KLIK SINI



Bakers1171 - Homemade & Halal


Sunday, September 23, 2012

“Wahai saudara, dirikanlah negara Al Qur’an di dalam hati sanubari saudara, niscaya Ia
akan terbina pula di tanahair saudara.”

Wednesday, June 6, 2012

FOREX:APA NAJIB BUAT??

KUALA LUMPUR, 6 Jun: Apa peranan Perdana Menteri pada masa itu ketika Tan Sri Nor Mohamed Yakcop terus menghabiskan wang negara dalam spekulasi tukaran asing (forex).
 
Itulah persoalan utama yang mesti dijawab oleh kerajaan dalam isu kerugian besar Bank Negara sebanyak RM30 bilion melalui spekulasi tukaran asing pada tahun 1992, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

"Kerajaan juga perlu menjawab secara telus dan jelas siapa dan berapa orangkah yang terus menggalakkan Nor Mohamed terus memperjudikan wang Bank Negara?

"Nor Mohamed pula perlu menjelaskan adakah beliau dan Gabenor Bank Negara ketika itu, Allahyarham Tan Sri Jaffar Hussein pernah memberi nasihat kepada orang-orang atasan mereka terutama Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamed bahawa sudah sampai masanya untuk keluar dari pasaran dan mengelakkan sebarang pertaruhan dalam spekulasi forex itu," katanya.

Salahuddin berkata, rakyat perlu tahu adakah orang-orang atasan yang menyelia tindakan Nor Mohamed dalam spekulasi tersebut mempunyai pengetahuan yang mencukupi mengenai perkara itu.

Jika mereka jahil dalam bidang itu tetapi terus juga mengarahkan Nor Mohamed terlibat dalam spekulasi tersebut, mengapa beliau yang ketika itu salah seorang pegawai terkanan Bank Negara terus menurut kehendak orang-orang jahil itu dan bertindak menganiaya negara dalam keadaan beliau tahu Bank Negara akan boleh mengalami kerugian besar jika tidak keluar dari pasaran spekulasi itu, beliau terus mempersoalkan.

"Saya difahamkan bahawa (Pengerusi Federal Reserve Amerika Syarikat) Alan Greenspan pernah mengingatkan Bank Negara agar tidak terlalu agresif membuat pertaruhan dalam pasaran spekulasi itu.

"Terbaru, saya juga menerima maklumat bahawa (Tun) Daim (Zainuddin) yang ketika itu Penasihat Ekonomi pernah mengingatkan Bank Negara dalam tahun 1994 supaya jangan melibatkan diri dengan risiko kerana kerugian yang akhirnya terpaksa ditanggung adalah terlalu besar.

"Persoaannya, menagapa spekulasi itu diteruskan sehingga melibatkan jumlah sebesar RM2 hingga RM3 bilion bagi setiap trader dan Bank Negara pula menggunakan beberapa trader dsalam satu-satu masa," Ahli Parlimen Kubang Kerian itu mempersoalkan.

Salahuddin juga mempersoalkan adakah penglibatan Bank Negara dalam spekulasi tukaran asing itu dibuat dengan begitu serakah kerana ada pihak yang mahu menutup kerugian dalam pasaran hadapan bijih timah.

Beliau menuntut agar kerajaan tidak terus membisu mengenai perkara itu dan memastikan semua yang bersalah

Jika kerajaan yang ada kini ikhlas, rakyat tidak perlu menunggu sehingga Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan untuk melihat skandal itu disiasat habis-habisan.
 
sUMBER:HARAKAH

Wednesday, April 18, 2012

ORANG MUKMIN DENGAN FASIK

Terjemahan ayat 18 - 20 Surah As-sajadah

Samakah orang mukmin dengan orang fasik ? Tidak, mereka tidak sama. (As-sajadah : 18)

Orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan beroleh Syurga tempat tinggal yang tetap sebagai balasan bagi apa yang mereka telah kerjakan. (As-sajadah : 19)

Orang yang fasik, tempat kediaman mereka ialah Neraka; tiap-tiap kali mereka hendak keluar dari Neraka itu, mereka dikembalikan kepadanya, serta dikatakan kepada mereka: Rasalah azab yang kamu sentiasa dustakannya di dunia dahulu. (As-sajadah : 20)

Dalam kitab "al-Mathla' 'ala abwabil muqni", karangan Syamsuddin Ba'ly, "fasik" MEMBAWA MAKNA : orang Islam yang banyak berbuat maksiat, meninggalkan perintah Allah, keluar dari jalan benar dan agama.

Fasik juga didefinisikan, orang ISLAM yang melakukan dosa besar atau sering melakukan dosa kecil.

Sunday, April 15, 2012

Istighfar sebelum tidur

"Sesiapa yang mengucapkan pada masa dia mahu tidur : Astaghfirullahal' azim...allazi La ila-ha illa, huwal Hayyul Qayyum, wa atu-bu ilaih (Aku pohon ampun kepada ALLAH, tiada TUHAN selain DIA, DIA Yang Maha Hidup lagi Maha Berjaga, dan aku bertaubat kepadaNYA), maka di ampun dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan, walaupun sebanyak bilangan daun di pokok, walaupun sebanyak pasir di pantai dan walau sebanyak mana bilangan hari di dunia." (HR at-Tirmizi)

Thursday, March 29, 2012

INILAH KONSEP WASATIYYAH UMNO

RASAH 28 Mac - Denda maksimum RM25. Itu hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Majistret Seremban, dekat sini hari ini ke atas tiga gadis yang terlibat dalam aksi menari tiang di sebuah pusat hiburan di Nilai pada Sabtu lalu.
Ketiga-tiga mereka masing-masing dikenakan denda tersebut setelah mengaku bersalah atas tuduhan berkelakuan kurang sopan dengan berpakaian seksi dan melakukan aksi mengghairahkan.

Faiqah Azizan, 24, Nurul Huda Abdul Rahman, 23, Nooranishah Mohamad Isa, 19, yang masing-masing memakai baju kurung dan bertudung hanya mengangguk kepala tanda mengaku selepas pertuduhan dibacakan kepada mereka di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh.
Mengikut kertas pertuduhan, mereka didakwa menari di atas pentas dengan mengenakan pakaian seksi serta melakukan aksi mengghairahkan selain berkelakuan kurang sopan di tempat hiburan awam.

Sumber-Utusan

Tuesday, March 27, 2012

RAHSIA ZIONIS ISRAEL

















1.Zionis adalah gerakan yang dipelopori oleh Moses Hess pada abad ke-19 dan diperkuatkan lagi oleh Theoder Herzl’s. Zionis merupakan gerakan politik orang Yahudi yang menyokong penubuhan semula ‘tanah yang dijanjikan’ untuk bangsa Yahudi di Palestin. Theoder Herzl’s seorang Yahudi berbangsa Hungary telah mengumpulkan orang Israel dari seluruh pelusuk dunia membawa idea penubuhan Israel raya.

2.Pada 1895,orang-orang Yahudi mengadakan kongres yang pertama di Kota Bale Switzerland,dihadiri oleh anggotanya sekitar 300 orang yang mewakili 50 organisasi Zionis yang bertebaran di seluruh dunia. Pertemuan itu terus berlangsung dari semasa ke semasa. Tujuannya adalah untuk menganalisa strategi mereka yang akan dilancarkan demi mencapai maksud. Dengan itu tertubuhnya Zionis International.

3.Zionis Israel adalah negara yang paling banyak melanggar Resolusi-resolusi Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu iaitu lebih daripada 80 Resolusi sejak penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 1945.

4.Mereka telah menerima hmpir 1/3 daripada Bajet Tahunan Bantuan Luar Amerika Syarikat yakni dari segi bantuan kewangan,senjata nuklear dan lain-lain.

5.Mereka telah menubuhkan negara haram Israel sejak pencerobohan pada tahun 1948 bermakna telah 60 tahun menjajah bumi suci para ambiya’ dengan memasukkan bangsa Yahudi melalui beberapa perjanjian yang dicapai seperti Perjanjian Oslo 1 (1992),Perjanjian Oslo 2 (1995) dan banyak lagi dengan itu setiap kali perjanjian diadakan kemasukan Yahudi turut bertambah

6.Rejim Zionis Israel mempunyai simpanan senjata NUKLEAR dan tidak membenarkan sebarang pemeriksaan antarabangsa terhadap fasiliti nuklearnya. Mereka juga tidak menandatangani Nuclear Non-Prolification Treaty,satu perjanjian di mana sebuah negar itu tidak akan membina senjata nuclear.

7.Mereka tidak membenarkan rakyat Palestin berpindah Palestin berpindah dari satu kota ke satu kota yang lain kecuali dengan selepad mendapat ‘visa’ dari rejim Zionis Israel.

8.Semasa pemerintahan Ariel Sharon telah melakukan pembunuhan beramai-ramai secara kejam ke atas lebih daripada 2,750 bangsa Palestin di khemah-khemah pelarian Sabra dan Shatila pada tahun 1982. PBB telah mengklasifikasikan sebagai GENOCIDE iatu PEMBUNUHAN SELURUH KAUM/BANGSA.

9.Antara 27 Disember 2008 hingga 18 Januari 2009 sekali lagi telah melancarkan jenayah perang ke atas Gaza justeru,selepas sahaja diumumkan genjatan senjata oleh HAMAS pada 18 Disember 2008 yang menggunakan senjata tercanggih dunia termasuk penggunaan bom fosforus yang menyebabkan lebih 1,300 nyawa terkorban dan lebih 5,000 tercedera.

PAS dedah pelaburan FGVH di luar negara rugi

KUALA LUMPUR, 26 Mac: PAS hari ini mengemukakan bukti berhubung dakwaan bahawa pelaburan Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) di luar negara mengalami kerugian.

Bukti tersebut diperoleh daripada laporan audit FGVNA sehingga 31 Disember 2010.

Pakar ekonomi PAS, Dr Rosli Yaakop berkata, syarikat pegangan pelaburan, Felda Global Ventures North America Sdn. Bhd. (FGVNA) mencatat kerugian sebanyak RM27,576,023 pada 31 Disember 2010 berbanding keuntungan sebanyak RM44,832,558 pada 31 Disember 2009.

Katanya, kerugian itu akibat anak-anak syarikat miliknya di Amerika Utara gagal membayar balik pinjaman yang diberikan sebanyak RM48,173,488.

"Felda telah melabur dana melebihi RM1,000,000,000 di dalam Twin Rivers Technologies Holdings Inc (TRTH) dan anak-anak syarikatnya di Amerika dan Kanada sejak Oktober 2007.

"Berdasarkan dua pengukur prestasi iaitu syarikat rugi dan pinjaman yang diberikan kepada anak-anak syarikat gagal dibayar balik mengikut terma yang dipersetujui dan ini membayangkan prestasi syarikat bermasalah," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Rosli juga mempersoal tujuan FGVNA membeli saham TRTH pada harga RM1,567.50 sesaham.

"Kenapa Felda memilih untuk membeli 97 peratus milikan dalam TRTH walhal ia adalah pemain baru dalam bidang oleochemicals yang ditubuhkan pada 1994 dan TRTH bukannya market leader dalam bidang ini?" soalnya yang juga ahli jawatankuasa Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak).

Selain itu katanya, pelaburan yang dibuat FGVNA di Amerika Utara iaitu Amerika syarikat dan Kanada amat besar iaitu berjumlah RM1,255,263,942.

"Apakah pulangan tahun yang diharapkan daripada pelaburan ini? Apakah manfaat kepada peneroka-peneroka Felda daripada pelaburan ini?" soalnya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub terus meminta Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan memberi penjelasan berhubung kemerosotan tunai Felda daripada 4.5 bilion pada 2001 kepada 1.2 bilion pada 2005.

"Felda telah ada ibu pejabat tapi beli lagi pejabat di KLCC berharga RM600 juta lebih.

"RM235 bilion dibayar sebelum pembinaanya. Adakah ia dirujuk kepada ahli lembaga pengarah Felda dan adakah pejabat ini yang diperlukan peneroka?

"Datuk Ahmad Maslan kata semuanya untung, tak ada rugi," katanya

Sumber-Harakah Daily

Sunday, March 18, 2012

BEZA YAHUDI,ZIONIS DAN ISRAEL











Simbol pada bendera Zionis

1. Yahudi berasal dari perkataan ‘ibri’, ‘abra’, ‘ibrani’ yang bermaksud potong jalan/berpindah. Yahudi berasal dari keturunan Sam (semitik) bin Nuh. Semitik merujuk kepada bangsa Yahudi,Arab,Chaldaen dan Assyrian.

2. Bermula dengan Nabi Ibrahim yang merupakan bapa kepada para nabi. Nabi Ibrahim berkahwin dengan Siti Hajar dan mendapat Nabi Ismail yang kemudiannya menjadi moyang bangsa Arab. Selain itu,hasil dari perkahwinan dengan Siti Sarah lahir Nabi Ishak. Dari keturunan Nabi Ishak munculnya Nabi Isa dan Nabi Yaakub.

3. Nabi Yaakub inilah yang disebut sebagai Israel, Yaakub mempunyai 12 anak dan munculnya 12 keturunan Bani Israel pada zaman Nabi Musa. Dan bermula pada zaman Nabi Musa ini sebahagian dari mereka mengambil ajaran baginda dan menggunakan nama Yahudi bermakna semua Yahudi adalah Bani Israel dan bukan semua Bani Israel adalah Yahudi. KeturunanYahudi ini diturunkan melalui darah bermakna tiada orang yang boleh menganuti agama Yahudi melainkan turun melalui darah.

4. Tidak semua Bani Israel berfahaman Yahudi ada Bani Israel beragama Islam dan Kristian. Munculnya Theoder Herzl’s seorang Yahudi berbangsa Hungary telah mengumpulkan orang Israel dari seluruh pelusuk dunia membawa idea penubuhan Israel raya. Oleh itu,ada sekelompok Bani Israel ini ingin menubuhkan suatu negara besar Israel raya.

5. Keturunan Yahudi sekarang terbahagi kepada 3 kelompok iaitu bangsa Sephardim di Sepanyol,Oriental Jews di Arab dan Ethiopia,dan Ashkenazim di Eropah. Kemunculan 3 kelompok ini hasil dari perpindahan pada abad 17SM. Karl Marx, Hitler dan Albert Pike adalah keturunan Ashkenazim. Karl Max terkenal dengan fahaman Komunis yang berpendapat agama adalah candu kepada masyarakat dan perlu disebarkan kepada Goyyim(manusia selain Yahudi).

6. Keturunan Yahudi yang tulen adalah dari jurai keturunan ibu. Ashkenazim dikatakan bukan keturunan sebelah ibu atau keturunan 12 Bani Israel tetapi digelar keturunan ke-13 ataupun anak haram kerana bukan datangnya dari keturunan jurai ibu. Manakala di Eropah juga bukan dari keturunan jurai ibu tapi bapa.

7. Tetapi bukan semua Yahudi itu adalah Zionis di mana ada juga penganut Yahudi yang menbangkang kekejaman Rejim Zionis. Ini kerana,Rejim Zionis bersifat sekular,tidak berpegang pada asal dan bertentangan dengan melakukan kezaliman.

8. Di Amerika,telah wujud gerakan baru iaitu New Conservative. Bekas Presiden Amerika Syarikat George Bush Jr. merupakan pengikut untuk gerakan ini dan sangat agresif terhadap Palestin.

9. Berikut merupakan nama Yahudi di seluruh dunia:
• Berg” ( Goldberg)
• Man” (Goldman,Ligthman)
• Stein” (Einstein)
• Ler” (Adler)
• Ner” (Asner)
• Ilin” (Gitlin)
• Witz” (Horowitz)
• Baum” (Teitelbaum)
• Off” (Chartoff)
• Nik” (Resnik)
• Thal” (Rosenthal)
• Ling” (Spelling)
• Sky” (Linsky)
• Farb”(Himmelfarb)
• Feld”(Seinfeld)

Sebagai contoh Arnold Swarzenegger,seorang pelakon Hollywood terkenal merangkap Gabenor California sebenarnya adalah Yahudi kelahiran Austria. Bapanya pula ialah Parti Nazi Austria yang pernah menjawat jawatan penting dalam pasukan keselamtan Austria.

10. Dalam Kitab Injil Bahagian 01 telah dinyatakan ’tanah yang dijanjikan’ antara Sungai Nil,Mesir hingga ke Sungai Eupharates, Mesopotamia di Iraq untuk keturunan Ibrahim atau Abraham.

11. Manakala Zionis merupakan gerakan yang dipelopori Moses Hess yang menubuhkan sebuah negara haram,Israel. Yahudi mula berpindah pada tahun 1897. Zionis merupakan gerakan politik orang Yahudi yang menyokong penubuhan semula ‘tanah yang dijanjikan’ untuk bangsa Yahudi di Palestin pada abad ke-19 di mana ketika itu dikuasai oleh Kerajaan Turki Uthmaniyah.

12. Pada 1903 – 25,000 Yahudi tiba dari Eropah Timur.Antara 1904-1914 sudah ada 40,000 orang Yahudi.

13. Israel diisytiharkan pd 14 Mei 1948. Negara Arab serang Israel. Gerila lebih berperanan dari pemimpin Arab. Mesir dapat Semenanjung Gaza manakala Jordan dapat Timur Jerusalem (Tebing Barat). Sejak itu,perang terus berlaku dan sehingga kini telah mencecah 60 tahun.

14. Sejak itu rakyat Palestin tersepit dalam siri peperangan :
• Perang 1948- ½ juta dihalau dari Palestin.
• Perang 1967- ½ juta keluar.
• Perang 1973- Arab kalah
• 1.5 juta hidup di 8 khemah pelarian -60 tahun

15. Yahudi yang bermazhab ekstrem Haredim inilah yang telah menyerang Palestin terkini iaitu antara 27hb Dis 2008 – 20hb Jan 2009. Antara hukum-hakam penganut Yahudi ini ialah suara wanita adalah aurat,wanita tidak boleh memandu seorang diri,wanita tidak boleh menjadi pemimpin dan melakukan majlis perpisahan antara lelaki dan perempuan. Manakala dari segi pemakaian Zionis adalah berserbakan hitam contohnya kopiah kecil hitam ataupun yang besar dan golongan perempuan pula menutup aurat melepasi paras lutut.

16. Zionis menjadi sekutu kepada Amerika Syarikat. Terdapatnya Zionis Lobi yang tidak terlibat secara langsung dalam politik yang merupakan golongan kaya muncul pada awal abad ke-20.

17. Zionis juga telah menguasai bank. Jenama kereta Ford-ford Found telah memberi bantuan kewangan kepada media elektronik seperti CNN,ABC (Australian),Sky Tv., Hollywood. Malahan media surat khabar juga merupakan salah satu medium Zionis untuk menyebarkan pengaruhnya.

18. Zionis juga yang menyebarkan idea Islam Liberal iaitu idea kuzman, moderat,
fundamental,konservatif dan liberal. Agenda Islam Liberal sangat berjaya di Indonesia. Agenda Islam Liberal telah menguasai pendidikan Islam di Indonesia atas nama kebebasan pluralisme.

Saturday, March 17, 2012

SIAPA IMAM NAWAWI?












Maqqam Imam Nawawi di Syria

Beliau adalah Yahya bin Syaraf bin Hasan bin Husain An-Nawawi Ad-Dimasyqiy, Abu Zakaria. Beliau dilahirkan pada bulan Muharram tahun 631 H di Nawa, sebuah kampung di daerah Dimasyq (Damascus) yang sekarang merupakan ibu kota Syria. Beliau dididik oleh ayah beliau yang terkenal dengan kesalehan dan ketakwaan. Beliau mulai belajar di katatib (tempat belajar baca tulis untuk anak-anak) dan hafal Al-Quran sebelum menginjak usia baligh.

Ketika berumur sepuluh tahun, Syaikh Yasin bin Yusuf Az-Zarkasyi melihatnya dipaksa bermain oleh teman-teman sebayanya, namun ia menghindar, menolak dan menangis kerana paksaan tersebut. Syaikh ini berkata bahwa anak ini diharapkan akan menjadi orang paling pintar dan paling zuhud pada masanya dan bisa memberikan manfaat yang besar kepada umat Islam. Lalu beliau menjadi perhatian bapa dan gurunya dari masa ke semasa.

An-Nawawi tinggal di Nawa hingga berusia 18 tahun. Kemudian pada tahun 649 H beliau memulakan rehlah thalabul ilmi-nya (perjalanan mencari ilmu) ke Dimasyq dengan menghadiri halaqah-halaqah ilmiah yang diadakan oleh para ulama kota tersebut. Di sana, beiau tinggal di Madrasah Ar-Rawahiyyah berhampiran dengan Al-Jami’ Al-Umawiy. Hal tersebut menjadikan beliau lebih sibuk dalam menuntut ilmu.

Disebutkan bahwa ia menghadiri dua belas halaqah dalam sehari. Ia rajin sekali dan menghafal banyak perkara sekaligus berjaya mengatasi rakan-rakannya yang lain. Katanya: “Dan aku menulis segala yang berhubungan dengannya, baik penjelasan perkataan yang sukar mahupun pemberian baris pada kata-kata. Dan Allah telah memberikan barakah dalam waktuku.” [Syadzaratudz Dzahab 5/355].

Di antara Syaikh (guru) beliau: Abul Baqa’ An-Nablusiy, Abdul Aziz bin Muhammad Al-Ausiy, Abu Ishaq Al-Muradiy, Abul Faraj Ibnu Qudamah Al-Maqdisiy, Ishaq bin Ahmad Al-Maghribiy dan Ibnul Firkah.

Manakala di antara murid beliau: Ibnul ‘Aththar Asy-Syafi’iy, Abul Hajjaj Al-Mizziy, Ibnun Naqib Asy-Syafi’iy, Abul ‘Abbas Al-Isybiliy dan Ibnu ‘Abdil Hadi.
Pada tahun 651 H ia menunaikan ibadah haji bersama ayahnya, kemudian beliau pergi ke Madinah dan menetap di sana selama satu setengah bulan lalu kembali ke Dimasyq. Pada tahun 665 H beliau mengajar di Darul Hadis Al-Asyrafiyyah (Dimasyq) dan menolak untuk menerima gaji.

Beliau digelari Muhyiddin (yang menghidupkan agama) namun membenci akan gelaran ini disebabkan ketawadhukan beliau. Di samping itu, agama Islam adalah agama yang hidup dan kukuh, tidak memerlukan orang yang menghidupkannya sehingga menjadi hujjah atas orang-orang yang meremehkannya atau meninggalkannya. Diriwayatkan bahwa beliau berkata: “Aku tidak akan memaafkan orang yang memanggilku Muhyiddin.”

Imam An-Nawawi adalah seorang yang zuhud, wara’ dan bertaqwa. Beliau sederhana, qana’ah dan berwibawa. Beliau menggunakan banyak waktu beliau dalam ketaatan. Sering tidak tidur malam untuk ibadah atau menulis. Beliau juga menegakkan amar ma’ruf nahi munkar, termasuk kepada para penguasa, dengan cara yang telah digariskan Islam.

Beliau menulis surat berisi nasihat untuk pemerintah dengan bahasa yang halus sekali. Suatu ketika beliau dipanggil oleh raja Azh-Zhahir Bebris untuk menandatangani sebuah fatwa. Datanglah beliau yang bertubuh kurus dan berpakaian sangat sederhana. Raja pun memandang rendah kepadanya dan berkata: “Tandatanganilah fatwa ini!!” Beliau membacanya dan menolak untuk meletakkan tanda tangan. Raja marah dan berkata: “Kenapa?” Beliau menjawab: “Kerana ia jelas mengandungi kezaliman.” Raja semakin marah dan berkata: “Pecat ia dari semua jawatannya!” Para pembantu raja berkata: “Ia tidak punya jawatan sama sekali.” Raja ingin membunuhnya tapi Allah menghalanginya. Raja ditanya: “Kenapa tidak engkau bunuh dia padahal sudah bersikap demikian kepada Tuan?” Raja pun menjawab: “Demi Allah, aku sangat segan padanya.”

Imam Nawawi meninggalkan banyak sekali karya ilmiah yang terkenal. Jumlahnya sekitar empat puluh kitab, di antaranya:

1. Dalam bidang hadits: Arba’in, Riyadhush Shalihin, Al-Minhaj (Syarah Shahih Muslim), At-Taqrib wat Taysir fi Ma’rifat Sunan Al-Basyirin Nadzir.
2. Dalam bidang fiqih: Minhajuth Thalibin, Raudhatuth Thalibin, Al-Majmu’.
3. Dalam bidang bahasa: Tahdzibul Asma’ wal Lughat.
4. Dalam bidang akhlak: At-Tibyan fi Adab Hamalatil Qur’an, Bustanul Arifin, Al-Adzkar.

Thursday, March 15, 2012

Wasatiyyah Najib tak sama dengan cara Rasulullah












KUALA LUMPUR, 15 Mac: Konsep wasatiyyah yang diuar-uarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kononnya menjadi gagasan kerajaan disifatkan sebagai kosmetik semata-mata.

Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh (gambar) berkata, kaedah wasatiyyah yang diperkenalkan oleh Najib adalah wasatiyyah ciptaannya sendiri.


Katanya, Perdana Menteri tidak boleh menggunakan perkataan wasatiyyah ketika mengemukakan dasar-dasar dalam negara kerana ia terikat dengan dasar Islam.

"Kaedah wasatiyyah yang sebenar adalah daripada agama Islam itu sendiri, jadi semua prinsip atau pendekatan yang diguna pakai bercanggah dengan Islam tidak dikira sebagai wasatiyyah.

"Jadi PM kena faham bila sebut wasatiyyah mesti rujuk apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW," katanya kepada Harakahdaily.

Jelasnya, wasatiyyah adalah kaedah yang digunakan Rasulullah yang diterjemahkan oleh baginda di Mekah dan Madinah.

Tegasnya, wasatiyyah yang pernah dilaksanakan oleh masyarakat sehingga kiamat mesti berpaksi pada kaedah yang ditetapkan dalam Islam.

Wasatiyyah yang ditetapkan dalam Islam, katanya terdapat perkara yang boleh dibincangkan dan ada perkara tidak boleh dirunding iaitu yang membabitkan dasar-dasar Islam.

"Jadi kalau kita lihat dua kaedah ini yang dibawa oleh Rasulullah, perkara ini tidak wujud langsung dalam pentadbiran Umno BN hari ini, barangkali ada hanya segelintir sahaja," katanya.

Misalnya, kata beliau, wasatiyyah yang diamalkan oleh Rasulullah membabitkan peraturan, perundangan negara atau dasar yang diamalkan dalam negara.

Justeru katanya, dasar Islam adalah dasar wasatiyyah yang memberi keadilan kepada semua kaum dan agama, jadi apa yang berlaku dalam negara pada hari ini memperlihatkan dasar ini ditolak oleh Umno dengan mengambil dasar lain.

Terdahulu, Najib dalam jawapan kepada Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat pada 12 Mac, menegaskan kerajaan memperkenalkan konsep wasatiyyah sebagai pemangkin kepada Gagasan 1Malaysia.

Ekoran itu, kerajaan telah mengumumkan penubuhan Institut Wasatiyyah yang akan diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri manakala kerusi wasatiyyah diwujudkan di Universiti Malaya yang akan menjadi pemangkin kepada gerakan kesederhanaan di Malaysia.


Sumber:Harakah Daily

Tuesday, March 6, 2012

AL MAUT

AL-MAUT atau difahami juga dengan istilah “Kematian”.
Apa yang dikatakan mati itu, bagaimanakah hal keadaannya seseorang hamba itu tatkala datangnya kematian.

Pengarang kitab “Alam barzakh” telah menukilkan beberapa ayat-ayat AL-QURAN dan Hadiths Nabi S.A.W yang menerangkan tentang perihal kematian.

Untuk memulakan keterangan bab “AL-MAUT” ini, terlebih dahulu eloklah kita ketahui
Apakah sebenarnya mati itu ?

Secara ringkasnya bahawa mati itu berpisahnya nyawa ( Roh ) dengan badan ( Jasad ).
Yakni Roh keluar dari Jasad apabila dicabut oleh Malaikat Maut ( Izrail as ) tatkala tibanya ajal seseorang hamba sepertimana yang telah ditetapkan oleh Penciptanya iaitu ALLAH S.W.T

Firman ALLAH S.W.T yang bermaksud :
“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati”
( Ali Imran : 185 )

Juga Firman ALLAH S.W.T yang bermaksud :
“Maka apabila telah tiba waktu ( yang ditentukan) bagi mereka, tidaklah mereka dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak ( pula ) mendahulukannya”
( An-Nahl : 61 )

Adapun, peringkat kematian makhluk-makhluk itu tidak lah sama, ada yang matinya sebelum datangnya kiamat, sepertimana golongan manusia, jin dan haiwan.
Ada pula yang matinya setelah datangnya hari kiamat sepertimana golongan para malaikat dan begitu juga iblis itu yang telah dipanjangkan oleh ALLAH usianya sehingga tibanya hari kiamat.
Yang pastinya bahawa seluruh makhluk itu akan merasai kematian walau dimana pun ia berada.
Firman ALLAH S.W.T yang bermaksud :
“Dimana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu,walaupun kamu di dalam benteng yang tinggi lagi kukuh”
( An-Nisaa’ : 78 )

Juga Firman ALLAH S.W.T yang bermaksud :
Katakanlah “Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu”
( Al-Jumu’ah : 8 )

Apabila ajal telah tiba, maka berpisahlah antara roh dan jasad. Hadits Nabi S.A.W ada menyingkap tentang berat dan ngeri serta sakitnya apabila roh dicabut dari jasad disaat sakaratul maut.

Rasulullah SAW . bersabda :
Artinya : “( Sakitnya sakaratil maut itu ) kira-kira tiga ratus sakitnya pukulan dengan pedang”
( Diriwayatkan Imam Ibnu Abi Dunya )

Adapun bagi para mukminin, keluarnya roh dari jasad adalah lebih ringan dibandingkan dengan orang-orang kafir, munafik dan musyrik yang keluarnya ditarik dengan cara yang amat keras sekali oleh malaikat Izrail as.

Namun walaupun dicabut dengan perlahan sekali, kesakitan dan keperitan sakaratil maut itu tetap akan dirasakan. Disebutkan dalam satu riwayat, apabila sampai naza’ seseorang hamba itu, maka mulutnya terkunci dan datanglah 4 malaikat kepadanya.
Malaikat yang pertama mengucap salam seraya berkata “aku adalah yang diserahi rezekimu yang telah aku usahakan dari bumi timur dan barat. Maka aku tidak mendapatkan sesuap dari rezekimu jika kamu sudah masuk saatnya kematian”.

Malaikat yang kedua masuk dengan mengucapkan salam dan berkata : “Aku yang diserahi minumanmu, dari air atau lainnya. Aku mencari dalam bumi yang di timur dan di barat. Maka tidaklah aku dapatkan bagimu seteguk air ketika dekatnya saat kematian”.
Malaikat yang ketiga masuk mengucap salam seraya berkata : “Aku yang diserahi nafas-nafasmu. Aku mencari dari bumi timur dan barat. Maka tidaklah aku dapatkan satu nafas dari nafas-nafasmu”.

Kemudian malaikat yang keempat masuk mengucap salam seraya berkata : “Aku yang diserahi dengan ajalmu, aku mencari di bumi timur dan barat. Maka tidak aku temui bagimu walau satu jam”.
Selanjutnya Malaikat Kiramul Katibin masuk kepadanya dari arah kanan dan kiri.
Malaikat sebelah kanan berkata : “Keselamatan bagimu, aku adalah yang diserahi amal kebajikanmu”. Maka keluarlah lembaran yang putih dan diberikan kepadanya seraya berkata : “Lihatlah kepada amalmu”. Maka dikala itu ia merasa gembira dan riang.
Malaikat sebelah kiri berkata : “Keselamatan bagimu. Akulah yang diserahi amal kejahatanmu”. Maka keluarlah lembaran yang hitam dan diberikan kepadanya sambil mengatakan : “ Lihatlah kepadanya !”. Maka dikala itu keringatnya mengalir.
Kemudian hamba itu melihat kekanan dan kekiri kerana takut untuk membaca lembarannya. Maka malaikat memegang lembaran dan melemparkannya ke bantal, lalu ia kembali.
Setelah itu datanglah Malaikat maut, dan disebelah kanan hamba itu adalah malaikat Rahmat, disebelah kirinya pula malaikat azab. Apabila roh itu telah sampai di kerongkong, maka malaikat maut pun mencabutnya. Jika ia termasuk orang yang bahagia, maka malaikat Rahmat memanggilnya dan jika ia termasuk golongan orang yang celaka, maka malaikat azab akan memanggilnya.

Orang Mu’min tatkala sakaratil maut, maka turunlah malaikat yang putih berseri wajahnya, mereka membawa kafan dari kafan-kafan surga dan cendana dari cendana-cendara surga. Malaikat maut lalu duduk di sekitar kepalanya seraya berkata : “Keluarlah wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada ampunan ALLAH dan keredaannya”.
Lalu malaikat membawa roh itu ke hadirat Tuhan seru sekalian alam. Jika ia orang yang bahagia, maka ALLAH berkata kepadanya : “Kembalilah kamu kepada badannya sehingga ia melihat apa yang berada dari tubuhnya. Kemudian para malaikat itu membawa roh itu kembali kerumahnya. Maka roh itu melihat akan sekalian ahli di rumahnya ada yang bersedih dan ada yang tidak. Namun roh itu tidak berkuasa untuk berbicara. Apabila jenazah diiringi ke kuburan, maka ALLAH S.W.T memerintahkan agar roh kembali ke tubuhnya.
Para ulama’ berkhilaf dalam periwayatan, sebahagiannya mengatakan bahawa roh itu dijadikan sebagaimana keadaan semula. Sebahagiannya mengatakan bahawa yang ditanyakan Munkar dan Nakir adalah kepada roh yakni bukan jasadnya.
Dari Atsar yang shahih menurut ahlul ilmi mengenai ditetapkannya bagi seorang hamba itu denga siksaan kubur, dan ia tidak akan lepas dengan ehwal kubur.
Al-Faqih mengatakan : “Barang siapa ingin selamat dari siksa kubur, peliharalah ia dari empat perkara dan jauhilah empat perkara pula.

Empat perkara yang perlu dipelihara itu ialah :
1. Memelihara Solat
2. Bersedekah
3. Membaca AL-QURAN
4. Banyakan membaca tasbih

Manakala empat perkara yang perlu dijauhi pula ialah :
1. Berdusta
2. Khianat
3. Mengadu domba
4. Kencing pada badan ( Tidak beristinjak )

Kemudian, datanglah malaikat Munkar dan Nakir lalu bertanya kepada mayat : “Siapa Tuhanmu…..sampai akhir…..Maka jika ia seorang yang berbahagia sudah pasti ia menjawab Tuhan ku ALLAH S.W.T, Nabi ku Muhammad SAW, Agama ku Islam…..”

Maka para malaikat berkata kepadanya : “Tidurlah kamu sebagaimana tidurnya mempelai”. Keduanya terus membukakan lubang di sisi kepalanya. Dari lubang itu mayat dapat melihat tempat dan kedudukannya di surga. Lalu keduanya kembali beserta roh menuju langit dan menyimpannya di dalam qandil yang digantungkan pada Arasy.”.

Jika mayat seorang yang celaka, lalu malaikat maut datang dan duduk dekat kepalanya seraya berkata : “Wahai nafsu yang jahat, keluarlah kepada kemurkaan ALLAH”. Kemudian roh itu dibawa ke langit dunia, maka oleh kerana roh tersebut ditutuplah segala pintu-pintu langit. Lalu memanggil manggillah pemanggil dari sisi ALLAH : “Kembalikanlah roh itu ke tempat tidurnya. Lantas mereka mengembalikannya ke kuburnya. Kemudian datanglah Munkar dan Nakir yang suara keduanya amat menggerunkan dan mata keduanya seperti petir yang menyambar.Lalu bertanya keduanya : “Siapakah Tuhan mu”. Sahut mayat tersebut : “Entah tidak tahu”.
Maka kedengaran suara disamping kubur : “Wahai Munkar dan Nakir pukul saja orang itu”. Maka Munkar dan Nakir memukulnya dengan palu dari besi”. Andaikata para makhluk sama berkumpul seluruhnya nescaya tidak akan dapat mengelak dari pukulan itu. Maka menyalalah kuburnya menjadi api, dan kubur menyempit antara dada dan punggungnya. Kemudian datanglah seorang lelaki kepadanya dengan rupa yang buruk dan hina. Lelaki itu berkata : “ALLAH telah membalas kejahatan mu, demi ALLAH tidaklah kamu melakukan suatu kebajikan. Kamu sentiasa lalai untuk taat tapi bersegera untuk melakukan kema’siatan kepada ALLAH”.

Mayat berkata : “Siapa kamu ? aku tidak pernah melihat sejijik kamu di dunia”. Lelaki itu menjawab : “Akulah amal perbuatan mu yang jahat”. Lalu dibukakan pintu ke neraka bagi si mayat. Ia melihat tempat duduknya di neraka terus menerus sehingga datangnya hari kiamat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...