Saturday, January 15, 2011
HADIS AL-IFKI (TUDUHAN PALSU MUNAFIQ)
Marilah bersama kita merenung kembali satu peristiwa besar yang begitu menyayatkan hati, yang telah menimpa rumahtangga Rasulullah SAW. Ini ialah salah satu perancangan jenayah yang telah dilakukan oleh golongan munafiqin.
Apabila golongan ini merasakan sudah tiada lagi jalan untuk menewaskan Islam dengan cara berhadapan, samada secara berperang atau lainnya, lalu mereka mula menukar strategi perjuangan mereka.
Ini selepas Islam mendapat kemenangan yang besar -dengan pertolongan Allah- dalam peperangan Badar pada tahun 2H dan pukulan yang sengit juga menimpa mereka dengan tewasnya tentera Ahzab (Khandak) pada tahun 5H. Walaupun tentera mereka begitu ramai dan disertai oleh golongan Yahudi, Quraisy, Arab Badwi dan lain-lain, sehingga dengan kemenangan ini, Rasulullah SAW telah bersabda:
Maksudnya: “Sekarang kita akan keluar menyerang mereka, sebaliknya mereka tidak akan datang lagi untuk menyerang kita (Madinah)”. [Sahih Al-Bukhari No. 4110].
Golongan munafiqin memainkan peranan untuk memecah-belahkan perpaduan umat Islam. Mereka cuba mengadakan huru hara dalam masyarakat yang aman damai dengan pelbagai helah dan tipu muslihat. Ini agar umat Islam sentiasa berada dalam keadaan gelisah dan keluh kesah sehingga mereka tidak dapat menumpukan sepenuh usaha dan perhatian kepada islah mujtama', membaikpulih kerosakan yang berlaku dalam masyarakat dan menyebarkan dakwah Islamiah.
Kejadian yang amat memedihkan ini berlaku sekembalinya Rasulullah SAW dari serangan yang dilakukan terhadap bani al-Mustaliq (المصطلق)
Pada bulan Sya'ban tahun 06H, bani al-Mustaliq telah mengadakan satu komplot untuk menyerang Rasulullah SAW. Setelah berita ini sampai kepada Rasulullah SAW, Baginda keluar bersama tentera Islam. Turut keluar bersama tentera muslimin ini ramai golongan munafiqin, ini kerana mereka tahu Islam akan mendapat kemenangan. Mereka keluar bukan untuk berperang, tetapi untuk mendapat habuan perang ( ghanimah ).
Tentera Islam dan bani al-Mustaliq bertemu di suatu tempat bernama al-Muraisi' (المريسيع) , di mana tentera Islam telah mengalahkan mereka dengan mudah. Dalam perjalan pulang, golongan munafiqin yang diketuai oleh Abdullah bin Ubai bin Salul, telah cuba mengapi-apikan kabilah Ansar dan Muhajirin, untuk melagakan dua golongan Islam ini, tetapi api fitnah ini dapat dipadamkan oleh Rasulullah SAW.
Telah menjadi kebiasaan Rasulullah SAW, apabila keluar bermusafir Baginda akan mengadakan undian di antara para isterinya, siapakah yang akan mengiringi Baginda dalam musafir itu. Demikianlah sunnah Rasulullah SAW mengajar umatnya supaya berlaku adil terhadap semua isteri. Dalam peperangan ini, yang terpilih adalah Ummul Mukminin Aisyah RA, seorang yang masih muda dan berbadan kecil.
Setelah tiba di suatu tempat berhampiran Madinah, Rasulullah SAW bersama para sahabatnya telah berhenti rehat. Ketika ini, Siti Aisyah telah keluar untuk menunaikan hajat di suatu tempat yang terselindung daripada pandangan tentera Islam. Setelah selesai, beliau kembali ke tempat sekedup untanya dan mendapati rantai lehernya telah terjatuh tanpa disedari. Maka beliau terus kembali ke tempat tadi untuk mencarinya.
Pada waktu yang sama, tentera Islam telah diperintahkan supaya meneruskan perjalanan ke Madinah. Pemandu unta Aisyah menyangka beliau telah berada di atas sekedupnya dan terus menariknya serta meneruskan perjalanan.
Setelah Aisyah kembali ke tapak perkhemahan, beliau mendapati rombongan tentera telah berangkat tanpanya. Maka beliau terus berkelubung dengan hijabnya dan duduk menunggu di tempat untanya tadi, mudah-mudahan akan datang orang mencarinya selepas ini. Dalam keadaan cemas itu beliau menangis sehingga tertidur.
Kemudian datanglah Sofwan bin al-Mu‘attal al-Sulami yang berada di bahagian belakang rombongan, yang tugasnya memang mencari dan melihat apa-apa yang tercicir atau tertinggal. Setelah melihat seorang perempuan di tepi jalan, beliau begitu terkejut dan terus ber istirja' , iaitu menyebut kalimah “ Inna Lillahi Wainna Ilaihi Raji‘uun ” [ إنا لله وإنا إليه راجعون ] dan lebih-lebih lagi apabila beliau mengenali Siti Aisyah sebelum turunnya ayat Hijab.
Tanpa berkata sepatah pun, Sofwan merendahkan untanya untuk dinaiki Aisyah dan berliau berjalan membuntuti unta tersebut. Aisyah RA berkata: “Kami tidak bercakap walau sepatahpun kecuali istirja' Sofwan.” Akhirnya mereka tiba ke tempat rombongan tentera Islam tadi.
Apabila melihat Aisyah tiba bersama Sofwan, maka golongan munafiqin yang diketuai oleh Abdullah bin Ubai melihat ini sebagai satu peluang keemasan untuk menabur fitnah jahat mereka. Mulalah mereka membuat cerita kononnya Aisyah telah berlaku curang dengan Sofwan. Malangnya tuduhan jahat ini juga telah termakan oleh sesetengah orang Islam sendiri sehingga ada yang menjadi ‘pembawa mulut', menyebar fitnah ini. Sebahagian yang lain pula mengambil sikap berkecuali dan mendiamkan diri sahaja.
Setelah tiba di Madinah, telah tersebar ‘ Hadis Ifki ' (tuduhan jahat) ini. Rasulullah SAW sendiri diam tidak bercakap, menantikan wahyu. Baginda juga telah bertanya pendapat beberapa orang sahabat, ada yang mengatakan ceraikan sahaja Aisyah dan ada pula yang membelanya. Wahyu pula tidak turun kepada Rasulullah SAW hampir sebulan. Ini adalah untuk menguji keimanan kaumnya dan untuk menzahirkan golongan munafiqin.
Setelah Aisyah RA mendengar berita tersebut, beliau menangis sehingga kekeringan air matanya, tidak dapat mengeluarakan air mata lagi dan tidak dapat tidur keduanya. Kata Aisyah: “Aku menyangka tangisanku akan memusnahkan kehidupanku.”
Hampir sebulan berada dalam keadaan demikian, pada suatu hari, datanglah Rasulullah SAW ke rumah isterinya Aisyah bersama ayah dan ibunya. Baginda SAW bersabda kepada Aisyah yang sedang asyik menangis:
Maksudnya: ((Wahai Aisyah, sekiranya engkau suci daripada tuduhan ini, nescaya Allah akan membebaskan engkau, sekiranya engkau tersasar, maka beristighfarlah, sesungguhnya sekiranya seorang hamba itu bersalah kemudian dia mengakui dan bertaubat, pasti Allah SWT akan menerimanya.))
Setelah mendengar sabda Rasulullah SAW tersebut, Aisyah berhenti menangis dan meminta supaya ibu bapanya menjawab bagi pihaknya, tetapi mereka tidak tahu apa yang harus diucapkan. Beliau lalu menjawabnya sendiri dengan berkata: “Keringlah airmataku kerana aku tahu tentang diriku. Kalau aku berkata aku dipihak yang benar, dan Allah mengetahui perkara yang sebenarnya, tetapi pasti kamu tidak akan mempercayainya. Tetapi sekiranya aku mengakui sesuatu yang Allah tahu aku adalah suci darinya, kamu akan mempercayainya. Maka tiada apa bagi aku dan kamu kecuali apa yang diucapkan oleh bapa nabi Yusuf AS :
Maksudnya: {Maka kesabaran yang baik itulah (kesabaranku). Dan Allah sajalah yang dimohon pertolongan-Nya terhadap apa yang kamu ceritakan.} [Yusuf: 18].
