Friday, March 5, 2010
lima beranak merempat tanpa rumah(DIMANA"JUARA RAKYAT"?)
KUALA TERENGGANU - Ekoran kesempitan hidup, satu keluarga lima beranak terpaksa 'menghuni' sebuah pondok rekreasi berhadapan Istana Maziah sebagai tempat berteduh sejak sebulan lalu.
Lebih menyedihkan lagi, keluarga Zailani Awang, 48, terpaksa tidur beralaskan lantai simen dan berbantalkan kotak tanpa kemudahan asas.
Sebelum ini, keluarga malang tersebut merempat di kaki-kaki lima dan pekarangan masjid di sekitar Bandar Raya Kuala Terengganu sebagai tempat berteduh.
"Inilah rumah kami dan di sinilah kami berteduh daripada panas dan hujan," kata Zailani yang berasal dari Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu awal tahun ini untuk mencari pekerjaan.
Kesengsaraan Zailani bersama isteri, Zalina Ali, 42, dan tiga anak lelakinya, Mohd. Fikri, 8, Mohd. Sabri, 6, dan Mohd. Bakri, 3, bermula sejak mereka diarah keluar dari sebuah rumah dalam pembinaan di Tok Jembal, dekat sini lebih sebulan lalu.
Sejak itu, Zailani yang berkerja mengambil upah sebagai pembantu kedai di sebuah restoran berdepan dengan kesukaran untuk mendapat rumah sewa.
"Saya memang tidak mampu bayar sewa rumah sekitar Kuala Terengganu yang berharga RM400 kerana gaji saya hanya cukup-cukup untuk makan.
"Saya ada jumpa rumah sewa berharga RM200, tetapi tuan rumah pula tidak mahu menyewakan kepada kami kerana tidak percaya saya mampu membayar sewa. Memang sedih sangat apabila orang memandang hina keluarga saya," ujarnya.
Zailani menambah, sepanjang sebulan merempat tanpa rumah, dia dan keluarga sering dipandang sinis oleh orang ramai selain menumpang tandas masjid dan tandas awam untuk mandi.
"Biarpun hidup dalam keadaan susah seperti ini, saya tidak pernah meminta-minta daripada orang ramai. Saya masih mampu memberikan makan keluarga.
"Apa yang saya sedih ialah nasib anak yang tidak pernah bersekolah dan mereka terpaksa tinggal di jalanan," tambahnya.
Sementara itu, Zalina berkata, meskipun hidup dalam keadaan terhimpit mereka juga dianiayai apabila kecurian beg pakaian, dompet dan kad pengenalan baru-baru ini.
Sumber:kosmo online
Ashaabul Kahfi:
Firman Allah s.w.t. dalam surah an-Nisa ayat 59 yang bermaksud:
Wahai orang yang beriman taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan Ulil-Amri (orang yang berkuasa) dari kalangan kamu.
sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:
Sesiapa yang mati tanpa memberi baiah (sokongan) maka ia mati sebagaimana orang jahiliah.
Maka, seluruh umat Islam adalah berkewajipan memilih dan memberi ketaatan kepada pemimpin yang adil iaitu yang melaksanakan hukum-hukum dan syariat Allah s.w.t.
Kepada pemimpin islam yang diberi kuasa dan kemampuan,anda bertanggungjawab kepada rakyat dibawah pemerintahan anda,jika masih ada lagi rakyat seperti kisah diatas,maka sesungguhnya,anda adalah pemerintah yang tidak melaksanakan hukum Allah dan sunnah Rasulullah,kerana sedang anda tidur nyenyak berbantalkan tilam mahal,bilik berhawa dingin,tetapi rakyat masih tidak ada tempat berteduh..tidak kah ini satu kezaliman??Haruskah kami hamba rakyat taat pada pemerintah yang tidak peduli nasib rakyat?Ingatlah wahai pemerintah,kalian boleh terlepas dari hukum manusia,tetapi..adakah kalian boleh terlepas dari hukum Allah di akhirat kelak??contohilah khalifah Umar bin Abd Aziz,jangan hanya bercakap sahaja..Setiap hari kita boleh lihat begitu banyak aduan masaalah rakyat dibuat melalui media massa,kami rakyat terasa pelik juga,apa yang ahli parlimen dan adun buat??sehingga jika kami rakyat ada masalah,media cetak dan elektroniklah menjadi ahli parlimen dan adun kami.Bila dah masuk tv,terhegeh-hegehlah baru nak buat kerja.Anda ahli parlimen atau adun semacam "enjoy" dengan aksi lompat parti,mudah bagi anda lompat,kerana gaji tetap masuk,tetapi kami rakyat jika lompat kerja,memang dah tak dapat gaji,terpaksa menganggur.Semua ahli-ahli YB pandai bercakap sahaja,yang terpaksa tanggung,adalah rakyat.Terpaksa bekerja bermatian-matian untuk bayar gaji YB dan projek-projek yang tak diperlukan rakyat.Nak mintak buat jambatan pun susah,dah buat runtuh pulak.Moga Allah bersama-sama ummatNya yang ikhlas menegakkan segala syariatNya.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment