KLIK SINI



Bakers1171 - Homemade & Halal


Sunday, September 25, 2011

Saturday, September 24, 2011

TASYABBUH DENGAN ORANG KUFAR
















Soalan :

Minta dihuraikan Hadis Nabi S.A.W.: "SESIAPA YANG MELAKUKAN PERBUATAN YANG MENYERUPAI SESUATU KAUM ITU, MAKA DIA TURUT TERMASUK BERSAMA GOLONGAN TERSEBUT" (ABU DAUD & AHMAD)

Jawapan :

Hadith tersebut antaranya telah diriwayatkan oleh Imam Ahmad r.a. dengan sanad yang Jayyid dari Ibn 'Umar dari Nabi s.a.w. bahawasanya baginda telah bersabda dalam satu hadith yang panjang, dan di akhir hadith tersebut Nabi s.a.w. menyebut:

من تشبه بقوم فهو منهم
Maksudnya: "Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dari kalangan mereka."

As-Syeikh Abdul 'Aziz Abdullah bin Baz menyebut lebih kurang :

"Maka menjadi kemestian ke atas orang-orang yang beriman menjauhi dari menyerupai musuh-musuh Allah dalam semua urusan hingga dapat dibezakan mereka dengan musuh mereka....... Akan tetapi jika terdapat perkara yang berkonsinya antara orang muslim dan orang kafir, maka perkara ini tidak termasuk di dalam menyerupai mereka, bahkan tidak dilarang untuk kita menggunakannya seperti menaiki kapal terbang, menaiki kereta, keretapi, walaupun mulanya perkara ini dimulai oleh musuh-musuh Allah, namun Allah telah memudahkan perkara ini untuk kita menfaatkannya...... Maka perkara-perkara yang dapat dimanfaatkan oleh orang muslim harus mereka mengambilnya walaupun ianya dari musuh-musuh mereka. Dan ini tidak dinamakan sebagai tasyabbuhan (penyerupaan) kerana ianya daripada musuh dan dapat dimanfaat secara am oleh orang-orang muslimin. Demikian juga perkara yang berkongsi orang-orang muslim dengan orang-orang kafir dan perkara tersebut telah menjadi adat kepada mereka semua, maka perkara sebegini juga tidak termasuk di dalam menyerupai orang kafir. Adapun yang dikatakan menyerupai itu terjadi dalam perkara yang dikhususkan kepada mereka seperti dari pakaian-pakaian mereka yang khusus ".

As-Syeikh Ibn Baz menyambung lagi dengan katanya :

"Ya ! (dibenarkan) Jika sesuatu perkara itu bermanfaat untuk kita dan ianya tidak dikhaskan kepada orang-orang musyrik. Adapun apa-apa yang dikhaskan kepada orang-orang musyrik dan tidak ada kemanfaatan bagi kita perkara tersebut, maka kita tidak mengambilnya/menggunakannya."

wallahu a'lam

Friday, September 23, 2011

NUR IRDINA BATRISYIA BINTI MUHAMMAD NASRI

Anakku......
Bila kau sudah maju ke hadapan
Sesekali tolehlah ke belakang
Agar tidak kau lupa
Bagaimana susahnya menjadi
Seorang manusia berguna


Anakku......
Bila kau berjaya ke kemuncak langit
Sesekali pandanglah rumput di bumi
Agar tidak kau lupa
Tanah tempat asalmu


Anakku.....
Bila kau sudah mencapai segalanya
Janganlah kau mendabik dada
Kerana Tuhan itu Maha Berkuasa
Dalam sekelip mata kau akan menjadi
Seorang yang meminta-minta


Anakku.....
Apabila kau telah mendapat apa yang kau impikan
Bersyukurlah kerana Dia adalah segala-galanya
Jangan sekali-kali kau lupa
Bahawa semua itu hanya sementara


Anakku ......
Jika kau gagal mencapai apa yang kau impikan
Janganlah kau kecewa menyalahkan takdir
Kerana itu adalah sikap yang dibenci olehNya
Dan jadilah seorang manusia yang bertaqwa


Anakku.....
Hanya itu nasihat dari ku
Buat bekalan di hari depanmu
Doaku sentiasa mengiringimu
Insyallah keberkatan dunia dan akhirat bersamamu
Semoga nasihat ini terpahat di sanubarimu

dARI Ayah mu...

