KLIK SINI



Bakers1171 - Homemade & Halal


Saturday, December 19, 2009

BERTUNANG DALAM ISLAM

Pertunangan (Khitbah) adalah syariat Islam. Firman Allah swt :-

وَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِيمَا عَرَّضْتُمْ بِهِ مِنْ خِطْبَةِ النِّسَاءِ “Dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa yang kamu bayangkan (secara sindiran), untuk meminang perempuan ” [surah al-Baqarah : 235]

Nabi pernah bertunang dengan A’isyah ra [Sahih al-Bukhari #4793] dan diriwayatkan baginda juga pernah bertunang dengan Hafsah [Sahih al-Bukhari #4830].

Malah baginda menyarankan agar sesiapa yang ingin bertunang dengan seseorang wanita, dia dibenarkan melihat kepada wanita tersebut yang ingin dipinangnya. Sabda Nabi :-

إذا خطب أحدكم المرأة فإن استطاع أن ينظر إلى ما يدعوه إلى نكاحها فليفعل
“Apabila salah seorang dari kamu ingin bertunang, jika dia boleh melihat dimana permintaannya untuk meneruskan dan bernikah, maka biarlah dia lakukan” [Hadith Riwayat Abu Daud #2082].

Jelas disini menunjukkan bahawa bertunang juga adalah sunnah Nabi.

KESIMPULAN:Bertunang adalah majlis pertunangan yang biasa diadakan oleh masyarakat Melayu; dimana berlakunya perhantaran cincin tunang dsb. Dari segi syara’, bertunang adalah “seseorang lelaki bertanyakan wanita tersebut agar berkahwin dengannya”. Dengan selesainya seseorang lelaki bertanyakan atau meminang seseorang (dan dipersetujui), maka natijahnya itu dinamakan bertunang. Dari segi syara’, memang tidak ada majlis khas bagi amalan pertunangan ini. Ia cuma lamaran dan deklarasi perjanjian untuk berkahwin.والله اعلم

13 comments:

  1. BAGUS INFO INI.. MOHON CPY N PASTE

    ReplyDelete
  2. demi masa.sesungguhnya manusia dalam kerugian,kecuali yg beriman dan yg beramal soleh,dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

    SEMUA YG ADA D BLOG INI UTK UMAT ISLAM,SEBARKAN LAH

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum..!
    Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat bertunang kepada Nasri..., cantik kek tu kan..?
    Pertunagnan itu permulaan perkahwinan...
    " Berkahwin adalah sunahku, barangsiap yang tidak mengikuti sunnahku, ianya bukan termasuk umatku". (Al-Hadith)

    ReplyDelete
  4. Waalaikumussalam,Alhamdulillah,terima kasih.

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum..kita nak tanya..saya dah bertunang..baru beberapa bulan..selama saya berkawan dengan tunang saya..saya tidak pernah mengkaji atau menyelidik adab dalam pertunangan..selepas menyelidiki..saya amat terkejut..banyak larangan sudah saya buat..bukan lah yang dahsyat cuma hal2 yang dikatakan menghampiri kepada maksiat..seperti berdua-duaan di tempat khalayak ramai pun di larang..persoalan saya.."kami berdua berjalan hanya sebulan sekali.. atau dua kali sebulan..tanpa ada teman atau mahram..kami tidak melakukan hal berpegang tangan..cuma hanya meluangkan masa berbincang dan makan bersama..ada kah saya patut menghadkan lagi masa kami berjumpa..kerana kami tidak biasa ada teman sewaktu kami berjalan..seperti terhad apa yang kami hendak bincangkan....tiada niat lain untuk hanya berdua2an..tidak sama sekali..hm harap saudara dapat memberi pandangan.." terima kasih

    ReplyDelete
  6. walaikumusalam,dengan ilmu yang sedikit..saya cuba menjawab..Dalam islam,setiap perkara harus dijaga,kerana sebagai umat islam,musuh kita adalah syaitan,lelaki dan wanita yang bukan muhrim apabila berdua akan ditemani syaitan yang akan cuba menghasut supaya melakukan perkara terkutuk,"zina".dalam alquran telah disebut,"jangn kamu hampiri zina",apa yang saudari buat ini,memungkinkan ke arah zina walaupun saudari menyatakan cuma makan2,dan berbincang sahaja,Pada pandangan saya,sebagai umat islam yang soleh dan solehah,yang takut Pada azab Allah dan lemah pada godaan syaitan,cubalah jauhi berdua-duaan,jika perlu berjumpa,saudari bolehlah membawa teman,kawan perempuan atau adik saudari,elak bjumpa dwaktu malam.Jagalah agama dan maruah,kita insan yang lemah,bernafsu,sehebat mana pun,kita pasti tertewas dng bisikan syaitan.bnyakkan berdoa,dan seeloknya,percepatkan majlis pernikahan,semoga saudari dan tunang beroleh perlindungan dari Allah.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum...

