KLIK SINI



Bakers1171 - Homemade & Halal


Saturday, July 16, 2011

BUDAYA BODEK DALAM UMNO

Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyelar apa yang dikatakannya sebagai "unsur feudal" melalui tindakan membodek pemimpin dalam Umno.

Dalam sesi dialog di Kuala Lumpur malam tadi, Asri juga mengkritik kurangnya toleransi dalam menangani pelbagai pandangan dalam parti Melayu itu.

NONE"Dalam pemerintah sekarang semua orang nak tunjuk kononnya dia setia (kepada pemerintah) walaupun kenyataan yang dikeluarkan adalah bodoh tapi dia rasa tidak mengapa yang penting perdana menteri tahu.

"Dalam Umno bila ada pemimpin bagi kritikan dia ini dianggap musuh walaupun idea yang diberikan adalah baik namun ia dianggap bahaya kerana unsur feudal tidak ditinggalkan.

"Ramai yang nak masuk politik supaya dapat bodek pemimpin dan dapat hasil namun kesannya nanti ia akan merobohkan institusi yang ada, sebagai contoh khutbah Jumaat... institusi agama digunakan apa dalil agama yang mengharamkan perhimpunan, dalil agama digunakan untuk memburukkan orang lain.
Program itu yang banyak menyentuh mengenai Himpunan BERSIH 2.0, menyaksikan Asri membidas pemikiran feudal yang diamalkan Umno-BN dalam sistem pentadbiran negara pada hari ini yang katanya perlu dikikis jika masih mahu mengekalkan kuasa.

bersih rally petaling street 090711Sabtu lalu, ribuan rakyat Malaysia menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 untuk menuntut pembaharuan sistem pilihan raya.

Program yang dihadiri para intelek itu juga diberitahu oleh Asri bahawa pentadbiran Perdana Menteri pada hari ini umpama “seorang bapa yang menakutkan anak agar tidak ke tempat gelap kerana ada hantu.”

Kata beliau, strategi sedemikian sudah tidak berguna kerana rakyat yang sudah matang dan informasi boleh diperoleh melalui pelbagai cara.

“Saya menggambarkan kerajaan sebagai seorang bapa kepada seorang anak yang menakutkan anaknya agar jangan pergi ke tempat gelap kerana ada hantu, pada waktu kecil anak akan terima tapi bila anak sudah besar dan belajar di universiti ia sudah tidak berguna.

“Kerajaan dan pemimpin sudah terlupa bahawa sekarang bukan lagi zaman 70-an kerana kerajaan sudah tidak lagi boleh menghalang maklumat... dulu memang orang baca Utusan Malaysia tapi sekarang orang sudah tidak baca dan tidak percaya,” katanya.

NONEMalah beliau turut melahirkan kekecewaanya di atas tindakan Putrajaya yang dalam usaha menyuraikan himpunan pada 9 Julai lalu sehingga mengakibatkan puluhan mengalami kecederaan.

“Itu hak mereka untuk berkumpul, saya bukan menyokong mana-mana pihak tapi ia menyebabkan kita tidak boleh untuk melangkah ke hadapan.

“Saya percaya kalau perdana menteri benarkan, polis benarkan, malah turut membantu melancarkannya saya rasa kerajaan akan dapat kredit... dan saya sangat dukacita cara kerajaan menangani perkara ini,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...