KLIK SINI



Bakers1171 - Homemade & Halal


Sunday, December 6, 2009

"Tak apa bukan Islam turut bertakbir" - Mufti Perak

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

PETALING JAYA: Tidak menjadi satu kesalahan kepada orang bukan Islam untuk sama-sama bertakbir raya selagi ia dilakukan bukan niat untuk menghina agama itu.

Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria berkata, orang bukan Islam juga boleh bertakbir namun ia hendahklah dilakukan atas alasan bukan untuk mempersendakan Islam.

"Tak salah, bukan menjadi satu kesalahan kalau mereka turut sama bertakbir, tapi haruslah bukan dengan niat nak main-main (mempersenda) Islam.

"Bertakbirlah kalau seseorang itu mahu, tapi tak dapat pahalalah macam kita orang Islam.

"Kita bertakbir menyebut nama Allah dan memuji-muji kekuasaan Allah," katanya kepada mStar Online.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengakuan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Pulai, Chan Ming Kai bahawa pernah bertakbir raya sehari sebelum Aidilfitri lalu seperti yang dilaporkan media hari ini.

Bukti perlakuan tersebut terdapat dalam rakaman video di laman Youtube yang menyiarkan dirinya lengkap berbaju Melayu dan bersongkok dilihat bersama-sama sekumpulan lelaki Islam bertakbir raya dalam sebuah majlis hari raya di sebuah rumah.

Malah difahamkan juga, sebelum ini, ada individu tertentu menyebarkan gambar-gambar Ming Kai bertakbir dari rumah ke rumah di sekitar bandar raya Ipoh semasa hari raya Aidilfitri lalu.

Dalam pada itu, ditanya sama ada tindakan Ming Kai itu boleh disamakan dengan isu pemimpin DAP memberikan salam dan membaca ayat suci al-Quran dalam majlis-majlis ceramah anjuran mereka, Harussani berkata isu berkenaan tidak boleh disamakan.

"Tidak...tidak...tidak, tak boleh samakan dua isu ini. Bertakbir raya lain, baca ayat al-Quran pula lain.

"Orang bukan Islam guna ayat al-Quran untuk berceramah tak boleh sebab mereka sebut pun tak betul, mereka tak faham apa yang mereka cakapkan.

"Bila tak faham maknanya, macam mana pula nak kaitkan dengan isi kandungan ceramah mereka," katanya.

BERITA DIATAS DARI MSTARONLINE.


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Saya merujuk kepada laporan akhbar Utusan Malaysia bahawa ADUN PKR N44 Simpang Pulai, YB Chan Ming Kai telah turut serta bertakbir raya di Aidilfitri nan lalu bersama umat Islam.

Saya alu alukan YB Chan Ming Kai supaya belajar tentang Agama Islam dan mengucap dua kalimah syahadah dan menjadi seorang Muslim didalam ertikata sebenar benarnya!

Setakat memakai baju Melayu, bersongkok dan duduk bertakbir raya bersama orang orang Islam memang tidak cukup malah boleh dikatakan bahawa YB Chan Ming Kai sedang berdrama swasta ingin mengambil hati orang orang Melayu menyokong YB!

Saya turut musykil bagaimana tuan rumah boleh membenarkan seorang yang belum Islam seperti YB Chan turut bertakbir membesarkan Allah Subhanahu Wa Ta'ala sedangkan beliau belum terisytihar memeluk Ad Deenullah?

Apakah YB Chan sudah Muslim?

Jika ya, maka saya dengan segala rasa bersyukur ingin menyambut keislamannya!

Jika tidak, maka apakah maksud perbuatannya itu?

Kepada YB Chan Ming Kai, ketahuilah bahawa YB berhak mengucap dua kalimah syahadah iaitu " Asy hadu alla ila ha ill lall Laah ; Wa asy hadu anna Muhammadar Rasulullah!" yang membawa maksud 'Aku mengaku tiada tuhan selain Allah dan aku mengaku bahawa (Nabi) Muhammad adalah Pesuruh Allah!'

YB boleh sahaja meminta bantuan dan bimbingan dari mana mana umat Islam di Malaysia ini.

Insya Allah, akan kami bantu YB menjadi seorang Muslim secara sah dan rasmi!

Jika YB olok olok sahaja, bertakbir bersama umat Islam seperti tersiar didalam video You Tube di atas, maka sadar lah YB bahawa bermuka muka itu adalah satu perkara terkutuk dan perbuatan sebegitu adalah tanda tanda seorang hipokrit!

YB Chan perlu menerangkan kepada umum akan apa maksud sebenar perbuatan YB itu?

Seandainya pihak tuan rumah sadar bahawa YB Chan ni sekadar nak berlakon sekejap berpura pura membesarkan Allah padahal dia memang seorang kaffir tegar, maka apakah tuanrumah sanggup menanggung dosa membiarkan kaffir mempermainkan amal ibadat suci Islam?

Ada sesiapa di majlis Takbir Aidilfitri di atas boleh menerangkan erti kehadiran YB PKR Simpang Pulai ini?

BERITA DIATAS DARI www.mindarakyat.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...