KLIK SINI



Bakers1171 - Homemade & Halal


Thursday, December 31, 2009

HALALKAH PELABURAN SAHAM-SAHAM?

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam memutuskan bahawa hukum melabur dalam Skim Amanah Saham Nasional(ASN)dan Skim Amanah Saham Bumiputera(ASB)adalah HARUS.Hukum bagi pembayaran dividen hasil pelaburan kedua-dua skim berkenaan juga adalah harus.Tetapi..

Nabi s.a.w bersabda :-


إن الله إذا حرم شيئا حرم ثمنه

Ertinya : Sesungguhnya Allah apabila telah mengharamkan sesuatu maka akan haram jugalah harga jualan (keuntungan yang terhasil dari yang haram) (Ar-Rawdu Al-Murabba', 2/30 ; Riwayat Ibn Hibban, 11/312)

Jika dikatakan kita perlu jaga 'Maslahat' atau kepentingan ramai kebaikan yang terhasil ini, maka kita juga perlu sedar,itu menyokong industri riba dan mengukuhkannya.Kaedah Fiqh menyebut :-

أن درء المفاسد مقدم على جلب المصالح

Ertinya : "Sesungguhnya menolak keburukan itu lebih patut didahulukan dari tujuan untuk mendatangkan kebaikan" ( Al-Muwafaqat, As-Syatibi, 3/190 ; Hasyiah S-Syarwani, 3/188)

Dalam perkara ini yang kita sendiri ada kuasa untuk melabur atau tidak kerana ia adalah hak dan kekuasaan kita(pelaburan),Setiap pelaburan saham perlu ada aqadnya biar tepat dengan pelaburan dari umat islam.Pembahagian untung(DIVIDEN),bagi pelaburan-pelaburan di tempat yang haram diasingkan dan digunakan buat manfaat umum,manakala pelaburan halal di serahkan kepada pelabur dan pelbagai cara lagi yang lebih baik dan bersih dari yang haram.Bagi mengetahui tentang pelaburan yang sah dan tidak tertipu,Sila layari http://www.sc.com.my/

"Biar untungnya berkurangan sedikit asalkan berkat dan halal "

2 comments:

  1. Biarlah kita miskin di dunia asalkan kaya di akhirat, jangan pula kita kaya di dunia tetapi miskin di akhirat tampa ada pembelaan dan perlindungan untuk kita disana ...

    Inilah dilema umat islam akhir zaman mencari dunia melupakan akhirat...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah,semoga budak Perak dapat bersama-sama melabur dalam skim pelaburan akhirat yang kekal abadi yang mana keuntungannya adalah janji dari ALLAH.(ketenangan didunia dan dakhirat).Lihatlah sahabat2 kita yang terlalu mencari kekayaan segera ddunia,akhirnya Allah telah hilangkan kekayaannya dlm sekelip mata sahaja.semoga kita menjadi umatnya yg sentiasa bersyukur dgn rezeki Allah.ALHAMDULILLAH.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...