KLIK SINI



Bakers1171 - Homemade & Halal


Saturday, January 16, 2010

Polis buru dalang tipu pelaburan ternak cacing

KULIM- Polis Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Kedah berjaya menahan dua daripada tiga pengarah syarikat disyaki terbabit kegiatan penipuan pelaburan ternakan cacing membabitkan kerugian sehingga RM1.8 juta.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial IPK Kedah, Superintendan Rossne Abd Hamid berkata, selain pengarah, dua kakitangan syarikat berkenaan turut ditangkap di Jitra. Polis masih menjejaki seorang lagi suspek bagi membantu siasatan berkaitan kes sama.

Menurutnya, polis menerima 62 laporan dan jumlah mangsa terlibat mencecah 176 orang. Pelabur Melayu paling ramai terlibat. Polis menerima laporan tentang kegiatan penipuan syarikat ini di Kulim, Sungai Petani, Bentong, Alor Setar dan Kuala Lumpur.

“Polis sedang giat menjalankan siasatan bagi menjejaki seorang lagi suspek yang terlibat dalam kes penipuan ini. Setiap pelabur yang terlibat akan diberikan kontrak dan pembayaran semula akan dibuat tetapi mangsa ditipu dengan menerima cek tendang dari syarikat berkenaan.

Polis telah mengesan empat suspek, dua pekerja yang terlibat dalam penipuan dan dua pengarah yang menjalankan operasi syarikat berkenaan. Sehingga kini usaha menjejaki seorang suspek yang dilaporkan menghilangkan diri sedang giat dijalankan.

Dari siasatan dijalankan polis menganggarkan 3,000 pelabur terlibat dalam kes penipuan itu. Beliau mendakwa syarikat itu menawarkan tiga pakej bagi membolehkan pelabur melabur dalam syarikat itu.

Beliau mendakwa, selain pakej yang menjanjikan keuntungan lumayan, syarikat itu turut menyediakan kemudahan mengajar cara dan teknik membela cacing yang beribu pejabat di Kulim. Polis berjaya mengesan tujuh cawangan syarikat terlibat dan mendapati kesemuanya ditutup dan tidak meneruskan operasi lagi.

“Kebanyakan mereka yang menjadi mangsa dalam kes penipuan ini terdiri dari golongan profesional. Mereka menggunakan wang simpanan dan wang simpanan pekerja (EPF) untuk menyertai skim itu. Syarikat ini berjaya memperdaya mangsanya dengan menawarkan tiga pakej yang menjanjikan pulangan lumayan antaranya sekiranya pelabur melabur RM5,000 mereka akan dibayar RM833 bagi setiap bulan bagi tempoh 12 bulan, RM1,500 akan di bayar RM225 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan dan RM3,000 akan dibayar RM484 sebulan bagi tempoh 12 bulan.

Polis mendapati syarikat ini dikendalikan secara perkongsian yang melibatkan tiga orang. Bagi mereka yang terlibat dalam kes penipuan dijalankan oleh syarikat penternakan cacing ini boleh membuat laporan polis di balai polis berdekatan” katanya.

Menurutnya, kesemua yang terlibat dalam kes penipuan ini akan di siasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana terlibat dalam penipuan.

Beliau meminta kerjasama orang ramai atau mangsa terlibat dalam skim pelaburan ini untuk tampil memberikan maklumat dan membuat laporan polis atau menghubungi, SAC Radhi ditalian 04-4906222 atau Inspektor

KOMEN DDI:DIHARAP UMAT ISLAM LEBIH PRIHATIN SEBELUM MEMBUAT SEBARANG BENTUK PELABURAN(PIHAK YANG BERKUASA BANTULAH UNTUK MENDAPATKAN SEMULA WANG YANG TELAH DITIPU)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...