KLIK SINI



Bakers1171 - Homemade & Halal


Wednesday, February 24, 2010

Beriman Kepada Nabi Muhammad S.a.w/Sifat Pemalu Rasulullah S.a.w/Mukjizat Nabi

1.Rasulullah s.a.w bersabda: " Aku dikurniakan beberapa keistimewaan yang tidak pernah diberikan perkara-perkara itu kepada seseorang pun dari Nabi-nabi yang terdahulu daripadaku….; dan biasanya seseorang Nabi itu diutuskan kepada kaumnya sahaja, sedang aku diutuskan kepada umat manusia seluruhnya." Dan pada satu riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah ( Baginda s.a.w bersabda ): "…..sedang aku diutuskan kepada sekalian makhluk."

Jabir bin Abdullah r.a

2.Dari Abu Said al-Khudri r.a katanya:”Rasulullah s.a.w adalah seorang yang sangat pemalu, lebih pemalu dari gadis pingitan. Apabila baginda tidak menyenangi sesuatu, kami dapat mengetahuinya dari wajah baginda.”

(Muslim)

3.Dari Jabir bin Samurah r.a katanya, rasulullah s.a.w bersabda:”Sesungguhnya akulah yang paling mengenali batu-batu di Mekah. Batu-batu itu memberi salam kepadaku sebelum aku diutus menjadi Rasul. Kini aku ingat peristiwa itu.”

(Muslim)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...