Thursday, September 22, 2011

LARANGAN BERDOA MEMOHON DISEGERAKAN BALASAN DI DUNIA

















أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏عَادَ ‏ ‏رَجُلًا مِنْ الْمُسْلِمِينَ قَدْ ‏ ‏خَفَتَ ‏ ‏فَصَارَ مِثْلَ الْفَرْخِ فَقَالَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ‏ هَلْ كُنْتَ تَدْعُو بِشَيْءٍ أَوْ تَسْأَلُهُ إِيَّاهُ قَالَ نَعَمْ كُنْتُ أَقُولُ اللَّهُمَّ مَا كُنْتَ مُعَاقِبِي بِهِ فِي الْآخِرَةِ فَعَجِّلْهُ لِي فِي الدُّنْيَا فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏سُبْحَانَ اللَّهِ لَا تُطِيقُهُ ‏ ‏ أَوْ لَا تَسْتَطِيعُهُ ‏ ‏أَفَلَا قُلْتَ اللَّهُمَّ آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ قَالَ فَدَعَا اللَّهَ لَهُ فَشَفَاهُ

Maksudnya: Anas bin Malik R.A. berkata: “Rasulullah S.A.W. suatu ketika pergi menziarahi seorang lelaki di kalangan muslimin yang ditimpa penyakit yang teruk, sehingga dia menjadi seperti seekor anak burung yang baru menetas (lemah dan tidak berdaya). Lalu Rasulullah S.A.W. bertanya kepadanya: “Adakah kamu telah berdoa atau meminta sesuatu daripada Allah?” Jawab orang itu: “Ya, aku pernah memohon: “Ya Allah, apa-apa dosaku yang akan dibalas diakhirat, segerakanlah balasannya ke atasku di dunia.” Rasulullah terkejut sambil berkata: “Maha suci Allah, kamu tidak akan ada upaya atau kamu tidak akan mampu (menanggungnya), mengapa kamu tidak memohon dengan berkata: “Ya Allah, kurniakanlah kebaikan kepada kami di didunia dan kebaikan di akhirat, dan jauhkanlah kami daripada azab api neraka. Kata Anas: “Lalu Baginda berdoa kepada Allah, maka Allah menyembuhkan orang tersebut.” (H.R. Muslim)

FATWA DR YUSUF AL QARADHAWI TENTANG KHIDIR A.S




نص السؤال: من هو الخضر ؟ وهل هو نبي أو ولي ؟ وهل هو حي إلى اليوم - كما يقول كثير من الناس وإن بعض الصالحين قد رآه أو اجتمع به . وإذا كان حيًا فأين يقيم، ولماذا لا يظهر ويفيد الناس بعلمه وخاصة في هذا الزمان ؟ أرجو البيان الشافي.

Soalan:

Siapakah Al-Khidir? Apakah dia seorang Nabi atau wali? Apakah ia hidup hingga ke hari ini - sepertimana yang dikatakan oleh ramai orang? (kononnya) Sebahagian orang-orang yang soleh pernah melihat dan berjumpa dengannya. Jika ia (al-Khidir) masih hidup, dimana ia tinggal? Mengapa dia tidak menzahirkan diri agar orang ramai dapat mengambil faedah dari ilmunya? terutamanya di zaman sekarang? Saya mengharapkan penjelasan yang memuaskan (dari tuan).


نص الإجابة:

بسم الله والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وبعد:

الخضر هو العبد الصالح الذي ذكره الله تعالى في سورة الكهف حيث رافقه سيدنا موسى عليه السلام وتعلم منه.


Al-Khidir adalah seorang hamba soleh, yang disebutkan oleh Allah Ta'ala dalam Surat Al-Kahfi, dimana Nabi Musa menjadi teman kepadanya dan Nabi Musa as. belajar daripadanya.


اشترط عليه أن يصبر، فأجابه إلى ذلك، فقال له: وكيف تصبر على ما لم تحط به خبرًا، وظل معه، وهو عبد آتاه الله رحمة من عنده وعلمه من لدنه علمًا، ومشى معه في الطريق ورآه قد خرق السفينة فقال: أخرقتها لتغرق أهلها ؟ ... إلى آخر ما ذكره الله عنه في سورة الكهف.


Al-Khidir mensyaratkan kepada Nabi Musa agar bersabar. Maka Nabi Musa bersetuju dengan syarat tersebut. Lalu Al-Khidir berkata: "Bagaimana kamu dapat bersabar atas sesuatu yang kamu belum mempunyai pengetahuan yang cukup tentang hal itu?" Al-Khidir tetap bersama Musa. (al-Khidir) Ia adalah seorang hamba yang diberi rahmat oleh Allah dan ilmu dari sisi-Nya. Musa terus berjalan bersamanya dan melihat Al-Khidir telah menebuk sebuah kapal. Lalu Nabi Musa berkata,"Apakah engkau menebuknya supaya penumpangnya tenggelam?"... sehinggalah kisah seterusnya yang telah disebut di dalam Surah al-Kahfi.


وكان موسى يتعجب من فعله، حتى فسّر له أسباب هذه الأمور وقال له في آخر الكلام: (وما فعلته عن أمري، ذلك تأويل ما لم تسطع عليه صبرًا) (الكهف: 82) يعني ما فعلت ذلك عن أمري، وإنما عن أمر الله تعالى.


Nabi Musa berasa hairan dengan perbuatan (al-Khidir), hingga Al-Khidir menerangkan kepadanya sebab-musabab dari perbuatan yang dilakukannya itu. Lalu al-Khidiri berkata kepada Nabi Musa di akhir perbualannya: "Bukanlah aku melakukan itu menurut kemahuanku sendiri. perkara itu adalah penjelasan dari perbuatan-perbuatan yang kamu tidak dapat bersabar atasnya." Maksudnya, semua perbuatan itu hanyalah karena kemahuan Allah Ta'ala.


بعض الناس يقولون عن الخضر: إنه عاش بعد موسى إلى زمن عيسى ثم زمن محمد عليهم صلوات الله وسلامه أجمعين وأنه عائش الآن وسيعيش إلى يوم القيامة . وتنسج حوله القصص والروايات والأساطير بأنه قابل فلانًا، وألبس فلانًا خرقة، وأعطى فلانًا عهدًا ... إلى آخر ما يقصون وينسجون من أقاويل ما أنزل الله بها من سلطان.


Sebagian orang berkata tentang Al-Khidir: Kononnya dia hidup selepas Nabi Musa hingga ke zaman Nabi Isa, kemudian hingga ke zaman Nabi Muhammad saw, dan kononnya dia masih hidup sekarang ini sehinggalah ke hari kiamat. Lalu ditulis sekitar tentangnya kisah-kisah, riwayat-riwayat dan dongeng-dongeng kononnya Al-Khidir berjumpa dengan si Fulan, memakaikan sifulan khirqah (pakaian) dan mengikat janji dengan si Fulan... dan lain-lain lagi yang dicerita dan yang disalin daripada dongeng-dongeng yang Allah tidak menurunkannya kepada sesiapapun.


ليس هناك دليل قط على أن الخضر حي أو موجود - كما يزعم الزاعمون - بل على العكس، هناك أدلة من القرآن والسنة والمعقول وإجماع المحققين من الأمة على أن الخضر ليس حيًا.


Tidak ada sama sekali walau satu dalil/bukti yang mengatakan bahawa Al-Khidir masih hidup - sebagaimana anggapan sebahagian orang - akan tetapi bukti yang ada adalah sebaliknya (iaitu al-Khidir telah wafat), Disana banyaknya dalil-dalil dari Al-Qur'an, Sunnah, akal dan ijma para peneliti dikalangan ulama umat Islam bahawa
Al-Khidir tidak lagi hidup.


وأكتفي بأن أنقل فقرات من كتاب " المنار المنيف في الحديث الصحيح والضعيف " للمحقق ابن القيم ، يذكر في هذا الكتاب رحمه الله ضوابط للحديث الموضوع الذي لا يقبل في الدين، ومن هذه الضوابط " الأحاديث التي يذكر فيها الخضر وحياته، وكلها كذب، ولا يصح في حياته حديث واحد . فحديث أن رسول الله - صلى الله عليه وسلم - كان في المسجد، فسمع كلامًا من ورائه، فذهبوا ينظرون فإذا هو الخضر. وحديث: يلتقي الخضر ولياس كل عام وحديث: يجتمع بعرفة جبريل وميكائيل والخضر.


Memadailah dengan saya menukilkan beberapa perenggan dari kitab Al-Manaar al-Muniif fi al-Hadith al-Sahih wa al-Dha'ief karangan Ibn al-Qayyim. Ibn al-Qayyim R.H. menyebutkan dalam kitab itu ciri-ciri hadis maudhu (palsu), yang tidak diterima dalam agama. Diantara ciri-cirinya ialah "hadis-hadis yang menceritakan tentang Al-Khidir dan kehidupannya." Semuanya itu adalah pembohongan. Tidak ada satupun hadis sahih yang menceritakan tentang hayat al-Khidir. Adapun hadith yang menceritakab kononnya Rasulullah S.A.W. suatu ketika sedang berada di masjid, lalu baginda mendengar pembicaraan dari arah belakang baginda. Kemudian
baginda melihat, ternyata ia adalah Al-Khidir." Demikian juga hadith: "Al-Khidir dan Ilyas berjumpa setiap tahun." Dan hadis, "Jibril, Mikail dan Al-Khidir akan sentiasa bertemu di Arafah."


وسئل إبراهيم الحربي عن تعمير الخضر وأنه باق، فقال: ما ألقى هذا بين الناس إلا شيطان.


Ibrahim Al-Harbi pernah ditanya tentang dipanjangkan umur Al-Khidir dan kononnya dia masih hidup. Maka beliau menjawab "Tidaklah ada yang menyebut perkara ini kepada orang ramai, kecuali syaitan."


وسئل الإمام البخاري عن الخضر والياس هل هما أحياء ؟ فقال: كيف يكون هذا ؟ وقد قال النبي - صلى الله عليه وسلم -: " لا يبقى على رأس مائة سنة ممن هو اليوم على ظهر الأرض أحد " (رواه الشيخان) . وسئل عن ذلك كثير غيرهما من الأئمة فقالوا - مستدلين بالقرآن -: (وما جعلنا لبشر من قبلك الخلد، أفإن مت فهم الخالدون) ؟ (الأنبياء: 34).


Imam Bukhari juga oernah ditanya tentang Al-Khidir dan Ilyas, apakah mereka berdua masih hidup? Maka beliau menjawab: "Bagaimana perkara ini terjadi?" Sedangkan Nabi saw. telah bersabda: "Tidaklah akan hidup sampai seratus tahun lagi bagi orang-orang yang berada di muka bumi ini." (H.r. Bukhari-Muslim). Telah ditanya juga ramai di kalangan para ulama dan semua mereka menjawab, dengan berdalilkan ayat al-Quran: "Kami tidak menjadikan hidup abadi bagi seorang manusia pun sebelum kamu (Muhammad), maka jika kamu mati apakah mereka akan kekal?" (Al-Anbiyaa': 34).


وسئل عنه شيخ السلام ابن تيمية ـ رحمه الله ـ ، فقال:"لو كان الخضر حيًا لوجب عليه أن يأتي النبي ـ صلى الله عليه وسلم ـ ويجاهد بين يديه ويتعلم منه، وقد كان النبي ـ صلى الله عليه وسلم ـ يوم بدر: "اللهم إن تهلك هذه العصابة لا تعبد في الأرض" وكانوا ثلاثمائة وثلاثة عشر رجلا معروفين بأسمائهم وأسماء آبائهم وقبائلهم،فأين كان الخضر حينئذ؟


Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah ditanya tentang perkara ini, maka beliau menjawab: "Sekiranya Al-Khidir masih hidup, tentulah ia wajib berjumpa dengan Nabi saw, dan berjihad bersama baginda, serta belajar daripada baginda." Nabi S.A.W. telah bersabda ketika perang Badar, "Ya Allah, jika pasukan ini binasa, pasti Engkau tidak akan disembah di muka bumi ini." Pada waktu itu mereka (yang menyertai peperangan al-Badar) berjumlah 313 orang lelaki yang diketahui nama-nama mereka, nama bapa-bapa mereka dan suku-suku mereka, maka di manakah Al-Khidir pada ketika itu?



فالقرآن ،والسنة، وكلام المحققين من علماء الأمة ينفي حياة الخضر كما يقولون.


