Wednesday, January 27, 2010
Jakim: Waspada bacaan bercanggah syariat Islam
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menghormati keputusan Mahkamah Tinggi membatalkan pengharaman buku "Wanita Islam dan Cabaran Terhadap Fahaman Islam Yang Melampau" tetapi menegaskan ia juga bertanggungjawab memberi penjelasan mengenai kesalahan dalam mana-mana buku yang diedarkan di pasaran.
Ketua pengarahnya, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata buku tersebut boleh menimbulkan keraguan dan kegelisahan awam.
Menurutnya, kandungan buku itu didapati bercanggah dengan Garis Panduan Penapisan Bahan-Bahan Penerbitan Berunsur Islam yang dikeluarkan jabatan itu pada tahun 1996.
"Beberapa kesalahan yang jelas telah ditemui," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, antara kesalahan yang jelas termasuklah mengatakan Undang-undang Keluarga Islam dan Jenayah Syariah bersifat menghukum dan mendiskriminasi wanita dan Pindaan Undang-undang Keluarga Islam dikatakan berat sebelah.
Buku itu turut mempertikaikan Institusi Fatwa dan larangan berbicara soal agama di kalangan mereka yang bukan ahli agama, serta mengutarakan idea pentafsiran semula ayat Al Quran khususnya yang "gender bias", katanya.
Wan Mohamad berkata buku itu telah diteliti, disemak dan dibentangkan dalam Jawatankuasa Penapisan Bahan-Bahan Penerbitan Berunsur Islam yang dipengerusikan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.
"Sehubungan itu, saya menasihati semua umat Islam di negara ini agar berhati-hati terhadap sebarang bacaan yang mengandungi unsur-unsur yang bercanggah dengan syariat Islam," tegasnya.
Beliau berkata sekiranya terdapat keraguan dalam bahan-bahan penerbitan berunsur Islam, penulis, penerbit dan umat Islam serta masyarakat awam juga perlu merujuk buku-buku garis panduan yang diterbitkan oleh Jakim.
Ia termasuk merujuk kepada Garis Panduan Bahan Penerbitan Bercetak dan Audio Visual Berhubung Dengan Unsur-unsur Yang Bercanggah Dengan Akidah Dan Amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
- Bernama

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment