KLIK SINI



Bakers1171 - Homemade & Halal


Wednesday, February 16, 2011

SEKATAN-SEKATAN DALAM PELAKSANAAN UNDANG-UNDANG ISLAM DI MALAYSIA













Oleh Prof. Ahmad IbrahimBIODATA

Di negeri-negeri Melayu sebelum masuknya pengaruh Kerajaan British undang-undang asas atau undang-undang negeri ialah undang-undang Islam bersama dengan Adat Melayu. Dalam kes Ramah lwn Laton ([1927] 6 FMSLR 128; 2JH 213) Mahkamah Rayuan di Selangor telah memutuskan bahawa undang-undang Islam ialah undang-undang negeri dan Mahkamah hendaklah mengiktirafkan dan menggunakan undang-undang itu.

Undang-undang Islam yang diikuti itu ialah dalam semua bidang dan meliputi undang-undang keluarga, undang-undang jenayah, undang-undang Tanah, dan undang-undang Mal, termasuk undang-undang Acara dan Keterangan. Kumpulan undang-undang Melayu lama seperti Undang-undang Melaka atau undang-undang yang dikumpulkan untuk Sultan Pahang mempunyai peruntukan bagi undang-undang Mal, undang-undang Keterangan dan undang-undang Acara. Majallat al-Ahkam, suatu kumpulan undang-undang Mal Islam, yang diperundangkan di Turki telah diterjemahkan ke hahasa Melayu dan diiktiraf sebagai undang-undang yang harus diikuti di mahkamah-mahkamah diJohor pada tahun 1914.

Walau bagaimanapun keadaan itu telah berubah selepas masuknya pengaruh British ke negeri-negeri Melayu. Raja-raja Melayu telah membuat triti dengan pihak berkuasa British dan bersetuju menerima nasihat British dalam semua bidang kecuali agama Islam dan adat Melayu. Perkataan "agama Islam telah diberi tafsiran yang sempit dan "agama itu dianggap sama seperti agama Kristian. Dengan tafsiran ini pihak British telah dapat mempengaruhi bidang undang-undang di Malaysia, yang dianggap olehnya tidak berhubungan dengan agama. Undang-undang Inggeris telah dimasukkan dan diterima di negeri-negeri Melayu dengan dua cara.

Pertama melalui perundangan. Pihak berkuasa British telah menasihat raja-raja Melayu agar membuat beberapa undang-undang bertulis dan undang-undang ini mengikut contoh undang-undang Inggeris secara langsung atau tidak. Dengan cara ini diadakan Kanun Jenayah (Penal Code), Enakmen Keterangan (Evidence Enactment), Enakmen Kontrak (Contract Enactment), Kanun Acara Sivil, (Civil Procedure Code) Kanun Acara Jenayah dan Enakmen Tanah (Land Enactment). Akibatnya bidang-bidang seperti bidang jenayah, kontrak, acara jenayah, acam sivil, keterangan dan tanah, undang-undang Islam dan undang-undang Melayu yang lama telah diketepikan dan undang-undang baharu yang mengikut prinsip-prinsip undang-undang Inggeris telah dikuatkuasakan.

Keduanya melalui keputusan para hakim. Dengan nasihat pihak berkuasa British raja-raja Melayu telah mengadakan mahkamah dan hakim yang dilantik mengetuai mahkamah terdin daripada hakim-hakim British yang berpengalaman dalam undang-undang Inggeris. Apabila hakim-hakim itu menghadapi sesuatu masalah yang tidak boleh diselesaikan melalui undang-undang bertulis, mereka kerapkali memjuk kepada undang- undang Inggeris, kerana undang-undang itulah yang mereka ketahui dan fahami. Akibatnya kaedah undang-undang Inggeris tentang Tort dan Ekuiti diterima dan digunakan di negeri-negeri Melayu. Melalui cara perundangan dan keputusan para hakim - undang-undang Inggeris telah dimasukkan secara menyeluruh ke dalam undang undang di negen-negeri Melayu. Akhimya bolehlah dikatakan undang-undang Inggeris telah hampir mengambil tempat undang-undang Islam sebagai undang-undang negeri.

Keadaan seperti itu telah disahkan dan diperkukuhkan pula oleh undang-undang bertulis di negeri-negeri Melayu. Pada mulanya Enakmen Undang-undang Sivil 1937 telah dibuat di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Mengikut enakmen itu manakala tidak terdapat undang-undang di negeri-negeri Melayu yang boleh dikemukakan dalam mana-mana perkara, hendaklah mahkamah merujuk kepada undang-undang Inggeris yang berkuatkuasa di England pada tahun 1937. Enakmen itu telah diperluas ke Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu pada tahun 1951, dan pada tahun 1956 pula ordinan yang baharu telah dibuat untuk menggantikan Enakmen Undang-undang Sivil 1937 itu.

Ordinan Undang-undang Sivil ini dikenakan ke seluruh Persekutuan Tanah Melayu. Seksyen 3 dalam ordinan itu memperuntukkan:

Kecuali ada peruntukan yang telah dibuat atau akan dibuat oleh undang-undang bertulis yang berkuatkuasa di Malaya, Mahkamah akan (a) di Malaysia Barat atau di sebarang bahagian daripadanya menguatkuasakan Common Law England dan peraturan-peraturan Ekuiti seperti yang ditadbirkan di England pada 7 April 1956.

Ordinan Undang-undang Sivil 1956 telah disemak semula pada tahun 1971 dan diperluas ke Sabah dan Sarawak dengan nama yang baru iaitu Akta Undang-undang Sivil, dan akta ini masih berkuatkuasa di Malaysia. Akibatnya, undang-undang yang kita terpaksa ikuti di Malaysia, kecuali jika ada undang-undang bertulis yang lain, ialah undang-undang Inggeris dan undang-undang Inggerislah yang menjadi undang-undang asas dan undang-undang negeri di Malaysia. Undang-undang Islam pada masa sekarang hanya dikenakan kepada orang-orang Islam sahaja dan dalam perkara-perkara yang terhad sahaja iaitu perkara-perkara bcrhubung dengan keluarga dan agama Islam dengan pengertian yang sempit.

Mengikut perlembagaan Malaysia agama Islam, undang-undang Islam dan Adat Melayu diletakkan di bawah kuasa negeri-negeri. Perenggan 1 dalam Senarai 2 - Senarai Negeri Jadual ke-9, Perlembagaan seperti yang berikut:

Hukum Syarak

Kecuali mengenai wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, hukum syarak dan undang-undang diri dan keluarga bagi orang yang menganut agama Islam, termasuk hukum Syarak berhubung dengan mewarisi harta berwasiat dan tak berwasiat, pertunangan, perkahwinan, perceraian, mas kahwin, nafkah, pengambilan anak angkat, taraf anak, penjagaan anak, pemberian, pembahagian harta dan amanah bukan khairat, wakaf Islam dan takrif serta peraturan mengenai amanat khairat dan khairat agama, perlantikan pemegang-pemegang amanah dan perbadanan bagi orang tentang pemberian agama Islam dan khairat, yayasan, amanah khairat dan yayasan khairat yang dijalankan kesemuanya sekali dalam Negeri; adat istiadat Melayu; zakat, fitrah dan baitulmal atau hasil agama Islam yang seumpamanya; masjid atau mana-mana tempat sembahyang awam untuk orang Islam; mengadakan dan menghukum kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh orang-orang yang menganut agama Islam, terhadap rukun-rukun Islam, kecuali mengenai perkara-perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan; keanggotaan, penyusunan dan cara bagi Mahkamah-mahkamah Syariah, yang akan mempunyai bidang kuasa hanya ke atas orang-orang yang menganut agama Islam dan hanya tentang mana-mana perkara yang termasuk di dalam perenggan ini, tetapi tidak mempunyai bidang kuasa mengenai kesalahan-kesalahan kecuali setakat yang diberi oleh undang-undang Persekutuan; mengawal pengembangan iktikad dan kepercayaan antara orang-orang yang menganut agama Islam; menentukan perkara-perkara hukum Syarak dan iktikad dan adat istiadat Melayu.

Oleh sebab kuasa dalam tangan negeri, dan-tiap negeri mempunyai enakmen yang tersendiri mengenai pentadbiran undang-undang Islam. Tiap-tiap negeri mempunyai Majlis Agama Islam dan Mahkamah-mahkamah Syariahnya sendiri. Sungguhpun pada dasarnya enakmen-enakmen itu boleh dikatakan sama, tetapi, terdapat juga beberapa perbezaan antaranya. Beberapa masalah juga timbul oleh kerana undang-undang itu tidak sama dan ditadbirkan di peringkat negeri sahaja. Kuasa yang diberikan kepada Mahkamah-mahkamah Syariah adalah terhad. Mahkamah Syariah "mempunyai bidang kuasa hanya ke atas orang-orang yang menganut agama Islam dan hanya mengenai mana-mana perkara yang termasuk dalam perenggan in tetapi tidak mengenai mana-mana kesalahan kecuali setakat yang diberi oleh undang-undang Persekutuan .

Undang-undang yang mulai memberi kuasa itu ialah Akta Mahkamah Syariah (Bidang KuasaJenayah) 1965 dan mengikut Akta itu Mahkamah Syariah hanya berkuasa membicarakan perkara-perkara di mana hukuman yang boleh dikenakan tidak lebih dan enam bulan penjara atau denda tidak melebihi RM1000.OO. Akta itu telah dipinda pada tahun 1984 dan diperuntukkan Mahkamah Syariah berkuasa membicarakan perkara-perkara di mana hukuman yang boleh dikenakan tidak lebih daripada tiga tahun atau denda tidak melebihi RM5000.OO atau sebat tidak lebih enam sebat atau gabungan hukuman-hukuman itu (Akta Mahkamah Syariah Bidang KuasaJenayah 1965 (Akta 355).

