KLIK SINI



Bakers1171 - Homemade & Halal


Monday, March 22, 2010

Dewan Pemuda Masjid Malaysia saman SIS Forum (Malaysia)

KUALA LUMPUR 22 Mac - Dewan Pemuda Masjid Malaysia hari ini memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi di sini hari ini terhadap SIS Forum (Malaysia) bagi menuntut satu perisytiharan bahawa nama organisasi tersebut yang sah di sisi undang-undang bukanlah Sisters In Islam.

Saman pemula tersebut difailkan oleh Dewan Pemuda Masjid Malaysia melalui Pengarah Eksekutif dewan tersebut, Mohd. Taqiuddin Abdullah selaku pemohon dengan menamakan SIS Forum (Malaysia) selaku responden.

Dalam saman pemula itu, pemohon memohon satu perintah bahawa responden tidak dibenarkan dan dilarang daripada menggunakan nama Sisters In Islam sebagai nama dan pengenalan yang menunjukkan identiti responden dalam mana-mana risalah, surat menyurat, penerbitan atau kenyataan responden sama ada di Internet, media cetak dan elektronik sehingga ia dibenarkan di sisi undang-undang.

Selain itu, pemohon turut memohon perintah memaksa responden mengeluarkan nama Sisters In Islam daripada papan tanda laman web responden, bahan-bahan cetak dan penerbitan responden dan menghalang responden daripada mengedarkan bahan-bahan terbitan, cetakan dan siaran menggunakan nama tersebut sehingga responden dibenarkan secara sah di sisi undang-undang.

Pemohon memohon kos dan relif yang perlu.

SUMBER:KOSMO

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...