KLIK SINI



Bakers1171 - Homemade & Halal


Saturday, October 10, 2009

Tuan Guru Hj. Mahmud Nasri Othmani

1. Dilahirkan pada 13 Safar 1316 / 14 Julai 1898 Meninggal dunia pada 28 Safar 1400 / 16 Januari 1980 Dilahirkan dan kembali ke rahmatullah pada hari Rabu.

2. Sheikh Mahmud Nasri dikenali ramai oleh masyarakat negeri Kedah, Seberang Perai, sebagai seorang ulamak, tok guru pengasas pondok lanai negeri kedah, dengan nama madrasah misbahul Salam .beliau juga pengasas dan tok guru yang mengajar segala kitab-kitab dipondoknya. Selain daripada itu, beliau juga menjadi guru mengajar agama disurau dan masjud yang menjemput beliau mengajar kitab-kitab. Beliau mengajar ialah ilmu tauhid, fekkah , tasauf dan lain lain lagi, Isterinya mengajar Al-Quran dan kitab-kitab asas fardhu ain. Beliau juga sentiasa nenenuhi masa lapangnya dengan Uzlah bersendirian. Tujuan berusaha memisahkan hatinya kepada musyahadah akan Allah Taala.

3. Asal keturunan Namanya Sheikh Mahmud Nasri Othmani bin haji Othman bin Haji Senik bin haji wan Hashim bin haji wan Abdul wahab , Datuknya ialah Allahyarham Assyahid Tok Nik Had .Beliau adalah keturunan tok mekong Awang Hitam, yaitu seorang hulubalang melayu yang syahid dipancung oleh tentera kufar siam, ketika sedang solat dipinggir medan perang mempertahankan negeri dan kerajaan fathoni darul salam kira kira tiga abad yang lampau, mengikut jangkaan sejarah dalam tahun 1730M. Keturunan disebelah ibunya ialah haji mahmud nasri bin hajjah kamaliah binti haji saman bin haji abd samad (Tok Fakeh) bin hashim bin wan abdul wahab, Mengikut cerita allahyarham sheikh mahmud nasri, beliau adalah cicit almarhum penghulu kampong Bera fathoni namun wan hashim itu anak kepada asshahid Tok Nik Had (tok Mekong Awang Hitam). yang berpindah kenegeri kelantan ketika kejatuhan kerajaan islam fathani darulsalam kepada penjajahan siam. Bapanya haji Othman dilahirkan dikampung kuala lengkung kawasan bendang pendalaman kampong belimbin dalam jajahan pasir mas, dibesarkan dan didikkan oleh datonya dengan pelajaran agama kemudiasn belajar dipondok, setelah dewasa dibawa oleh datonya kenegeri kedah dan dinikak kan dengan ibunya (hajjah kamaliah) bagi merapatkan semula pertalian keluarga keturunannya, hasil perkongsian hidup itu Allah Taala mengurniakan anaknya seramai sepuluh orang yang bernama ismail, mahmud Nasri, Saat, Ahmad, Aisyah , salmah, cik, zainab, Rokiah, dan seorang lagi bernama Huduh. 4. Kelahiran Dilahirkan dikampung alor besar kota sarang semut, kedah pada malam rabu 24 safar 1316 hijrah bersamaan 14 julai 1898 masihi. Ayahahda dan ibunya mempunyai pendidikan agama yang kuat maka mereka membesarkan dengan didikan agama , asas pengajian Al-Quran semenjak kecil lagi dengan tekun serta sabar. Sheikh mahmud nasri dapat khatam Al-Quran ketika usia 7 tahun, lepas itu pula diserah kepada seorang guru Al-Quran yang mahir berasal dari Fathani Pak Ngah Idris untuk mendalami pelajaran Al-Quran dan pendidikan agama. Pak Ngah Idris itu dating bermukim di Kedah selama 5 tahun.kebetulan ketika itu pengajian Islam pendidikan utama bagi orang melayu Malaya dan ramai anak-anak watan telah berjaya menuntut Ilmu ke makkatul mukarramah, jadi kedua-dua ibu bapanya tidak ketinggalan untuk mengasuh anaknya menimba ilmu pengetahuan yang berguna.

akan bersmbung....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...