KLIK SINI



Bakers1171 - Homemade & Halal


Thursday, October 29, 2009

AHLI SUNNAH,SYIAH DAN KHAWARIJ

1. Ahli sunnah wal-jamaah
a. Kumpulan yang berpegang teguh dengan Al-Quran, sunnah rasul dan perkara yang dibawa oleh para sahabat serta menetang perkara bida'ah.
b. Nama lain ; ahlu sunnah ,al-jamaah, as-salaf as-soleh, ahlul hadis.

2. Kemunculan nama ahli sunnah wal-jamaah
a. Muncul setelah berlaku perpecahan dikalangan umat islam.
b. Nama Ahli sunnah wal wajamaah dimasyhurkan oleh abu hasan al-asy'ari dan abu mansur al-maturidi
c. Ia adalah gabungan perkataan ahlu, as-sunnah dan asl-jamaah
d.Dinamakan ahli as-sunnah kerana
i. mereka menerima dan beramal dengan sunnah rasulullah
e.Dinamakan al-jamaah kerana mereka
i. berkumpul diatas kebenaran dan
ii. bersatu berjihad melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar serta
iii. menghidupkan sunnah dan
iv. menentang perkara bid'ah

3.Prinsip-prinsip akidah ahli sunnah wal-jamaah
a. Berpegang teguh dengan al-quran dan as-sunnah
b. Berpegang dengan prinsip as-salaf as-soleh
c. Jika terdapat perselisihan pandangan, mereka merujuk kepada al-quran dan as-sunnah
d.Mereka tidak mencela dan mengkafirkan orang yang tidak sealiran dengan mereka
e.Mereka tidak menghukum kecuali terdapat bukti yang sahih

4.Pandangan ahli sunnah wal-jamaah terhadap beberapa isu:
a. Al-quran bukan makhluk
i. Mereka yakin al-quran adalah kalam Allah yang bersifat qadim dan bukan makhluk iaitu bersifat baru.
b. Melihat allah
i.Menurut ahli sunnah wal jamaah orang mukmin dapat melihat allah di syurga pada hari qiamat sebagaimana yang disebutkan dalam al-quran dan hadis sahih
c. Pelaku dosa besar
i.Orang yang melakukan dosa besar tetap dikira sebagai mukmin kerena imannya masih ada tetapi dikira fasik kerana telah melakukan dosa besar
d. Iman bertambah dan berkurang
i.Ahli sunnah berpendapat bahawa iman seseorang boleh bertambah dan berkurang
ii. Ia bertambah dengan amalan seperti solat dan zikir
iii. Ia boleh berkurang apabila seseorang melakukan maksiat atau kejahatan seperti mencuri dan menipu

5.Berpegang dengan akidah ahli sunnah wal-jamaah
a. Dapat membersihkan akidah daripada sebarang kekeliruan dan kesesatan
i.Ini kerana akidah mereka berdasarkan kepada sumber yang sahih iaitu al-quran dan as-sunnah
b.Asas kepada penerimaan sesuatu amalan
i. Kerana amalan seseorang hanya diterima jika bersandarkan akidah yang betul
c. Hidup diredhai allah kerana berada dijalan yang benar


6. Mazhab syiah dan khawarij
a. SYIAH
i. Pengenalan;
1.Mereka ialah golongan yang bercita-cita untuk menjadikan saidina ali sebagai khalifah rasulullah
2.Mereka berpendapat bahawa saidina ali sahajalah yang layak dilantik menjadi khalifah selepas kewafatan rasulullah
ii. 3 kumpulan syiah;
1. Syiah imamiah
.Dinamakan demikian kerana mereka berpendapat jawatan pemimpin umat islam ( imam ) hanya layak disandang oleh ahli al-bait
· Perbezaan pegangan dengan ahli sunnah wal jamaah;
i.mereka beriktikad bahawa jawatan imam adalah jawatan yang dianugerahkan oleh Allah seperti kenabian tetapi tidak mendapat wahyu.
ii. Jawatan imam hanya layak disandang oleh dua belas imam daripada kalangan ahli al-bait mengikut urutan
iii.Mereka menolak semua hadis yang bukan diriwayatkan oleh ahli al-bait
iv.Mereka percaya bahawa imam kedua belas merka iaitu muhammad al-mahdi al-qaim bilhujjah akan muncul sebagai imam al-mahdi
v.Mereka beramal dengan taqiah iaitu menyembunyikan i'tikad sebenar mereka apabila berhadapan dengan orng yang berhadapan dengan orang yang berbeza iktikad dengan mereka
vi. Mengharuskan perkahwinan mut'ah iaitu nikah sementara waktu
2. Syiah zaidiah
· nama tersebut diambil sempena pengasasnya iaitu zaid bin ali zainal abidin, cicit kepada ali bin abi talib
. perbezaan pegangan dengan ahli sunnah wal jamaah;
i. mereka berpendapat kedudukan pelaku dosa besar berada antara keimanan dan kekufuran
ii.mereka berpendapat bahawa perbuatanmanusia adalah dilakukan oleh manusia bukan Allah
·mereka juga menolak pendapat syiah lain seperti;
i.kemaksuman para imam kecuali saidina ali, fatimah, al-hasan dan al-husain
ii.mereka menolak kepercayaan taqiah
3.Syiah al-batiniah
· dinamakan demikian kerana pandangan mereka yang menganggap al-quran mampunyai makna zahir dan makna batin yang hanya difahami oleh imam mereka
· mereka merupakan kumpulan syiah yang paling radikal dan sesat
· antara pegangan mereka;
i. berpendapat bahawa saidina ali dan imam-imam mereka yang lain sebagai tuhan
ii. berpendapat bahawa imam mereka muhammad bin al-hanafiah masih hidup
iii. menghalalkan beberapa kemungkaran seperti minum arak.

b. KHAWARIJ
i. Pengenalan
1. mereka ialah golongan penyokong saidina ali yang berjuang menentang muawiah tetapi tidak menerima majlis tahkim
2. mereka belot menyokong saidina ali kerana memprotes kesediaan saidina ali menerima keputusan majlis tahkim yang memihak kepada muawiyah.
3.Antara pegangan KHAWARIJ
· berpendapat bahawa pelaku dosa besar adalah kafir
· mengkafirkan serta menghalalkan darah semua umat islam yang berbeza kepercayaan / iktikad dengan mereka
·membataskan sumber syariah hanya kepada al-quran sahaja

Tuesday, October 27, 2009

ROKOK ITU HARAM

SATU lagi langkah kerajaan untuk membasmi tabiat merokok dalam kalangan masyarakat ialah dengan menguatkuasakan undang-undang berhubung lokasi larangan merokok. Berkuat kuasa serta merta semua kaki lima kompleks beli-belah termasuk restoran dan kafe terbuka diisytiharkan sebagai kawasan larangan merokok. Mereka yang didapati merokok di kawasan berkenaan boleh dikompaun maksimum RM5,000 atau denda RM10,000 atau penjara dua tahun jika sabit kesalahan.

Langkah kerajaan ini mengundang pelbagai reaksi bercampur antara warga masyarakat yang menginginkan suasana bebas asap rokok dengan perokok itu sendiri yang merasakan kawasan untuk mereka semakin terancam.

Bagi golongan yang merokok, mereka mungkin terus berpegang kepada hukum merokok adalah makruh. Sebagai agama yang sentiasa sesuai dengan perkembangan ilmu dan kepesatan pembangunan teknologi, Islam mengiktiraf fatwa perubatan yang berasaskan bukti saintifik. Kajian demi kajian, baik dari segi klinikal sehinggalah ke peringkat molekular telah menyokong antara satu sama lain bahawa rokok adalah pemusnah kehidupan.

Dalam bidang perubatan otorinolaringlongi sahaja, pelbagai jenis kanser dan keadaan pra kanser telah dibuktikan kaitannya dengan aktiviti merokok. Bilangan dan tempoh yang dihisap pula berkadar langsung dengan risiko yang dihadapi. Ia bukannya sekali atau dua kali ganda, bahkan berlipat-lipat kali ganda.

Tambahan pula, risiko ini masih berterusan buat beberapa tahun selepas seseorang itu berhenti merokok. Kanser yang sering dikaitkan termasuklah kanser bibir, lidah, rongga mulut, gusi, pipi, tekak, peti suara, sinus dan banyak lagi.

Pada tahun 1995, Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia dalam persidangannya yang ke-37 telah pun memutuskan rokok adalah haram berdasarkan hujah yang hampir sama dengan fatwa-fatwa seluruh dunia yang lain. Malah Majlis Fatwa Sedunia yang berpangkalan di Arab Saudi juga menghukum haram merokok atas maklumat terkini mengenai bahaya rokok.
Namun, apa yang malang sekali ialah publisiti atau hebahan yang diberikan kepada keputusan majlis fatwa ini tidaklah seperti isu-isu panas yang lain seperti isu pengkid, sumpah laknat, yoga dan sebagainya.

Atas apa jua kapasiti yang ada, kita sebagai warga Malaysia dan lebih-lebih lagi Muslim yang bertanggungjawab haruslah sedar akan peri pentingnya impak fatwa ini jika tidak disebarkan.
Ini kerana dalam kalangan pemimpin, ustaz-ustaz bahkan imam juga masih tidak dapat berenggang dengan rokok. Amat malang sekiranya kita termasuk dalam golongan mereka yang tidak mendapat pengetahuan tentang fatwa ini.

Berhentilah merokok bukan kerana takutkan penyakit, atau takut dikompaun, atau takut habisnya duit tetapi berhentilah merokok sebagai lambang kasih cinta sejati dan sifat syukur kita kepada Tuhan.

PETANDA AKHIR ZAMAN

DAri ALI BIN ABI THALIB r.a Rasullullah s.a.w bersabda "Apabila umatku membuat 15 perkara,maka bala akan turun kepada mereka, iaitu"

1.Apabila harta negara belegar pada orang2 tertentu.
2.Apabila amanah dijadikan keuntungan.
3.Zakat dijadikan hutang
4.Suami mempeturutkan isteri
5.Anak derhaka terhadap ibunya
6.sedangkan dia berbaik-baik dengan kawannya.
7.Ia suka menjauhkan diri dari ayahnya.
8.Suara sudah ditiggikan di dalam masjid.
9.Yang menjadi ketua didalam satu kaum adalah yang paling hina antara mereka.
10.Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11.Arak diminum dimerata-rata tempat.
12.Kain sutera banyak dipakai kaum lelaki.
13.Para artis disanjung.
14.Muzik banyak dimainkan.
15.Generasi umat akhir zaman meghina generasi pertama(sahabat2 nabi).

Maka ketika itu,hendaklah mereka menanti angin merah,gempa bumi atau mereka akan di ubah
menjadi makhluk lain.