Al-Qur'an dan Sunnah serta perkataan para peneliti dari kalangan ulama umat ISlam, menafikan dakwaan Al-Khidir masih hidup sebagaimana yang dianggap oleh sebahagian orang.


القرآن يقول: (وما جعلنا لبشر من قبلك الخلد أفئن مت فهم الخالدون)


Allah berfirman di dalam al-Quran: "Kami tidak menjadikan hidup abadi bagi seorang manusia pun sebelum kamu (Muhammad), maka jika kamu mati apakah mereka akan kekal?" (Al-Anbiyaa': 34).


فالخضر إن كان بشرًا فلن يكون خالدًا، حيث ينفي ذلك القرآن الكريم والسنة المطهرة؛فإنه لو كان موجودًا لجاء إلى النبي ـ صلى الله عليه وسلم ـ ، فقد قال عليه الصلاة والسلام:"والله لو كان موسى حيًا ما وسعه إلا أن يتبعني" (رواه أحمد عن جابر بن عبد الله)


Maka al-Khidir itu, jika dia seorang manusia, maka ia tidak akan hidup kekal, karena kekalnya ia itu dinafikan oleh Al-Qur'anul Karim dan Sunnah yang suci. Seandainya ia masih hidup (hingga ke zaman Nabi S.A.W), sudah tentu ia datang kepada Nabi S.A.W., dimana Nabi S.A.W. telah bersabda tentang Nabi Musa: "Demi Allah, andaikata Musa masih hidup, tentu ia akan mengikuti aku." (H.R. Ahmad, dari Jabir bin Abdullah)


فإن كان الخضر نبيًا، فليس هو بأفضل من موسى، وإن كان وليًا فليس أفضل من أبي بكر.


Maka jika Al-Khidir itu seorang Nabi, maka ia tidaklah lebih utama daripada Musa as, dan jika dia seorang wali, tidaklah ia lebih utama daripada Abu Bakar r.a.


وما الحكمة في أن يبقى طيلة هذه المدة - كما يزعم الزاعمون - في الفلوات والقفار والجبال ؟ ما الفائدة من هذا ؟ ليس هناك فائدة شرعية ولا عقلية من وراء هذا . إنما يميل الناس دائمًا إلى الغرائب والعجائب والقصص والأساطير، ويصورونها تصويرًا من عند أنفسهم ومن صنع خيالهم، ثم يضفون عليها ثوبًا دينيًا، ويروج هذا بين بعض السذج، ويزعمون هذا من دينهم، ولكن ليس هذا من الدين في شيء ... والحكايات التي تحكي عن الخضر إنما هي مخترعات ما أنزل الله بها من سلطان.


Apakah hikmahnya al-Khidir masih hidup - sepertimana anggapan sebahagian orang - di padang luas, gurun dan gunung-gunung? Apakah faedahnya? Tidak ada faedah dari segi syara' dan akal di sebalik kekalnya al-Khidir di gurun, gunung-ganang ini? Sesungguhnya orang ramai selalu menyukai cerita-cerita yang pelik, ganjil dan dongeng-dongeng. Mereka menggambarkannya menurut gambaran mereka sendiri dan khayalan mereka, kemudiannya, mereka sandarkannya kepadanya pakaian keagamaan. Cerita ini disebarkan dikalangan orang awam dan mereka beranggapan cerita ini berasal dari agama, padahal sama sekali bukan dari agama. Hikayat-hikayat yang diceritakan tentang Al-Khidir hanyalah rekaan manusia dan tidak diturunkan oleh Allah.


أما السؤال حول: هل هو نبي أو ولي ؟ فالعلماء قد اختلفوا في ذلك، ولعل الأظهر أنه نبي كما يبدو من الآية الكريمة التي تلوناها من سورة الكهف ... (وما فعلته عن أمري) فهي دليل على أنه فعل ذلك عن أمر الله، ومن وحيه لا من عند نفسه . فالأرجح أنه نبي وليس مجرد ولي.


Adapun mengenai soalan: Apakah ia seorang Nabi atau wali? Para ulama berbeda pendapat mengenai hal itu. Tampaknya yang lebih zahir (tepat), ialah Al-Khidir adalah seorang Nabi, sebagaimana yang jelas pada ayat yang mulia dari Surat Al-Kahfi, "... dan bukanlah aku melakukannya menurut kemauanku sendiri ..." (Al-Kahfi: 82). Maka perkataan ini adalah dalil/bukti bahawa al-Khidir melakukan perkara-perkara tersebt berdasarkan perintah Allah dan wahyu-Nya, bukan dari dirinya sendiri. maka pendapat yang lebih benar, dia (al-Khidir) adalah seorang Nabi bukan seorang wali.

والله أعلم

Wednesday, September 21, 2011

BALASAN ALLAH PADA GOLONGAN HOMOSEKSUAL



Ada lelaki yang berkahwin dengan wanita atas pilihan keluarga namun mereka tidak menyulam perasaan cinta terhadap isteri. Ini disebabkan mereka lebih ‘berselera’ dengan kaum sejenis. Malah, lebih teruk, ada lelaki bernafsu songsang ini yang beristeri dan mempunyai anak. Melihat laporan akhbar mengenai gejala homoseksual (liwat), ia sememangnya amat membimbangkan. Golongan gay ini semakin berani dan tidak segan melakukan ‘mukadimah’ seks terlarang termasuk bercumbu di kawasan terbuka.

Malah, mereka mempunyai kelab gay yang menghimpunkan golongan yang dahagakan seks songsang untuk bertemu dan melempiaskan keinginan itu. Homoseksual lebih kepada orientasi seksual yang berkait rapat dengan emosi yang mereka ‘cipta’ sendiri bagi menterjemahkan kebebasan serta kenikmatan yang tersasar dari agama. Memang Allah s.w.t menjadikan makhluk berpasangan, tetapi antara lelaki dan wanita. Allah tidak membenarkan hubungan terlarang sesama jenis.

Sejarah mencatatkan perbuatan homoseksual ada berlaku. Dalam al-Quran ada menceritakan kisah umat Nabi Luth a.s yang melakukan hubungan songsang. Manakala kaum perempuan juga mengamalkan perkara sama dan hanya berminat terhadap wanita atau lesbian.

Lebih menyedihkan, isteri Baginda sendiri tidak mengendahkan peringatannya lalu Allah menurunkan hujan batu dan batu dari tanah liat yang panas berapi serta gempa bumi dengan kekuatan bunyi yang menggegar pada waktu matahari terbit.

Melihat azab yang Allah turunkan kepada umat Nabi Luth, apakah manusia akhir zaman tidak gerun untuk melakukan perbuatan terkutuk itu? Allah berfirman yang bermaksud: “Kepada orang-orang lelaki, tidak kepada perempuan-perempuan. Memang kamu semua kaum yang melampaui batas.” (Surah al-Aaraf ayat 81) “Dan kami turunkan hujan (hujan batu) kepada mereka. maka perhatikanlah akibatnya orang-orang melampaui batas.” (Surah al-Aaraf ayat 84) “Lalu suara guruh (bunyi bumi yang gempa) menimpa mereka ketika matahari terbit.” (Surah al-Hijr ayat 73). Selain daripada azab yang menimpa kaum Nabi Luth, mirip kepada kejadian sama turut menimpa Kota Pompeii (kini satu kawasan di Itali). Kota Pompeii adalah sebuah kota terkemuka dalam Empayar Rom pada satu ketika dahulu.

Lebih 1900 tahun lalu, Pompeii adalah sebuah kota purba yang maju sehingga satu kejadian dahsyat melanda menyebabkan keseluruhan bangunan serta penduduknya tertanam lebih 18 meter di dalam lava gunung berapi berkenaan. Masyarakat Pompeii dikatakan tidak menyedari langsung letusan kuat itu berlaku yang dapat dinilai daripada raut wajah artifak yang menggambarkan mereka dalam suasana terkejut, ketakutan yang amat sangat. Kemusnahan Kota Pompeii dari muka bumi ini sudah tentu bukan terjadi dengan sengaja. Masyarakat Pompeii di katakan mengamalkan kepercayaan Mithra yang mana meyakini bahawa persetubuhan tidak sepatutnya dilakukan secara berselindung, tetapi terbuka. Nauzubillah! Sehingga pada 1594, ketika kerja menggali terowong di kaki gunung berapi Vesuvius dijalankan mereka dikejutkan dengan penemuan artifak berupa tembikar dan puluhan tubuh manusia yang sudah membatu dalam keadaan sungguh menggerunkan. Tinggalan artifak misteri berkenaan akhirnya terjawab apabila masyarakat Pompeii dipercayai menjadikan kota itu sebagai pusat utama aktiviti pelacuran dan seks bebas. Malah, alat kelamin lelaki juga digantung di pintu utama pusat pelacuran terbabit. Sungguh mengejutkan apabila mendapati banyak sekali artifak manusia yang terawet berada dalam posisi sedang melakukan persetubuhan termasuk liwat. Demikian sebahagian peringatan yang mahu manusia kembali kepada kepada fitrah asal dan tidak terus hanyut menyimpang. Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “Sebab itu, setelah datang keputusan Kami lalu Kami jadikan yang di atasnya jatuh ke bawah dan kami turunkan ke atas mereka hujan batu dari tanah yang terbakar dengan berturut-turut.” (Surah Hud ayat 82).

