KLIK SINI



Bakers1171 - Homemade & Halal


Monday, December 19, 2011

UMNO JANGAN MIMPI PERPADUAN PAS-UMNO













oLEH:Abd Shukur Harun shukurharun@yahoo.com

Tiga kali Muktamar PAS memutuskan dan mengulangi ketegasannya bahawa tidak akan wujud gabungan atau persefahaman atau dalam istilah apapun antara PAS dan Umno.
Bahkan Keputusan Muktamar itu disusuli kenyataan demi kenyataan dari pemimpin PAS bahawa parti itu akan terus setia dengan Pakatan Rakyat, gabungan yang telah mencapai kemenangan besar dalam PRU Ke-12 2008 yang lalu.

Oleh itu segala kenyataan dari pemimpin Umno dan mereka yang sehaluan dengannya mengenai perlunya persefahaman atau gabungan PAS-Umno kononnya demin untuk perpadian ummah, hanyalah ‘cakap-cakap tepi jalan’ yang tidak mempunyai makna dan andaran apa-apa.
Cakap-cakap manis dibibir pemimpin Umno ini hanya untuk menimbulkan suatu tanggapan palsu bahawa kononnya Umno memang mahukan pepaduan Melayu/Islam demi untuk kepentingan politik umat Islam.

Apabila jelas PAS menolaknya berulang kali, lalu mereka membuat andaian dan ruduhan jahat bahawa PAS takut dengan kemarahan DAP, atau tunduk kepada pengaruh DAP yang tidak mahu Umno bergabung dengan PAS.
Dakwaan karut ini terus diulangi oleh pemimpin Umno di mana saja ada kesempatan, terutama menjelang PRU Ke-13 ini. Iaitu dengan maksud untuk menanamkan kebencian orang Melayu terhadap PAS dan seterusnya DAP bahawa PAS lebih bersedia menerima DAP dari Umno.
Mereka menjaja premis ini terumata di luar bandar, kerana mereka yakin dakwaan ini mudah diterima oleh orang Melayu kerana untuk puluhan tahun digambarkan oleh Umno/BN ini bahawa DAP adalah parti perkauman Cina dan berbahaya kepada orang Melayu jika Pakatan Rakyat berkuasa.

Secara tidak benar mereka menggambarkan bahawa DAP adalah dominan dalam Pakatan Rakyat sementara PAS hanya mengiukut kehendak PAS. Analogi palsu ini bertahun dijaja oleh Umno/BN dan ditiupkan kembali dengan hangatnya menjelang PRU Ke-13. Ini semata-mata untuk mengekalkan kuasa Umn/BN yang bergelomang dengan rasuah, penyelewengan dan pelbagai lagi.

Oleh itu penegasan berulang kali oleh pemimpin PAS bahawa parti itu tidak akan bergabung dengan Umno adalah penegasan yang sepatutnya diterima oleh orang Melayu yang sesetengahnya mungkin terpengaruh dengan propaganda Umno ini.
Oleh itu adalah wajar saya perturunkan kembali sebahagian Surat Terbukan Kepada Orang Melayu dari Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang:

“Islam didahulukan, Melayu bersamanya. Bukan Melayu didahulukan, Islam mengikutnya, kerana Islam ditegakkan Melayu selamat. Kalau Melayu ditegakkan di atas aqidah kebangsaannya, Melayu sesat, Islam terpinggir. Inilah kecuaian Umno adalah pelakon yang sama memimpin negara yang dikatakan merdeka, dengan semangat hidup Melayu, Islam selamat. Nyata bahawa Melayu tidak selamat dengan cara Umno.
Islam cara Umno tidak mampu memperkasakan Melayu, kerana Melayu didahulukan, Islam tidak memandunya kerana tidak djadikan panduan. Maka bangsa Melayu tidak mampu bersaing dengan kaum lain dalam masyarakat majmuk.

Kita wajib menerima hakikat masyarakat majmuk yang diatur oleh penjajah di tanah air kita. Setelah mereka menjajah bangsa Melayu lebih dulu yang bercampur dengan kaum pribumi berada di tanah air ini. Penjajah membawa kaum lain yang dijajah juga, untuk sama-sama diperhambakan untuk kepentingan penjajah Barat.

Bangsa Melayu dan penduduk asal yang lain terus dipinggir di kawasan luar bandar dengan keadaan terbiar dalam kemiskinan. Kaum Cina pula menjadi buruh di lombong-lombong dan sebahagiannya di bandar dan kaum India menjadi buruh di ladang-ladang. Semua kaum diperkudakan untuk kepentingan penjajah dan seterusnya diatur untuk dilagakan di antara satu sama lain, untuk terus diperintah atau menjaga kepentingan penjajah selepas merdeka.
Mengikut Islam bahawa masyarakat majmuk adalah satu adunan yang baik sekiranya dimanfaatkan dengan bijak, sekiranya wujud kedudukan yang seimbang dan saksama diantara satu sama lain. Kaum lain telah menerima hakikat bangsa Melayu yang beragama Islam adalah teras kepada negara dengan hak yang adil secara sama dengan kaum yang lain, kerana jumlah mereka lebih besar.

Tiba-tiba kedudukan orang Melayu yang beragama Islam ketinggalan jauh di belakang dari segi pendidikan, ekonomi, politik dan lain-lain. Ini menyebabkan rasa tidak puas hati terhadap kaum lain, dengan terpinggir secara nyata di Singapura, Pulau Pinang dan negeri-negeri lain di pantai Barat dan Malaysia Timur. Semua negerinegeri ini pada awalnya dipimpin oleh Umno yang bertemakan hidup Melayu mafhumnya tegaklah Islam.
Umno sebenarnya yang bermasalah.

Malangnya Umno menyalahkan pihak lain, khususnya PAS yang tidak bersama Umno sejak menentang penjajah dan cara mencapai kemerdekaan dan mengurus negara. Umno meletakkan Islam di samping atau di belakang tanpa kuasa secara warisan penjajah yang merancang untuk melemahkan umat Islam mengikut kajian para orentalis.
Akhirnya orang Melayu bukan saja terus dalam keadaan lemah, tidak mampu bersaing dengan kaum lain. Bukan sahaja ketinggalan dalam ekonomi di bumi sendiri, walaupun diberi tongkat hak istimewa Melayu dan Bumiputera, bahkan ketinggalan dalam pendidikan dan kesedaran berpolitik.

Pemimpin yang tidak boleh menjadi model Islam kepada bukan Islam dan tidak mampu memimpin kumpulannya dan bangsanya sendiri, apatah lagi negara, tetapi lebih berlagak mampu dengan mempertahan kuasa dengan apa sahaja, kerana dibejati penyakit zalim dan fasad.
Zalim mengikut takrif Islam ialah meletakkan sesuatu tidak kena pada tempatnya dalam segala bidang, seperti kehakiman, pentadbiran, ekonomi dan lain-lain aspek. Fasad pula ialah kemungkaran dalam segala aspek saperti rasuah dan segala maksiat terhadap Allah, diri sendiri dan masyarakat.

Demikianlah pandangan Dato Seri Presiden yang sangat wajar menjadi renungan mengapa PAS menolak gabungan dengan PAS dan inilah juga sebahagian hujah yang dikemukakan oleh pemimpin dan perwakilan dalam tiga Muktamar Tahunan PAS di Ipoh, Shah Alam dan Kota Bharu.

Oleh itu suara-suara yang kedengaran kembali mengenai perpaduan Umno-PAS, terutama menjelang PRU ke-13 akan datang, adalah suara yang tidak memahami hakikat sebenar jalur perjuangan PAS, atau mereka yang keliru, atau untuk kepentingan politik golongan sekular/perkauman. Pandangan ini sudah tentu bertentangan dengan Islam.

5 comments:

  1. MENASIHATI PEMERINTAH MENURUT AS-SUNNAH DAN LARANGAN MEMBERONTAK ( BUGHAH )
    Pengaruh dan keberadaan alim ulama’ di dalam sesebuah masyarakat islam adalah amat besar pengaruhnya. Sebagai ketua agama mereka juga mempunyai fungsi amat besar dalam menentukan halatuju kepimpinan beragama bagi rakyat Negara ini terutamanya. Oleh itu kita tidak dapat menafikan suara mereka di dalam masyarakat sehingga factor terbelahnya pemikiran masyarakat menjadi dua atau tiga adalah berpunca dari fatwa para alim ulama yang bersalah salahan pendapat.Sayugia kepada mereka yang bergelar alim ulama’ hendaklah memainkan peranan yang lebih berkesan dalam menyatukan rakyat berbilang kaum berbilang bangsa dan berbilang agama ini dengan menjauhkan ikhtilaf yang tidak menguntungkan negara. Seharusnya para alim ulama bersatu fikir berganding bahu membangunkan masyarakat majmuk ini menuju keamanan dan kedamaian seperti yang dituntut agama. Bukan pula asyik memikirkan bagaimana kebenaran akan berpihak kepadanya dengan menggali ayat al quran dan hadis untuk memenangkan pendapat mereka sahaja sehingga terlupa tanggungjawab untuk menyatukan pengikut menjadi sebuah ikutan yang boleh dijadikan contoh kepada bangsa atau agama yang lain.Di dalam sebuah Negara bersistemkan demokrasi nakal ini pula, peranan ulama amat besar untuk membantu mengekalkan keharmonian masyarakat bukan pula memecah belahkan seperti yang sering kita lihat di dalam ceramah ceramah politik yang penuh dengan kerakusan nafsu ammarah waliazubillah min zalik.

    Apa yang berlaku pada hari ini tidak ubah seperti harapkan pagar, pagar pula makan padi. Harapkan orang tua menegur dengan hikmah dan berilmu tetapi yang berlaku adalah sebaliknya pula. Tunggang langgang anak anak bercakaran dan bergaduh membaling kerusi dan botol. Orang orang tua tersengih dan tersenyum puas melihat anak beranak adik beradik bertumbuk dan tuduh menuduh diantara satu sama lain. Tiada siapa pun dari kalangan alim ulama’ yang turun tangan mendamaikan. Mendamaikan, adalah satu istilah pelik dan keji pada hari ini walhal itulah arti yang jelas dari maksud ayat firman “ Fa Ashlihuu Baina Akhawaikum..Maka Hendaklah Damaikan Antara Saudara Islam yang berselisih sebagai contohnya UMNO dan PAS termasuk PKR” Tetapi apa yang kita lihat, para alim ulama ini pula yang menjadi pemain drama lakunan tersebut malah mereka pula yang mendidik rakyat menggunakan lidah mereka yang bersih itu untuk mencerca nista saudara saudara muslimnya yang lain. Ini boleh kita sebut sebagai golongan ulama jahat itu? Mungkin pada saya, ya pada hakikat sebenarnya.

    ReplyDelete
  2. WAJIB MENJAGA KESATUAN DARI BERPECAH BELAH.Berfirman Allah SWT ;Ta’awuz dan Basmalah..‘’Wa’tashimuu Bihablillahi Jamiian Walaa Tafarraquu Wazkuruu Ni’matallaahi A’laikum Iz Kuntum A’daa’an Fa Allafa Baina Quluubikum Fa Ashbahtum Bini’matihii Ikhwaanaa’’.Wa’tashimuu Bihablillahi Jamiian ; Berpeganglah kamu semua dengan tali Allah,Walaa Tafarraquu ; Dan Janganlah pula Kamu Berpecah belah (jadi kecil),Wazkuruu Ni’matallahi A’laikum ; Ingatlah Nikmat Allah ke atasmu,Iz Kuntum A’adaa’an ; Ketika Kamu Bermusuh Musuhan Dulu,Fa Allafa Baina Quluubi Kum ; Maka Allah Melembutkan Antara Hati Kamu,Fa Ashbahtum Bini’matihii Ikhwaanaa : Dengan sebab nikmatnya kamu jadi bersaudara , berdamai. ( Puak Khazraj dan Aus ) keturunan adik beradik asalnya.

    ReplyDelete
  3. HUKUM WAJIB TAAT KEPADA ALLAH DAN RASUL SERTA PEMIMPIN.Dan Juga Allah Berfirman Supaya Rakyat Mentaati Pemimpin ;Ta’awuz dan basmalah..Athii’ullaha Wa Athii’ur Rasuul, Wa Ulil Amri Minkum.Ertinya ; Athii’ullaha Wa Athii’ur Rasuul ; Taatlah akan Allah Dan Taatlah Akan Rasul,Wa Ulil Amri Minkum ; Dan juga Taatilah Yang Punya Urusan Kerja Dari Kalangan Kamu. Tidak kira golongan mana yang memerintah negeri atau negara. Mereka adalah yang telah dijadikan pemimpin yang terpaksa dilahirkan dicelah celah kefasikan kaifiyat memilih pemimpin berdasarkan kesukaan hati. Bukan berdasarkan ketaqwaan dan keimanan yang sebenar benarnya akibat cara yang ada hanya cara membuang undi.Pemimpin mana yang mesti ditaati dikalangan kamu, adakah yang adil atau yang zalim. Maka Rasulullah saw memberikan jawaban lebih dahulu sebelum peristiwanya berlaku yakni pemimpin kamu walaupun dia kelihatannya zalim , merampas harta dan memukuli punggung punggung kamu dengan hadis baginda saw ;“Dengarlah dan taatilah penguasa diwaktu susah dan senang, diwaktu lapang dan sempit, walaupun mereka mementingkan diri sendiri dan memakan hartamu serta memukul punggungmu, kecuali apabila memerintahkan untuk berbuat maksiat”. Hadis ini diriwayatkan oleh Ibnu Hibban di dalam Sahihnya : 10/426, Sanad Hasan.

    ReplyDelete
  4. AHLI POLITIK KITA MEWARISI KERENAH AHLI POLITIK YAHUDI.Oleh itu kita menyeru kepada para ahli politik tempatan tidak mengira dari arah mana perjuangannya, dari parti mana cita citanya untuk menguasai negara ini supaya perlahankanlah suara, kurangkanlah tuduh menuduh sekalipun benar, jauhkanlah diri dari melakukan fitnah namimah mengadu domba kepada saudara muslim kita dari parti yang lain.Hentikanlah propaganda tenungan dan santau kaum melayu yang tertiru propaganda yahudi itu dengan menjatuhkan lawan pilihanraya melalui taktik popular mereka serang, fitnah, pecah, tumbang dan perintah. Ilmu santet yahudi yang paling mujarrab dan perkasa ialah baling batu sembunyi tangan. Apabila lukanya tidak mahu sembuh atau terlalu mahal belanja obatnya maka datanglah pelobi terkaya menabur duit menguasai pemerintahannya. WTC adalah contoh termahal baling batu sembunyi tangan diabad ini.Perbuatan itu tidak akan diampunkan Allah dosanya yakni kepada pelaku yang menimbulkan resah dan huru hara sehinggalah pelaku rusuhan dengan penuh perasaan ingin memberontak kerana geram dan ingin balas dendam akibat sakit hati yang teramat sangat kepada seseorang di dalam pemerintahan kerajaan yang ada, menghentikan niat dan percubaannya. Hendaklah bertaubat nasuha dan berusahalah mengembalikan keamanan yang telah dinodai oleh kerakusan nafsu ammarahnya.Walaupun seruan ini telah pun terlewat, tetapi mudah mudahan ia menjadi peringatan kepada mereka yang baru ingin cuba merancang untuk memberontak kepada pemimpinnya sendiri. Pemberontakan akan tetap terjadi, mudah mudahan kita dijauhkan dari malapetaka ini. Wal’iyazubillah.

    ReplyDelete
  5. PARTI BUKAN ISLAM YANG MENOLAK ISLAM.Parti DAP dan Parti PKR telah awal awal lagi menggulung firman tuhan “ Wa Man Lam Yahkum Bimaa Anzalallahu, Fa Ulaaika Humul Musyrikuun / Dzaalimuun / Kaafiruun.” ( Ketua pemimpin DAP pada suatu ketika dahulu pernah mengeluarkan kata kata rasmi yang tidak akan terpadam dengan mudah dari ingatan saya,”Jika ada pihak yang mahu menegakkan undang undang islam, langkah mayat aku dulu”. Ini adalah kenyataan yang amat keras dan sangat berani, yakni dengan sengaja beliau mencabar umat islam yang beraqidah “Tiada Tuhan Melainkan Allah, Nabi Muhammad Pesuruh Allah” . Secara automatic meletakkan dirinya sebagai harbi yang dibenarkan syara’ untuk memeranginya. Entah mengapa dia dan sekutunya masih hidup sampai kini malah menjadi sekutu parti islam pula, mungkin sudah bertaubat. )Walaupun masih diperingkat pertengahan dalam usaha menegakkan amar makruf nahi mungkar negara Malaysia masih dikenali oleh negara barat sebagai negara yang berpegang dengan ajaran agama islam. Ia amat berbeza dengan suasana negara negara islam yang lain. Sebab itulah Malaysia diiktiraf sebagai salah sebuah negara islam yang masih berpegang teguh dengan asas amar makruf dan nahi mungkar, malah dikenali diseluruh dunia sebagai sebuah negara yang banyak memberikan sumbangan besar dalam memajukan islam dari berbagai sudut termasuk mempromosikan dakwahnya yang merangkak melalui beberapa program yang masih terkial kial seperti penganjuran majlis tilawah al quran peringkat antara bangsa , hub halal dan sebagainya.Sebab itu saya amat yakin Malaysia dan sebahagian Indonesia , termasuk Brunei dan negara sekitarnya yang masih kuat berpegang dengan ajaran islam ahlul halli wal aqdi sunnah waljamaah akan melahirkan pejuang pejuang islam yang dihantui kehadirannya oleh umat yahudi dan golongan syiah as sufyani dan nasrani pada masa yang akan datang ini.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...