Undang-undang yang dikenakan di Malaysia tidak semestinya undang-undang Islam yang asal akan tetapi boleh dipengaruhi dan diubah oleh undang-undang bertulis, keputusan-keputusan mahkamah dan Adat Melayu. Undang-undang bertulis, khasnya yang diperbuat sebelum merdeka, boleh mengetepikan undang-undang Islam. Sebagai contoh seperti yang diputuskan dalam kes Ainan lwn S'yed Abu Bakar ([19391MLJ209). Soal yang timbul dalam kes itu tentang sah tarafnya seorang anak yang telah dilahirkan oleh ibunya selepas empat bulan dia berkahwin dengan seorang lelaki. Jika perkara itu dirujukkan kepada undang-undang Islam jelaslah anak itu tidak sah tarafnya. Akan tetapi dalam perkara tersebut terdapat seksyen 112 Enakmen Keterangan yang menganggap seorang yang dilahirkan pada masa ibunya telah berkahwin dengan seorang lelaki sebagai anak sah kepada lelaki itu. Dalam kes Ainan lwn Syed Abu Bakar mahkamah berpendapat bahawa undang-undang yang harus diikuti ialah Enakmen Keterangan dan bukan undang-undang Islam dan kerana itu diputuskan anak itu sah tarafnya.

Undang-undang yang dibuat oleh Parlimen selepas Hari Merdeka tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan. Seperti yang telah disebutkan, pada amnya Parlimen tidak mempunyai kuasa membuat undang-undang mengenai undang-undang Islam (kecuali untuk Wilayah Persekutuan) dan undang-undang yang berhubung dengan undang-undang Islam hanya boleh diadakan dan dikuatkuasakan dengan persetujuan kerajaan negeni yang berkuasa. Contohnya Akta Penjagaan Kanak-kanak (Akta Penjagaan Kanak-kanak 1961 (Akta 351). Akta ini dibuat oleh Parlimen untuk menyelaraskan undang-undang mengenai hak kewalian dan jagaan seluruh Malaysia. Akan tetapi diperuntukkan juga bahawa akta itu tidak dikenakan kepada onang-orang Islam melainkan dengan syarat (a) akta itu diterima oleh Kerajaan Negeri, dan (b) mana-mana peruntukan dalam akta itu yang bertentangan dengan undang-undang Islam tidak dikenakan kepada orang Islam. Dalam kes Myriam lwn Mohamed Ariff ([1971] 1 MU 275: 3JH 35) seorang ibu menuntut hak penjagaan anak-anaknya iaitu seorang perempuan yang berumur lima tahun dan seorang lelaki berumur dua tahun. Dia telah diceraikan oleh suaminya dan selepas itu dia telah berkahwin dengan seorang lain. Pada masa pendaftaran perceraian kadi telah mencatatkan bahawa kedua-dua pihak telah bersetuju bahawa anak-anak itu diserahkan kepada ayahnya.

Hakim yang arif dalam kes itu memutuskan bahawa dia harus mengikut Akta Penjagaan Kanak-kanak yang mengarahkan mahkamah memandang kepada kepentingan anak-anak yang berkenaan dalam memutuskan perkara penjagaannya. Beliau berpendapat bahawa peruntukan itu tidak bertentangan dengan undang-undang Islam, sungguhpun dalam undang-undang Islam ada disebutkan bahawa seorang ibu yang telah berkahwin dengan orang lain dengan sendirinya hilang hak penjagaannya. Dalam undang-undang Islam pun, kata beliau, perkara yang harus diberi pertimbangan ialah kepentingan anak-anak itu. Berhubung dengan kes ini, memandangkan kepentingan anak-anak itu beliau telah memutuskan memberi hak penjagaan anak lelaki berumur dua tahun kepada ibunya dan menetapkan anak perempuan di bawah jagaan ayahnya.

Sungguhpun pada amnya perkara-perkara mengenai undang-undang Islam biasanya diputuskan di Mahkamah-mahkamah Kadi di tiap-tiap negeri, ada kalanya perkara seperti itu boleh dibawa di hadapan Mahkamah Sivil, seperti Mahkamah Tinggi. Khususnya di dalam perkara mengenai harta dan harta pusaka, tuntutan boleh dibuat di Mahkamah Sivil. Contohnya kes Commissioner of Religious Affairs Terengganu lwn Tengku Mariam ([1970] 1 MU 222). Perkara yang timbul dalam kes itu ialah tentang sah atau tidaknya wakaf khas yang dibuat oleh Tengku Chik. Wakaf itu ialah untuk keluarga Tengku Chik dan selepas itu untuk Islam dan penuntut-penuntut pengajian Islam. Ahli waris yang berkenaan telah bersetuju merujukkan perkara itu kepada Mufti dan Mufti telah pun memberi fatwanya bahawa wakaf itu sah. Akan tetapi kemudiannya beberapa orang ahli waris mengemukakan perkara tersebut ke Mahkamah Tinggi. Dalam perkara itu, telah terdapat keputusan Privy Council yang telah menunjukkan bahawa wakaf ahli seperti itu tidak sah dan Mahkamah Tinggi telah mengikut keputusan yang dianggap mengikatnya, dan memutuskan bahawa wakaf Tengku Chik itu adalah tidak sah. Apabila rayuan dibuat di Mahkamah Persekutuan, mahkamah berpendapat oleh kerana ahli waris itu telah bersetuju menerima keputusan Mufti, mereka adalah terikat dengan keputusan itu dan mereka tidak boleh lagi mempemsoalkan perkara itu di Mahkamah Sivil. Walau bagaimanapun Mahkamah Persekutuan juga menganggap ia terikat dengan keputusan Privy Council dalam perkara ini dan jika ia ada kuasa memutuskan perkara itu ia harus memutuskan juga bahawa wakaf itu tidak sah.

Perkara Adat Melayu boleh timbul juga dalam pelaksanaan undang-undang Islam. Mengikut hakim-hakim Inggeris dan hakim-hakim yang beraliran Inggeris, undang-undang Islam boleh diubahsuai oleh adat Melayu. Umpamanya dalam kes Robert lwn Ummi Kalthom [1966] 1 MU 163; 2JH 82). Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa harta sepencarian ialah perkara Adat Melayu dan harus dikenakan sebagai Adat Melayu di negeri-negeri Melayu. Kes itu telah diikuti dalam kes Boto bt. Taha lwn Jaafar bin Muhammad [1985]2MLJ98) di mana HBM Salleh Abas, (pada masa itu) telah berkata bahawa harta sepencarian bukan bersandar kepada hukum Islam akan tetapi bersandar kepada Adat Melayu. Usaha tidak dibuat di Mahkamah Sivil untuk mencari asas harta sepencarian itu yang terdapat dalam undang-undang Islam. Sebaliknya usaha itu telah pun dibuat oleh Mahkamah Syariah sebagai contoh dalam kes Zainuddin lwn Anita [1982] 4JH 73) dan Mansjurlwn Kamanah [1988] 3 MU xlix; 6JH 289.

Oleh sebab Islam menjadi agama rasmi Persekutuan dan juga agama rasmi untuk beberapa buah negeri di Malaysia, undang-undang Islam harus dikembalikan kepada tempatnya yang asal sebagai undang-undang asas dan undang-undang negeri di Malaysia. Seksyen 3 dan 5 dalam Akta Undang-undang Sivil hendaklah dimansuhkan. Dengan ini kita tidak akan merujuk kepada undang-undang Inggenis yang lapuk itu, tetapi bebas mencari undang.-undang lain yang tidak bertentangan dengan undang-undang Islam. Suatu fasal hendaklah diadakan dalam Pemlembagaan yang bertujuan bahawa jika terdapat mana-mana undang-undang di Malaysia yang bertentangan dengan undang-undang Islam, maka hendaklah undang-undang itu terbatal setakat mana ia bertentangan.

Dengan dua cara mi bolehlah kita mengesahkan bahawa undang-undang di Malaysia sekurang-kurangnya tidak bertentangan dengan undang-undang Islam.

Selepas dan itu hendaklah kita menghormati dan menerima undang-undang Islam dalam semua bidang. Langkah ini tidaklah boleh diambil tergesa-gesa tetapi hendaklah orang Islam sendiri mempelajari dan meyakinkan ketinggian taraf dan keindahan undang-undang Islam itu. Kita harus meyakinkan diri kita sendiri dan orang-orang lain di Malaysia bahawa undang-undang Islam itu adil dan saksama. Sayangnya kita telah mengabaikan dan mencuaikan khazanah yang berharga yang telah diwarisi kepada kita oleh para ulama Islam. Kita harus mempelajari undang-undang Islam itu dan berikhtiar dan berijtihad jika perlu untuk menjadikan undang-undang Islam itu undang-undang kebangsaan di Malaysia. Beberapa langkah telah pun diambil di Jabatan Syariah, Fakulti Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia dan di Fakulti Undang-undang di Universiti Malaya, dan dengan kerjasama kedua-dua fakulti itu telah membawa kesan yang sangat baik. Kulliyyah Undang-undang Universiti Islam Antanabangsa telah ditubuhkan dengan tujuan menyiapkan pelajar-pelajarnya untuk menerima dan mengemukakan undang-undang Islam diterima sebagai undang-undang asas bagi orang-orang Islam di Malaysia. Tetapi ini adalah langkah permulaan sahaja dan banyak lagi langkah harus diambil untuk menghilangkan sangka buruk terhadap undang-undang Islam dan mengiktiraf dan menghormati undang-undang Islam di Malaysia. Undang-undang di negeri-negeri Barat, dengan secara langsung atau tidak, dan dengan diketahui atau tidak, telah banyak mengambil dan meniru undang-undang Islam. Di England banyak pembaharuan telah dibuat, yang telah membawa undang-undang itu lebih dekat kepada undang-undang Islam. Tetapi sayangnya kita di Malaysia hingga hari ini kerap kali menurut sahaja pembaharuan-pembaharuan yang telah dibuat di England, sungguhpun peruntukan yang setanding dengan itu atau yang lebih baik boleh didapati daripada undang-undang Islam. Kita orang-orang Islam di Malaysia haruslah menyesuaikan diri dan menguatkan iman kita supaya layak menenima kurnia undang-undang Islam kepada kita dan selepas itu bolehlah kita cuba memujuk jiran-jiran kita di Malaysia menikmati undang-undang itu.

