KLIK SINI



Bakers1171 - Homemade & Halal


Tuesday, December 1, 2009

ANNUAL DINER??

1.Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang mati pada masa ia dalam keadaan taatkan Allah, beramal soleh, maka ia dibangkitkan oleh Allah hidup kembali dengan keadaan yang menyukakannya; dan sesiapa yang mati pada masa ia dalam keadaan derhaka kepada Allah, berbuat jahat, maka ia dihidupkan kembali dengan keadaan yang mendukacitakannya".

Hadis riwayat Jabir r.a

2.Orang yang menghalalkanya arak dihukum kafir, kerana pengharamannya adalah sabit dengan dalil yang putus (qat’i), iaitu nas al-Quran al-karim dalam ayat al-Quran iaitu Allah S.W.T berfirman:

إنما الخمر والميسر والأنصاب والأزلام رجس من عمل الشيطان فاجتنبوه لعلكم تفلحون.

Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. (Surah Maidah: ayat 90)

3.Diharamkan perkara-perkara yang ada padanya kemudharatan dan kebinasaan kepada akal, agama, badan, harta serta membawa kepada jenayah, permusuhan dan kejahatan.Diharamkan juga bermuamalah dengan perkara-perkara yang melibatkan arak seperti menjual, membeli dan sebagainya .Sabda nabi s.a.w .

الله الخمر وشاربها وساقيها وبائعها ومبتاعها وعاصرها ومعتصرها وحامها والمحمولة إليه ,أكل ثمنهالعن

Allah melaknati khamar, peminumnya, penyajinya, penjualnya, pemiliknya, pemerahnya, tempat perehanya, pembawanya, orang yang dibawa kepadanya dan orang mengambil harganya”.

5."Aku mendengar Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda :"Sesiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya, jika sekiranya dia tiada berkuasa, maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidahnya, jika sekiranya dia tiada juga berkuasa, maka hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya, dan yang demikian itu (iaitu mengubah dengan hatinya ) adalah selemah-lemah iman."
(Hadis riwayat Muslim)

6.Tafsirnya : " Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan permusuhan." ( Surah al-Mai'idah : 2 )

7.Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." [Surah Al-Ahzab:59]

8. Maka Syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya(lelaki dan perempuan) untuk menampakkan kepada keduanya yang tertutup dari mereka iaitu auratnya .." Al-A'raf : 20)

JAWAPAN-JAWAPAN DARI JABATAN AGAMA ISLAM.

1.Menghadiri dan mendengar lagu-lagu persembahan orkestra adalah harus dengan syarat lagunya tidak melalaikan dari menunaikan perintah Allah, tidak lucah, tidak menghina Islam, tidak bercampur bebas antara lelaki dan perempuan dan menutup aurat.
2.Harus bermain alat muzik (termasuk gitar) dengan syarat :
- Tidak melalaikan pemain dan pendengar dari melaksanakan tanggungjawab dan kewajipannya seperti solat dan sebagainya.
- Tidak disertai pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.
- Tidak dijadikan satu agenda utama pada masa lapang.
3.Bermain muzik dengan keadaan yang tidak melalaikan. tidak bercampur dengan lelaki dan perempuan, menutup aurat dan senikata lagu tidak lucah dan tidak bertentangan dengan akidah adalah diharuskan. Oleh itu, berdasarkan syarat-syarat di atas lelaki yang bermain muzik dan dalam masa yang sama mengerjakan ibadah dan perintah Allah SWT adalah diharuskan.
4.Haram bagi artis dan sesiapa sahaja melakunkan watak mak nyah atau pondan atau lelaki lembut

Dapat disimpulkan bahawa,majlis makan malam yang mempunyai unsur-unsur maksiat seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan(yang tidak menutup aurat)serta didalamnya terdapat aktiviti meminum arak hendaklah kita sama-sama menjauhinya serta mengelak dari terlibat sekiranya kita mampu berbuat demikian.والله اعلم

2 comments:

  1. Wahai sahabat ketahuilah bahawa:
    Allah Taala berfirman (Di dalam Hadis Qudsi):

    "Wahai anak Adam, kematian engkau itu akan membuka segala rahsia-rahsia engkau. Peristiwa kiamat itu akan memberitakan (melaporkan) berita-berita mengenai aqidah dan amalan engkau. Seksaan itu akan membongkar kedaifan engkau...maka:

    Apabila engkau melakukan sesuatu dosa, maka janganlah engkau memandang kepada kecilnya, tetapi pandanglah kepada siapa (Tuhan) yang engkau durhakakan.

    Apabila engkau direzkikan suatu rezki yang sedikit, maka janganlah engkau memandang kepada sedikitnya, akan tetapi pandanglah kepada siapa (Tuhan) yang memberi rezki kepada engkau.

    Janganlah engkau memandang kecil akan dosa yang kecil, kerana sesungguhnya engkau tidak mengetahui suatu dosa di mana engkau terlibat dengan maksiat.

    Janganlah engkau merasa aman dari cubaanKu, kerana sesungguhnya cubaanKu adalah lebih tersembunyi ke atas engkau melebihi rangkakan semut di atas batu licin di malam yang gelap pekat."

    (Dari Himpunan hadis qudsi- Imam Al Ghazali)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...