Thursday, October 15, 2009

HADIS 2

عَنْ الْعِرْبَاضِ بْنِ سَارِيَةَ قَالَ وَعَظَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمًا بَعْدَ صَلَاةِ الْغَدَاةِ مَوْعِظَةً بَلِيغَةً ذَرَفَتْ مِنْهَا الْعُيُونُ وَوَجِلَتْ مِنْهَا الْقُلُوبُ فَقَالَ رَجُلٌ إِنَّ هَذِهِ مَوْعِظَةُ مُوَدِّعٍ فَمَاذَا تَعْهَدُ إِلَيْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ أُوصِيكُمْ بِتَقْوَى اللَّهِ وَالسَّمْعِ وَالطَّاعَةِ وَإِنْ عَبْدٌ حَبَشِيٌّ فَإِنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ يَرَى اخْتِلَافًا كَثِيرًا وَإِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ الْأُمُورِ فَإِنَّهَا ضَلَالَةٌ فَمَنْ أَدْرَكَ ذَلِكَ مِنْكُمْ فَعَلَيْهِ بِسُنَّتِي وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ الْمَهْدِيِّينَ عَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ. (الترمذي)( وعند أبي داود: "وَإِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ الْأُمُورِ، فَإِنَّ كُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ، وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلَالَة)ٌ".
5 - Dari Al-'Irbaadh bin Sariyah, r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. telah menasihati dan mengingati kami, pada suatu hari lepas sembahyang Subuh, dengan satu nasihat dan peringatan yang sangat-sangat mendalam dan berkesan, yang menjadikan (Pendengar-pendengarnya) menitiskan air mata dan menjadikan hati (mereka) gerun gementar. Lalu berkatalah salah seorang lelaki (di antara kami): "Sesungguhnya nasihat ini nasihat orang yang memberi selamat tinggal, maka apakah pesanan yang tuan hendak pesankan kepada kami Ya Rasulullah? " Baginda menjawab: "Aku berpesan kepada kamu dengan taqwa kepada Allah, dan mendengar serta taat kepada (pemerintah kamu) sekalipun ia seorang hamba bangsa Habsyi, kerana sesungguhnya sesiapa di antara kamu yang hidup (selepas ku) akan melihat perselisihan yang banyak dan (dengan yang demikian) berjaga-jagalah kamu, jauhkanlah diri dan perkara-perkara baharu (yang diada-adakan dalam agama), kerana sesungguhnya perkara-perkara itu adalah sesat; oleh itu sesiapa di antara kamu yang berada dalam zaman berlakunya yang demikian, maka hendaklah ia menurut jalanku dan jalan khalifah-khalifah (ku) yang mendapat pimpinan lagi beroleh hidayat pertunjuk; berpegang teguhlah kamu kepadanya dengan seteguh-teguhnya."
(Tirmizi)
Menurut hadis Abu Daud, (Baginda bersabda): "Dan berjaga-jagalah kamu! Jauhkanlah diri dan perkara-perkara baharu (yang diada-adakan dalam agama), kerana sesungguhnya tiap-tiap perkara yang diada-adakan) itu bid'ah dan tiap-tiap bid'ah itu sesat. "

HADIS 1

عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا خَطَبَ احْمَرَّتْ عَيْنَاهُ وَعَلَا صَوْتُهُ وَاشْتَدَّ غَضَبُهُ حَتَّى كَأَنَّهُ مُنْذِرُ جَيْشٍ
يَقُولُ صَبَّحَكُمْ وَمَسَّاكُمْ وَيَقُولُ بُعِثْتُ أَنَا وَالسَّاعَةُ كَهَاتَيْنِ وَيَقْرُنُ بَيْنَ إِصْبَعَيْهِ السَّبَّابَةِ وَالْوُسْطَى وَيَقُولُ أَمَّا بَعْدُ فَإِنَّ خَيْرَ الْحَدِيثِ كِتَابُ اللَّهِ وَخَيْرُ الْهُدَى هُدَى مُحَمَّدٍ وَشَرُّ الْأُمُورِ مُحْدَثَاتُهَا وَكُلُّ بِدْعَةٍ ضَلَالَةٌ ثُمَّ يَقُولُ أَنَا أَوْلَى بِكُلِّ مُؤْمِنٍ مِنْ نَفْسِهِ مَنْ تَرَكَ مَالًا فَلِأَهْلِهِ وَمَنْ تَرَكَ دَيْنًا أَوْ ضَيَاعًا فَإِلَيَّ وَعَلَيَّ. (مسلم وغيره)
1- Dari Jabir bin Abdullah r.a., katanya: Pernah Rasulullah s.a.w apabila berpidato merah menyala matanya, lantang suaranya dan bersangatan marahnya, sehingga seolah-olah Baginda seorang pemberi amaran yang menyatakan kepada angkatan tentera (tentang kedatangan musuh) dengan katanya: Bahawa musuh akan datang menyerang kamu pada pagi-pagi hari dan (mungkin) pada waktu petang!; serta Baginda bersabda: "(Masa) aku diutuskan dan masa berlakunya qiamat seperti dua jari ini," lalu Baginda menyatukan kedua jari tangannya - jari telunjuk dan jari tengah, serta baginda bersabda lagi: "(Ketahuilah) selain dari itu, maka sebenar-benar perkataan ialah kitab Allah dan sebaik-baik jalan pimpinan ialah jalan pimpinan Muhammad (s.a.w) dan (sebaliknya) sejahat-jahat perkara ialah perkara-perkara baharu (yang) diada-adakan dalam agama), sedang tiap-tiap perkara baharu (yang diada-adakan dalam agama) itu adalah bid'ah dan tiap-tiap bid'ah itu sesat". Kemudian Baginda bersabda lagi: "Aku adalah berhak menolong tiap-tiap seorang mukmin lebih daripada ia menolong dirinya sendiri, - sesiapa yang meninggalkan harta benda maka itu adalah untuk waris-warisnya dan sesiapa yang meninggalkan hutang atau orang yang kehilangan tempat bergantung maka terserahlah kepadaku menjaganya atau akulah yang menanggung hutangnya".
(Muslim dan Lain-lainnya).

IMAN

CONTOH ORANG YANG KUAT IMANNYA ADALAH IA DAPAT MENAHAN MARAH DAN CEPAT MENGHILANGKAN MARAHNYA SERTA MUDAH MEMAAFKAN ORANG LAIN.

Monday, October 12, 2009

ISLAM LIBERALISME

LIBERALISME DAN SEKULARISME



Pemikiran Islam Liberal berpunca daripada pengaruh pandangan hidup Barat
dan peradabannya yang mendominasi segenap bidang kehidupan dewasa ini.
Usaha-usaha untuk merombak segala yang telah ditetap Allah dalam Islam
merupakan ciri utama pemikiran ini. Takrif Islam yang telah disepakati perlu
diliberalkan dan dirombak sehingga orang bukan Islam pun dianggap sebagai
muslim, dan agama selain Islam juga diterima sebgai Islam. Al-Quran yang diimani
oleh seluruh penganut Islam sebagai wahyu illahi diragui kesahihannya dan
dianggap sebagai "perangkap Quraisy" atau rekaan bangsa arab sahaja. Kelompok Islam Liberal ingin menjadikan Islam senasib dengan agama-agama di Barat seperti Kristian dan Yahudi yang
tunduk kepada arus pemodenan. Mereka mengusung slogan “Menuju Masa Depan
Yang Membebaskan”sebagai perangkap bagi menjerumuskan umat Islam ke
Lembah pengabdian kepada pemikiran dan cara hidup Barat yang kufur dan
menyesatkan.

KAYA

BILA KITA DIUJI DENGAN KEMISKINAN KITA MAMPU BERSABAR,TETAPI BILA KITA DI UJI DENGAN KEKAYAAN,KITA HILANG PERTIMBANGAN,JADI HIDUPLAH DENGAN KESEDERHANAAN.

Saturday, October 10, 2009

Tuan Guru Hj. Mahmud Nasri Othmani

1. Dilahirkan pada 13 Safar 1316 / 14 Julai 1898 Meninggal dunia pada 28 Safar 1400 / 16 Januari 1980 Dilahirkan dan kembali ke rahmatullah pada hari Rabu.

2. Sheikh Mahmud Nasri dikenali ramai oleh masyarakat negeri Kedah, Seberang Perai, sebagai seorang ulamak, tok guru pengasas pondok lanai negeri kedah, dengan nama madrasah misbahul Salam .beliau juga pengasas dan tok guru yang mengajar segala kitab-kitab dipondoknya. Selain daripada itu, beliau juga menjadi guru mengajar agama disurau dan masjud yang menjemput beliau mengajar kitab-kitab. Beliau mengajar ialah ilmu tauhid, fekkah , tasauf dan lain lain lagi, Isterinya mengajar Al-Quran dan kitab-kitab asas fardhu ain. Beliau juga sentiasa nenenuhi masa lapangnya dengan Uzlah bersendirian. Tujuan berusaha memisahkan hatinya kepada musyahadah akan Allah Taala.

3. Asal keturunan Namanya Sheikh Mahmud Nasri Othmani bin haji Othman bin Haji Senik bin haji wan Hashim bin haji wan Abdul wahab , Datuknya ialah Allahyarham Assyahid Tok Nik Had .Beliau adalah keturunan tok mekong Awang Hitam, yaitu seorang hulubalang melayu yang syahid dipancung oleh tentera kufar siam, ketika sedang solat dipinggir medan perang mempertahankan negeri dan kerajaan fathoni darul salam kira kira tiga abad yang lampau, mengikut jangkaan sejarah dalam tahun 1730M. Keturunan disebelah ibunya ialah haji mahmud nasri bin hajjah kamaliah binti haji saman bin haji abd samad (Tok Fakeh) bin hashim bin wan abdul wahab, Mengikut cerita allahyarham sheikh mahmud nasri, beliau adalah cicit almarhum penghulu kampong Bera fathoni namun wan hashim itu anak kepada asshahid Tok Nik Had (tok Mekong Awang Hitam). yang berpindah kenegeri kelantan ketika kejatuhan kerajaan islam fathani darulsalam kepada penjajahan siam. Bapanya haji Othman dilahirkan dikampung kuala lengkung kawasan bendang pendalaman kampong belimbin dalam jajahan pasir mas, dibesarkan dan didikkan oleh datonya dengan pelajaran agama kemudiasn belajar dipondok, setelah dewasa dibawa oleh datonya kenegeri kedah dan dinikak kan dengan ibunya (hajjah kamaliah) bagi merapatkan semula pertalian keluarga keturunannya, hasil perkongsian hidup itu Allah Taala mengurniakan anaknya seramai sepuluh orang yang bernama ismail, mahmud Nasri, Saat, Ahmad, Aisyah , salmah, cik, zainab, Rokiah, dan seorang lagi bernama Huduh. 4. Kelahiran Dilahirkan dikampung alor besar kota sarang semut, kedah pada malam rabu 24 safar 1316 hijrah bersamaan 14 julai 1898 masihi. Ayahahda dan ibunya mempunyai pendidikan agama yang kuat maka mereka membesarkan dengan didikan agama , asas pengajian Al-Quran semenjak kecil lagi dengan tekun serta sabar. Sheikh mahmud nasri dapat khatam Al-Quran ketika usia 7 tahun, lepas itu pula diserah kepada seorang guru Al-Quran yang mahir berasal dari Fathani Pak Ngah Idris untuk mendalami pelajaran Al-Quran dan pendidikan agama. Pak Ngah Idris itu dating bermukim di Kedah selama 5 tahun.kebetulan ketika itu pengajian Islam pendidikan utama bagi orang melayu Malaya dan ramai anak-anak watan telah berjaya menuntut Ilmu ke makkatul mukarramah, jadi kedua-dua ibu bapanya tidak ketinggalan untuk mengasuh anaknya menimba ilmu pengetahuan yang berguna.

akan bersmbung....

DALIL DAKWAH

Dalil dakwah bagi wanita adalah dengan keindahan rumahtangga yang dijaga dengan amanah suaminya,dalil dakwah bagi lelaki adalah keharmornian hidup tanpa maksiat dikelilingnya..

