Imam Al-Barbahari berkata: “Setiap orang yang memberontak kepada imam (pemimpin) kaum muslimin adalah Khawarij. Dan bererti dia telah memecah kesatuan kaum muslimin dan menentang sunnah. Dan matinya seperti matinya jahiliyyiah.” Syarhus Sunnah – Imam Barbahari, tahqiq Abu Yasir Khalid Ar-Radadi, m/s. 78.)
Imam Asy Syahrastani berkata. “Setiap orang yang memberontak kepada imam yang disepakati kaum muslimin disebut Khawarij. Sama sahaja, apakah dia memberontak dimasa sahabat kepada imam yang rasyidin atau setelah mereka dimasa para tabiin dan para iman disetiap zaman.” Al-Milal wan Nihal, m/s. 114,
Imam Ibnul Jauzi berkata dalam kitabnya Talbis Iblis. “Khawarij yang pertama dan yang paling buruk adalah Zul Khuwaishirah. Abu Said Al-Khudri berkata: “Ali ra pernah mengirim dari Yaman kepada Rasulullah shallallahu alaihi wa Sallam sepotong emas dalam kantung kulit yang telah disamak dengan emas itu belum dibersihkan dari kotorannya. Maka Nabi membahagi-bahaginya kepada empat orang, Zaid Al-Khalil, Al-Aqra’ bin Habis, Uyainah bin Hish dan Alqamah Watsah atau ‘Amir bin Ath Thufail. Maka sebahagian para sahabatnya, kaum Ansar serta selain mereka merasa kurang senang. Maka Nabi berkata:
“Apakah kalian tidak percaya kepadaku, padahal wahyu turun kepadaku dari langit diwaktu pagi dan petang?”.
Kemudian datanglah seorang lelaki yang cekung kedua matanya, menonjol bahagian atas kedua pipinya, menonjol dahinya, lebat janggutnya, tergulung sarungnya dan botak kepalanya. Orang itu berkata. ‘Takutlah kepada Allah wahai Rasulullah!’. Maka Nabi mengangkat kepalanya dan melihat orang itu, kemudian baginda berkata, “Celaka engkau, bukankah aku manusia yang paling takut kepada Allah?”. Kemudian orang itu pergi. Maka Khalid Al-Walid berkata, ‘Wahai Rasulullah, bolehkan aku penggal sahaja lehernya?’. Nabi berkata. ‘Mungkin dia masih shalat”. Khalid berkata, ‘Berapa ramai orang yang shalat dan berucap dengan lisannya (syahadat) ternyata amalannya bertentangan dengan isi hatinya?” Nabi berkata. “Aku tidak disuruh untuk meneliti isi hati manusia dan membelah dada mereka.” Kemudian Nabi melihat kepada orang itu dalam keadaan berdiri kerena takut sambil berkata:
“Sesungguhnya akan keluar dari orang ini satu kaum yang mereka membaca Al-Quran yang tidak melampaui tenggorokan mereka. Mereka lepas dari agama seperti lepasnya anak panah dari busurnya.” HR. Bukhari, no. 4351 dan Muslim no. 1064.
Dalam riwayat lain bahawa orang ini berkata kepada Rasulullah shallallahu alaihi wa Sallam “Berbuat adillah!”. Maka Nabi berkata, “Celaka engkau, siapakah lagi yang dapat berbuat adil kalau aku tidak adil?”. HR. Bukhari, no. 3610 dan Muslim 1064.
Imam Ibnul Jauzi berkata, ‘Orang itu dikenal dengan nama Zul Khuwaishirah At-Tamimi. Dia adalah orang Khawarij yang pertama dan Islam. Penyebab kebinasaannya adalah kerena dia merasa puas dengan pendapatnya sendiri. Kalau dia berilmu, tentu dia akan tahu bahawa tidak ada pendapat yang lebih tinggi dari pendapatnya Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam.
Para pengikut orang ini termasuk orang-orang yang memerangi Ali bin Abi talib. Itu terjadi ketika peperangan antara Ali dengan Muawiyah telah berlarutan. Pasukan Muawiyah mengangkat mushaf-mushaf (al_Quran) dan memanggil pasukan Ali bertahkim (mengadakan perundingan). Maka mereka berkata; Kalian memilih satu orang dan kami juga memilih satu orang. Kemudian kita minta keduanya untuk memutuskan perkara perdasarkan Kitabullah.” Maka manusia (yang terlibat dalam peperangan itu) berkata. ‘Kami setuju’. Maka pasukan Muawiyah mengirim ‘Amr bin Al-Ash. Dan Pasukan Ali berkata kepadanya; “Kirimkanlah Abu Musa Al-Asyari”. Ali berkata, “Aku tidak setuju kalau Abu Musa, Ini Ibnu Abbas, dia sahajalah.” Mereka berkata. “Kami tidak mahu dengan orang yang masih ada hubungan kekeluargaan denganmu.” Maka akhirnya dia mengirim Abu Musa dan keputusan dilanjutkan sampai bulan Ramadhan.