Sumber utama undang-undang Islam ialah al-Quran dan Hadis dan selain itu rujukan juga dibuat kepada kitab-kitab Fiqh. Antaranya Minhaj al-Talibin, I'anat al-Talibin, Bug at al-Mustarshidin, Fath al-Mu in, Tuhfat al-Muhtaj, Nihayat al-Muhtaj dan Iqna'. Di Malaysia undang-undang Islam ditadbirkan di peringkat negeri dan tiap-tiap negeri mempunyai enakmen tentang pentadbiran undang-undang Islam di negeri itu. Di tiap-tiap negeri diadakan Majlis Agama Islam dan pegawai seperti mufti, kadi besan dan kadi. Mufti biasanya menjadi Pengerusi Jawatankuasa Syariah yang ditugaskan mengeluarkan fatwa jika perlu. Pada ketika membuat atau mengeluarkan fatwa pendapat yang biasanya diikuti ialah dari qaul yang muktamad dalam Mazhab Shafie. Akan tetapi jika difikirkan dengan mengikut qaul Mazhab Shafie itu akan berlawanan dengan faedah umum, jawatankuasa syariah boleh mengikut qaul dari tiga mazhab yang lain iaitu Maliki, Hanafi dan Hanbali yang mana difikirkan munasabah. Di tiap-tiap negeri diadakan peruntukan untuk mendaftar perkahwinan, perceraian dan rujuk. Mahkamah Syariah terdapat di tiap-tiap negeri untuk membicarakan perkara mal dan jenayah dalam bidang kuasanya. Rayuan biasanya dibuat kepada Jawatankuasa Ulangbicara yang dianggotai oleh mereka yang dipilih daripada panel yang dilantik oleh raja-raja di tiap-tiap negeri.

Enakmen-enakmen di negeri-negeri di Malaysia boleh dikatakan mengikut bentuk yang sama dan pada amnya boleh dikatakan peruntukan-peruntukannya sama, akan tetapi adakalanya terdapat sedikit perbezaan. Tiap-tiap negeri mempunyai enakmennya sendiri dan sistem Mahkamah Kadi yang mentadbirkan undang-undang Islam itu berlainan di tiap-tiap negeri. Oleh sebab kebanyakan enakmen itu dibuat pada masa penjajah British enakmen-enakmen itu perlu dibaharui dan diselaraskan antara negeri-negeri.

Baru-baru ini beberapa langkah telah diambil untuk menyelaraskan Undang-undang Keluarga Islam yang ditadbirkan di Malaysia. Satu rang undang-undang telah digubal di peringkat Persekutuan dan dipersembahkan kepada Majlis Raja-raja. Apabila rang undang-undang itu telah dibahas dan diterima pada dasarnya oleh Majlis Raja-raja, rang undang-undang itu dirujukkan kepada tiap-tiap negeri untuk diterima dan dijadikan undang-undang negeri. Antara negeri yang asal menerima cadangan itu ialah Kedah di mana Majlis Undangan Negeri telah meluluskan Enakmen Keluarga Islam pada tahun 1979 dan ini telah disiarkan pada tahun 1984 (Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Kedah) 1983 (No. I Tahun 1983); dipinda oleh Enakmen No. 6 Tahun 1984 dan No. 3 Tahun 1987). Kemudiannya negeni Kelantan telah mengadakan Enakmen Keluarga Islam pada tahun 1983 dan Wilayah Persekutuan Akta Keluarga Islam pada tahun 1984 (Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303). Beberapa negeri lain juga kemudiannya telah mengadakan Enakmen Keluarga Islam, Negeri Sembilan dan Melaka pada tahun 1982, Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) 1983 (No.7 Tahun 1983; Enakmen Keluarga Islam Melaka 1983 (No. 8 Tahun 1983).

Perak dan Selangor pada tahun 1984, Pulau Pinang pada tahun 1985 Terengganu pada tahun 1986 dan Pahang pada tahun 1987 iaitu Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Perak) 1984 (No. 13 Tahun 1984); Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor 1984 (No. 4 Tahun 1984), dipinda oleh Enakmen No. 6 Tahun 1988. Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Pulau Pinang) 1985 (No. 2 Tahun 1985). Enakmen Undang-undang Pentadbiran Keluarga Islam (Terengganu) 1985 (No. l2Tahun 1985) dan Undang-undang Keluarga Islam (Pahang) 1987 (No. 3 Tahun 1987).

Langkah juga telah diambil untuk membaharui cara pentadbiran undang-undang Islam di mahkamah. Mengikut cadangan yang dibuat oleh suatu jawatankuasa yang mengkaji sistem kehakiman Islam di Malaysia, beberapa negeri di Malaysia telah mengadakan enakmen untuk menyusun Mahkamah Syariah di tiga peringkat - Mahkamah Syariah Rendah, Mahkamah Syariah Tinggi dan Mahkamah Syariah Ulangbicara melalui Enakmen Mahkamah Syariah Kelantan 1982 (No. 3 Tahun 1982); Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah Kedah 1985 (No. 6 Tahun 1985); Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam Selangor 1989 (No. 2 Tahun 1989); Rang Akta Pentadbiran Undang-undang Islam Wilayah Persekutuan 1990.

Hakim-hakim mahkamah itu diasingkan pentadbirannya daripada majlis dan Jabatan Agama dan diberi kebebasan sebagai mahkamah keadilan. Baru-baru ini usaha telah diambil untuk meningkat pengalaman dan pencapaian hakim Syaniah dan suatu kursus di peringkat diploma lanjutan telah diadakan untuk mereka.

Di beberapa negeri juga telah diadakan enakmen mengenai undang-undang acara mal seperti Enakmen Acara Sivil Syariah Kelantan 1984 (No. 5 Tahun 1984); Enakmen Aturcara MaI Kedah 1979 (No. 2 Tahun 1984); Rang Akta Acara Mal Syariah Wilayah Persekutuan 1990, undang-undang acara jenayah seperti Enakmen Acara Jenayah Syariah Kelantan 1983 (No. 9 Tahun 1983); Enakmen Prosedur Jenayah Syariah Melaka 1986 (No. 2 Tahun 1986). Rang Akta Acara Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1986 (No. 2 Tahun 1986) dan undang-undang ketenangan bagi Mahkamah Syariah seperti Rang Akta Keterangan Syariah Wilayah Persekutuan 1990. Dengan adanya enakmen itu hakim-hakim Mahkamah Syarah dapat merujuk kepada peraturan-peraturan yang mengikut hukum syarak. Di Kedah dan Kelantan telah diadakan Kanun Jenayah Syariah iaitu Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 (No.9 Tahun 1988); Kanun Jenayah Syariah Kelantan 1985 (No.2 Tahun 1985), dipinda oleh No.4 Tahun 1987; Rang Kanun Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1990.

Undang-undang Islam di Malaysia bukan sahaja ditadbirkan di mahkamah-mahkamah kadi tetapi juga adakalanya ditadbirkan di Mahkamah Tinggi. Mahkamah Tinggi apabila memutuskan sesuatu perkara bukan memandang kepada hukum Islam sahaja tetapi memberatkan undang-undang awam negeri.

Oleh sebab itu boleh terjadi pertentangan di antara undang-undang di Malaysia dan hukum Islam, dan juga di antara keputusan kadi dan pendapat mufti dengan keputusan mahkamah awam. Mengikut undang-undang yang berlaku di Malaysia pada masa dahulu apabila pertentangan itu terjadi keutamaan diberi kepada undang-undang di Malaysia dan keputusan mahkamah awam untuk mengelakkan kejadian seperti itu dan mengagungkan semula hukum Islam, beberapa langkah harus diambil.

Pertama ialah memansuhkan seksyen 3 dan 5 Akta Undang-undang Sivil, 1956 iaitu Akta Undang-undang Sivil 1956 (Akta 67). Dengan memansuhkan peruntukan Akta itu, bermakna kita pada masa ini dikehendaki merujuk kepada undang-undang Inggeris. Kita tidak harus terikat sedemikian, dan harus bebas mencari panduan daripada undang-undang lain, khasnya daripada undang-undang Islam.

Kedua hendklah diadakan suatu perkara dalam Perlembagaan Malaysia yang berbunyi:

Mana-mana undang-undang yang bertentangan dengan undang-undang Islam hendaklah terbatal dan dianggap tidak sah setakat mana ia bertentangan itu.

Dengan syarat seperti ini yang telah pun terdapat dalam Perlembagaan Pakistan, Perkara 227, kita boleh menentukan bahawa semua undang-undang yang berkuatkuasa di Malaysia tidak bertentangan dan sesuai dengan undang-undang Islam.

Ketiga, bolehlah kita anjurkan mengadakan syarat di semua kanun dan akta bahawa jika tidak ada peruntukan dalam kanun atau akta itu mahkamah hendaklah merujuk kepada undang-undang Islam.

Satu langkah yang sangat berkesan telah diambil dengan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan, Perkara 121, yang memperuntukkan bahawa Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Bawahan tidak boleh mempunyai bidangkuasa berkenaan dengan apa-apa perkara dalam bidangkuasa Mahkamah Syariah.

Dalam kes-kes yang disebutkan di atas dengan pindaan Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan, Akta Perlembagaan (Pindaan) 1988 (Akta A 704) percanggahan di antara Mahkamah Tinggi dengan Mahkamah Syariah tidak akan timbul kerana kes-kes itu hanya boleh dibawa ke Mahkamah Syariah dan Mahkamah Tinggi tidak lagi mempunyai bidang kuasa dalam perkara-perkara itu. Sungguhpun demikian terdapat juga undang-undang bertulis yang lama yang perlu dipinda untuk mengelakkan keraguan. Antara undang-undang bertulis itu ialah:

Akta Mahkamah Kehakiman 1964 (Akta 91).

Seksyen 4 Courts of Judicature Act 1964, memperuntukkan bahawa jika terdapat pertentangan atau percanggahan di antara Akta itu dan mana-mana undang-undang bertulis lain kecuali Perlembagaan yang berkuat- kuasa pada tarikh berkuatkuasa Akta itu, peruntukan Akta itu hendaklah mengatasi undang-undang lain. Seksyen ini hendaklah dimansuhkan.

(b) Akta Keterangan 1950 (Akta 56).

Seksyen 112 Evidence Act 1950, mengenai kesahtarafan dan seksyen 100 mengenai tafsiran wasiat hendaklah tidak dikenakan kepada orang-orang Islam.

(c) Akta Penjagaan Kanak-Kanak 1961 (Akta 351)

Akta ini hendaklah tidak terpakai di mana-mana negeri yang telah mengadakan peruntukan untuk hak jagaan kanak-kanak bagi orang Islam.

(d) Akta Pemegang Amanah 1949 (Akta 208)

"Wakaf' hendaklah tidak termasuk di dalam takrif "trust di bawah akta ini.

Sebelum undang-undang Islam dapat diterima sebagai undang-undang dan pedoman di Malaysia pada keseluruhannya, kita harus berusaha memperbaiki cara pentadbiran undang-undang keluarga di Mahkamah-mahkamah Syariah. Pada masa sekarang kita menghadapi kekurangan dalam banyak perkara - taraf dan kelayakan kadi, tidak ada bangunan mahkamah yang sesuai dan kemudahan-kemudahan yang mencukupi, kekurangan pegawai dan kakitangan dan sebagainya. Kemudahan-kemudahan yang diadakan untuk pentadbiran undang-undang Islam di Mahkamah Syariah hendaklah disamakan sekurang-kurangnya dengan apa yang terdapat di Mahkamah Majistret. Mufti-mufti dan hakim-hakim hendaklah menjalankan tugas mereka supaya pentadbiran undang-undang Islam mencapai mutu dan kepercayaan yang telahpun dicapai oleh mahkamah awam di Malaysia.

Kita harus mendapat keyakinan daripada orang Islam sendiri bahawa undang-undang Islam boleh ditadbirkan untuk memberi keadilan dan tidak kurang mutunya daripada mahkamah-mahkamah lain di Malaysia. Apabila telah tercapai kepercayaan itu bolehlah kita harapkan undang-undang Islam kembali semula sebagai undang-undang asas dan undang-undang negara di Malaysia.

Undang-undang Islam menghormati undang-undang yang diikuti oleh penganut agama-agama lain. Dalam Perlembagaan Malaysia, seperti juga dalam Perlembagaan Terengganu dan Johor dahulu, disebutkan sungguhpun Islam menjadi agama Persekutuan atau negeri, agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai. Di Perak pada tahun 1893 telah diadakan Perintah yang mengiktiraf undang-undang Cina dan membenarkan orang-orang Cina mengikut undang-undang adat mereka melalui Perak Order in Council No. 23 of 1893- Recognition of Chinese Laws.

Kedudukan itu bukan diubah oleh undang-undang atau kerajaan Islam akan tetapi telah diubah dengan undang-undang sivil yang diadakan dan diterima oleh orang-orang Cina - seperti Akta Pembahagian 1958 (Akta 300) dan Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (Akta 164). Orang-orang bukan Islam dibenarkan mengikut undang-undang agama atau adat mereka dan begitu juga orang-orang Islam hendaklah dibenarkan mengikut undang-undang Islam.

