada neraca yang diberikan oleh al-Baghdadi ini, kita boleb menentukan kedudukan Ahli's-Sunnah wal-Jama'ah dan mereka Yang berpegang kepadanya, dalam keadaan menghadapi berbagai aliran faham Timur dan Barat yang datang dari dalam masyarakat Islam sendiri dan juga dari luarnya. Bagaimanapun ini bukanlah tujuan utama perbincangan ini.

Dalam membela kebenaran Ahli's-Sunnah dan keselamatan kedudukan mereka sebagaimana yang dijanjikan dalam hadith-hadith Nabi S.A.W., al-Baghdadi dengan penuh keyakinan nampaknya menyatakan bahawa:

"Dan kami tidak mendapati sehingga hari ini dari kalangan firqah-firqah ummat ini siapakah di kalangan mereka itu yang bersepakat dengan perjalanan para Sahabat radiya'Llahu 'anhum melainkan golongan Ahli'sSunnah wal-Jama'ah dari kalangan para fuqaha' ummat ini dan para mutakallimin mereka itu yang berpegang kepada Sifat-sifat Allah lain daripada golongan Rafidah, Qadariyah, Khawarij, Jahmiyah, Najjariyah, Mushabbihah, Ghulat dan Hululiyah".

Lepas itu beliau menyebut satu persatu di mana tidak selamatnya pendirian-pendirian golongan lain seperti golongan Qadariyah, Khawarij dan seterusnya. Kemudian beliau menghuraikan dasar-dasar yang disepakati di kalangan Ahli's-Sunnah wal-Jama'ah.39

Dasar pertamanya, tentang mengithbatkan hakikat-hakikat dan ilmu-llmu. Katanya bahawa para Ahli's-Sunnah berijma' tentang thabitnya ilmu-ilmu sebagai pengertian-pengertian yang ada pada para ulama' dan mereka mengatakan tentang peri sesatnya mereka yang menafikan ilmu pengetahuan dan sifat-sifat yang ada pada benda dengan mereka menganggap jahilnya golongan Sophists yang menafikan ilmu dan hakikat sesuatu semuanya. Dianggapnya mereka itu sebagai golongan yang mengingkari apa yang mereka telah mengetahuinya dengan secara daruri. Demikian juga dengan golongan Sophists (Sufasta'iyah) yang syak tentang wujudnya hakikat-hakikat. Demikian juga golongan daripada mereka itu yang berpegang kepada ajaran bahawa hakikat segala sesuatu mengikut anggapan dan mereka menganggapkan sah semua i'tikad-i'tikad walaupun semuanya saling canggah bercanggah dan nafi menafikan. Semua tiga golongan ini kafir dan engkar serta degil untuk menerima apa yang diwajibkan akal secara dharuri.

Bagi Ahli's-Sunnah, ilmu manusia dan ilmu haiwan-haiwan lain terdiri daripada tiga jenis ilmu.
Pertamanya ilmu yang badihi iaitu secara tersendiri tanpa difikirkan. Keduanya ilmu yang bersifat hissi iaitu melalui pengalaman pancaindera dan ketiganya ilmu istidlali iaitu yang datang dengan manusia mengambil dalil dengan menggunakan akalnya. Mereka menyatakan bahawa sesiapa yang menolak ilmu-ilmu yang badihi ataupun ilmu yang hissiyah yang datang melalui pengalaman pancaindera yang lima, itu adalah orang yang degil. Adapun orang yang tidak menerima ilmu-ilmu yang bersifat nazariah dan yang datang dengan pemikiran dengan mengambil dalil, ia perlu diteliti. Kalau lanya terdiri daripada orang yang menolak dan mengingkari pemahaman dengan akal tentang ilmu-ilmu yang boleh difahami dengan akal langsung, maka ia adalah kafir mulhid, hukumnya adalah seperti hukum Dahriyah (atau fahaman yang tidak percaya kepada Tuhan dan mengithbatkan wujud alam benda sahaja) kerana pegangan mereka bahawa alam ini abadi, dan menafikan Tuhan yang menjadikan tambahan lagi dengan pegangan mereka membatalkan semua agama-agama.

Adapun seseorang yang berpegang kepada kefahaman akal dalam perkaraperkara yang boleh difahamkan dengan akal, dan ia tidak menerima qiyas dalam masalah furu' hukum Syariat, seperti ahli mazhab Zahiriyah,maka ia tidak menjadi kafir dengan ia mengingkari qiyas secara syar'i itu. Golongan Ahli's-Sunnah menerima pancaindera sebagai punca-punca pengetahuan yang diakui dan pengesanan pancaindera adalah diterima.

Golongan Ahli's-Sunnah menyatakan juga bahawa khabar mutawatir adalah satujalan ilmu yang dharuri dan benda yang datang melalui punca itu adalah sahih, misalnya tentang sahnya ada negeri yang belum dikunjungi oleh seseorang itu, tetapi ia dengar berita mutawatir tentangnya. Itu adalah sebagaimana ilmu kita tentang adanya para anbiya' dan raja-raja sebelum zaman kita. Adapun tentang benamya pengakuan para anbiya'tentang pangkat kenabian mereka maka itu diketahui olch kita dengan hujah-hujah ilmu secara nazariah.

Golongan Ahli's-Sunnah menyatakan bahawa hadith yang melazimkan kita beramal dengannya adalah tiga jenis: mutawatir, ahad dan yang menengah antara keduanya. Khabar mutawatir yang mustahil lanya direka-rekakan adalah berkedudukan sebagai ilmu yang dharuri dan contohnya ialah seperti berita tentang negeri-negeri yang belum kita kunjungi,dan ilmu yang kita tahu tentang raja-raja dan nabl-nabl serta generasi-generasi sebelum kita. Dengan itulah seseorang mengetahui kedua ibubapanya dan dengan keduanya ia dinisbahkan.

Adapun khabar ahad maka bila sah isnadnya dan matannya bukan menasabah dan bukan mustahil pada akal, maka ianya wajib diamalkan; ianya berkedudukan sebagal kesaksian orang yang adil di sisi hakim bahawa wajib ia memutuskan hukum dengannya pada zahir walaupun ia tidak mengetahui tentang benamya iaitu dalam kesaksian. Dan dengan khabarjenis inilah maka para fuqaha'menthabitkan kebanyakan daripada furu'hukum-hukum Syariah dalam ibadat, mu'amalat, dan lain-lain bab haial haram. Dan golongan Ahli'sSunnah menganggapkan sesat mereka yang menggugurkan wajib beramal dengan khabar ahad dari kalangan Rafidah, Khawarij dan lain-lain golongan sesat.

Adapun khabar mustafid yang duduk di tengah-tengah antara yang mutawatir dan yang ahad, maka ianya seperti mutawatir dalam wajibnya berilmu dengannya dan beramal dengannya; tetapi ia berlainan pula daripada yang mutawatir kerana ilmu yang datang darinya adalah ilmu yang muktasab yang nazari, adapun ilmu yang datang dari yang mutawatir adalah dikirakan dharuri ti 'dak muktasab. Dan khabar jenis ini ada bahagian-bahagiannya pula. Termasuk ke dalam jenisnya ialah khabar-khabar tentang para anbiya'. Tertnasuk ke dalam jenis ini juga khabar yang tersebar di kalangan manusia yang tidak sahih mereka itu melakukan pembohongan, bila sesuatu berita dikhabarkan di kalangan mereka. Bila seseorang di kalangan mereka tidak mengatakan ianya bohong, maka kita ketahui bahawa orang itu berkata benar. Dengan khabar cara inilah kita ketahui tentang mu'jizat-mu'jizat Nabi kita S.A.W. tentang terbelahnya bulan, bertasbihnya anak batu dalam tangannya, menangisnya pelepah tamar dan sebagainya. Demikian juga khabar-khabar mustafidah antara imam-imam hadith dan fiqh yang mereka ijma' bahawa ianya adalah sahih seperti hadith-hadith tentang Syafa'at, Hisab, Haud, Sirat, Mizan, azab kubur, soal Munkar dan Nakir.

Demikian juga khabar mustafidah dalam banyak daripada hukum-hukum fiqh seperti nisab zakat, had bagi yang n-dnum arak, hadith-hadith tentang menyapu khuf, tentang rejam, dan yang sepertinya, daripada apa yang diijma'kan oleh fuqaha'. Maka golongan Ahli's-Sunnah menganggap sesat mereka yang tidak

memahami seperti mereka dalam hal-hal itu seperti kaum-kaum sesat yang mengikut hawa nafsu mereka. Contohnya ialah kesesatan kaum Khawarij yang menolak rejam, dan sesatnya kaum Najdiah yang mengingkari had kerana meminum arak dan mengingkari harusnya menyapu khuf; dan menjadi kafir mereka yang mengingkari memandang Allah di Akhirat dan yang mengingkari Haud, Syafaat dan azab kubur.

Demikian juga Ahli's-Sunnah menganggap sesat kaum Khawarij yang memotong tangan pencuri yang mencuri sedikit atau banyak daripada tempat simpanan atau tidak, sebagaimana mereka menyesatkan golongan yang menolak khabar mustafid demikian juga mereka menganggapkan sesat golongan yang menthabitkan mansukhnya hukum khabar yang sepakat tentangnya fuqaha' golongan Ra'y dan Hadith sebagaimana juga mereka menganggapkan sesat Rafidah yang mengharuskan kahwin mut'ah walhal keharusannya sudah dimansukhkan.

Golongan Ahli's-Sunnah bersepakat bahawa Allah Ta'ala mewajibkan ke atas para hambanya supaya mencapai ma'rifat terhadapnya, dan juga mewajibkan ke atas mereka ma'rifat terhadap rasuinya, kitabnya, serta beramal dengan apa yang ditunjukkan oleh Kitab dan Sunnah.

Juga golongan Ahli's-Sunnah menganggapkan kafir sesiapa yang menegaskan - dari kalangan Qadariyah dan Rafidah - bahawa Allah tidak mewajibkan ma'rifat terhadapnya, sebagaimana yang dipegangi oleh Thumamah dan alJahiz, dan satu golongan daripada Rafidah. Mereka bersepakat bahawa tiaptiap ilmu kasbi dan nazari harus Allah menjadikan kita mesti mengetahui tentangnya. Dan mereka menganggapkan kafir sesiapa yang menegaskan dari kalangan Mu'tazilah, bahawa ma'rifat terhadap Allah di Akhirat adalah dihasilkan, muktasabah, dengan tidak termesti kepada ma'rifatnya.

Golongan Ahli's-Sunnah bersepakat bahawa punca-punca hukum-hukum Syar'iyah adalah al-Quran, Sunnah, dan ljma' golongan Salaf. Mereka menganggapkan kafir orang yang menegaskan, dari kalangan Rafidah, bahawa pada hari ini - kalau pada zaman al-Baghdadi, abad kelima Hijrah - tidak ada hujah dalam Qur'an dan Sunnah kerana mereka mendakwakan bahawa para sahabat ada mengubahkan sebahagian daripada al-Quran dan melakukan tahrif terhadap sebahagian daripadanya.

mengikut hawa nafsu mereka. Contohnya ialah kesesatan kaum Khawarij yang menolak rej am, dan sesatnya kaum Najdiah yang mengingkari had kerana meminum arak dan mengingkari harusnya menyapu khuf; dan menjadi kafir mereka yang mengingkari memandang Allah di Akhirat dan yang mengingkari Haud, Syafaat dan azab kubur.

Demikian juga Ahli's-Sunnah menganggap sesat kaum Khawarij yang memotong tangan pencuri yang mencun' sedikit atau banyak daripada tempat simpanan atau tidak, sebagaimana mereka menyesatkan golongan yang menolak khabar mustafid demikian juga mereka menganggapkan sesat golongan yang menthabitkan mansukhnya hukum khabar yang sepakat tentangnya fuqaha' golongan Ra'y dan Hadith sebagaimana juga mereka menganggapkan sesat Rafidah yang mengharuskan kahwin mut'ah walhal keharusannya sudah dimansukhkan.

Golongan Ahli's-Sunnah bersepakat bahawa Allah Ta'ala mewajibkan ke atas para hambanya supaya mencapai ma'rifat terhadapnya, dan juga mewaj ibkan ke atas mereka ma'rifat terhadap rasuINya, kitabnya, serta beramal dengan apa yang ditunjukkan oleh Kitab dan Sunnah.

