KLIK SINI



Bakers1171 - Homemade & Halal


Sunday, April 18, 2010

Rasulullah Menziarahi Orang Kafir Yang Sakit/ Pemimpin Yang Baik Dan Pemimpin Yang Buruk

1.Anas r.a berkata:”Seorang anak Yahudi yang berkhidmat dengan nabi s.a.w telah jatuh sakit, maka baginda s.a.w telah datang melawatnya. Baginda duduk di sisi kepala serta berkata kepada anak itu:”Terimalah Islam (iaitu masuklah kamu ke dalam agama Islam)”. Anak itu melihat kepada bapanya yang berada di sisinya, lalu bapanya itu berkata kepadanya:”Patuhlah kepada seruan Abu al-Qasim ini.“ (mendengar bapanya berkata demikian) dia terus menerima agama Islam (dengan mengucapkan dua kalimah syadahadah). Selepas itu nabi s.a.w keluar dari tempat itu lantas bersyukur kepada Allah dengan ucapan:”Segala puji bagi Allah yang telah menyelamatkan dari api neraka.”

Riwayat Bukhari

2.Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Pemimpin pilihan di antara kamu semua ialah orang-orang yang kamu cintai (suka), mereka juga mencintai kamu. Kamu semua mendoakan mereka untuk kebaikan begitu juga mereka mendoakan untuk kebaikan kamu. Adapun pemimpin-pemimpin yang jahat di kalangan kamu ialah orang-orang yang kamu benci mereka, dan mereka pun benci kepada kamu. Kamu melaknat mereka dan mereka juga melaknat kamu. Auf bin Malik bertanya kepada Rasulullah, “Apakah kita tidak boleh menentang mereka? Sabda baginda,”Jangan menentang mereka selama mereka masih mendirikan sembahyang di kalangan kamu.”

Riwayat Muslim

2 comments:

  1. ”Jangan menentang mereka selama mereka masih mendirikan sembahyang di kalangan kamu.”
    ”Jangan menentang mereka selama mereka masih mendirikan sembahyang di kalangan kamu.”
    ”Jangan menentang mereka selama mereka masih mendirikan sembahyang di kalangan kamu.”

    ReplyDelete
  2. Salam sahabat,terima kasih kerana memberi komen diatas,dgn ilmu yg amt sedikit..adakah maksud saudara jika pemimpin kita solat kita harus menyokong juga walaupun pemimpin tersebt terlibat dengan arak,judi,bersekutu dengan musuh islam??dan pemimpin itu tidak beraubat....lupakah saudara padaay ini..“Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari al-Quran dan dirikanlah solat (dengan tekun); sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.” (Al-Ankabut: 45).

    jika kita paham,solat yang baik akan mencegah kita drpd melakukan kemungkaran..contohilah sifat Rasulullah..Bijaksana..yang haram ta haram,tidak boleh dihalalan...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...