KLIK SINI



Bakers1171 - Homemade & Halal


Friday, March 12, 2010

Surah Al-Ikhlas

Hadis Aisyah r.a:

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah mengutus seorang lelaki untuk ikut bergabung dengan pasukan yang sedang berperang. Ketika sembahyang dia membaca Al-Quran dan mengakhiri bacaannya dengan قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ iaitu surah Al-Ikhlas.

Ketika pasukan tentera dalam perjalanan
pulang, perkara itu diberitahu kepada Rasulullah s.a.w. Baginda terus bersabda: Tanyakan saja kepadanya, mengapa dia lakukan itu? Lalu mereka bertanya kepada lelaki tersebut dan dia menjawab: Sesungguhnya ia adalah sifat Allah Yang Maha Pemurah.

Aku sangat suka sekali membacanya. Setelah mendengar jawapan itu Rasulullah s.a.w bersabda: Beritahulah kepadanya bahawa Allah juga menyukainya

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...