Sayangnya kita dapati di Malaysia apa yang didukung dan dimajukan oleh orang-orang bukan Islam ialah undang-undang Inggeris yang kita terima daripada penjajah. Orang-orang Islam sebaliknya ingin mengembalikan undang-undang Islam kepada tempatnya yang asal sebagai undang-undang asas dan undang-undang negeri. Ini yang menimbulkan masalah di Malaysia. Satu harapan ialah undang-undang Inggeris sendiri telah mengalami beberapa pembaharuan yang membawanya lebih dekat kepada undang-undang Islam dan dengan kejadian itu perbezaan antara undang-undang Inggeris dan undang-undang Islam dapat dikurangkan. Usaha boleh dibuat untuk menyelaraskan undang-undang sivil di Malaysia dengan undang-undang Islam yang dengan cara itu akan diterima oleh semua rakyat di negara kita.
Sungguhpun Mahkamah Syariah boleh dikatakan telah dibebaskan daripada percanggahan dengan Mahkamah Sivil apabila pihak-pihak kes ialah orang-orang Islam dan perkara itu dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah (oleh kerana Mahkamah Sivil tidak lagi mempunyai bidang kuasa) satu masalah timbul apabila satu pihak orang Islam dan pihak yang lagi satu bukan Islam. Dalam percanggahan undang-undang seperti mi sayangnya Mahkamah Sivil selalu merujuk kepada undang-undang sivil iaitu undang-undang pihak yang bukan Islam sebagai contoh Che Omar bin Che Soh lwn Public Prosecutor [1984] 2 MU 55; Eeswari Visuvalingam lwn Kerajaan Malaysia. [1990] 1 MU 86. Pedley lwn Majlis Agama lslam Pulau Pinang [1990] 1 MU 307 dan Teoh Eng Huat lwn Kadi Pasir Mas [1990] 2 MU 300; Lihat juga Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976, s. 51.

Adalah diharapkan Mahkamah Sivil akan juga merujuk kepada undang-undang Islam, iaitu undang-undang pihak yang satu lagi, dan memutuskan perkara itu mengikut prinsip-prinsip yang dikenakan apabila terjadi percanggahan undang-undang, iaitu memilih mana-mana undang-undang yang munasabah dan membawa kepada keadilan:

Alangkah baiknya kita mengingatkan diri kita bahawa undang-undang Islam ialah undang-undang asas dan undang-undang negeri di Malaysia.

1 comment:

  1. Halo Setiap Satu, nama saya wanita Jane alice dari Indonesia, dan saya bekerja dengan bersatu bangsa kompensasi, dan kami telah mendengar dan juga membuat pinjaman dari perusahaan pinjaman, saya cepat ingin menggunakan media ini untuk memperingatkan seluruh Indonesia yang mencari pinjaman di internet sangat berhati-hati untuk tidak jatuh di tangan scammers dan fraudstars, ada banyak lender kredit palsu di sini di internet dan beberapa dari mereka adalah asli dan nyata, aku ingin meluncur kesaksian tentang bagaimana Tuhan menuntun saya untuk pemberi pinjaman dan Pinjaman nyata genue telah mengubah hidup saya dari rumput rahmat, setelah saya telah tertipu oleh beberapa pemberi pinjaman kredit di sini di internt, saya kehilangan banyak uang untuk membayar biaya pendaftaran, isurance, pajak, dan setelah pembayaran saya masih tidak mendapatkan saya pinjaman. Setelah berbulan-bulan mencoba untuk mendapatkan pinjaman di internet dan jumlah scammed kali uang tanpa mendapatkan pinjaman dari perusahaan mereka sehingga saya menjadi begitu putus asa dalam mendapatkan pinjaman dari online genue kredit pemberi pinjaman yang tidak akan meningkatkan rasa sakit saya, jadi saya memutuskan untuk menghubungi seorang teman saya yang baru-baru mendapat pinjaman online, kita membahas kesimpulan kita tentang masalah dan dia bercerita tentang seorang wanita yang disebut Mr Dangote yang merupakan CEO dari Dangote Pinjaman Perusahaan. Jadi saya diterapkan untuk jumlah pinjaman (Rp400,000,000) dengan tingkat bunga rendah 1,5%, tidak merawat usia saya, karena saya mengatakan kepadanya apa yang saya ingin menggunakan uang itu untuk membangun bisnis dan pinjaman saya disetujui dengan mudah tanpa stres dan semua persiapan dilakukan pada transfer kredit dan dalam waktu kurang dari 24 jam setelah pendaftaran pinjaman, sudah disimpan ke bank dan mimpi saya datang melalui. Jadi saya ingin saran yang membutuhkan genue panggilan pinjaman cepat sekarang email di Dangotegrouploandepartment@gmail.com. dia tidak tahu bahwa aku melakukan ini. Saya berdoa agar Tuhan memberkati dia untuk hal-hal baik yang telah dilakukan dalam hidup saya. Anda juga dapat menghubungi saya di ladyjanealice@gmail.com hari yang indah lebih info..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...