Monday, February 28, 2011
PERKARA YANG MEMBATALKAN SYAHADAH
"Semoga selawat dan salam senantiasa dilimpahkan kepada junjungan kita Nabi Muhammad, kepada keluarganya dan para sahabatnya"
Di bawah adalah petikan dari Direktorat Jendral Urusan Riset, Fatwa, Da'wah dan Bimbingan Islam, RIYADH-SAUDI ARABIA (1404H~1984)
Oleh Abdul Aziez bin Abdullah bin Baz.
HAL-HAL YANG MEMBATALKAN KEISLAMAN
1.Mempersekutukan ALLAH (Syirik) dalam ibadah. ALLAH berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya orang mempersekutukan ALLAH nescaya ALLAH akan mengharamkan syurga baginya, dan tempat tinggalnya (kelak) adalah neraka , dan tiada seorang penolong pun bagi orang-orang zalim". Diantara perbuatan syirik tersebut ialah: meminta doa dan pertolongan kepada orang-orang yang telah mati, begitu pula bernazar dan menyembelih korban demi mereka.
2.Menjadikan sesuatu sebagai perantara antara dirinya dengan ALLAH dengan meminta doa dan syafaat serta berserah diri (tawakal) kepada perantara itu. Yang melakukan hal tersebut, menurut kesepakatan Ulama' (ijma'), adalah kafir.
3.Tidak mengkafirkan orang musyrik, atau ragu akan kekafiran mereka, ataupun membenarkan faham(madzab) mereka, dengan demikian ia telah kafir.
4.Berkeyakinan bahawa selain tuntutan Nabi Muhammad saw. Itu lebih sempurna, atau berkeyakinan bahawa selain ketentuan hukum beliau itu lebih baik, sebagaimana mereka yang mengutamakan aturan-aturan manusia yang melampaui batas lagi menyimpan dari hukum ALLAH (aturan-aturan Taghut), dan mengenyampingkan hukum Rasulullah saw. Maka yang berkeyakinan seperti ini adalah kafir. Sebagai contoh:
a.. Berkeyakinan bahawa aturan-aturan dan perundang-undangan yang diciptakan manusia lebih utama daripada syaria't Islam, atau berkeyakinan bahawa aturan Islam tidak tepat untuk diterapkan pada abad kedua puluh ini, atau berkeyakinan bahawa Islam adalah sebab kemunduran kaum muslimin, atau berkeyakinan bahawa Islam itu terbatas dalam mengatur hubungan manusia dengan Tuhannya saja, tidak mengatur urusan segi kehidupan lain.
b. Berpendapat bahawa melaksanakan hukum ALLAH dalam memotong tangan pencuri, atau merejam pelaku zina yang telah kahwin (muhsan), tidak sesuai lagi di masa kini.
c. Berkeyakinan dengan dibolehkannya menggunakan selain hukum ALLAH dalam segi mu'amalat Syar'iah (seperti: perdagangan, sewa-menyewa, pinjam-meminjam dll.), atau dalam menentukan Hukum Pidana,atau lainnya, sekalipun tidak disertai dengan keyakinan bahawa hukum-hukum tersebut lebih utama daripada syari'at Islam. Kerana dengan demikian ia telah menghalalkan apa yang diharamkan oleh Ulama'(Ijma'). Sedangkan setiap orang yang menghalalkan apa yang jelas dan tegas diharamkan oleh ALLAH dalam agama, seperti: zina, arak, riba dan penggunaan perundangan selain Syari'at ALLAH, maka ia adalah kafir menurut kesepakatan umat Islam (Ijma').
5.Membenci sesuatu yang telah ditetapkan oleh Rasullah SAW sebagai Syari'at beliau, walaupun ia mengamalkannya, maka ia menjadi kafir, kerana ALLAH berfirman yang bermaksud "Demikian itu adalah dikeranakan mereka oleh ALLAH menghapuskan (pahala) segala amal perbuatan mereka".
6.Memperolok-olok terhadap sesuatu dari ajaran Rasullah SAW., ataupun terhadap pahala maupun siksaan yang telah menjadi ketetapan Agama, maka ia menjadi kafir, kerana ALLAH telah berfirman yang bermaksud "Katakanlah (wahai Muhammad), terhadap, ALLAH-kah dan ayat-ayat Nya serta RasulNya kau sekelian memperolok-olok? Tiada erti kau meminta maaf, kerana kau kafir setelah beriman."
7.Sihir, diantaranya ialah ilmu guna-guna (sarf) iaitu merubah kecintaan seorang suami terhadap isterinya menjadi suatu kebencian; begitu juga ilmu pengasih, iaitu menjadikan seseorang mencintai sesuatu yang tidak disenanginya dengan cara-cara syaitan. Maka barang siapa yang mengerjakan sihir atau senang dan rela dengannya maka ia adalah kafir, kerana ALLAH berfirman yang bermaksud "Sedang kedua malaikat itu tidak mengajarkan (suatu sihir) kepada seseorang pun sebelum mengatakan, sesungguhnya kami hanya cubaan bagimu, sebab itu janganlah kamu kafir".
8.Membantu dan menolong orang-orang musyrik untuk memusuhi kaum Muslimin, kerana ALLAH berfirman yang bermaksud "Dan barang siapa diantara kamu mengambil mereka (Yahudi dan Nasrani) menjadi pemimpin maka sesunguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya ALLAH tidak memberi petunjuk kepada orang-orang zalim"
9.Berkeyakinan bahawa sebahagian manusia diperbolehkan tidak mengikuti Syaria't Muhammad SAW., maka yang berkeyakinan seperti ini adalah kafir. ALLAH berfirman yang bermaksud "Barang siapa menghendaki selain Islam sebagai agama, maka tidak akan diterima agama itu daripadanya, dan di Akhirat tergolong orang-orang yang rugi".
10.Berpaling secara keseluruhan dari agama ALLAH, atau dari hal-hal yang menjadi syarat mutlak sebagai muslim, tanpa mempelajarinya dan tanpa melaksanakan ajarannya. ALLAH berfirman yang bermaksud "Tiada yang lebih zalim daripada orang yang telah mendapatkan peringatan melalui ayat-ayat Tuhannya, kemudian ia berpaling daripadanya, Sesungguhnya Kami akan menimpakan pembalasan kepada orang-orang yang berdosa" Dan ALLAH berfirman yang bermaksud "Dan orang-orang yang kafir berpaling dari apa yang diperingatkan kepada mereka".
Dalam hal-hal yang membatalkan keislaman ini, tiadak ada bezanya dalam hukum, antara yang main-main dan yang sungguh-sungguh bersengaja melanggar ataupun yang kerana takut terkecuali yang dipaksa. Semuga ALLAH melindungi kita dari hal-hal yang mendatangkan kemurkaan Nya dan kepedihan siksa Nya.
Sekian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SALAM,
ReplyDeleteAMALAN DEMOKRASI MEMBATALKAN SYAHADAH
Seluruh umat Islam yang mengamalkan agama demokrasi adalah orang-orang yang membatalkan syahadah mereka kerana :
1. Umat Islam mengamalkan agama manusia yang syirik dan kufur;
2. Umat Islam tidak mempercayai bahawa demokrasi adalah agama manusia yang syirik dan kufur;
3. Umat Islam tidak mempercayai bahawa mengamalkan agama manusia yang syirik dan kufur membatalkan syahadah;
4. Umat Islam tidak mempercayai bahawa menyetujui, meredhai dan mengingini kerajaan demokrasi dan undang-undang demokrasi adalah kafir;
5. Umat Islam tidak mempercayai bahawa menafi, menolak, meningkari dan menentang terhadap agama demokrasi dan kerajaan demokrasi adalah kesempurnaan kepada Aqidah Islam mereka;
6. Umat Islam melantik para pemimpin kita sebagai Tuhan-tuhan yang berkuasa dan berdaulat untuk memerintah ke atas manusia;
7. Umat Islam melantik para pemimpin kita sebagai Tuhan-tuhan yang berkuasa dan berdaulat untuk membuat undang manusia;
8. Umat Islam melantik para pemimpin kita sebagai Tuhan-tuhan yang berkuasa dan berdaulat untuk mengabdikan manusia kepada kekuasaan manusia;
9. Umat Islam melantik para pemimpin kita sebagai Tuhan-tuhan yang disembah oleh manusia apabila segala undang-undang demokrasi ditaati dan dipatuhi oleh manusia;
10. Umat Islam adalah para hamba yang menghamba abdikan diri mereka kepada Tuhan-tuhan Manusia kerana mereka berada di bawah kuat kuasaan undang-undang manusia;
11. Umat Islam adalah para penyembah yang menyembah Tuhan-tuhan Manusia kerana mereka mentaati dan mematuhi segala undang-undang demokrasi ciptaan manusia;
12. Para pemimpin yang terdiri daripada ahli-ahli Parlimen dan DUN adalah orang-orang yang berkuasa dan berdaulat yang berhak untuk memerintah ke atas manusia;
13. Para pemimpin yang terdiri daripada ahli-ahli Parlimen dan DUN adalah orang-orang yang berkuasa dan berdaulat yang berhak untuk membuat undang-undang;
14. Para pemimpin yang terdiri daripada ahli-ahli Parlimen dan DUN adalah orang-orang yang berkuasa dan berdaulat yang berhak untuk menguat kuasakan undang-undang demokrasi ciptaan manusia ke atas manusia, yang bererti mereka telah menghamba abdikan manusia kepada kekuasaan mereka;
15. Para pemimpin yang terdiri daripada ahli-ahli Parlimen dan DUN adalah orang-orang yang disembah sebagai Tuhan-tuhan yang layak disembah oleh manusia kerana segala undang-undang yang dibuat oleh mereka itu adalah ditaati dan dipatuhi oleh manusia.
Sekian, terima kasih.
Wan Solehah al-Halbani