Juga golongan Ahli's-Sunnah menganggapkan kafir sesiapa yang menegaskan - dari kalangan Qadariyah dan Rafidah - bahawa Allah tidak mewajibkan ma'rifat terhadapnya, sebagaimana yang dipegangi oleh Thumamah dan al-Jahiz, dan satu golongan daripada Rafidah. Mereka bersepakat bahawa tiap-tiap ilmu kasbi dan nazari harus Allah menjadikan kita mesti mengetahui tentangnya. Dan mereka menganggapkan kafir sesiapa yang menegaskan dari kalangan Mu'tazilah, bahawa ma'rifat terhadap Allah di Akhirat adalah dihasilkan, muktasabah, dengan tidak termesti kepada ma'rifatnya.

Golongan Ahli's-Sunnah bersepakat bahawa punca-punea hukum-hukum Syar'iyah adalah al-Quran, Sunnah, dan ljma' golongan Salaf. Mereka menganggapkan kafir orang yang menegaskan, dari kalangan Rafidah, bahawa pada hari ini - kalau pada zaman al-Baghdadi, abad kelima Hijrah - tidak ada hujjah dalam Qur'an dan Sunnah kerana mereka mendakwakan bahawa para sahabat ada mengubahkan sebahagian daripada al-Quran dan melakukan tahrif terhadap sebahagian daripadanya.

(jolongan Ahli's-Sunnah menganggapkan kafir golongan Khawarij yang menolak seluruh kitab sunan yang diriwayatkan oleh perlwayat-Periwayat hadith kerana pada pandangan mereka periwayat-periwayat hadith itu kafir.

Merekaj'uga menganggapkan kafir al-Nazzam yang mengingkari hujjah ijma' dan hujjah daripada riwayat mutawatir. Mereka juga menghukum kafir bag] orang yang berpendapat mungkin seluruh ummat Islam berljma' dalam kesesatan (ijtima'al-ummah 'ala al-dalalah), juga kerana ia berpendapat harus mereka yang terlibat dalam riwayat yang mutawatir itu bermuafakat mereka-rekakan sesuatu yang bohong. Inilah penerangan tentang apa yang disepakati oleh Ahli's-Sunnah dalam hubungan dengan rukun yang pertama.40 -
Dasar yang kedua ialah pegangan Ahii's-Sunnah tentang barunya alam ini. Mereka telah ijma'kan bahawa alam itu adalah segala sesuatu yang selain daripada Allah, mereka ijma'kan bahawa sesuatu yang selain daripada Allah dan selain daripada sifat-sifatnya yang azali adalah makhiuk yang dijadikan serta diciptakan oleh Allah. Mereka juga bersepakat bahawa Tuhan yang menjadikan itu bukan makhluk, bukan yang diciptakan dan bukan daripada jenis alam ini dan bukan daripadajenis sesuatu daripada juzuk alam ini.

Mereka bersepakat lagi bahawa bahaglan-bahagian daripada alam ini ada dua, jauhar dan 'arad (pl. Jawahir dan a'arad), khilaf pendapat mereka yang menafikan a'arad.

Mereka bersepakat bahawa setiap jauhar adalah juzuk yang tidak boleh berpecah lagi. Dan mereka menganggapkan kafir al-Nazzam dan ahli-ahli falsafah yang menganggap boleh berpecahnya tiap-tiap juzuk daripada juzuk-juzuk benda dengan tidak berkesudahan dan ini dikirakan berlawanan dengan ayat yang bermaksud:

"Dan Dia (Allah) menghitung segala sesuatu satu persatu." (Surah al-Jin;28)

Golongan Ahli's-Sunnah juga mengithbatkan para malaikat, jin dan syaitan sebagai makhluk-makhluk yang ada dalam alam ini, dan mereka menganggap kafir mereka yang menafikan demikian itu dari kalangan ahli falsafah dan golongan Batiniyah.

Kemudian kenyataan ini disusuli dengan beberapa kenyataan tentang sesatnya golongan ahli falsafah dan Mu'tazilah dalam hubungan dengan alam benda dan konsep alam.

Mereka menganggap kafir Abul-Hudhail yang berpegang kepada pegangan bahawa ni'mat syurga dan azab neraka itu terputus dan mereka menganggap kafir golongan Jahmiyah yang berpendapat syurga dan neraka itu tidak kekal.