Peringatan Allah itu mengingatkan seluruh manusia agar mengambil pengajaran dalam setiap yang berlaku dan kembali bertaubat agar tidak mengulangi kesilapan lalu. Malang sekali manusia tidak pernah mengambil iktibar daripadanya. Yang pasti, jika terdapat hanya segelintir golongan yang melakukan kemaksiatan maka bala akan menimpa ke atas semua tanpa mengira mereka melakukan dosa atau sebaliknya. Bagi pengamal seks songsang sebegini memang tiada penawar bagi mereka jika dijangkiti penyakit kelamin seperti kemaluan, dubur bernanah dan Aids yang akhirnya akan memusnahkan seluruh kehidupan mereka kelak. Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (Ilim), Zamihan Mat Zain, berkata gejala homoseksual adalah virus yang memerlukan golongan berkenaan menjalani pakej kaunseling lengkap. “Golongan gay yang berhasrat untuk berubah hendaklah meninggalkan terus perbuatan terkutuk itu dan bertaubat kepada Allah s.w.t.

”Mereka perlu mendapatkan khidmat nasihat pakar seperti psikologi dan kesihatan dalam usaha kepada pemulihan diri yang lebih sempurna. “Namun, perkara ini berbalik semula kepada kekuatan diri sendiri menangkis perasaan serta tindak tanduk yang boleh membawa kepada perilaku yang keji dan kotor ini,” katanya.

Zamihan berkata, virus gejala gay itu amat buruk kesannya sehingga menyebabkan pengamalnya berasa ketagih dan semakin jauh dari keredaan Allah.

”Jika mereka tidak melawan perasaan itu akibatnya kita bukan saja mendapat kemurkaan Allah s.w.t, malah di kutuk oleh seluruh makhluk serta kehidupan di dunia ini.

”Terbukti segala bencana yang diturunkan ke atas manusia sebelum ini adalah berpunca daripada kepincangan yang dilakukan manusia sendiri. Mereka secara terangan melanggar peraturan dan hak yang dihadkan dalam sesuatu perkara,” katanya. Beliau berkata malapetaka akan menimpa ke atas manusia pada bila-bila masa jika manusia masih enggan meninggalkan perkara serta perbuatan mungkar. “Amat malang jika seseorang yang mengamalkan aktiviti songsang ini sudah mempunyai isteri dan anak kerana dosa yang tertanggung adalah berlipat kali ganda.

”Mereka layak adalah penjenayah besar dalam Islam kerana tidak menunaikan tanggungjawab sebenar terhadap keluarga,” katanya. Justeru, pintu taubat masih terbuka seluas-luasnya buat manusia selagi mereka tidak mensyirikkan Allah.

Namun taubat mesti dilakukan dengan sebenar-benarnya dengan harapan tidak mengulangi perbuatan silam. Ini berdasarkan firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Dan mereka tidak menyembah sesuatu yang lain selain Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan kecuali di atas jalan yang hak dan tidak pula berzina; barang siapa melakukan perkara yang ditegah akan mendapat balasan dosanya. Akan digandakan baginya azab seksa di hari kiamat dan kekal di dalam azab dengan penuh kehinaan. Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik maka Allah menggantikan kejahatan mereka dengan kebaikan. Allah itu Tuhan pengampun lagi mengasihani.” (Surah al-Furqan ayat 68 hingga 70).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...