KLIK SINI



Bakers1171 - Homemade & Halal


Thursday, December 31, 2009

SELAMAT TAHUN BARU MASIHI 2010


HALALKAH PELABURAN SAHAM-SAHAM?

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam memutuskan bahawa hukum melabur dalam Skim Amanah Saham Nasional(ASN)dan Skim Amanah Saham Bumiputera(ASB)adalah HARUS.Hukum bagi pembayaran dividen hasil pelaburan kedua-dua skim berkenaan juga adalah harus.Tetapi..

Nabi s.a.w bersabda :-


إن الله إذا حرم شيئا حرم ثمنه

Ertinya : Sesungguhnya Allah apabila telah mengharamkan sesuatu maka akan haram jugalah harga jualan (keuntungan yang terhasil dari yang haram) (Ar-Rawdu Al-Murabba', 2/30 ; Riwayat Ibn Hibban, 11/312)

Jika dikatakan kita perlu jaga 'Maslahat' atau kepentingan ramai kebaikan yang terhasil ini, maka kita juga perlu sedar,itu menyokong industri riba dan mengukuhkannya.Kaedah Fiqh menyebut :-

أن درء المفاسد مقدم على جلب المصالح

Ertinya : "Sesungguhnya menolak keburukan itu lebih patut didahulukan dari tujuan untuk mendatangkan kebaikan" ( Al-Muwafaqat, As-Syatibi, 3/190 ; Hasyiah S-Syarwani, 3/188)

Dalam perkara ini yang kita sendiri ada kuasa untuk melabur atau tidak kerana ia adalah hak dan kekuasaan kita(pelaburan),Setiap pelaburan saham perlu ada aqadnya biar tepat dengan pelaburan dari umat islam.Pembahagian untung(DIVIDEN),bagi pelaburan-pelaburan di tempat yang haram diasingkan dan digunakan buat manfaat umum,manakala pelaburan halal di serahkan kepada pelabur dan pelbagai cara lagi yang lebih baik dan bersih dari yang haram.Bagi mengetahui tentang pelaburan yang sah dan tidak tertipu,Sila layari http://www.sc.com.my/

"Biar untungnya berkurangan sedikit asalkan berkat dan halal "

Sunday, December 27, 2009

AKIBAT TINGGALKAN AMAL MAKRUF NAHI MUNGKAR


Firman Allah:

Maksudnya: Dilaknat orang2 kafir dr kalangan bani Israel yg disebut dalam kitab zabur dan kitab Injil. Laknat tersebut disebabkan oleh maksiat dan keterlampauan yg dilakukan mereka. Ini juga disebabkan mereka tidak melakukan kerja2 mencegah kemungkaran yg dilakukan di kalangan mereka. Alangkah buruknya ape yg mereka buat itu.(78-79: Al-Maidah)

Rasul s.a.w bersabda:

"sesungguhnya manusia bila melihat seorang yg berbuat zalim dan tidak menegahnya maka dikhuatiri Allah akan menurunkan azab secara menyeluruh.(Hr Abu Daud dan Nasaie)

berbuat zalim tu samada pd diri sendiri dgn buat maksiat pd tuhan atau menzalimi org lain dgn cara menganiayainya.

Nabi s.a.w bersabda:

"Suruhlah manusia berbuat baik dan laranglah drpd mereka berbuat kemungkaran sebelum mana kamu berdoa dan tidak diterima doa kamu."(hr Baihaqi)

Diriwayatkan bahawa Allah mewahyukan kepada Nabi Yusya' Bin Nun:
"Sesungguhnya aku memusnahkan 40 ribu org yg baik2 dan 60 ribu org yg jahat."

Nabi Yusya' a.s bertanya "Tidak mengapa dimusnahkan yg jahat ni; tapi kenapa pulak yg baik pun dimusnahkan sama?"

Allah Berfiman: "Mereka tidak marah terhadap maksiat tersebut yg mana aku marah dan mereka juga terus bersama2 makan2 dan minum dgn org jahat tersebut."(Hr Ibnu Abi Dunya)

Oleh itu marilah kita sama2 mencegah kemungkaran dan mengajak kebaikan. Pd masa kini kemungkaran berada di mana2. Tak Mampu berseorangan maka buat cara jemaah dan berkumpulan....Dan hadis ini juga melarang drpada kita bersekongkol dgn org yg melakukan kejahatan dan juga dilarang menyertai kumpulan atau pertubuhan yg melakukan kejahatan walaupun dia tak buat kejahatan tersebut.. Tuhan berfirman:

Tafsirnya: "Sesungguhnya kamu sekiranya duduk bersama org2 yg menghina ayat tuhan maka kamu seumpama mereka"(140: An-Nisa)

Rujukan: Amar Makruf dan Nahi Mungkar oleh Muhammad Izzuddin Bayuni.-

Friday, December 25, 2009

TIDUR-TIDUR YANG PERLU DIKEJUTKAN


Mengejutkan orang yang tidur disunatkan sekiranya orang itu tidur dalam keadaan berikut:

Pertama:

seorang yang tidur di masjid dan waktu solat sudah tiba. Ini berdasarkan hadis Abu Bakrah ra, beliau berkata:

خرجت مع النبي صلى الله عليه وسلم لصلاة الصبح فكان لا يمر برجل إلا ناداه بالصلاة أو حركه برجله

“ Aku keluar bersama Nabi saw untuk menunaikan solat subuh. Beliau tidak lalu pada mana-mana lelaki melainkan akan menyerunya untuk solat atau menggeraknya untuk solat dengan kakinya.” (Hr Abu Daud 1246 – semua perawinya thiqah)

Kedua:

Orang yang tidur dihadapan orang yang solat kerana menggangu orang yang solat.

Ketiga:

Tidur diatas permukaan bangunan tanpa penghadang.
Rasulullah saw bersabda:

من بات على ظهر بيت ليس له حجار فقد برئت منه الذمة

“Sesiapa yang tidur diatas permukaan bangunan tanpa ada penghadang (dari jatuh bangunan), sesungguhnya telah terlepas dari tanggungjawab mana-mana pihak (sekiranya jatuh). (Hr Abu Daud – semua perawinya adalah thiqah)

Keempat:

Tidur dalam keadaan separuh badan terkena cahaya matahari dan setengah lagi tidak kena.

Nabi saw bersabda:

إذا كان أحدكم في الشمس فلقص عنه الظل وصار بعضه في الشمس وبعضه في الظل فليقم

“Apabila salah seorang kamu berada di bawah pancaran matahari, kemudian matahari menaik dan sebahagian tubuh mu terkena pancaran matahari dan sebahgian yang lain tidak kena , hendaklah dia beredar.” (Hr Abu Daud – semua perawinya thiqah)

Kelima:

Tidur waktu subuh.

Nabi saw bersabda:

الصبحة تمنع الرزق

“Tidur subuh menegah rezki.” (Hr Ahmad – sanad lemah)

Umar bin Abdul Aziz apabila melihat anaknya sedang tidur waktu subuh, beliau mengejutkannya dan berkata:

الأرزاق تقسم وأنت نائم

“Rezeki dibahagi2kan sedangkan engkau tidur.”

Keenam:

Tidur sebelum isya kerana makruh tidur waktu itu. Ini disebut dalam hadis yang panjang, riwayat dari Abi Bakrah ra dimana beliau berkata:

كان يكره النوم قبلها والحديث بعدها

“Baginda tidak suka tidur sebelum solat isya dan sembang
sembang selepasnya.” (Hr Bukhari - sahih)

Ketujuh:

Tidur lepas solat asar.

Nabi saw bersabda:
من نام بعد العصر فاختلس عقله فلا يلومن إلا نفسه

" Sesiapa yang tidur selapas solat asar dan hilang akalnya , janganlah dia mencela melainkan dirinya.” (Hr Abu Ya’la – Sanad lemah)

Kelapan:

Tidur berseorangan di rumah. Hukum ini disebut oleh al-Hulaimi dalam kitabnya al-Minhaj Fi Syu’abil Iman.

Kesembilan:

Perempuan yang tidur menelentang. Ini kerana ianya makruh seperti yang disebut dalam kitab yang sama.
Umar bin Abdul Aziz telah menegah anaknya yang tidur sedemikian.

Kesepuluh:

Seseorang yang tidur meniarap. Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:

إن هذه ضجعة يبغضها الله ورسوله

Maksudnya: “Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.” (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)

Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:

قم واقعد فإنها نومة جهنمية

Maksudnya: “Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.” (Hr Ibnu Majah)

Kesebelas:

Mengejutkan orang tidur untuk bangun qiamullail.

Nabi saw bersabda:

رحم الله رجلا قام من الليل فصلى وأيقظ امرأته فإن أبت نضح في وجهها الماء رحم الله امرأة قامت
من الليل فصلت وأيقظت زوجها فإن أبى نضحت في وجهه الماء

“Allah merahmati lelaki yang bangun malam, menunaikan solat dan mengejutkan isterinya. Sekiranya isterinya enggan, dia akan merenjiskan air pada muka isterinya. Allah merahmati wanita yang bangun malam, menunaikan solat dan menegejutkan suaminya. Sekiranya suaminya enggan, dia akan merenjis air ke muka suaminya. (Hr Abu Daud 1308 – perwai2nya thiqah)

Ke dua belas:

Mengejutkan orang yang tidur untuk bangun sahur. Nabi saw bersabda:

إن بلالا ينادي بليل فكلوا واشربواحتى ينادي ابن مكتوم

“Sesungguhnya bilal akan mengumandangkan azan pada waktu malam (sebelum subuh), maka makanlan dan minumlah sehingga Ibnu Maktum mengumandangkan azan subuh.” (Hr Muslim)

Rujukan: Tashilul Maqasid li Zuwwarul Masjid oleh Ibnul Ammad, Aunul Ma’bud oleh al-Abadi dan an-Nihayah oleh Ibnul athir.

Thursday, December 24, 2009

MASJIDKU..RUMAHKU..














Masjid adalah tempat terbaik

أحب البلاد الى الله تعالى مساچدها وأبغض البلاد الى الله أسواقها

Maksudnya: Tempat yang disukai oleh Allah ialah masjid dan tempat yang dibenci oleh Allah adalah pasar2. (Hr Muslim)

Masjid yang terbaik

Maksudnya: “Solat di masjid Haram seratus ribu kali ganda pahala solat, solat di masjidku seribu kali ganda pahala solat dan solat di masjid Aqsa lima ratus kali ganda pahala. (Hr Baihaqi)

Ganjaran membina masjid

من بنى مسجدا يبتغى به وجه الله بنى الله له مثله في الجنة

Maksudnya: “Sesiapa yang membina masjid mengharapkan keredaan Allah semata2 maka Allah akan membina seumpannya untuk dirinya di syurga.” (Hr Bukhari dan Muslim)

Maksudnya: “Sesiapa yang membina masjid walau sebesar sarang burung, Allah akan bina rumah untuknya di syurga.” (Hr Ahmad – sahih)

Disunatkan membaca doa untuk ke masjid seperti yg dilakukan oleh Rasulullah s.a.w:

Maksudnya: “Ya Allah jadikan cahaya di hatiku, cahaya di pandanganku, cahaya di pendengaranku, cahaya di kanan ku, cahaya di belakangku, cahaya di sarafku, cahaya di dagingku, cahaya di darahku, cahaya di rambutku dan cahaya di kulitku.” (Hr Bukhari dan Muslim)

Pahala ke Masjid

من غدا الى المسجد أو راح أعد الله له الجنة نزلا كلما غدا أو راح

Maksudnya: “ Sesiapa yang ke masjid pada waktu pagi atau petang, Allah akan menyediakannya hidangan di syurga setiap kali dia pergi waktu pagi atau petang.” (Hr Bukhari dan Muslim)

Maksudnya: “Apabila kamu melihat seorang lelaki sentiasa ke masjid maka saksikanlah dgn keimanannya.” (Hr Ahmad dll)

Tahiyyatul Masjid

Disunatkan dua rakaat solat tahiyyatul masjid apabila masuk ke masjid sebelum duduk. Nabi s.a.w bersabda:

Maksudnya: “Apabila seseorang masuk ke masjid hendaklah dia sembahyang dua rakaat sebelum dia duduk.” (Hr Bukhari dan Muslim)

Terhasil sunat tahiyatul masjid dengan apa2 jenis solat yang dilakukan sebelum duduk. Tahiyyatul masjid haram adalah dgn tawaf seperti yg dibuat oleh rasul s.a.w.
Orang berjunub, berhaid dan bernifas

Mereka semua dilarang masuk ke masjid melainkan jika hanya lalu tanpa berhenti di dalam masjid. Firman Allah:

Maksudnya: “Dan orang2 yang berjunub tidak boleh masuk ke masjid melainkan dgn keadaan lalu sahaja sehingga mereka mandi wajib.” (An-nisa: 4/43)

Nabi s.a.w bersabda:

“Maka sesungguhnya aku mengharamkan masjid kepada orang yang berhaid dan berjunub.” (Hr Abu Daud – sahih)

Tidur di masjid

Harus dan tidak makruh tidur di masjid menurut ulama2 mazhab Syafie kerana ia dilakukan oleh Ibnu Umar dalam hadis sahih riwayat imam Bukhari dan Muslim.

Orang Kafir Masuk Masjid

Imam Abu hanifah dan ulama mazhab syafie mengharuskan kepada orang kafir masuk ke masjid. Ini kerana Thamamah bin athal diikat di masjid dan Orang kristian Najran masuk ke masjid Nabawi. Mazhab Syafie meletakkan 2 syarat:

1. Mendapat keizinan oleh pimpinan Islam.
2. Bukannnya masjid haram Makkah.

Mazhab Maliki melarang sama sekali kemasukan orang kafir melainkan orang2 yang berkerja.

Larangan Mengotorkan Masjid.

Nabi s.a.w bersabda:

البصاق في المسجد خطيئة وكفارتها دفنها

Maksudnya: “Meludah di masjid adalah satu kesalahan, penghapus dosanya adalah dgn menanamnya.” (Hr Bukhari dan Muslim)

Nabi s.a.w bersabda:

“Sesungguhnya masjid2 ini tidak boleh dikencingkan dan dicampakkan kotoran2 . Sesungguhnya ia hanya untuk berzikir dan membaca al-quran.” (Hr Muslim)

Bersembang2 perkara yg harus di masjid

Tidak ada tegahan untuk bersembang2 perkara2 dunia yang diharuskan di masjid berdasarkan hadis berikut:

Maksudnya: “Rasulullah s.a.w tidak bangun dari tempat sembahyang sehinggalah terbitnya matahari. Apabila matahari terbit baginda pun bangun. Ketika itu para sahabat bersembang2 sehinggalah perkara jahiliah. Mereka tersenyum dan ketawa.” (Hr Muslim)

Adapun hadis yg mengatakan terhapusnya pahala apabila bersembang dunia adalah hadis palsu.

Menghias masjid

Makruh menghias masjid kerana boleh melalaikan orang2 yang sembahyang. Nabi s.a.w bersabda:

Maksudnya: “Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah manusia berbangga2 dgn mencantikkan masjid.” (Hr Abu Daud)

Ibnu Abbas r.a. berkata:

“Kamu akan menghias2 masjid seperti mana orang2 yahudi dan nasrani menghiasnya.” (Hr Abu Daud)

Membersihkan masjid

Disunatkan membersihkan masjid dan menjaganya daripada dikotori. Nabi s.a.w bersabda:

Maksudnya: “Dan Nabi s.a.w menyuruh supaya dibersihkan dan diwangikan.”

Membawa masuk kanak2, orang gila dan binatang

Kebanyakan ulama mengatakan makruh memasukkan kesemua itu ke dalam masjid kerana menyebabkan kotornya masjid. Budak yang makruh dimasukkan ke masjid adalah yang tidak mumayyiz lagi.

Program2 di masjid

Disunatkan mewujudkan program ilmu di masjid seperti mana yang disebut dalam hadis2 yang banyak. Boleh juga persembahan syair2 dan nyanyian yang baik seperti mana Hasan bin Thabit telah mendendangkan syairnya di Masjid (Hr Bukhari dan Muslim).

ٌٌٌRujukan : Al-Wajiz fil Feqhil Islam oleh Dr Wahbah Zuhaili.

Wednesday, December 23, 2009

ISYARAT JARI NABI MUHAMMAD S.A.W

Ada tempat2 yg mana menyebut hadisnya sambil menunjukkan isyarat tangan. Diantaranya adalah hadis2 berikut:

1. Nabi bersabda:

أنا وكافل اليتيم في الجنة هكذا وأشار بأصبعيه السبابة والوسطى

MAksudnya:Aku akan bersama dgn penjaga anak yatim di syurga seperti dua jari ini. Baginda menunjukkan jari telunjuk dan jari tengah.(Hr Bukhari)

Moral: Islam mengajar kita supaya berbuat baik kepada anak yatim dan tidak menzalimi mereka. Cubalah kita hulurkan sumbangan dan ringankan beban mereka.

2. Nabi s.a.w bersabda:

من عال جاريتين حتى تبلغا جاء يوم القيامة أنا وهو كهاتين وضم أصابعه

Maksudnya: Sesiapa yg menjaga dua org anak perempuan dr kecil sampai dia balig maka dia akan datang pd hari kiamat dalam keadaan aku bersamnya seumpama ini. Baginda menunjukkan dua jari dan merapatkannya.(Hr Muslim)

Moral: Menjaga anak perempuan mungkin susah. Namun Islam menawarkan tawaran yg baik pd sesiapa yg memelihara dan mendidiknya dgn baik. Bersabarlah terhadap kesusahan menjaga anak perempuan.

3. Nabi s.a.w bersabda:

بعثت أنا والساعة كهاتين وأشار بالسبابة والوسطى

MAksudnya: Aku di utuskan menjadi Rasul ketika mana saat berlakunya qiamat sudah terlampau hampir seolah diantara jarak dua jari ini. Baginda menunjukkan jari telunjuk dan tengah.(Musnad Imam Ahmad)

Pengajaran: Kiamat semakin hampir tapi amalan kita masih lagi kurang. Kalau tidak sempat dgn kiamat besar; kiamat kecil (mati) pasti menjemput kita pd masa yg kita tak pasti. Bersedialah...

Monday, December 21, 2009

KETAKUTAN PARA SAHABAT NABI TIDAK DITERIMA AMALAN

Disini dinyatakan beberapa ucapan sahabat2 Nabi yg menunjukkan mereka takut tidak diterima amalan mereka.

Usman b in Affan r. berkata: "Kalaulah aku berdiri diantara syurga dan neraka dan diberi pilihan kepada ku dua pilihan: 1. Menjadi abu api. 2. Dimasukkan salah satu tempat syurga atau neraka. Nescaya akan ku pilih menjadi abu api."

Walaupun beliau beramal dgn amalan yg hebat dan org yg hampir dgn Rasulullah tetapi dia lebih rela memilih menjadi abu daripada memasuk salah satu tempat syurga atau neraka. Ini kerna dgn pilihan kedua beliau tidak pasti layak menjadi ahli syurga atau tidak. Beliau takut jika memilih pilihan kedua menyebabkan beliau dimasukkan ke neraka.

Abu Zar al-Ghifari r.a telah berkata:

"Kalaulah kamu tahu apa yg aku tahu nescaya engkau tidak akan terlampau berseronok2 dgn isteri2 kamu dan tidak terlampau asyik berehat di atas tilam2mu. Demi Allah aku suka kalau Allah cipta aku semasa aku diciptakan dahulu sebagai sebatang pokok yg dimakan buah2nya."

Walaupun Abu Zar diantara sahabat Nabi yg terkenal tetapi beliau takut dgn amanah menjadi manusia keran ia satu amanah yg berat dan beliau lebih suka kalau beliau hanyalah sebatang pokok yg tidak ada apa tanggung jawab di hadapan tuhan.

Abu Ubaidah al-Jarah r.a berkata:

"Aku suka kalau aku hanyalah seekor kambing biri2 lalu disembelih oleh manusia. Kemudian mereka memakan daging aku serta menghirup kuah daging ku."

Beliau amat takut dgn saat dibangkitkan oleh Allah pada hari kiamat sehingga lebih rela menjadi seekor kambing yg pasti tidak dibangkit utk dihisab amalannya pada hari kiamat.

Huzaifah bin al-Yaman r.a

Ketika mana hampirnya saat kematian Huzaifah bin Yaman r.a, beliau telah menangis teresak-esak. Lalu ada yang bertanya "Apa yg kamu tangiskan?" Beliau menjawab:

"Aku tidak menangis kerana kesdihan kehilangan dunia bahkan kematian lebih aku cintai. Namun aku menangis kerana tidak tahu aku mati ini mendapat keredaan Allah atau kemurkaannya."

Walaupun beliau adalah sahabat yg dipercayai Rasulullah kerana baginda telah menyimpan rahsia kepadanya sehingga beliau digelar 'Sahibu sirri Rasulillah', tetapi beliau amat takut utk berjumpa dgn tuhannya kerana tidak pasti adakah diterima amalannya oleh Allah atau tidak.

Salman al-Farisi telah berkata:

"Tiga perkara yg amat menyedihkan aku sehingga aku menyebabkan aku menangis ialah: 1. Berpisah dgn Nabi s.a.w dan para sahabatnya. 2. Huru hara hari kiamat. 3. Berdiri untuk dibicarakan oleh tuhan dalam keadaan aku tidak tahu kemana aku akan pergi ke syuga atau ke neraka."

Inilah ketakutan sahabat Nabi s.a.w walaupun Nabi s.a.w telah menyatakan kelebihan beliau dlm sabdanya: "Sesungguhnya Allah telah mengasihi empat org sahabatku dan menyuruhku supaya mengasihi mereka. Mereka adalah 1. Ali 2. Abu Zar 3. Salman 4. Miqdad." (Hr Tirmizi dan Ibnu Majah)

Aisyah r.a Ummul Mukminin

Beliau adalah manusia yg dikasihi oleh Rasulullah s.a.w. Amru bin As pernah bertanya kpd Nabi s.a.w "Siapakah manusia yg engkau paling kasihi?" Baginda menjawab "Aisyah"(Hr BUkhari) Beliau seorang yg berpuasa setiap hari dan kuat bersedekah.

Pernah Muawiyah memberinya seratus ribu dirham dan beliau telah mengagih2kan kepada org2 yg memerlukan sehingga habis dlm masa tidak sampai sehari.

Walaupun begitu beliau manusia yg amat takut kepada Allah taala sehingga beliau berkata: "Demi Allah aku lebih suka menjadi sebatang pokok, demi Allah aku lebih suka menjadi tanah dan demi Allah aku lebih suka supaya Allah tidak menjadikan aku."

Ucapan ini kerana beliau takut utk memikul amanah Islam dr tuhan, takut dihisab amalannya dihari kiamat dan takut tidak diterima amalannya kelak.

KESIMPULANNYA:Manusia perlu takut tidak diterima amalan baiknya kerana tidak semua amalan diterima oleh Allah taala. Amalan yg ada sifat riya', sombong,tidak diterima oleh Allah. Hanya Allah sahaja tahu sejauh mana keikhlasan dan kebersihan hati kita. Kita tidak perulah mengaku yg mana kita ni baik, ikhlas atau sebagainya yg menunjukkan kita mengangkat diri kita. Firman Allah:

"Maka janganlah kamu memuji diri kamu sendiri; dan Dia lebih lebih mengetahui siapakah yg lebih bertakwa kepada Allah."(32: an-Najm)

Sesungguhnya Allah telah memuji sifat orang2 yg takut tidak diterima amalannya. Firman Allah s.w.t:

"Dan orang2 yg menginfakkan harta2 yg dikurniakan kepada mereka dan melakukan pelbagai jenis kebaikan tetapi hati2 mereka gementar ketakutan. Ini kerana mereka yakin bahawa mereka akan kembali kepada tuhan mereka."(60: al-Mukminun)

Aisyah telah bertanya pada Nabi s.a.w berkenaan dgn ayat ini " Adakah orang2 yg takut ini adalah orang2 yg meminum arak dan mencuri?" Rasulullah s.a.w menjawab:

"Bukan begitu maksudnya wahai anak perempuan Abu Bakar as-Siddik tetapi mereka adalah orang2 yg berpuasa, mendirikan solat, bersedekah dan mereka takut tidak diterima amalan mereka."(Hr Tirmizi)

Marilah kita meningkat kualiti amalan kita dan sentiasa muhasabah amalan yg telah kita amalkan. Tangisilah kekurangan yg telah berlaku sebelum kita menangis pada hari kiamat.

Rujukan: Makhawifus Solihin Min Adami Qabulil Amal oleh Dr Muhammad bin A'zuz.

Saturday, December 19, 2009

BERTUNANG DALAM ISLAM

Pertunangan (Khitbah) adalah syariat Islam. Firman Allah swt :-

وَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِيمَا عَرَّضْتُمْ بِهِ مِنْ خِطْبَةِ النِّسَاءِ “Dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa yang kamu bayangkan (secara sindiran), untuk meminang perempuan ” [surah al-Baqarah : 235]

Nabi pernah bertunang dengan A’isyah ra [Sahih al-Bukhari #4793] dan diriwayatkan baginda juga pernah bertunang dengan Hafsah [Sahih al-Bukhari #4830].

Malah baginda menyarankan agar sesiapa yang ingin bertunang dengan seseorang wanita, dia dibenarkan melihat kepada wanita tersebut yang ingin dipinangnya. Sabda Nabi :-

إذا خطب أحدكم المرأة فإن استطاع أن ينظر إلى ما يدعوه إلى نكاحها فليفعل
“Apabila salah seorang dari kamu ingin bertunang, jika dia boleh melihat dimana permintaannya untuk meneruskan dan bernikah, maka biarlah dia lakukan” [Hadith Riwayat Abu Daud #2082].

Jelas disini menunjukkan bahawa bertunang juga adalah sunnah Nabi.

KESIMPULAN:Bertunang adalah majlis pertunangan yang biasa diadakan oleh masyarakat Melayu; dimana berlakunya perhantaran cincin tunang dsb. Dari segi syara’, bertunang adalah “seseorang lelaki bertanyakan wanita tersebut agar berkahwin dengannya”. Dengan selesainya seseorang lelaki bertanyakan atau meminang seseorang (dan dipersetujui), maka natijahnya itu dinamakan bertunang. Dari segi syara’, memang tidak ada majlis khas bagi amalan pertunangan ini. Ia cuma lamaran dan deklarasi perjanjian untuk berkahwin.والله اعلم

KELEBIHAN LAPAR,KEBURUKAN KENYANG


1. Allah melarang kita melampau dalam makanan.

Firman Allah s.w.t:
"Dan makan serta minumlah, dan janganlah melampau. Sesungguhnya Dia tidak suka orang2 yang melampau."(Al-A'raf)

2. Hanya dua pertiga perut.
Nabi s.a.w bersabda:

"Tidak ada bekas yang dipenuhi oleh manusia lebih terok dari perutnya. Cukuplah manusia itu memakan beberapa suapan yang menegakkan tulang tulang sulbinya. Jika dia tetap nak jugak makan banyak maka satu pertiga perutnya untuk makanan, satu pertiga minuman dan satu pertiga lagi dikosongkan."(Hr Tirmizi dan Abu Daud)

3. Lapar menyukarkan syaitan.

Nabi s.a.w bersabda:
'Sesungguhnya syaitan lalu di dalam tubuh manusia seperti lalunya darah. Sempitkan laluan syaitan dengan lapar dan dahaga."(Hr Ibnu Abi ad-Dunya-daif)

4. Kenyang di dunia lapar di akhirat.

Nabi s.a.w bersabda:
"Maka sesungguhnya orang yang paling lama lapar pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak kenyang di dunia."(Hr Baihaqi dan at-Tirmizi -Hasan )

5. Lapar adalah sunnah Nabi s.a.w

Abu Hurairah r.a berkata:
"Nabi s.a.w dan ahli keluarganya tidak pernah kenyang selama tiga hari berturut dengan roti gandum sehinggalah baginda meninggal dunia."(Hr Muslim - sahih)

6. Perut yang boroi tidak disukai Nabi s.a.w

Suatu hari Nabi s.a.w melihat kepada lelaki yang boroi perutnya. Maka Nabi s.a.w menunjukkan kearah perut lelaki itu dgn jarinya, seraya bersabda:
"Kalaulah makanan2 ini (yang menyebabkan perut boroi) diberikan kepada orang yang memerlukan adalah lebih baik."(Hr Ahmad, Hakim dan Baihaqi -sanadnya jaid)

7. Orang yang kuat makan tidak ada nilai disisi Allah.

Rasulullah s.a.w bersabda:
"Maka didatangkan pada hari kiamat seorang yang besar, panjang, kuat makan dan kuat minum tetapi apabila ditimbang amalannya tidak ada sebesar nilai kepak nyamuk pun disisi Allah."(Hr Bukhari dan Muslim -sahih)

8. Hukum-hukum makan

Makan ini ada beberapa hukum:

1. Wajib: makan yang mengelakkan kematian.
2. Sunnah: Makan beberapa suap ketika lapar.
3. Harus: makan dan minum sehingga dua pertiga perut.
4. Makruh: Lebih dua pertiga dan tidak penuh perut.
5. Haram: Makan sehingga penuh perut.

Pengharaman makan sehingga penuh perut disebut oleh dalam kitab al-Maraqil Ubudiah karangan Imam Nawawi bentan.

9. Keburukan Kenyang

Abu Sulaiman ad-Darani telah berkata:
"Sesiapa yang kenyang maka mendapat enam keburukan:

1. Kehilangan kemanisan bermunajat.
2. Susah hendak mengahafal mutiara ilmu.
3. Kurang rasa kasihan pada manusia lain kerana menganggap orang lain pun semuanya kenyang.
4. Malas hendak beribadah.
5. Bertambah nafsu syahwat.
6. Orang2 beriman sentiasa duduk di masjid dan orang2 yang kenyang duduk ditempat2 kotor dan maksiat.

10. Lapar sedikit adalah ubat yang mujarab.

Khalifah ar-Rasyid menghimpun beberapa pakar perubatan dan mencari apakah ubat yang tidak ada kesan buruk langsung. Ada timbul beberapa jawapan seperti air suam, kurma dan sebagainya. Tetapi telah ditolak oleh seorang yang paling banyak ilmu dikalangan mereka dengan jawapan2 yang bernas dan diterima oleh pakar yang lain. Maka yang lain pun bertanya kepadanya apakah jawapan yang sebenar. Maka dia menjawab:

"Ubat yang tidak ada kesan buruk disisiku adalah janganlah engkau makan melainkan setelah benar2 lapar dan selesai makan dalam keadaan engkau masih ingin makan lagi (iaitu makan sedikit sahaja)."

Kesimpulannya:Maksud lapar yang terpuji disini adalah yang adalah lapar sedikit yang tidak membawa penyakit. Adapun lapar yang boleh membawa penyakit adalah dilarang.Maka kawallah cara makan kita.

Rujukan: Ihyau Ulumuddin oleh Imam Ghazali dan Tahzib atTargib wat Tarhib oleh al-Munziri.

MATLAMAT PERKAHWINAN DALAM ISLAM

1. Mendapat kemulian dr Islam dgn perkahwinan.

Diantara perkara yg menunujukkan Islam memuliakan manusia dgn perkahwinan ialah menjadikannya sebagai satu ibadah.Nabi bersabda:

(في بضع أحدكم أجر) Maksudnya: Hubungan kelamin yg dilakukan oleh sesorang kamu mendapat pahala. Para sahabat bertanya: "Adakah mendatangkan syahwat juga mendapat pahala? Lalu Nabi menjawab:


(نعم، أرأيتها لو وضعها في حرام أكان عليه وزر؟ كذلك لو وضعها في الحلال كان له أجر)

Maksudnya: Ya, Ape kata kamu kalau seorang tu melepaskan nafsunya pd yg haram(tentunya mendapat dosa)? Demikian juga sebaliknya apabila seseorng tu melepaskan pd yg halal, dia akn mendapat pahala.(HR Muslim)

Begitu juga Allah membantu kepada mereka yg ingin berkahwin. Nabi bersabda:


(ثلاثة حق على الله عونهم: -منها-الناكح الذي يريد العفاف)

Maksudnya: Tiga Golongan yg Allah pasti tolong mereka: -slh satunya- org yg bernikah kerana nak menjaga dr maksiat. (HR Tirmizi)


2.Mencari ketenangan dan kebahagian dlm perkahwinan.


Firman Allah s.w.t:


(ومن ءايته أن خلق لكم من أنفسكم أزواجا لتسكنوا إليها وجعل بينكم مودة ورحمة))

Maksudnya: Diantara tanda2 kekuasaannya menjadi pasanganmu dr kalanganmu sendiri supaya kamu cenderung hati pdnya dan Allah menjadikan kasih sayang dan cinta dikalangan pasangan suami isteri...(Al-Rom: 21)
Nabi bersabda:


(أربع من السعادة: -منها-المرأة الصالحة))

Maksudnya: Empat dr kebahagian: -diantara- Isteri yg solehah.(HR Ibnu Hibban)


3. Perkahwinan menyempurnakan Iman.

Nabi bersabda:

(من تزوج فقد استكمل نصف الإيمان، فليتق الله في النصف الباقي))


Maksudnya: Sesiapa yg berkahwin maka telah sempurna setengah imannya, maka bertakwalah untuk menyempurnakan setengah iman lagi. (HR Ibnu Majah)

4. Meletakkan syahwat ditempat yg halal.

Nabi bersabda:

((إذا رأى أحدكم امرأة حسنة وأعجبته، فليأت أهله))

Maksudnya: Apabila seseorng kamu melihat wanita yg cantik dn tertarik dgn wanita tersebut mk hendaklah dia setubuhi isterinya.(HR MUslim)


Ibnu Masud berkata berkata ketika beliau sakit taun: Kahwinilah aku..sesungguhnya aku benci berjumpa Allah dlm keadaan aku bujang.

5. Membina generasi yg gemilang.

(تناكحوا تكثروا، فإني أباهي بكم الأمم يوم القيامة)


Maksudnya: Hendaklah kamu berkahwin,dgn itu dpt memperbanyakkan zuriat, sesungguhnya aku berbangga dgn umat yg banyak pd hari kiamat..


P/S: Jangan kita katA gatal pd org yg nak kahwin tapi kita puji pd org yg nak buat maksiat..

rujukan Saadul Marah al-Muslimah 1 dr Abid- baiti jannati(RUMAHKU SYURGAKU)

Thursday, December 17, 2009

SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH




UJIAN ALLAH

Sesungguhnya segala ujian,godaan,gangguan dan tentangan itu diizinkan Allah hanya semata-mata mahu melihat kesungguhan dan keimanan setiap umatnya dalam wadah perjuangan.

Monday, December 14, 2009

WAS-WAS DALAM IBADAH

Diantaranya adalah seperti berikut:

1. Kejahilan dalam agama.

Oleh kerana kejahilan sebahgian besar manusia terhadap agamanya menyebabkan mereka melakukan perkara yang tidak disuruh oleh agamanya. Manusia yang berilmu mengetahui najis-najis yang dimaafkan sedangkan manusia yang jahil terpaksa membasuh najis-najis yang dimaafkan. Manusia yang berilmu juga akan menjimat air ketika bersuci dan tidak termasuk dalam golongan yang melampau yang disebut dalam Hadis Nabi saw:


إنه سيكون في هذه الأمة قوم يعتدون في الطهور والدعاء


"Sesungguhnya akan ada satu dikalangan umat ini yang melampau dalam bersuci dan berdoa." (Hr Abu Daud)

Imam Ghazali berkata:

"Penyakit was-was adalah disebabkan kejahilan dengan ilmu syariat atau rosak akalnya. Kedua-duanya adalah sebesar keaiban dan kekurangan."

2. Kelalaian dalam beribadah.

Perkara utama dalam ibadah adalah khusyuk mengingati tuhan. Tidak kira ketika wuduk atau dalam solat. Firman Allah swt:


فاعبدني وأقم الصلاة لذكري


" Hendaklan engkau menyembahku dan dirikan solat supaya dapat mengingatiku." (14 : Toha)

Apabila lalai, menyebabkan seseorang itu tidak mengingati apa yang dibasuh dalam bersuci dan apa yang dilakukan ketika solat. Ketika ini syaitan akan mengambil peranan menggodanya sehingga dia terjebak dalam penyakit was-was. Ibnu Abbas telah berkata:


الشيطان جاثم على قلب ابن ادم فإذا سهى وغفل وسوس فإذا ذكر الله خنس


"Syaitan mendempek di hati manusia. Apabila manusia lupa dan lalai syaitan akan menimbulkan was-was di dalam hatinya. Apabila manusia ingat Allah syaitan akan berpaling."

Ini bertepatan dengan ayat 36 dan 37 surah az-Zukhruf.


3. Syaitan yang menggoda.

Tugas syaitan adalah untuk merosakkan wuduk dan solat seorang. Nabi saw bersabda:


إن للوضوء شيطانا يقال له الولهان فاتقوا وساوس الماء


"Sesungguhnya ada syaitan yang menganggu ketika seseorang itu berwuduk yang bernama walhan. Waspadalah terhadap was-was dalam penggunaan air ketika berwuduk." (Hr Ahmad dan tirmizi)

Didalam solat pula ada syaitan yang bernama Khinzab menganggu manusia solat.

4. Terlampau berhati2 dan memerhati.

Apabila sesorang itu terlampau berhati2 dalam bersuci, wuduk atau mandi menyebabkan dia tercampak dalam penyakit was-was. Dalam bersuci, wuduk dan mandi hanya cukup perasaan Zhon dan tidak perlu tahap yakin. Perasaan zhon adalah seseorang yang rasa sudah bersih ketika beristinjak (basuh najis) dan rasa sudah basuh dalam berwuduk dan mandi. Adapun sedikit perasaan yang mengatakan tidak bersih lagi atau belum basuh ia dipanngil waham dan tidak perlu dilayan.

Adapun dalam masalah batal wuduk dan solat ini dapat dilihat orang yang berpanyakit was-was ini sering membatalkan wuduk atau solatnya kerana perkara yang tidak pasti. Sedangnkan dalam Islam hanya mengira perkara yang batal sekiranya ia berlaku secara yakin. Nabi saw bersabda:


إذا وجد أحدكم في بطنه شيئا فأشكل عليه أخرج منه شيء أم لا فلا يخرجن من المسجد حتى يسمع صوتا أو يجد ريحا


"Apabila seseorang mendapati sesuatu pada perutnya dan tidak pasti samaada keluar angin dari duburnya atau pun tidak janganlah dia batalkan solatnya sehingga dia yakin keluar seperti mendengar bunyi kentut atau mencium baunya." (Hr Bukhari dan Muslim)

5. Lemah Iman

Kenipisan iman menyebabkan seseorang itu mudah itu ditipu daya oleh syaitan dan mengikut hawa nafsunya dalam perkara was-was. Kita lihat orang yang kuat imannya seperti Omar bin Khattab ra, syaitan takut untuk mendekati dan menggodanya. Nabi saw bersabda:


ايها يا ابن الخطاب والذي نفسي بيده ما لقيك الشيطان سالكا فجا إلا سلك فجا غير فجك


"Wahai anak Khattab, demi tuhan yang mana diriku berada dalam kekuasaanya, tidak ada syaitan yang berjalan menemui dirimu di satu jalan melainkan dia akan melalui jalan yang kamu tidak lalui." (Hr Bukhari dan Muslim)

KESIMPULAN

Oleh itu setiap muslim mengenal pasti setiap sebab-sebab diatas dengan baik dan cuba menghindari dengan baik.

Rujukan: Al-Quran, Syarah sahih Muslim oleh Imam Nawawi, al-Waswasah karangan Dr Iadah alkubaisi dan al-Was wasah oleh Fuad Siraj.

Saturday, December 12, 2009

سُوۡرَةُ النِّسَاء

وَإِذَا جَآءَهُمۡ أَمۡرٌ۬ مِّنَ ٱلۡأَمۡنِ أَوِ ٱلۡخَوۡفِ أَذَاعُواْ بِهِۦ‌ۖ وَلَوۡ رَدُّوهُ إِلَى ٱلرَّسُولِ وَإِلَىٰٓ أُوْلِى ٱلۡأَمۡرِ مِنۡہُمۡ لَعَلِمَهُ ٱلَّذِينَ يَسۡتَنۢبِطُونَهُ ۥ مِنۡہُمۡ‌ۗ وَلَوۡلَا فَضۡلُ ٱللَّهِ عَلَيۡڪُمۡ وَرَحۡمَتُهُ ۥ لَٱتَّبَعۡتُمُ ٱلشَّيۡطَـٰنَ إِلَّا قَلِيلاً۬ (٨٣

Dan apabila datang kepada mereka suatu berita tentang keamanan ataupun ketakutan, mereka lalu menyiarkannya. Dan kalau mereka menyerahkannya kepada Rasul dan Ulil Amri di antara mereka, tentulah orang-orang yang ingin mengetahui kebenarannya [akan dapat] mengetahuinya dari mereka [Rasul dan Ulil Amri] . Kalau tidaklah karena karunia dan rahmat Allah kepada kamu, tentulah kamu mengikut syaitan, kecuali sebahagian kecil saja [di antaramu. (83)

SURAH AR-RAHMAN

AYAT 33
Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami; masakan dapat)!
AYAT 34
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
AYAT 35
Kamu (wahai golongan yang kufur ingkar dari kalangan jin dan manusia) akan ditimpakan dengan api yang menjulang-julang dan leburan tembaga cair (yang membakar); dengan yang demikian, kamu tidak akan dapat mempertahankan diri (dari azab seksa itu);

Thursday, December 10, 2009

ISTIQHFAR/SAKIT/ULAMAK DI AKHIR ZAMAN

1.Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang sentiasa beristighfar maka Allah akan menjadikan baginya setiap kesusahan itu ada jalan keluar dan pada setiap kesempitan ada cara mengatasinya serta memberikan rezeki kepadanya daripada sumber yang tidak disangka-sangka.”

Riwayat Abu Daud

2.Nabi s.a.w bersabda: "Tidak ada seseorang Islam yang ditimpakan sesuatu yang menyakiti, iaitu penyakit atau lainnya, melainkan Allah gugurkan dengan sebab itu dosa-dosanya, sebagaimana pokok menggugurkan daunnya (pada musimnya yang tertentu)."

Abdullah bin Mas'ud r.a

3.Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr bin al-Ash r.a: “Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “ Allah tidak akan mengambil kembali ilmu (agama) dengan mengambilnya dari (dalam hati) manusia, tetapi mengambilnya kembali dengan kematian para ulama hingga tidak bersisa, lalu orang ramai akan mengambil orang-orang bodoh sebagai pemimpinnya yang apabila orang-orang itu bertanya kepada mereka, mereka akan memberikan jawapan-jawapan yang tidak didasarkan kepada ilmu. Maka mereka akan berada dalam kesesatan dan menyesatkan orang lain.”

(al-Bukhari)

Wednesday, December 9, 2009

HUBUNGAN ORANG KAFIR DENGAN ORANG BERIMAN

Hubungan muslim dengan orang kafir adalah hubungan yang baik selagi mana orang kafir tersebut tidak memusuhi dan menganiya orang Islam. Ini jelas dari apa yang Allah gariskan dalam ayat berikut:

"Allah tidak menegah kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil kepada orang kafir yang tidak memerangi kamu dan tidak menghalau kamu dari tempat tinggal kamu. Sesungguhnya Allah cinta kepada orang-orang yang berlaku adil." (8 : Mumtahanah)

Asma' bintu Abu Bakr telah datang berjumpa dengan Rasulullah saw , bertanya kepada baginda:

"Ya Rasulullah , sesungguhnya ibu ku yang masih kafir telah datang untuk menghubungi silatur rahim denganku, adakah aku boleh menghubungi silatur rahim dengannya?" Nabi saw menjawab :


صلي أمك


" Hubungi silatur rahim dengan ibu mu." (Hr Bukhari dan Muslim)

Ini menunjukkan Islam tidak menghalang hubungan baik diantara muslim dan non muslim.

Nabi saw bersabda:


اتق الله حيث ما كنت وأتبع السيئة الحسنة تمحها وخالق الناس بخلق حسن


" Bertakwalah kamu di mana kamu berada, ikuti perbuatan jahat kamu dengan perbuatan yang baik pasti akan dihapuskan dosa perbuatan jahat itu dan hendaklah kamu berakhlak bersama manusia dengan akhlak yang baik." (Hr Tirmizi dan Ahmad - hadis bersanad hasan)

Nabi saw menyebut perkataan manusia bukannya orang Islam atau orang yang beriman. Ini menunjukkan bahawa kebaikan itu hendaklah diberikan kepada semua manusia.

Sebahgian orang yahudi telah berjumpa dengan Nabi Muhammad saw dan mengucapkan:

السام عليك (kematian untuk mu)

Aisyah mendengar ucapan mereka, lantas menjawab:

وعليكم السام واللعنة يا أعداء الله (Untukmu kematian dan laknat wahai musuh-musuh Allah)

Nabi saw mencela Aisyah terhadap apa yang telah diucapkan. Aisyah pun berkata:

"Ya Rasulullah saw, Adakah engkau tidak mendengar apa yang mereka ucapkan?"

Baginda saw menjawab:


يا عائشة الله يحب الرفق في الأمر كله


"Wahai Aisyah, Allah cinta kepada kelembutan pada semua perkara." (Hadis Bukhari dan Muslim)

FATWA DR YUSUF AL-QARDAWI

Berdasarkan hujjah dan dalil yang lepas , Prof Dr Yusuf Qardawi telah berkata:

"Oleh kerana itu , Tidak ada tegahan kepada induvidu atau Kesatuan Islam untuk memberi ucapan tahniah sempena perayaan orang-orang kafir , samaada dengan mulut atau dengan kad. Selagi mana tidak mengandungi ucapan-ucapan berbentuk keagamaan yang bertentang dengan dasar-dasar Islam seperti mengakui Nabi Isa disalib. Ini kerana agama Islam menafikan perkara ini. Firman Allah swt:

"Dan mereka tidak membunuh Nabi Isa dan tidak menyalibnya tetapi yang dibunuh dan disalib adalah orang serupa mukanya dengan Nabi Isa a.s." (156 : an-Nisa)

Ucapan-ucapan yang biasa sempena hari raya orang kafir dan tidak mengandungi lafaz yang mengakui atau meredai agama mereka adalah ucapan sopan santun sesama manusia.

Tidak dilarang untuk menerima hadiah daripada mereka dan membalas hadiah mereka. Nabi saw menerima hadiah dari orang kafir seperti Muqauqis pembesar qibti di mesir dan lain-lain.

KESIMPULAN

Terdapat ulama yang melarang ucapan seumpama ini seperti ulama arab saudi. Oleh itu kita perlu berlapang dada dan tidak fanatik dengan mana-mana pendapat. Kita perlu bersatu dari segi fikiran dan kerja untuk menghadapi orang-orang kafir yang memerangi umat Islam. Kadang-kadang saya hairan, kita saling memboikot sesama muslim tetapi selamba membeli barangan buatan kafir yang memerangi umat Islam. Fikirkanlah.

Rujukan: Sofwatut Tafasir oleh Syeikh Sobuni dan Fi Feqhil Aqalliyyat al-Muslimah oleh Dr Yusuf Qardawi.

Tuesday, December 8, 2009

SAI'D BIN AMIR (PEMIMPIN ISLAM YANG ZUHUD)

Pada zaman saidina Umar ra , tanah Syam adalah pusat perniagaan yang besar dan hebat. Umar perlu memilih seorang gabenor yang sesuai supaya dapat memerintah bumi Syam dengan baik. Akhirnya beliau telah memilih Sa’id bin Amir ra sebagai wali (ketua) Syam. Apabila Umar ra mengajukan jawatan wali Syam kepadanya, beliau menjawab :

لا تفتني يا أمير المؤمنين


“ Jangan campakkan aku ke dalam fitnah hai amirul mukminin.”


# sebagai seorang beriman hendaklah merasa takut dgn jawatan keran ia satu amanah yg besar dan boleh menyebabkan dia hanyut dengan nikmat jawatn tersebut.

Lalu Umar menjawab:

والله لا أدعك أتضعون أمانتكم وخلافتكم في عنقي ثم تتركونني


“Demi Allah aku sesekali tidak akan membiarkan kamu, adakah kamu meletakkan amanah dan tugas khalifah ke bahu ku kemudian kamu meninggalkan aku.”


# Kita tidak boleh membiarkan pemimpin tertinggi membuat kerjanya tanpa dibantu. Setiap orang ada peranannya. Ingat, kita berkerja kerana Allah bukan keran jawatan.

Akhirnya Said pun setuju dengan jawatan tersebut. Beliau pun berangkat menuju ke Hims (tempat di Syria) bersama isterinya yang baru dikahwini. Saidina Umar telah membekalkan harta yang banyak kepadanya. Apabila sampai di Hims, isterinya hendak menggunakan duit tersebut utk membeli pakaian dan perabot yang sesuai dengan kedudukan mereka sebagai pemerintah Syam. Lalu suaminya berkata:

ألا أدلك على خير من هذا ؟! نحن في بلاد تجارتها رابحة ، وسوقها رائجة ، فلتعط هذا المال من يتجر لنا فيه وينميه

“Mahukan aku tunjukkan kepadamu penggunaan harta yang lebih baik dari ini?! Kita berada di Negara yang mana perniagaannya menguntungkan dan pasarannya meluas. Sebaiknya harta ini dilaburkan kepada pedagang-pedagang untuk dikembangkan.”

Isterinya menjawab:

فإن خسرت تجارته

“Kalau perniagaan ini mengalami kerugian?”

Sa’id berkata:

لن تخسر بإذن الله

“Tidak rugi dengan izin Allah.”

Isterinya berkata:

فنعم إذن

“Kalau begitu, baiklah.”

Sa’id pun keluar membawa hartanya yang banyak. Beliau telah membeli barang keperluan yang penting utk kehidupan mereka dan selebihnya telah diagih-agihkan kepada fakir miskin.

# Inilah sikap seorang mukmin yang mengutamakan keuntungan akhirat dari keuntungan dunia dan lebih mengumpulkan amalan dari mengumpul harta yang fana. Harta yang diifak itu kekal dan yang digunakan sendiri itu akan akan musnah.

Masa pun berlalu, siisteri bertanya kepada suaminya tentang perkembangan duit yang dilaburkan. Sa’id menjawab:

إنها تجارة موفقة وإن الأرباح تنمو وتزيد

“Sesungguhnya perniagaan mencapai sasaran dan keuntungan berkembang dan bertambah.”

Suatu hari siisteri melontarkan soalan yang sama kepada seorang saudaranya yang mengetahui perkara sebenar. Saudaranya tersenyum diikuti dengan ketawa yang menimbulkan keraguan dalam hati siisteri. Siisteri bersungguh-sungguh menyuruh saudaranya memberitahu perkara sebenar. Akhirnya dia memberitahu bahawa sa’id sudah menginfakkan kesemua hartanya sejak awal lagi. Siisteri amat terkejut dan berasa sangat sedih kerana barang yang dihajati tidak diperolehi dan harta sudah habis. Said berkata:

لقد كان لي أصحاب سبقوني إلى الجنة ، وما أحب أن أنحرف عن طريقهم ولو كانت لي الدنيا وما فيها


“Sesengguhnya sahabat-sahabatku telah mendahului aku menjejaki syurga. Aku tidak mahu melencong dari cara hidup mereka sekalipun aku memiliki dunia dan isinya.”


Sa’id berkata kepada isterinya:

تعلمين أن في الجنة من الحور العين والخيرات ما لو أطلت واحدة منهن على الأرض لأضاءتها جميعا ، ولقهر نورها نور الشمس والقمر معا ، فلأن أضحي بك من أجلهن أحرى وأولى من أن أضحي بهن من أجلك


“Ketahuilah sesungguhnya dalam syurga terdapat bidadari dan pelbagai nikmat yang mana kalau salah satu dari nikmat tersebut muncul di bumi ini pasti akan menyinari seluruh bumi dan cahayanya akan mengalahkan cahaya matahari dan bulan. Aku mengorbankanmu demi mendapatkan nikmat syurga lebih patut dan lebik baik dari aku mengorbankan nikmat syurga kerana untuk mendapatkanmu.”

Akhirnya siisteri tunduk denga kehendak suaminya dan hidup dengan cara suaminya untuk mendapatkan syurga.

# Inilah sikap suami yang tegas dalam melaksanakan perintah Allah dalam rumah tangganya. Si sisteri juga akhirnya memahami suaminya yang lebih mementingkan akhirat dari segalanya.

Suatu hari khalifah Umar al-Khattab telah melawat Hims dan bertanya tentang pemerintahan Sa’id. Mereka telah mengadu kepada Umar 4 perkara:

Dia keluar untuk menemui kami setelah hari kesiangan.
Pada waktu malam dia tidak menenemui kami.
Dalam sebulan dua kali dia tidak keluar menemui kami.
Kadang dia pengsan dengan tiba2.

Umar berbisik pada tuhan dengan berkata:


الهم إني أعرفه من خير عبادك ، اللهم لا تخيب فراستي في

“Ya Allah sesungguhnya aku mengenal sebagai salah seorang dari hambamu yang terbaik. Ya Allah janganlah dikau kecewakan firasatku terhadapnya.”

Adapun jawapan Sa’id terhadap persoalan tersebut adalah seperti berikut:

Jawapan pertama:

“Sesungguhnya aku tidak keluar melainkan setelah kesiangan. Demi Allah Aku benci utk memberitahu sebabnya (kerna takut riya’ dan ujub). Sesungguhnya isteri aku tidak mempunyai khadam. Aku telah menguli tepung dan aku membiarkannya sehingga ia naik dan kemudian aku membakarnya menjadi roti. Kemudian aku solat duha dan setelah itu baru aku keluar.


# Inilah pemimpin yang hebat yang tidak menggunakan duit rakyat untuk kepentingan dirinya. Pemimpin yang tidak lupa untuk menguruskan urusan rumahnya. Kerja2nya dengan rakyat tidak melalaikannya dari melakukan tanggung jawab dirumah.

Jawapan kedua:

Adapun aduan mereka yg menyatakan aku tidak menerima aduan pada waktu malam. Sesungguhnya aku benci untuk menyatakan sebabnya. Sesungguhnya aku menjadikan waktu siang untuk rakyat dan waktu malam untuk tuhan.

# Inilah pemimpin yang tidak lupa kepada tuhannya. Sesibok mana pun seorang pemimpin terhadap rakyatnya, hendaklah dia memberi masa setiap hari untk bermunajat kepada tuhannya. Kalau kita bagi 24 jam rakyat sekalipun , kita tidak mampu menyelesaikan semua masalah yang timbul. Namun apabila kita memperuntukkan sebahagian masa diakhir malam untuk tuhan, pasti Dia akan membantu kita untuk mentadbir sesuatu tempat dengan sempurna.

Jawapan ketiga:

Sesungguhnya aku tidak keluar menemui rakyat dua hari dalam sebulan. Ini kerana aku tidak ada khadam untuk membasuh bajuku dan aku hanya mempunyai sehelai baju. Pada hari tersebut aku membasuh baju dan aku menunggu sehingga ianya kering. Setelah lewat petang aku baru keluar menemui rakyat.


# Inilah pemimpin yang sangat sederhana dalam hidupnya. Tidak mengambil kesempatan untuk mencari kekayaan melalui kerajaan yg dipimpinnya.

Jawapan keempat:

Aku kadang-kadang pengsan. Ini kerana aku telah melihat ketika khubaib al-Ansari dibunuh di mekah. Orang quraisy telah memotong kulitnya. Apabila aku mengingati peristiwa tersebut yang berlaku ketika aku masih musyrik dan aku teringat bahawa aku tidak membantu Khubaib ketika itu menyebab aku menggeletar kerana takut Azab Allah swt.Ini menyebabkan aku pengsan.


# Dia berasa amat bersalah dan takut tuhan mengazabnya kerana tidak membantu seorang muslim yang diseksa. Walaupun jelas dia tidak dipersoalkan kerana waktu itu dia masih musyrik. Bagaimana dgn kita yg hanya memandang sepi apabila melihat ummat Islam dibunuh dan diperangi.

Jawapan Sa’ad ini diakhiri dengan tangisan yang membasahi bibirnya.


Umar pun berkata:

الحمد لله الذي لم يخيب فراستي

“Segala puji bagi Allah yang tidak mengecawakan firasatku.”

Beliau memeluk Sa’id dan mencium dahinya.


# Inilah proses muhasabah yang perlu diadakan diantara pemimpin dan rakyatnya.Mampukah pemimpin kita di Malaysia mencontohi beliau??


Rujukan: Qasasus Salihin oleh Haidar Muhyiddin Askif.

RIYA' (YA ALLAH JAUHKAN AKU DARI SIFAT RIYA')

Riya’: Melakukan amal Islam supaya dilihat manusia.

Tasmi’e (sum’ah): Melakukan amal Islam berseorangan kemudian cerita amalannya kepada orang lain.

Kedua2nya membatalakan pahala amalan manusia walaupun sah amalan tersebut. Ulama mazhab maliki berpendapat terbatal amalan tersebut. (syeikh Bajuri)

Ancaman kepada orang yang riya' dan sum'ah

Firman Allah swt:

Maksudnya: “Maka celaka lah bagi orang yang sembahyang. Iaitu orang yang melalaikan solat sehingga keluar waktu solat dan orang yang sembahyang dgn untuk menunjuk2 kepada orang lain.” (1-3 al-Ma’un)

Firman Allah swt:

Maksudnya: “Sesungguhnya orang2 munafikin cuba untuk memperdaya Allah swt dan Allah membalas terhadap tipu daya mereka, mereka malas untuk menunaikan solat, mereka solat kerana untuk menunjukkan kepada orang lain dan hanya sedikit sahaja mengingati Allah. (142 : an-Nisa)



يكشف ربنا عن ساقه فيسجد له كل مؤمن ومؤمنة ويبقى من كان يسجد في الدنيا رئاء وسمعة فيذهب ليسجد فيعود ظهره طبقا واحدا


Maksudnya: “Allah akan menyulitkan mahkluk pada hari kiamat. Semua orang beriman lelaki dan perempuan sujud kepadanya. Orang yang tinggal hanya yang sujud di dunia dgn riya dan sum’ah. Mereka cuba untuk sujud tetapi belakang mereka kembali menjadi tegak dan tidak mampu sujud.” (Hr Bukhari 4919 dan Muslim 454 – sahih)


من سمع سمع الله به ومن يراء يراء الله به


Maksudnya: “Sesiapa yang sum’ah dan riya’ dalam amalannya Allah akan membongkar perbuatan tersebut kepada manusia pada hari kiamat.” (Hr Bukhari 6499 dan Muslim 7477)

Daripada Abu Hurairah ra berkata: Nabi saw bersabda:

“Sesungguhnya manusia yang mula-mula dibicarakan pada hari kiamat adalah seorang lelaki yang syahid . Dia didatangkan dan Allah mengingatkan kembali nikmat dan kelebihan yg telah Allah berikan. Dia mengakuinya. Allah bertanya “Apa yang engkau beramal kerna Allah terhadap nikmat2 ini?” Lelaki itu menjawab “ Aku telah berperang kerana mu sehingga aku syahid.” Allah menjawab “Engkau bohong kerana engkau berjuang kerana supaya dikatakan engkau berani, sesungguhnya manusia telah memuji keberanianmu.” Kemudian dikeluarkan perintah hukuman, dia diheret dengan diseret mukanya sehingga dicampak ke dalam api neraka.

Didatangkan pula seorang lelaki yang di dunia telah belajar ilmu, mengajarnya dan membaca al-Quran. Allah telah mengingatkan kembali nikmat dan kelebihanya yg Allah berikan. Dia mengakui nikmat tersebut. Allah bertanya “Apa yang engkau beramal kerna Allah terhadap nikmat2 ini?” Dia menjawab “aku telah belajar, mengajarnya dan membaca al-Quran kerana mu .” Allah menjawab “Kamu berbohong kerana kamu belajar supaya dikatakan kamu orang yg berilmu dan kamu membaca supaya dikatakan kamu sebagai Qari , sesungguhnya kamu telah dipanggil sebagai orang berilmu dan qari. Kemudian dikeluarkan perintah hukuman, lalu diheret diatas mukanya sehingga dicampak ke dalam api neraka.

Didatangkan pula seorang lelaki yang Allah telah luaskan rezkinya dan memberikannya pelbagai jenis harta. Allah telah memperingatkan kembali nikmat dan kelebihanNya kepadanya. Dia telah mengakuinya. Allah bertanya “Apa yang engkau telah buat terhadap nikmat2 tersebut demi kerana Allah?” Dia menjawab “Aku telah membelanjakan harta untuk setiap jalan kebaikan kerana mu.” Allah menjawab “Engkau bohong kerana engkau buat sedemikian adalah kerana untuk dikatakan sebagai pemurah, sesungguhnya engkau telah dikatakan pemurah.” Kemudian diputuskan hukuman, lalu diheret atas mukanya sehingga dicampak ke dalam api neraka.”

Hadis sahih riwayat Muslim, Nasaie, Tirmizi dan Ibnu Hibban.

Tanda2 orang riya

Fudail bin ‘Iyad berkata:

“Meninggalkan amalan kerana manusia adalah riya’, melakukan amalan kerana manusia adalah syirik dan ikhlas ialah Allah menyelamatkan kamu dari keduanya.”

Jenis riya’

Pertama: Riya Jali

Orang yang melakukan amalan tersebut dihadapan manusia. Ketika bersendirian tidak buat.

Kedua : Riya’ khafi

Orang yang melakukan amalan yang sama samada dihadapan manusia atau bersendirian. Namun dia rasa gembira bila orang mengetahu amalannya. (Syekih Bajuri)

Fenomena riya dan Sum’ah dalam kehidupan seharian

1. Solat sunat di depan orang. Dekat rumah tidak buat.
2. Pakai elok utk buat ibadat depan orang. Dekat rumah ala kadar.
3. Tidak makan banyak depan orang. Ketika sorang2 makan banyak.
4. Berasa seronok bila dipuji amalannya.
5. Menceritakan amalannya kepada manusia.
6. Semangat buat amalan bila dipuji dan lemah ketika dikeji.
7. Menggelokkan bacaan didepan orang. Masa sorang2 baca laju kemain.
8. Akhlak yang bagus dan manisss depan orang. Masa dekat rumah terok.
9. Tulis kat blog,status ym atau mana2 yang menunjukkan dia ikhlas, beramal, berjuang dan amal2 Islam yang lain.
10. Berpasatuan atau berparti kerna nak pujian dan jawatan. Bila tak dapat mulala merajuk atau lemah semangat.

Rujukan: “Targhib wat Tarhib oleh al-Munziri, Hasyiah Bajuri ala Jauharatut Tauhid oleh Bajuri, Sofwatut tafasir oleh Sobuni, Sohih Bukhari dan lain2.

Monday, December 7, 2009

KHALIFAH UMAR BIN ABDUL AZIZ

1. Yunus bin Abi Syabib berkata:

“Aku melihat Umar bin Abdul Aziz tawaf di sekeliling ka’bah dalam keadaan tali pinggangnya tenggelam dalam lipatan perutnya kerna gemuknya. Ini sebelum beliau menjadi khalifah. Setelah mana beliau menjadi Khalifah, kalau aku hendak aku boleh menghitung bilangan tulang rusuknya tanpa aku menyentuhnya , pasti aku boleh melakukannya.”

Komen: Ini kerana kepimpinan bukan kemuliaan tetapi suatu amanah yang berat. Ini benar2 dihayati oleh Umar sehingga jawatan menyebabkan dia kurus. Bukannya seperti kebanyakan pimpinan sekarang yang menyebabkan jawatan pimpinan menjadi rebutan dan jambatan untuk menuju kemewahan. Kita lihat bagaimana putera raja yang hidupnya semakin lama semakin mewah. Berikut potongan berita tersebut:

"Sebuah pesawat gergasi Airbus A380 yang berharga £300 juta (RM1.68 bilion) direka khas untuk seorang kerabat diraja dari Asia Barat, lapor sebuah akhbar.

Namun, apabila pengubahsuaian pesawat itu siap tiga tahun lagi, ia bakal menjadi jet peribadi terbesar di dunia."

2.Khalifah Abu Ja’far bin Mansur telah bertanya kepada anak Umar bin Abdul Aziz “Berapakah banyak wang simpanan Umar ketika beliau mula-mula memegang jawatan khalifah?”

Anaknya menjawab “40 ribu dinar (wang emas).”

Abu Ja’far bertanya lagi “Berapa pula ketika beliau wafat?”

Anaknya menjawab “ 4 ratus dinar, kalau dia panjang umur lagi pastilah semakin berkurangan.”

Umar memegang jawatan Khalifah bukannya untuk menghimpun duit. Ini kerana keseronokan menghimpun duit boleh melalaikan seorang dari menjalankan kewajipan agamanya. Firman Allah swt:


ألهاكم التكاثر . حتى زرتم المقاب


“Perbuatan kamu yang saling berbangga dengan harta itu melalaikan kamu dari ketaatan dan bersedia untuk keakhirat.sehinggalah kamu mati dan ditanam di kubur.” (1-2 At-Takasur)

Kita lihat bagaimana pemimpin di zaman sekarang, walaupun gaji sudah banyak tetapi ia tidak membuatkan pemimpin itu puas. Lihat sahaja seorang menteri di Britain yang meminta perbelanjaan yang melampau dengan mengorbankan duit rakyat.

3. Maslamah bin Malik berkata:

Aku telah menziarahi Umar bin Abdul Aziz ketika beliau sakit dan aku dapati bajunya kotor. Aku berkata kepada isterinnya Fatimah “Hai Fatimah basuhlah baju Amirul Mukminin.” Jawab Fatimah “Aku basuh insyaAllah.”

Apabila aku menziarahinya semula aku dapati bajunya masih lagi kotor. Aku pun berkata “Hai Fatimah, bukankah aku telah menyuruhmu membasuh baju Amirul Mukminin. Sesungguhnya manusia menziarahinya.” Fatimah menjawab “Demi Allah, bajunya hanya ada satu.”

Komen: Beliau hanya mempunyai sehelai baju. Namun pemimpin sekarang bertukar kenderaan seperti tukar baju. Rakyat menderita tidak ada rumah dan perlindungan tetapi mereka sibuk bincang pasal hendak tukar kenderaan. Baru sahaja naik jadi exco sudah tukar kereta dan rumah mewah. Pemimpin yang jahat pada zaman ini sibuk dengan makan duit rakyat, adapun pemimpin yang dianggap baik sibuk dengan masalah ekonomi dan menjadikannya masalah utama. Kurang sibuk tentang hukum Allah yg diabaikan, kemaksiatan berleluasa, kejahilan rakyat terhadap agama dan perkara yang berkait dengan pembangunan ruh.

4. Amru bin Muhajir telah menyebut:

“Sesungguhnya Umar bin Abdul Aziz menyalakan pelita kerajaan hanya untuk urusan orang-orang Islam. Apabila telah selesai urusan tersebut beliau akan memadamnya dan menggunakan pelitanya sendiri.”

Komen: Penyalahgunaan wang rakyat terjadi dimana-mana. Saya memperingatkan diri saya dan pemegang amanah rakyat walaupun dalam lingkungan yg sedikit supaya tidak menyalahgunakan amanah. Lihat orang yang yang telah mati dalam peperangan. Para sahabat menyatakan dia syahid. Namun Rasulullah saw bersabda:


كلا إني رأيته في النار في بردة غلها


“Dia tidak sama sekali mendapat pahala syahid. Sesungguhnya aku melihatnya berada di dalam neraka kerana sehelai selimut yang dia khianati.” (Hr Muslim)

5. Suatu hari Umar bin Abdul Aziz berkata kepada isterinya “Wahai Fatimah, adakah engkau mempunyai duit dirham(perak) untuk aku membeli anggur?” Isterinya menjawab “Tidak ada.” Umar bertanya lagi “Engkau ada duit fulus (tembaga)?” Fatimah menjawab “Tidak ada.” Fatimah mengadap suaminya , seraya berkata “Engkau adalah amirul mukminin tetapi tidak ada duit langsung untuk membeli anggur.” Umar menjawab:


هذا أهون علينا معالجة الأغلال غدا في جهنم


“Perkara ini lebih mudah untuk kita hadapi daripada menghadapi belenggu di neraka jahannam pada hari kiamat kelak.”

Komen: Umar tidak ada elau makanan dan sebagainya. Tetapi kita lihat bagaimana satu ketika bagaimana elaun hari raya untuk menteri, exco dan wakil rakyat bernilai 250,000 setahun di sebuah negeri di Malaysia. Umar hendak menjamah anggur pun tiada duit. Pemimpin sekarang segala2nya ada elaun. Ini adalah penyalah gunaan wang rakyat. Wang inilah yang boleh menghancurkan bangsa disebabkan perebutan, rasuah, kes jenayah dan sebagainya. Semuanya berpunca dari wang. Nabi saw bersabda:


لكل أمة فتنة وفتنة أمتي المال


“Setiap ummat mempunyai fitnah yang boleh merosakkan mereka. Fitnah umatku adalah harta.” Hr Tirmizi

Ya Allah selamatkan kami dari fitnah harta

Kesimpulan: Dizaman pemerintahan beliaulah sejarah Islam tercipta, tidak seorang pun yang layak menerima zakat kerana rakyatnya sudah senang belaka.Mampukah pemimpin pada zaman ini mencontohi beliau??

Rujukan: al-Malul Am wa Ahkamuhu Fil Feqhil Islam oleh Muhammad Said al-Baghdadi dan laman akbar di internet.والله اعلم

Sunday, December 6, 2009

WANITA MENARI DIKHALAYAK RAMAI

Ulama syafie berpendapat asal kepada hukum menari adalah harus. Ini adalah berdasarkan hadis berikut yang diriwayat oleh Aisyah:


جاء حبشة يزفنون في يوم عيد في المسجد فدعاني النبي صلى الله عليه وسلم فوضعت رأسي على منكبه فجعلت أنظر إلي لعبهم حتى كنت أنا التي أنصرف عن النظر إليهم


“Orang-orang habsyah datang menari pada hari raya di Masjid. Aku pun mengajak baginda saw melihatnya bersama.Aku meletakkan kepala di bahunya sambil melihat permainan mereka sehingga aku berpaling dari melihat mereka.” (Hr Muslim – sahih)

Ulama Syafie mensyaratkan pengharusan menari bagi lelaki dan perempuan sekiranya tidak ada pergerakan lemah gemalai.Kalau ada pergerakan sedemikian,maka hukumnya haram kepada lelaki kerana seperti perbuatan khunsa dan perempuan dikhalayak lelaki kerana boleh membawa fitnah.

Adapun bagi mazhab hanafi, maliki, hambali dan al-Qaffal, mereka mengatakan asal hukum menari adalah makruh. Ini kerana menari adalah perkara yang hina dan menjatuhkan maruah. Mereka menyatakan hadis tarian orang habsyah itu adalah maksudnya bermain senjata. Ini berdasarkan hadis berikut:


ويلعبون عند رسول الله بحرابهم


“Mereka bermain tombak di hadapan Rasulullah saw.” (Hr Muslim – sahih)

Hukum makruh adalah sekiranya tidak disertai perkara yang haram seperti minum arak, buka aurat dan sebagainya. Jika ada maka semuanya mengatakan haram.

Bila kita melihat kembali kepada soalan dan kejadian yang berlaku,bagaimana wanita yang lengkap menutup aurat menari dikhayak ramai.Berdasarkan mazhab Syafie jelas ianya haram kerana ia terdapat gerakan lemah gemalai dan menggerakkan anggota yang menimbulkan fitnah seperti punggung.Bagi mazhab lain kita lihat pada hukum wanita menari penuh lemah gemalai mengerakkan seluruh anggotanya termasuklah pinggulnya dihadapan lelaki.Kita melihat dari beberapa sudut:

1. Islam mengharamkan menampakkan susuh tubuh dibahagian dada dan pinggul. Ini jelas dari hadis berikut:


وأمر امرأتك أن تجعل تحته ثوبا لا يصفها


“Perintahkan isterimu (Dihyah al-Kalbi) memakai pakaian disebalik pakaian luar supaya tidak menampakkan bentuk tubuhnya. (Hr Abu Daud, al-Baihaqi dan al-Hakim)

Dan juga hadis Nabi saw:


مرها فلتجعل تحتها غلالة ، إني أخاف أن تصف حجم عظامها


“Suruh isterimu meletakkan pakaian disebalik pakaian luar, kerana aku takut ia menampakkan bentuk tubuhnya.” (Hr Ahmad)

# Menampakkan bentuk tubuh disebalik pakaian pun haram, bagaimana pula menggerakkan bahagian dada dan pinggul dihadapan lelaki?

2. Islam menegah wanita melunakkan suara berdasarkan Firman Allah swt:


فلا تخضعن بالقول

“Janganlah wanita itu melunakkan suaranya.” (32 : al-Ahzab)


Tegahan melunakkan suara adalah untuk mengelakkan dari wanita itu menimbulkan fitnah. Kalau kita bandingkan perempuan yang melunakkan suara dihadapan kita lelaki dan wanita yang menutup aurat melenggokkan dada dan pinggulnya. Mana yang lebih menimbulkan fitnah?

3. Islam telah menegah wanita menghentak kakinya dihadapan orang lelaki

Firman Allah swt:


ولا يضربن بأرجلهن

Imam Qurtubi mentafsir ayat ini “Jangalah wanita itu menhentak kakinya ketika berjalan untuk memperdengarkan bunyi gelang kakinya. Memperdengarkan bunyi perhiasan adalah seperti menunjukkan perhiasan (aurat) malah lebih dahsyat. Tujuannya adalah melindungi."

Imam az-Zujaj berkata “Mendengar bunyi perhiasan (gelang kaki) lebih menaikkan syahwat dari menunjukkan perhiasan”

# mana lebih yang lebih menaikkan syahwat? Perempuan yang mendengarkan bunyi perhiasannya atau yang melengang lenggok tubuh badannya dihadapan orang lelaki?

Kesimpulan: Jelas sekali wanita menari dengan lemah gemalai dan meliukkan tubuh badannya adalah perkara yang ditegah sama sekali. Menontonnya adalah dilarang berdasarkan Firman Allah:


قل للمؤمنين يغضوا من أبصارهم

“Katakan kepada orang beriman hendaklah menjaga pandangan mereka.” (30 : an-Nur)

Nabi saw bersabda:


والعينان زناهما النظر

"Dan zina dua mata adalah melihat perkara yang diharamkan."
(Hr Bukhari dan muslim)

Menganjurkan perkara yang haram juga dilarang. Mengupah wanita untuk menari sebegini juga dilarang. Pengarang kitab Mausu’ah Kuwaitiah berkata:

“Tidak ada khilaf dikalangan ulama mengatakan bahawa mengupah terhadap perkara yang haram adalah haram.”

Adapun orang yang menghadirinya adalah hukumnya jelas dari apa yg disebut didalam kitab مغني المحتاج:

“Dan sekiranya kehadiran seseorang itu ke majlis tidak menghilangkan kemungkaran yang ada, diharamkan untuk dia datang kerana ianya seumpama reda dengan kemungkaran.”

Rujukan: Mausuah feqhiah (Kuwait), Tafsir Qurtubi, at-Ta’amul Masyru’ lil mar2ah ma3a rajul ajnabi oleh Nabilah zaid dan Hukum patung dan gambar oleh salman maskuri.والله اعلم

HADIRI JEMPUTAN/PENUHI UNDANGAN

Ibnu Mas’ud meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Apabila seseorang kamu dijemput kepada jamuan makan hendaklah ia menghadirinya. Jika ia tidak berpuasa hendaklah ia makan dan jika ia berpuasa hendaklah ia berdoa untuk keberkatan yang menjemput.”

(at-Thabrani)

Hukum memenuhi jemputan ke majlis atau jamuan adalah wajib sekiranya tiada perkara-perkara maksiat di dalamnya dan tiada keuzuran syar'ie kerana ia adalah satu daripada hak-hak Muslim. Walau bagaimana pun kewajipan memenuhi undangan tersebut juga bergantung kepada syarat-syarat yang tertentu. Antaranya orang yang dijemput tidak mempunyai keuzuran yang akan menghalangnya dari menghadiri undangan tersebut dan dalam majlis tersebut tidak ada perkara mungkar seperti disediakan minuman arak, mengadakan majlis tari-menari, alunan dari alat-alat atau bunyi-bunyian yang haram dan sebagainya. Jika didapati majlis tersebut mengadakan acara yang mungkar maka gugurlah kewajipan untuk menghadiri majlis tersebut.

"Tak apa bukan Islam turut bertakbir" - Mufti Perak

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

PETALING JAYA: Tidak menjadi satu kesalahan kepada orang bukan Islam untuk sama-sama bertakbir raya selagi ia dilakukan bukan niat untuk menghina agama itu.

Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria berkata, orang bukan Islam juga boleh bertakbir namun ia hendahklah dilakukan atas alasan bukan untuk mempersendakan Islam.

"Tak salah, bukan menjadi satu kesalahan kalau mereka turut sama bertakbir, tapi haruslah bukan dengan niat nak main-main (mempersenda) Islam.

"Bertakbirlah kalau seseorang itu mahu, tapi tak dapat pahalalah macam kita orang Islam.

"Kita bertakbir menyebut nama Allah dan memuji-muji kekuasaan Allah," katanya kepada mStar Online.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengakuan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Pulai, Chan Ming Kai bahawa pernah bertakbir raya sehari sebelum Aidilfitri lalu seperti yang dilaporkan media hari ini.

Bukti perlakuan tersebut terdapat dalam rakaman video di laman Youtube yang menyiarkan dirinya lengkap berbaju Melayu dan bersongkok dilihat bersama-sama sekumpulan lelaki Islam bertakbir raya dalam sebuah majlis hari raya di sebuah rumah.

Malah difahamkan juga, sebelum ini, ada individu tertentu menyebarkan gambar-gambar Ming Kai bertakbir dari rumah ke rumah di sekitar bandar raya Ipoh semasa hari raya Aidilfitri lalu.

Dalam pada itu, ditanya sama ada tindakan Ming Kai itu boleh disamakan dengan isu pemimpin DAP memberikan salam dan membaca ayat suci al-Quran dalam majlis-majlis ceramah anjuran mereka, Harussani berkata isu berkenaan tidak boleh disamakan.

"Tidak...tidak...tidak, tak boleh samakan dua isu ini. Bertakbir raya lain, baca ayat al-Quran pula lain.

"Orang bukan Islam guna ayat al-Quran untuk berceramah tak boleh sebab mereka sebut pun tak betul, mereka tak faham apa yang mereka cakapkan.

"Bila tak faham maknanya, macam mana pula nak kaitkan dengan isi kandungan ceramah mereka," katanya.

BERITA DIATAS DARI MSTARONLINE.


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Saya merujuk kepada laporan akhbar Utusan Malaysia bahawa ADUN PKR N44 Simpang Pulai, YB Chan Ming Kai telah turut serta bertakbir raya di Aidilfitri nan lalu bersama umat Islam.

Saya alu alukan YB Chan Ming Kai supaya belajar tentang Agama Islam dan mengucap dua kalimah syahadah dan menjadi seorang Muslim didalam ertikata sebenar benarnya!

Setakat memakai baju Melayu, bersongkok dan duduk bertakbir raya bersama orang orang Islam memang tidak cukup malah boleh dikatakan bahawa YB Chan Ming Kai sedang berdrama swasta ingin mengambil hati orang orang Melayu menyokong YB!

Saya turut musykil bagaimana tuan rumah boleh membenarkan seorang yang belum Islam seperti YB Chan turut bertakbir membesarkan Allah Subhanahu Wa Ta'ala sedangkan beliau belum terisytihar memeluk Ad Deenullah?

Apakah YB Chan sudah Muslim?

Jika ya, maka saya dengan segala rasa bersyukur ingin menyambut keislamannya!

Jika tidak, maka apakah maksud perbuatannya itu?

Kepada YB Chan Ming Kai, ketahuilah bahawa YB berhak mengucap dua kalimah syahadah iaitu " Asy hadu alla ila ha ill lall Laah ; Wa asy hadu anna Muhammadar Rasulullah!" yang membawa maksud 'Aku mengaku tiada tuhan selain Allah dan aku mengaku bahawa (Nabi) Muhammad adalah Pesuruh Allah!'

YB boleh sahaja meminta bantuan dan bimbingan dari mana mana umat Islam di Malaysia ini.

Insya Allah, akan kami bantu YB menjadi seorang Muslim secara sah dan rasmi!

Jika YB olok olok sahaja, bertakbir bersama umat Islam seperti tersiar didalam video You Tube di atas, maka sadar lah YB bahawa bermuka muka itu adalah satu perkara terkutuk dan perbuatan sebegitu adalah tanda tanda seorang hipokrit!

YB Chan perlu menerangkan kepada umum akan apa maksud sebenar perbuatan YB itu?

Seandainya pihak tuan rumah sadar bahawa YB Chan ni sekadar nak berlakon sekejap berpura pura membesarkan Allah padahal dia memang seorang kaffir tegar, maka apakah tuanrumah sanggup menanggung dosa membiarkan kaffir mempermainkan amal ibadat suci Islam?

Ada sesiapa di majlis Takbir Aidilfitri di atas boleh menerangkan erti kehadiran YB PKR Simpang Pulai ini?

BERITA DIATAS DARI www.mindarakyat.com

Saturday, December 5, 2009

3 GOLONGAN AHLI SYURGA/TAFSIRAN MIMPI

1.Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Ahli syurga itu ada tiga golongan iaitu orang yang memerintah yang bersifat adil dan dikurniakan taufiq, orang yang berperasaan kasih sayang serta berhati lembut kepada setiap kaum karabat dan sesama Islam, orang yang tidak suka meminta-minta dan berusaha mengelak daripada meminta-minta sedangkan ia mempunyai keluarga yang ramai”.

Riwayat Muslim

2.Dari Samurah r.a diceritakannya daripada Nabi s.a.w perihal mimpi. Sabda Nabi s.a.w:” Sesiapa yang bermimpi seolah-olah kepalanya dipukul orang dengan batu, ertinya orang itu mempelajari al-Quran tetapi tidak diamalkannya dan solat wajib ditinggalkannya.”

(Bukhari)

Tuesday, December 1, 2009

ANNUAL DINER??

1.Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang mati pada masa ia dalam keadaan taatkan Allah, beramal soleh, maka ia dibangkitkan oleh Allah hidup kembali dengan keadaan yang menyukakannya; dan sesiapa yang mati pada masa ia dalam keadaan derhaka kepada Allah, berbuat jahat, maka ia dihidupkan kembali dengan keadaan yang mendukacitakannya".

Hadis riwayat Jabir r.a

2.Orang yang menghalalkanya arak dihukum kafir, kerana pengharamannya adalah sabit dengan dalil yang putus (qat’i), iaitu nas al-Quran al-karim dalam ayat al-Quran iaitu Allah S.W.T berfirman:

إنما الخمر والميسر والأنصاب والأزلام رجس من عمل الشيطان فاجتنبوه لعلكم تفلحون.

Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. (Surah Maidah: ayat 90)

3.Diharamkan perkara-perkara yang ada padanya kemudharatan dan kebinasaan kepada akal, agama, badan, harta serta membawa kepada jenayah, permusuhan dan kejahatan.Diharamkan juga bermuamalah dengan perkara-perkara yang melibatkan arak seperti menjual, membeli dan sebagainya .Sabda nabi s.a.w .

الله الخمر وشاربها وساقيها وبائعها ومبتاعها وعاصرها ومعتصرها وحامها والمحمولة إليه ,أكل ثمنهالعن

Allah melaknati khamar, peminumnya, penyajinya, penjualnya, pemiliknya, pemerahnya, tempat perehanya, pembawanya, orang yang dibawa kepadanya dan orang mengambil harganya”.

5."Aku mendengar Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda :"Sesiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya, jika sekiranya dia tiada berkuasa, maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidahnya, jika sekiranya dia tiada juga berkuasa, maka hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya, dan yang demikian itu (iaitu mengubah dengan hatinya ) adalah selemah-lemah iman."
(Hadis riwayat Muslim)

6.Tafsirnya : " Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan permusuhan." ( Surah al-Mai'idah : 2 )

7.Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." [Surah Al-Ahzab:59]

8. Maka Syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya(lelaki dan perempuan) untuk menampakkan kepada keduanya yang tertutup dari mereka iaitu auratnya .." Al-A'raf : 20)

JAWAPAN-JAWAPAN DARI JABATAN AGAMA ISLAM.

1.Menghadiri dan mendengar lagu-lagu persembahan orkestra adalah harus dengan syarat lagunya tidak melalaikan dari menunaikan perintah Allah, tidak lucah, tidak menghina Islam, tidak bercampur bebas antara lelaki dan perempuan dan menutup aurat.
2.Harus bermain alat muzik (termasuk gitar) dengan syarat :
- Tidak melalaikan pemain dan pendengar dari melaksanakan tanggungjawab dan kewajipannya seperti solat dan sebagainya.
- Tidak disertai pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.
- Tidak dijadikan satu agenda utama pada masa lapang.
3.Bermain muzik dengan keadaan yang tidak melalaikan. tidak bercampur dengan lelaki dan perempuan, menutup aurat dan senikata lagu tidak lucah dan tidak bertentangan dengan akidah adalah diharuskan. Oleh itu, berdasarkan syarat-syarat di atas lelaki yang bermain muzik dan dalam masa yang sama mengerjakan ibadah dan perintah Allah SWT adalah diharuskan.
4.Haram bagi artis dan sesiapa sahaja melakunkan watak mak nyah atau pondan atau lelaki lembut

Dapat disimpulkan bahawa,majlis makan malam yang mempunyai unsur-unsur maksiat seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan(yang tidak menutup aurat)serta didalamnya terdapat aktiviti meminum arak hendaklah kita sama-sama menjauhinya serta mengelak dari terlibat sekiranya kita mampu berbuat demikian.والله اعلم

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...