Dasar yang ketiga ialah berkenaan dengan Tuhan yang menciptakan alam serta Sifat-SifatNya. Pada Ahli's-Sunnah, segala sesuatu yang baru itu mesti ada yang menjadikannya dan mengadakannya dan mereka berpegang kepada pegangan bahawa Tuhan yang menjadikan alam ini Dialah yang menjadikan jisim-jisim dan 'arad-'arad. Mereka menganggap kafir Mu'ammar dan para pengikutnya dari kalangan Qadariyah yang berpendapat bahawa Allah tidak menjadikan sesuatu daripada 'arad-'arad. la hanya menjadikan jisim-jisim.

Antaranya disebutkan bahawa golongan Ahli's-Sunnah bersepakat bahawa Tuban tidak dikandung oleh tempat dan tidak berlalu atasnya masa, khilaf golongan yang mengatakan Tuhan menyentuh'Arsy, dan'golongan Syihamiyah dan Karramiyah. Ahli's-Sunnah juga berijma' menafikan adanya kecederaan, kesedihan, kesakitan dan kelazatan daripada Tuhan, serta gerak dan diam, khilaf pendapat golongan Hisyamiyah dari golongan Rafidah yang menganggap harus ada gerak pada Tuhan.

Antaranya yang dinyatakan bahawa Ahli's-Sunnah berijma' bahawa Allah Maha Kaya tidak berkehendakkan kepada makhluknya, dan la Itidak mendapat manfaat daripada menjadikan makhluknya itu dan juga la tidak menolak kemudaratan daripada DiriNya dengan menjadikan makhluknya itu. Inilah khilaf pegangan Majusi yang mendakwa bahawa Allah menjadikan para malaikat bagi menolakkan kesakitan pada DiriNya yang datang daripada syaitan dan penolong-penolongnya.

Ahli's-Sunnah juga berijma'Tuhan yang menjadikan alam itu tunggal, khilaf pendapat yang mengatakan Tuhan itu dua yang sedia kala, satunya cahaya, Nur dan satu lagi ialah kegelapan Zulmah (Yazdan dan Ahriman di kalangan Majusi). Pegangan tentang keesaan Tuhan ini berlawanan dengan pegangan golongan Ghulat di kalangan Rafidah yang menyatakan bahawa Allah menyerahkan tadbiran alam kepada'Ali yang merupakan Khaliq yang kedua.

Dasar keempat , berkenaan dengan sifat-sifat yang ada pada Zat Allah, Ahli's Sunnah berpegang kepada pegangan bahawa sesungguhnya Ilmu Allah, QudratNya, HayatNya, IradatNya, Sama'Nya dan BasarNya, serta KalamNya adalah sifat-sifatnya yang azali serta abadi. Golongan Mu'tazilah menyatakan bahawa tidak ada Qudrat, Ilmu, Hayat bagi Allah Ta'ala dan la tidak dapat dilihat di Akhirat.

Ahli's-Sunnah berijma'bahawa Qudrat Allah yang berlaku di atas segala yang ditakdirkan itu semuanya sebagai satu qudrat yang dengannya ditakdirkan semua yang ditakdirkannya itu. Ini disusuli dengan kesesatan-kesesatan Mu'tazilah dalam hubungan dengan hal ini.

Antaranya dinyatakan bahawa Ahli's-Sunnah berijma' bahawa Ilmu Allah adalah satu yang dengannya itu la mengetahui segala maklumat secara satu persatu. Satu golongan daripada Rafidah mengatakan bahawa Allah tidak mengetahui sesuatu sebelum adanya dan Zurarah bin Kyun dan para pengikutnya di kalangan Rafidah menyatakan bahawa Ilmu Allah, QudratNya, HayatNya, dan lain-lain sifat yang baru bahawasanya ia tidak Hidup, Berkuasa dan Mengetahui melainkan sehingga la menjadikan bagi DiriNya Hayat, Qudrat,Ilmu, Iradat, Sama', Basar.

Golongan Ahli'-Sunnah berijma' bahawa Sifat Sama' dan Basar Tuhan meliputi segala yang didengar dan segala yang dilihat dan Tuhan sentiasalah melihat bagi DiriNya dan Mendengar bagi Kalam DiriNya. Ini diikuti dengan khilaf Mu'tazilah.