Aisyah RA kemudiannya berpaling dan berbaring untuk berehat. Pada waktu inilah turunnya ayat yang membebaskan Aisyah RA dari segala tuduhan yang tohmahan dan fitnah ke atasnya. Ia juga menjanjikan hukuman terhadap golongan yang menuduhnya. Ini dapat kita baca sehingga ke hari ini di dalam surah An-Nur:
Maksudnya: {Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah dari golongan kamu juga. Janganlah kamu kira bahawa berita bohong itu buruk bagi kamu bahkan ia adalah baik bagi kamu. Tiap-tiap seseorang dari mereka mendapat balasan dari dosa yang dikerjakannya. Dan siapa di antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita bohong itu baginya azab yang besar.} [An-Nur: 11].
[Lihat: Tafsir Ibnu Kathir]
Demikianlah secara ringkas kisah fitnah yang dilemparkan ke atas keluarga Rasulullah SAW.
Cuba kita bayangkan betapa besarnya jenayah yang dilakukan oleh si munafiqin Abdullah bin Ubai dan para pengikutnya.
Bayangkan bagaimana keadaan Rasulullah SAW sebagai seorang nabi dan rasul. Seorang pemimpin, dituduh isterinya yang disayangi sedemikian rupa, dikotori tempat tidurnya, dicemari kehormatan rumahtangganya dengan tuduhan liar sehingga menjadi buah mulut percakapan orang serata tempat selama sebulan. Sedangkan Baginda tidak tahu apa yang hendak dibuat dalam kes ini.
Lihat pula bagaimana keadaan Abu Bakar as-Siddiq RA seorang yang benar dalam semua perkara, seorang yang dihormati dalam masyarakat, anaknya dituduh sedemikian rupa, sehingga keluar keluhan dari mulutnya, satu ucapan yang membayangkan satu penyeksaan yang ditanggungnya.
Juga Ummu Ruman, isteri Abu Bakar yang setia, ibu yang baik, anaknya ditinpa tuduhan palsu yang jahat. Sedangkan telah diasuhnya dengan penuh kasih sayang dan adab yang sopan.
Bagaimana pula perasaan orang yang dituduh, Aisyah binti as-Siddiq, perempuan yang cukup menjaga kehormatan diri, isteri yang patuh dan setia, isteri Rasulullah SAW, penghulu segala nabi. Dia dilempar dengan tuduhan yang sangat kejam, yang tidak berperikemanusiaan dan tidak ada siapa yang membelanya, menanggung azab sengsara seorang diri sebulan lamanya. Tidak ada teman hidupnya kecuali tangisan dan airmata. Berserah diri sepenuhnya kepada Allah, mengharapkan pertolongan dan bantuan, setelah terputusnya bantuan dari manusia. Betapa azabnya seorang isteri yang masih muda, menanggung azab seorang diri, sedangkan suami sendiri kelu lidah dalam perkara ini.
Betapa pula tersiksanya seorang mujahid yang berjuang menegakkan Islam dengan penuh ikhlas, Sofwan bin al-Mu'attal RA. Beliau telah ditohmah dengan satu jenayah yang besar, dituduh mengkhianati Rasulullah SAW yang dicintai dan dihormati, dengan mengadakan hubungan dengan isterinya.
Akhirnya bayangkan bagaimana keadaan masayarakat Islam pada masa itu, semua berada dalam keadaan keluh kesah tidak tenteram dan berpecah sesama sendiri dalam kes ini.
Demikian betapa besarnya jenayah membuat tuduhan palsu dan mengadakan berbagai cara untuk memporak perandakan ketenangan dan kedamaian umat Islam.
Peranan munafiqin dulu dan sekarang tidak akan terhenti merancang untuk menyusahkan umat Islam. Merek tidak mahu melihat Islam mendapat kemenangan dan umatnya bersatu padu membina negara dan mencapai kemajuan akhirnya.
Bagaimanakah sikap umat Islam dalam menerima berita dan apakah sikap kita terhadap pernacangan jahat golongan munafiqin?
Firman Allah SWT:
Maksudnya: {Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.} [Al-Hujuraat: 6] .
Pengajaran dari ayat ini, hendaklah kita berhati-hati ketika menerima satu-satu berita dan mengkajinya samada ia adalah satu berita yang benar atau satu fitnah.
Sekiranya kita menerima sesuatu berita secara bulat-bulat tanpa usul periksa nescaya ia akan memudharatkan masyarakat Islam.
Sayangnya pada hari ini, kebanyakan orang Islam bukan sahaja menerima berita secara membabi buta dan terus menghukum seseorang itu dengan apa yang didengarinya bahkan menjadi penyebar kepada berita palsu itu, sehingga perbuatan itu menambahkan penderitaan kepada orang yang difitnah dengan berita palsu tersebut serta mengucar-kacirkan masyarakat umum.
Oleh itu apabila menerima sesuatu berita, para muslimin hendaklah bersangka baik sesama mereka dan tidak mempercayai sesuatu yang tidak pasti apatah lagi menyebarkannya pula.
Firman Allah SWT:
Maksudnya: {Mengapa pada waktu kamu mendengar berita bohong itu orang-orang mukminin dan mukminat tidak bersangka baik terhadap diri mereka sendiri, dan (mengapa tidak) berkata: "Ini adalah suatu berita bohong yang nyata." Mengapa mereka (yang menuduh itu) tidak mendatangkan empat orang saksi atas berita bohong itu? Oleh kerana mereka tidak mendatangkan saksi-saksi maka mereka itulah pada sisi Allah orang- orang yang dusta.} [An-Nur: 12-13].
Allah SWT memberi amaran agar jangan bercakap sebarangan membuat ulasan, mungkin kita menyangka isu yang diulas adalah perkara biasa atau remeh tapi dosanya sangat besar di sisi Allah SWT:
Maksudnya: “(Ingatlah) di waktu kamu menerima berita bohong itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit juga, dan kamu menganggapnya suatu yang ringan saja. padahal dia pada sisi Allah adalah besar.” [An-Nur: 15]
Akhirnya, umat Islam hendaklah menjaga lidah daripada menjadi penyebar fitnah atau pembawa berita palsu, kerana semua perbuatan dan perkataan kita akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah azza wajalla pada hari Kiamat, firman Allah SWT yang bermaksud: { Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan dipertanggunganjawabkannya.} [Al-Isra': 36]
Sabda Nabi SAW:
Maksudnya: Berkata Abdullah bin Umar, Rasulullah SAW menaiki mimbar dan bersabda dengan suara yang kuat: “Wahai golongan yang masuk Islam dengan lidahnya, tetapi imannya belum sampai ke hatinya (munafiqin), jangan kamu menyakiti kaum muslimin, jangan menghina mereka, jangan juga mencari keaiban mereka, sesungguhnya sesiapa yang bekerja mencari keaiban saudaranya yang muslim, Allah akan mencari keaibannya dan sesiapa yang dicari keaibannya oleh Allah, Allah akan mendedahkannya walaupun (tersembunyi) di dalam rumahnya (kenderaannya).”
Pada suatu hari, Ibnu Umar memandang ke arah Ka'bah, kemudian beliau berkata: Sungguh besar kedudukan dan kemuliaanmu, tetapi lebih besar lagi kehormatan orang mukmin itu di sisi Allah daripada kamu. [HR Tirmizi].
Semoga Allah SWT menyelamatkan tangan dana lidah kita daripada perkara yang tersebut.
Sumber
Tafsir Ibnu Kathir.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam. mohon copy dan paste
ReplyDeleteSalam..silakan..
ReplyDelete