KLIK SINI



Bakers1171 - Homemade & Halal


Friday, March 26, 2010

JADILAH PELIK(AMAL MAKRUF,NAHI MUNGKAR)

عَن اَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : بَدَأَ اْلِاسْلَامُ غَرِيْباً
وَسَيَعُوْدُ كَمَا بَدَأَ غَرِيْباً فَطُوْبَى لِلغُرَبَاءِ


Maksud:Daripada Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu berkata, Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing).Dan ia akan kembali dagang. Maka berbahagialah (beruntunglah) orang yang bersama Islam ketika ianya dagang”. (Hadith riwayat Muslim)

Ketika Islam mula-mula disebarkan dulu, ia dilihat sebagai sesuatu yang pelik. Apabila manusia sudah terlalu jauh daripada fitrah apabila sudah terbiasa dengan zina,arak,judi membunuh bayi-bayi,manakala Islam pula datang membawa manusia kembali kepada fitrah(larangan zina,larangan minum arak,larangan berjudi,menghapuskan sistem perhambaan dll) ia dilihat pelik kerana menghalang manusia melakukan apa yang sudah biasa dilakukan sejak turun temurun lagi. Namun apabila Islam telah diterima ramai, ia tidak lagi menjadi sesuatu yang pelik.

Namun, benarlah hadis Rasulullah, apabila masa berlalu nanti, Islam akan kembali dilihat pelik. Kita dapat lihat hari ini, bagaimana orang yang tidak melakukan dosa dianggap sebagai orang yang pelik. Orang yang melakukan kebaikan akan dianggap pelik. Orang yang menolak hiburan melampau akan dilihat sebagai jumud. Jika kita melakukan pekerjaan dengan penuh amanah,tidak rasuah,jujur kita akan diperlekehkan.Malah ada juga umat islam yang tidak merokok dianggap ketinggalan zaman.Umat Islam sendiri sekarang tidak malu lagi untuk melakukan dosa. Malah orang yang tidak melakukan dosa dianggap sebagai orang yang pelik. Dan bermacam-macam lagi

Namun ingatlah hadis Rasulullah, "berbahagialah orang yang bersama Islam ketika Islam itu dianggap sebagai satu benda yang pelik."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...