KLIK SINI



Bakers1171 - Homemade & Halal


Monday, October 12, 2009

ISLAM LIBERALISME

LIBERALISME DAN SEKULARISME



Pemikiran Islam Liberal berpunca daripada pengaruh pandangan hidup Barat
dan peradabannya yang mendominasi segenap bidang kehidupan dewasa ini.
Usaha-usaha untuk merombak segala yang telah ditetap Allah dalam Islam
merupakan ciri utama pemikiran ini. Takrif Islam yang telah disepakati perlu
diliberalkan dan dirombak sehingga orang bukan Islam pun dianggap sebagai
muslim, dan agama selain Islam juga diterima sebgai Islam. Al-Quran yang diimani
oleh seluruh penganut Islam sebagai wahyu illahi diragui kesahihannya dan
dianggap sebagai "perangkap Quraisy" atau rekaan bangsa arab sahaja. Kelompok Islam Liberal ingin menjadikan Islam senasib dengan agama-agama di Barat seperti Kristian dan Yahudi yang
tunduk kepada arus pemodenan. Mereka mengusung slogan “Menuju Masa Depan
Yang Membebaskan”sebagai perangkap bagi menjerumuskan umat Islam ke
Lembah pengabdian kepada pemikiran dan cara hidup Barat yang kufur dan
menyesatkan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...