    Saya ingin bertanya adakah khitbah ini perlu ada bersamanya mahram ataupun telah berkhitbah apabila disindir untuk dijadikan isteri oleh seorang lelaki dengan cara yang baik...

    ReplyDelete
  8. Waa'laikumussalam

    Ya,perlu bagi wanita yg masih punya mahram,maka seharusnya,ia perlu melalui mahramnya,bg wanita yg tidak mempunyai mahram(diyakini yatim piatu dan sebatang kara)maka bolehlah si lelaki bertanya terus kepada perempuan tersebut,ingatlah islam memuliakan kebaikan,dan kejahatan adalah dr syaitan.

    ReplyDelete
  9. Assalammualaikum . sy ingin bertanya . adakah relevan bertunang sambil menuntut di IPT ? terima kasih

    ReplyDelete
  10. Waalaikumussalam

    TAKRIF PERTUNANGAN

    Ulama dari mazhab Maliki (Hatab):
    Pertunangan adalah satu ungkapan untuk menyeru kepada pernikahan dan apa-apa yang berlaku dari perbualan.

    Ulama dari mazhab Shafie (Umairah):
    Pertunangan adalah menyentuh (mengemukakan) pernikahan daripada orang yang diambil kira dengannya.

    Daripada takrif pertunangan di atas dapatlah kita ketahui bahawa pertunangan ini adalah semata-mata satu perjanjian di antara dua pihak (pihak lelaki dan pihak perempuan) untuk melangsungkan perkahwinan. Pertunangan bukanlah satu akad seperti pernikahan dan memutuskan pertunangan dengan sebab-sebab tertentu bukanlah suatu kesalahan.


    PERTUNANGAN DI SISI SYARAK

    Terbahagi kepada lima cara:
    - Lelaki memberitahu hajatnya untuk meminang kepada seorang perempuan secara langsung.
    - Lelaki memberitahu hajatnya untuk meminang kepada wali perempuan.
    - Menggunakan pihak ketiga untuk meminang.
    - Wali menawarkan anak perempuannya kepada seorang lelaki soleh.
    - Perempuan menawarkan dirinya sendiri kepada seorang lelaki soleh.

    Sekiranya kedua-dua pihak telah bersetuju dan menerima (menggunakan salah satu cara di atas) maka ini adalah sudah dikira bertunang di sisi syarak.


    PERTUNANGAN DI SISI ADAT

    Kebiasaannya pihak lelaki akan memberikan barang-barang hantaran ke rumah pihak perempuan pada majlis pertunangan yang telah ditetapkan. Kemudian perempuan akan disarungkan cincin di jari manisnya sebagai tanda sudah bertunang. Maka pihak perempuan akan menetapkan dan membincangkan hantaran untuk perkahwinan berdasarkan status seseorang perempuan itu. Dan diakhiri dengan bacaan doa dan sedikit jamuan ringan. Majlis pertunangan ini diadakan selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk bertunang selepas adat merisik.

    Pemberian cincin semasa pertunangan adalah suatu adat yang diamalkan di Malaysia (mungkin diambil dari warisan orang bukan Islam) dan ia bukanlah satu syariat yang telah ditetapkan oleh Islam. Namun ia tidaklah menjadi satu kesalahan sekiranya pemberian cincin itu diberikan sekadar tanda pertunangan selagimana tidak menyalahi syariat. Perlu diketahui bahawa menganggap perbuatan menanggalkan cincin sebagai tanda pertunangan diputuskan maka ia adalah bercanggah dengan Islam.


    HEBAHAN PERTUNANGAN

    Tidaklah digalakkan menghebahkan pertunangan sepertimana perkahwinan. Pada pendapat saya bahawa hebahan pertunangan sekadar perlu adalah terletak di atas budi bicara keluarga masing-masing. Adapun hebahan tentang perkahwinan adalah digalakkan (sunat) oleh Islam dan menghadirinya adalah wajib.


    WAKTU PERTUNANGAN

    Berkaitan dengan pertunangan yang lama - pada pandangan saya ia terletak di atas diri kedua-dua pihak yang bertunang untuk menentukannya. Sekirannya kedua-dua (peminang lelaki dan perempuan) mampu melaluinya dan bersedia dalam tempoh masa pertunangan yang panjang maka tidaklah mengapa. Namun pertunangan yang panjang mungkin membawa sedikit masalah dari pengalaman beberapa orang kenalan saya.

    Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  11. Jika saudari mampu menjadi pelajar dan dlm masa yg sama bertunang..maka wajarlah..tepuk dada,tanya iman...

    ReplyDelete
  12. salamun 'alaik..
    asif..juz wanna say that u're da best bro!
    smg rmy lg rmje n hmbe ALLAH yg suke berkongsi ilmu...
    may ALLAH bless u.
    ALLAHU AKBAR!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...