KLIK SINI



Bakers1171 - Homemade & Halal


Thursday, October 29, 2009

AHLI SUNNAH,SYIAH DAN KHAWARIJ

1. Ahli sunnah wal-jamaah
a. Kumpulan yang berpegang teguh dengan Al-Quran, sunnah rasul dan perkara yang dibawa oleh para sahabat serta menetang perkara bida'ah.
b. Nama lain ; ahlu sunnah ,al-jamaah, as-salaf as-soleh, ahlul hadis.

2. Kemunculan nama ahli sunnah wal-jamaah
a. Muncul setelah berlaku perpecahan dikalangan umat islam.
b. Nama Ahli sunnah wal wajamaah dimasyhurkan oleh abu hasan al-asy'ari dan abu mansur al-maturidi
c. Ia adalah gabungan perkataan ahlu, as-sunnah dan asl-jamaah
d.Dinamakan ahli as-sunnah kerana
i. mereka menerima dan beramal dengan sunnah rasulullah
e.Dinamakan al-jamaah kerana mereka
i. berkumpul diatas kebenaran dan
ii. bersatu berjihad melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar serta
iii. menghidupkan sunnah dan
iv. menentang perkara bid'ah

3.Prinsip-prinsip akidah ahli sunnah wal-jamaah
a. Berpegang teguh dengan al-quran dan as-sunnah
b. Berpegang dengan prinsip as-salaf as-soleh
c. Jika terdapat perselisihan pandangan, mereka merujuk kepada al-quran dan as-sunnah
d.Mereka tidak mencela dan mengkafirkan orang yang tidak sealiran dengan mereka
e.Mereka tidak menghukum kecuali terdapat bukti yang sahih

4.Pandangan ahli sunnah wal-jamaah terhadap beberapa isu:
a. Al-quran bukan makhluk
i. Mereka yakin al-quran adalah kalam Allah yang bersifat qadim dan bukan makhluk iaitu bersifat baru.
b. Melihat allah
i.Menurut ahli sunnah wal jamaah orang mukmin dapat melihat allah di syurga pada hari qiamat sebagaimana yang disebutkan dalam al-quran dan hadis sahih
c. Pelaku dosa besar
i.Orang yang melakukan dosa besar tetap dikira sebagai mukmin kerena imannya masih ada tetapi dikira fasik kerana telah melakukan dosa besar
d. Iman bertambah dan berkurang
i.Ahli sunnah berpendapat bahawa iman seseorang boleh bertambah dan berkurang
ii. Ia bertambah dengan amalan seperti solat dan zikir
iii. Ia boleh berkurang apabila seseorang melakukan maksiat atau kejahatan seperti mencuri dan menipu

5.Berpegang dengan akidah ahli sunnah wal-jamaah
a. Dapat membersihkan akidah daripada sebarang kekeliruan dan kesesatan
i.Ini kerana akidah mereka berdasarkan kepada sumber yang sahih iaitu al-quran dan as-sunnah
b.Asas kepada penerimaan sesuatu amalan
i. Kerana amalan seseorang hanya diterima jika bersandarkan akidah yang betul
c. Hidup diredhai allah kerana berada dijalan yang benar


6. Mazhab syiah dan khawarij
a. SYIAH
i. Pengenalan;
1.Mereka ialah golongan yang bercita-cita untuk menjadikan saidina ali sebagai khalifah rasulullah
2.Mereka berpendapat bahawa saidina ali sahajalah yang layak dilantik menjadi khalifah selepas kewafatan rasulullah
ii. 3 kumpulan syiah;
1. Syiah imamiah
.Dinamakan demikian kerana mereka berpendapat jawatan pemimpin umat islam ( imam ) hanya layak disandang oleh ahli al-bait
· Perbezaan pegangan dengan ahli sunnah wal jamaah;
i.mereka beriktikad bahawa jawatan imam adalah jawatan yang dianugerahkan oleh Allah seperti kenabian tetapi tidak mendapat wahyu.
ii. Jawatan imam hanya layak disandang oleh dua belas imam daripada kalangan ahli al-bait mengikut urutan
iii.Mereka menolak semua hadis yang bukan diriwayatkan oleh ahli al-bait
iv.Mereka percaya bahawa imam kedua belas merka iaitu muhammad al-mahdi al-qaim bilhujjah akan muncul sebagai imam al-mahdi
v.Mereka beramal dengan taqiah iaitu menyembunyikan i'tikad sebenar mereka apabila berhadapan dengan orng yang berhadapan dengan orang yang berbeza iktikad dengan mereka
vi. Mengharuskan perkahwinan mut'ah iaitu nikah sementara waktu
2. Syiah zaidiah
· nama tersebut diambil sempena pengasasnya iaitu zaid bin ali zainal abidin, cicit kepada ali bin abi talib
. perbezaan pegangan dengan ahli sunnah wal jamaah;
i. mereka berpendapat kedudukan pelaku dosa besar berada antara keimanan dan kekufuran
ii.mereka berpendapat bahawa perbuatanmanusia adalah dilakukan oleh manusia bukan Allah
·mereka juga menolak pendapat syiah lain seperti;
i.kemaksuman para imam kecuali saidina ali, fatimah, al-hasan dan al-husain
ii.mereka menolak kepercayaan taqiah
3.Syiah al-batiniah
· dinamakan demikian kerana pandangan mereka yang menganggap al-quran mampunyai makna zahir dan makna batin yang hanya difahami oleh imam mereka
· mereka merupakan kumpulan syiah yang paling radikal dan sesat
· antara pegangan mereka;
i. berpendapat bahawa saidina ali dan imam-imam mereka yang lain sebagai tuhan
ii. berpendapat bahawa imam mereka muhammad bin al-hanafiah masih hidup
iii. menghalalkan beberapa kemungkaran seperti minum arak.

b. KHAWARIJ
i. Pengenalan
1. mereka ialah golongan penyokong saidina ali yang berjuang menentang muawiah tetapi tidak menerima majlis tahkim
2. mereka belot menyokong saidina ali kerana memprotes kesediaan saidina ali menerima keputusan majlis tahkim yang memihak kepada muawiyah.
3.Antara pegangan KHAWARIJ
· berpendapat bahawa pelaku dosa besar adalah kafir
· mengkafirkan serta menghalalkan darah semua umat islam yang berbeza kepercayaan / iktikad dengan mereka
·membataskan sumber syariah hanya kepada al-quran sahaja

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...