Friday, October 9, 2009

1 : 4

1.Bilangan penduduk Islam dunia kini mencecah 1.57 bilion atau seorang daripada empat penduduk dunia menganut agama Islam, demikian menurut laporan Pew Forum on Religion and Public Life yang dikeluarkan semalam.
2.Projek yang mengambil masa selama tiga tahun untuk disiapkan itu turut memberi data mengejutkan iaitu bilangan penganut agama Islam di Jerman lebih banyak berbanding di Lebanon dan China mempunyai ramai penganut Islam berbanding Syria.
3
.Data lain yang mengejutkan ialah lebih ramai penduduk Islam di Rusia jika dibandingkan dengan jumlah penduduk Islam di Jordan dan Libya.
Penduduk Islam di Habsyah hampir menyamai penduduk Islam di Afghanistan.
"Secara amnya, laporan ini menghapuskan pendapat menyatakan umat Islam itu ialah penduduk Arab dan Arab ialah Islam," kata penolong profesor Universiti Princeton, Amaney Jamal.
4.Pew yang merupakan cabang penyelidikan Universiti Princeton menyatakan, penganut Islam berada di belakang penganut Kristian yang dianggarkan 2.2 bilion pengikut.
Tugas sukar bagi menentukan penduduk umat Islam di 232 negara dan wilayah itu membabitkan penilaian sejumlah laporan banci penduduk, kajian demografi, tinjauan populasi dan bancian umum, kata laporan.
5.Laporan itu cuba untuk memecahkan penduduk Islam mengikut mazhab Sunah dan Syiah tetapi ia sukar dilaksanakan kerana hanya beberapa negara merekodkan pecahan tersebut, kata seorang penyelidik kanan, Brian Grim.
6.Laporan Pew mendapati sebanyak 13 peratus pengikut Islam berpegang kepada mazhab Syiah.
7.Sebanyak 80 peratus populasi Syiah tertumpu di Iran, Pakistan, India dan Iraq.
Hampir 60 peratus umat Islam berada di Asia, 20 peratus di Asia Barat dan Afrika Utara, 15 peratus tinggal di Afrika Sub-Sahara, 2.4 peratus di Eropah dan 0.3 peratus di Amerika Syarikat.
8.Sebanyak 317 juta umat Islam atau seperlima daripada populasi tinggal di negara-negara yang bukan negara majoriti Islam.
9.Hampir tiga perempat umat Islam tinggal sebagai minoriti di lima negara utama iaitu India (161 juta), Habsyah (28 juta), China (22 juta), Rusia (16 juta) dan Tanzania (13 juta). - AP

MATI

SYARAT UNTUK BERTEMU ALLAH ADALAH DENGAN MATI.

ZIKIR

ZIKIR ITU HUBUNGAN DENGAN ALLAH,TASBIH ITU PUJIAN PADA ALLAH,
SOLAT ITU SYUKUR PADA ALLAH DAN AL-QURAN SERTA SUNNAH NABI ADALAH PENGAMALAN KEHIDUPAN YANG DIREDHAI ALLAH.

WANG

Wang bukanlah segala-galanya dalam kehidupan,tapi segala-glanya memerlukan wang,Hiduplah
atas Qado dan Qadar Allah dengan penuh kesyukuran dan keredhaan agar kita tidak tertipu.

Saturday, October 3, 2009

MALAYSIA TANAH AIRKU
Bandar utama
Kuala Lumpur
Pusat Pentadbiran
Putrajaya
Hari Kebangsaan
31 Ogos 1957
Cogan Kata Negara
Bersekutu Bertambah Mutu
Benua
Asia, Asia Tenggara
Koordinat Geografi
2 30 U, 112 30 T
Hujan tahunan
2000mm ~ 2500mm
Iklim
Tropika dengan suhu 24–35 Darjah Celsius
Bunga rasmi
Bunga Raya
Binatang rasmi
Harimau
Puncak tertinggi
Gunung Kinabalu, Banjaran Crocker (4175m)
Puncak tertinggi Semenanjung
Gunung Tahan, Banjaran Tahan (2187 m)
Banjaran terpanjang
Banjaran Titiwangsa (500 km)
Sungai terpanjang
Sungai Rajang, Sarawak (563 km)
Sungai terpanjang Semenanjung
Sungai Pahang (475 km)
Jambatan terpanjang
Jambatan Pulau Pinang (13.5 km)
Gua terbesar
Gua Niah, Sarawak
Bangunan tertinggi
Menara Berkembar Petronas (452m)
Negeri terbesar
Sarawak (124,450 km persegi)
Negeri terkecil
Perlis (810 km persegi)
Tempat paling lembap
Bukit Larut (lebih 5080 mm)
Tempat paling kering
Jelebu (kurang daripada 1500 mm)
Kawasan paling padat
Kuala Lumpur (6074/km², 15,543/batu persegi)
Penanaman eksport utama
minyak sawit dan getah

BIJAK

INSAN YANG BIJAK ADALAH YANG SERING MENGINGATI MATI,
SUSUNAN HIDUP TERATUR,SILATURRAHIM DIJAGA,AMANAH TERLAKSANA,
TIDAK LALAI DENGAN KEINDAHAN DUNIA

AKAR

Teguhnnya Pohon Kerana Akarnya
Teguhnya Negara Kerana Rakyatnya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...