Saturday, January 9, 2010
ISRAEL MENGGANAS LAGI
BANDAR RAYA GAZA - Dua penduduk Palestin maut dan dua lagi cedera apabila Israel melancarkan serangan udara ke atas tujuh sasaran di Genting Gaza pada awal pagi, semalam. Serangan berlaku berhampiran sempadan Gaza dengan Mesir apabila pesawat pejuang Israel membedil dua terowong yang digunakan oleh penduduk Palestin untuk menyeludup barangan keperluan, kata pegawai keselamatan Hamas.
Pengeboman tersebut adalah reaksi kepada serangan mortar dan roket dilancarkan pejuang Palestin ke kawasan Israel. Pesawat-pesawat Israel turut melancarkan serangan ke atas tiga sasaran dekat Bandar Raya Gaza dan dua lagi dekat bandar Khan Younis.Bagaimanapun, semua serangan itu sekadar memusnahkan bangunan kosong dan kawasan terbuka. Kelmarin, pesawat Israel menggugurkan beribu-ribu risalah di sepanjang Genting Gaza untuk memberi amaran kepada penduduk wilayah itu supaya menjauhi kawasan sempadan berikutan serangan dilancarkan pejuang Palestin ke kawasan dikuasai tentera rejim.
Risalah yang ditulis dalam bahasa Arab itu menggesa penduduk Palestin menjauhi kawasan sekitar 300 meter dari sempadan Israel. Terdahulu, pejuang Palestin melancarkan lebih lima serangan mortar secara serentak yang mendarat berhampiran penempatan penduduk Israel di Kerem Shalom. Namun, tiada kecederaan atau kehilangan nyawa dilaporkan, kata jurucakap tentera Israel
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment