KLIK SINI



Bakers1171 - Homemade & Halal


Saturday, February 26, 2011

NAJIB JAHIL ATAU JAMIL KHIR BODOH?

Najib lawat kilang kenderaan tentera terbesar di Turki Berita hairan

2011/02/23

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam melawat kilang pengeluar kenderaan ketenteraan terbesar Turki, FNSS Savunma Sistemleri A.S. (FNSS Savunma) di Golbasi, kira-kira 30 kilometer dari sini.

Dalam lawatan kira-kira sejam itu, Perdana Menteri dan delegasi Malaysia diberi taklimat mengenai operasi kilang berkenaan oleh Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengurus Besarnya, K. Nail Kurt. Perdana Menteri turut menyaksikan demonstrasi pelbagai kenderaan ketenteraan yang dikeluarkan firma terbabit, yang juga antara pengeluar kenderaan ketenteraan terbesar dunia. Turut serta dalam lawatan berkenaan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein serta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Pada lawatan itu, majlis menandatangani perjanjian di antara DRB-HICOM Defence Technologies Sdn Bhd (Deftech) dan FNSS Savunma bagi usaha sama pengeluaran kenderaan ketenteraan di Pekan, Pahang.

Usaha sama berkenaan turut merangkumi bantuan latihan dan kepakaran serta pemindahan teknologi firma Turki itu kepada Deftech.

Kedua-dua pihak sudah menjalin kerjasama dalam bidang berkenaan sejak 2000. Pada majlis menandatangani itu, Deftech diwakili Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom Berhad, Datuk Seri Mohd Khamil Jamil manakala FNSS Savunma diwakili Kur, sambil disaksikan Najib.

Sementara itu, pada sebelah petangnya Najib dan rombongan melawat Muzium Anitkabar yang antara lain menempatkan makam pengasas Republik Turki, Mustapa Kamal Ataturk yang mana Perdana Menteri meletakkan kalungan bunga dan menandatangani buku pelawat.

Perdana Menteri kemudian mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya, Recep Tayyip Erdogan, sebelum menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di antara SME Corporation Malaysia dan Small and Medium Enterprises Development Organization (KOSGEB) Turki.

Pada sebelah malamnya, Perdana Menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor menghadiri majlis makan malam yang dihoskan oleh Erdogan.


KOMEN DDI:MANA ULAMAK 1 MALAYSIA??BUKAN MAIN SEMANGAT SAMBUT MAULIDUR RASUL....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...