KLIK SINI



Bakers1171 - Homemade & Halal


Wednesday, February 10, 2010

Mendengar Dan Mematuhi/Keadilan/Dua Perkara Yang Mendatangkan Azab

1.Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
“Mendengar dan mematuhi itu wajib ke atas setiap orang Islam sama ada dalam perkara yang ia suka
atau tidak suka, selagi ia tidak disuruh melakukan maksiat. Apabila disuruh melakukan maksiat,
tidak harus lagi didengar dan dipatuhi”

Riwayat Ahmad Dan Muslim

2.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya binasalah orang-orang yang sebelum kamu disebabkan orang-orang atasan apabila mencuri mereka membiarkannya , dan apabila orang lemah mencuri mereka menjatuhkan hukuman ke atasnya.”

Riwayat Al-Bukhari dan Muslim

3.Ibnu Abbas menceritakan :”Nabi SAW berjalan melalui sebuah kebun di Madinah atau di Mekah. Lalu kedengaran oleh baginda suara dua orang sedang disiksa dalam kuburnya. Maka bersabda Rasulullah SAW :”Keduanya disiksa bukanlah kerana dosa besar.” Kemudian baginda melanjutkan perkataannya,:”Yang seorang disiksa kerana kencing di tempat terbuka) dan yang seorang lagi kerana membuat fitnah supaya orang bermusuh-musuhan.” Sesudah itu baginda menyuruh supaya mengambil pelepah tamar lalu dipatah dua oleh baginda dan diletakkan di atas kedua kubur itu masing-masing satu pelepah. Seseorang pun bertanya:”Ya Rasulullah! Mengapa kamu lakukan seperti itu?” Jawab baginda “Mudah-mudahan kedua-duanya mendapat keringanan selama pelepah tamar itu tidak kering.”

Riwayat Al-Bukhari

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...