KLIK SINI



Bakers1171 - Homemade & Halal


Saturday, January 16, 2010

Port-au-Prince umpama neraka

MAYAT-MAYAT diletakkan di depan rumah mayat sebuah hospital di Port-au-Prince kelmarin.

PORT-AU-PRINCE - Suasana di bandar raya Port-au-Prince kelmarin selepas gempa kuat sekuat 7.0 pada skala Richter pada Selasa lalu kini semakin tegang ekoran bantuan kemanusiaan masih belum tiba manakala penduduk berang kerana gagal mendapat bekalan makanan.
Mangsa-mangsa yang selamat mengumpulkan sejumlah mayat yang ditemui di celah-celah runtuhan ke jalan-jalan raya di bandar raya tersebut.

Menurut seorang jurucakap kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Elisabeth Byrs, ramai orang tidak makan dan minum hampir 50 jam.
"Jika mereka (penduduk) melihat trak yang membawa sesuatu atau melihat sebuah pasar raya yang ranap, mereka bergegas ke situ untuk mendapat makanan," katanya.
Seorang jurugambar untuk majalah Times, Shaul Schwars berkata, beliau melihat dua jalan raya disekat dengan timbunan mayat mangsa gempa bumi.

Terdapat laporan bahawa kumpulan-kumpulan bersenjatakan parang berkeliaran di kawasan runtuhan bangunan untuk mencari makanan.

Beberapa orang menganggap situasi di Haiti sama seperti gambaran mengenai neraka.
Pengarah sebuah pertubuhan kebajikan kanak-kanak yang dikenali Plan International Haiti, Rezene Tesfamarian berkata: "Terdapat sejumlah orang yang masih terperangkap. Anda boleh mendengar mereka menangis untuk meminta bantuan."
Kira-kira 500,000 orang dipercayai maut dalam gempa bumi itu.
Gempa bumi itu berpusat di bawah bandar raya Port-au-Prince yang didiami oleh dua juta penduduk. - Agensi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...