Maka Urwah bin Uzainah berkata. “Kalian telah berhukum kepada manusia pada perintah Allah. Tidak ada hukum kecuali milik Allah”. Ali kemudian pulang dari Siffin dan masuk ke Kufah, tetapi orang-orang Khawarij tidak mahu masuk bersamanya, mereka pergi ke suatu tempat yang bernama Harura sebanyak dua belas ribu orang kemudian berdemonstrasi di situ, Mereka meneriakkan slogan “Tidak ada Hukum kecuali Hukum Allah”.
Itulah awal timbul atau tumbuhnya Khawarij. Dan mereka mendendang dan mengangkat sebagai komandan perang adalah Syabats bin Rabi At-Tamimi dan imam shalat adalah Abdullah bin Al-Kawwa Al-Yasykuri.
Khawarij adalah orang yang sangat kuat ibadahnya, tetapi mereka meyakini bahawa mereka lebih berilmu dari Ali bin Abi Thalib.
OK , itu lah sedikit info yang saya dapat berikan tentang Khawarij. Maka kita lihat pula
Adakah PAS sama seperti puak Khawarij itu?
Pertama sekali kita tanya diri kita, adakah PAS melebih-lebihkan pendapatnya lebih dari pendapat Nabi Muhammad S.a.w? Sudah tentu tidak bukan. Dan adakah PAS melebih-lebihkan pendapatnya dari Saidina Ali r.a? Sudah tentu tidak bukan, haa jawapan ringkas ini pun dah terjawab secara automatik tanpa perah-perah otak dah hehe. Tetapi mari saya explain sedikit lagi tentang perkara ini, bagi minda kita segar sikit dan jangan menuduh orang sembarangan yaa
Ketahuilah, PAS tidak menganjurkan untuk memberontak, PAS tidak memerangi kerajaan pun. Kemarahan2 dari orang2 yang tidak memahami (segelintir pengikut PAS) tidak bermakna konsep perjuangan PAS itu sendiri. Setiap anak Adam bersalah kan, maka PAS juga tidak lari dari ada melakukan kesalahan, PAS bukan maksum. Siapa-siapa pun ada melakukan kesalahan sekarang tetapi kita tengok lah apa bentuk kesalahan itu. Yang penting Aqidah kita, kita yakin dengan AlQuran ke tidak? Kita yakin ke tidak dengan HUKUM ALLAH yang ALLAH perintahkan dalam AlQuran?
PAS bertindak mengikut undang2 pemerintah sendiri iaitu memasuki pilihanraya, rakyat yang memilih. Dan PAS bukan seperti khawarij yang berlebih2an (GHULUW) dalam beragama. Tetapi PAS hanya bertindak MENEGUR kerajaan, kerana terlalu banyak korupsi dan penyelewengan dalam kerajaan.
Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda, ertinya, “Barang siapa di antara kamu melihat kemungkaran maka hendaknya dia mengubah dengan tangannya. Jika tidak mampu maka hendaklah dia mengubah dengan lisannya. Dan jika tidak mampu juga, maka hendaknya mengingkari dengan hatinya, dan itu adalah selemah-lemah iman.”
Antara iman yang paling tinggi adalah berkata benar di hadapan pemerintah. Maka jika kita masih mahu berada dalam kategori iman yang lemah terpulang lah. Hiduplah kita dalam dunia kita sendiri.
Berperang , mengamuk dan memberontak terlalu jauh bezanya dengan MENEGUR. Semua itu dalam bahasa Melayu yang jelas, kalau kita masih tidak dapat membezakannya lagi, saya nasihatkan kita belajar Bahasa melayu dulu betul2
Perhati maksud hadith ini baik2, “Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di saat ini) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri “. Hadith Riwayat Ibnu Majah”.
Maka kita masih mahu berperang sesama sendiri ke? Tidak belajarkah kita bahawa kita sesama Islam sekarang bertelagah sesama sendiri kerana HUKUM ALLAH tidak tertegak? Maka jika tiada orang yang berusaha untuk menegakkan HUKUM ALLAH, kamu mahu melihat dunia ini dipenuhi dengan peperangan dan mala petaka kah?
Jika manusia masih ikut ego masing2, membela sistem2 dari barat yang nyata merosakkan rohani dan jasmani, dan sekiranya manusia masih terpukau dengan dunia, masih mahukan harta banyak dan hidup mewah, jangan harap kedamaian mutlak dapat dicapai. Maka kita tiada pilihan lain melainkan berusaha untuk menegakkan HUKUM ALLAH sedikit demi sedikit setakat kemampuan kita.
Maka teguran2 yang dilemparkan kepada kerajaan adalah kerana kita sayangkan mereka juga, bukan kita bencikan mereka. Kita sudah nampak jalan yang ditunjukkan oleh kerajaan sekarang akan menghanyutkan rakyat, akan menyebabkan kejahilan semakin berleluasa, hiburan dan maksiat bertambah berleluasa, rakyat semakin mengutuk ulamak, maka senang hati kah kita melihat keadaan tersebut?
Jangan jadi bodoh dengan bertindak memerangi kerajaan, memberontak dan sebagainya, tetapi bertindaklah dengan HUJJAH, kerana ISLAM datang dengan HUJJAH. HUJJAH mesti beserta dengan ilmu yang terang dan nyata bukan beserta dengan ilmu yang membabi buta. Banyak kan lah baca hadis-hadis akhir zaman, banyakkanlah baca kitab2 muktabar insyaALLAH kita akan nampak dan dapat membezakan mana yang HAK dan mana yang BATHIL. Jangan terus berlagak pandai sedangkan diri kita masih terumbang-ambing dan mengutamakan kemewahan dunia lagi.
Marilah kita sama-sama hayati kata2 Saidina Abu Bakar r.a ketika menjadi Khalifah, sahabat terdekat dengan Rasulullah S.a.w
“Taatilah kepada aku selagi aku taat kepada Allah. Sekiranya aku menyeleweng atau melanggar perintah Allah jangan taat kepada aku. Tentanglah aku sehingga aku kembali kepada hukum Allah.”
Dakwahnya Nabi Musa a.s , Nabi Isa a.s dan Nabi Muhammad S.a.w
Kita tengok perjuangan dan dakwah Nabi Musa a.s. walaupun dia dibesarkan oleh Firaun, diberi makan oleh Firaun dari kecil lagi, tetapi mengapa dia belot pada Firaun dan mendakwah beliau? Adakah kerana dia tidak bersyukur?? Fahamilah baik2 konsep syukur dalam Islam, dan ketahuilah bahawa semua rezeki adalah dari ALLAH, bukan dari MAKHLUK!
Nabi Musa a.s pun boleh berdebat dengan Firaun yang sudah membelanya dari kecil, Nabi Musa pun MENEGUR Firaun, maka salahkah kita MENEGUR kerajaan sekarang ini?
Nabi Isa a.s diutuskan kepada kaumnya yang pada waktu itu di bawah pemerintahan kerajaan Rome. Nabi Isa datang memperbaiki ajaran dari Nabi Musa a.s dahulu dan ianya dibuat secara rahsia pada mulanya dan semakin tersebar. Sehingga akhirnya ajaran Nabi Isa dituduh sebagai ajaran sesat oleh yahudi-yahudi. Dan itu sudah semestinya melanggar undang-undang kerajaan Rome pada masa itu. Maka adakah itu juga adalah pemberontakan yang tidak betul? Cuma ditakdirkan Nabi Isa tidak sempat berdakwah lama, dan tidak sempat untuk mengambil tampuk pemerintahan kerajaan pada masa itu,
OK , kalau ada yang berkata itu Nabi Musa dan Isa a.s , bagaimana dengan Nabi Muhammad S.a.w.?waktu Nabi Muhammad S.a.w menyebarkan Islam, dekat Mekah tu ada ke tidak pemimpin?? Sudah tentu ada, iaitu pembesar-pembesar QURAISY. Maka adakah itu bermakna Muhammad S.a.w telah melawan pemerintah? Telah memberontak dengan menyebarkan ISLAM?
Memberontak, mengamuk, memerangi , semua itu adalah tindakan manusia2 yang menurut emosi. Seperti mana Iraq dan Iran pernah berperang sesama sendiri. Tetapi wajarlah mereka kerana mereka Ahlus-Sunnah against Syiah. Tetapi kita yang mengaku Ahlus-sunnah semua ni kenapa cuba untuk bertelagah juga? Perhatikan di situ dan fikir-fikirkan lah.
Di harap tiada orang yang mengatakan bahawa konsep perjuangan PAS sekarang adalah seperti puak Khawarij. Dan nasihat saya, JANGAN GUNAKAN AGAMA SEMATA-MATA UNTUK MENCARI KESENANGAN DUNIA. TETAPI GUNAKANLAH DUNIA DEMI MEMBANTU AGAMA KITA YANG TERCINTA.