Golongan Ahli's-Sunnah berijma' bahawa Allah boleh dilihat oleh orang-orang yang beriman di Akhirat. Ini adalah berlawanan dengan pendapat Qadariyah dan Jahmiyah yang menganggap bahawa mustahil Allah boleh dilihat di Akhirat.

Antaranya dinyatakan bahawa Ahli's-Sunnah berijma' bahawa Iradat Allah adalah Masyi'ah atau KehendakNya; dan mereka ijma'kan bahawa KehendakNya lulus dalam apa yang dikehendakinya mengikut IlmuNya. Ini disusuli dengan golongan yang menyalahinya, juga disusuli dengan kenyataan tentang sifat-sifat lain, seperti hayat, tanpa Roh, Sifat Kalam dan khilaf golongan yang berpendirian berlainan.
Dasar yang kelima tentang nama-nama Allah yang diambil daripada Qur'an dan Sunnah yang sahih.

Dasar keenam tentang keadilan Allah. Dinyatakan pendirian Ahli's-Sunnah, kemudian diikuti dengan khilaf golongan yang b6rlainan pegangan daripadanya.

Dasar ketujuh tentang nubuwwah dan ri salah, perbezaan antara nabi dan rasul; karamat, kedudukan para malaikat dengan para anbiya'disusuli dengan khilaf kaum-kaum yang menyalahi pegangan Ahli's-Sunnah.

Dasar kelapan berkenaan dengan mu'jizat dan karamat; mu'jizat yang dihubungkan dengan nubuwwah, karamat dihubungkan dengan aullya' diikuti dengan khilaf mereka yang menyalahi pegangan Ahli's-Sunnah.

Dasar kesembilan berkenaan dengan rukun-rukun Islam daripada syahadah sampailah kepada rukun menunaikan haji. Diikuti dengan pegangan kaum-kaum yang berlawanan dengannya.

Dasar kesepuluh berkenaan dengan suruhan dan tegahan dan hukum lima; wajib, mahzur, masnun, makruh, mubah. Diikuti dengan pegangan kaum yang menyalahinya.

Dasar kesebelas tentang fana'nya sekelian hamba Allah dan hukum terhadap mereka dalam alam abadi, alam barzakh, Haud, Sirat, Mizan, Syafa'ah.

Dasar kedua belas tentang khjlafah dan Imamah. Khllafah diwajibkan di atas umat bagi melakukan tugas-tugas tertentu. 'Aqd Imamah; disusull dengan khilaf kaum-kaum yang menyalahinya, kedudukan Khulafa' al-Rashidin mengi 'kut tertib khilafah mereka, disusuli dengan khilaf golongan yang berlainan pegangan daripadanya.

Dasar ketiga belas berkenaan dengan iman, Islam, tasdiq dan ma'rlfat. Diikuti dengan khilaf pegangan-pegangan yang berlainan daripadanya.

Dasar keempat belas berkenaan dengan auliya', imam-imam dan para malaikat, serta ajaran tentang ismah. Disusull dengan khilaf kaum-kaum yang berlainan faham daripadanya.

Dasar kelima belas, hukum tentang seteru-seteru Islam, satu mereka yang ada sebelum zahir daulah Islam, dan kedua mereka yang zahir dalam daulah Islam.

PENUTUP

Inilah antaranya apa yang boleh dipaparkan dalam hubungan dengan konsep Ahli's-Sunnah wal-Jama'ah serta sedikit sebanyak perkembangan yang berlaku dalam sejarah perkembangannya. Walaupun dalam terbentuknya konsep yang akhimya itu kelihatan termasuk ke dalamnya segi-segi sejarah ummat ini, hakikat ajaran dan amalan Ahli's-Sunnah adalah merupakan hakikat yang telah ada pada zaman awal Islam lagi. Perkembangan kemudian itu adalah merupakan sesuatu sebagai deployment, sesuatu pernyataan dirinya pada masa kemudian, sebagaimana pokok adalah penyataan diri bagi hakikatnya yang ada dalam benihnya itu. Dalam konsep Ahli's-Sunnah wal-Jama'ah inilah terletaknya neraca penerimaan atau penolakan segala sesuatu yang berhubungan dengan pegangan dan amalan keagamaan.

Wallahu a'lam. Wasalla'Llahu 'ala Sayyidina Miihammadin wa 'ala alihi wa sahbihi wasallam, wal-hamduli'Llahi Rabbil-'alamin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...