Daripada Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah saw. bersabda; “Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah swt. Berfirman kepada mereka, “Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)”. H.R Termizi
Golongan yang dimaksudkan di dalam Hadis ini ialah orang-orang yang menjadikan agama sebagai alat untuk mendapat keuntungan dunia. Mereka rela menggadaikan agama untuk meraih keuntungan dunia. Dan apabila bercanggah kepentingan dunia dengan hukum syarak mereka berani mengubah hukum Allah dan memutarbelitkan kenyataan. Mereka juga pandai mengemukakan hujah-hujah yang menarik dan alasan-alasan yang memikat hati, tetapi sebenarnya hujah-hujah dan alasan tersebut hanya sernata-mata timbul dari kelicinan mereka memutarbelitkan kenyataan. Mereka menipu orang lain dan juga menipu diri mereka sendiri.
Mereka akan dilanda kekusutan pemikiran yang sangat tajam sehingga orang alim yang banyak pengalaman pun akan kehabisan akal dan buah fikiran. Mereka menghadapi masalah-masalah yang meruncing dan akan menemui jalan buntu dalam permasalahan yang dihadapi.
Di sini saya juga mahu nasihatkan diri saya dan siapa sahaja agar hayati hadith ini dan jangan lah gunakan agama kerana untuk mencari kemewahan dunia, “Akan keluar di akhir zaman, suatu kaum yang masih muda umurnya tapi bodoh pemikirannya. Mereka berbicara seperti perkataan manusia yang paling baik. Keimanan mereka tidak melewati tenggorokannya. Mereka keluar dari agama ini seperti keluarnya anak panah dari buruannya. Di mana saja kalian temui mereka, bunuhlah mereka. Sesungguhnya membunuh mereka akan mendapatkan pahala pada hari kiamat.” (HR. Muslim)
“… Dan sesungguhnya yang aku takutkan atas umatku ialah para ulamak yang menyesatkan.” (H.R. Abu Daud dari sahabat Tsauban radhiyallahu ‘anhu).
Apa yang saya mahu tegaskan di sini ialah, memberontak, memerangi adalah berbeza sama sekali dengan MENEGUR! Ini untuk menjawab ada tuduhan-tuduhan terhadap PAS itu sama seperti Khawarij, astaghfirullah, sungguh berat tuduhan itu. Walaupun saya ini bukannya ahli PAS, tetapi saya merasa tersentak apabila melihat ada tuduhan yang dibuat sebegitu rupa terhadap sebuah jemaah yang berjuang untuk meninggikan syiar Islam. Puak-puak Khawarij menentang kerajaan pimpinan para sahabt yang menegakkan HUKUM ALLAH. itu baru namanya tidak betul kerana menentang pemerintahan yang menegakkan HUKUM ALLAH. Tetapi kerajaan kita sekarang ini menegakkan HUKUM ALLAH ke? Fikir-fikirkan lah dan bukak-bukak lah minda. Gunakan akal dan jangan gunakan nafsu. Wallahu a’lam.
pandangan yg tidak tepat. berdemo dan menjerit2 di jalanan dan merosakkan harta awam bukanlah menegur namanya. seeloknya PAS memperbaiki diri dan membersihkan parti drpd rasuah dan penyelewengan sebelum menegur org lain.
ReplyDeleteadakah anda sedar.. negara anda di pimpin oleh org yg kurang pegangan agama... tidak seperti yg dituntut oleh agama...
Deleteberdemonstrasi dan merosakkan harta benda adalah segelintir org... bukan bermakna keseluruhan pas termasuk ulamak pas merosakkan harta benda... bezanya dgn kerajaan kita sekarang? merosakkan akidah... cuba perhatikan anak2 muda zaman sekarang dengan masa dahulu... terlalu banyak anak2 muda kita diterapkan unsur2 barat... zina berleluasa... dosa2 besar dianggap dosa kecil... ini adalah kerana kerajaan kita skarang tidak menerapkan sistem yang dituntut agama kita iaitu agama allah...
ReplyDeletedan kerana kesalahan segenlingir ahli pembangkang yg tidak dapat mengawal nafsu,merosakkan barta awam, lantas.. kesemua ahli pembangkang dianggap khawarij? tuduhan yg amat besar... kita memang benar2 berada diakhir zaman..
Inilah mslh org kita krn jahil dgn Ilmu dan agama. Segelintir orang Pas buat salah, maka dia nak babitkan kesemua ulamak dan ahli pas itu salah. Saya nak tanya 1 soalan kpdnya, sekiranya Ayahnya merogol seorag gadis, adakah dia setuju sekirannya kita katakan semua ahli keluarganya itu adalah perogol?
ReplyDelete